Sie sind auf Seite 1von 8

1.

0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek

pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis

negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius.

Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal

perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan

sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan

masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah” menjelang tahun 2012.

1
2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran


mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan


gaya hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat
prasekolah lagi;
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASAR

4.1 Murid-murid pra –sekolah SK Kampong Tua


4.2 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 SK Kampong Tua
4.3 Semua guru dan kakitangan SK Kampong Tua

2
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU ANTI DADAH 2010


SK KAMPONG TUA, SIMPANG EMPAT SEMANGGOL

Anjuran
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/ ROKOK/
MOTIVASI / BINA INSAN/ BIMBINGAN
Dengan kerjasama
PRA-SEKOLAH
PANITIA SIVIK & KENEGARAAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (KERIAN)

PENAUNG : PN. HJH. NORAISHAH BT. YUNAN


(Guru Besar SK KAMPONG TUA)

PENASIHAT : PN. ZAHARIAH BT. JALALUDIN


(PK 1 AKADEMIK)

PENGERUSI : EN JAAFAR B. SAAD


(PK HEM)

NAIB PENGERUSI : PN. HAFIZAH BT. HASHIM


(Guru Pra-sekolah)

SETIAUSAHA : EN. SANI BIN AHMAD

AJK : PN. MAIZATULAKMA BT. ABD. HALIM


EN ZULKIFLI B. OTHMAN
EN R. THANARAJAH
EN. AHMAD HUSNI B. OTHMAN
EN. NOR AZMAN B. AHMAD
EN. ZAMANHURI B. TALIB
EN. MOHAMED NORDIN B. ABD. RAHMAN
CIK NORSHAFINAZ BT. RIDZUAN
AJK JEMPUTAN

EN. SAHRULIZAM B. MAT


EN. HAWIEZON B. ABD. HAMID
EN. KHAIRIL AMIR

3
6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-
6.1 Mesyuarat Jawatankuasa
6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
6.3 Majlis pelancaran
6.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah

7.0 Pembahagian Tugas

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran


1. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana / GPK HEM (K) Semua AJK
Pembahagian tugas dan taklimat En. SANI
2. Penyediaan brosur / pamplet / baner / EN. NORAZMAN
Dokumentasi EN. HAWIEZON
EN. KHAIRIL AMIR

3. Majlis Pelancaran / Gimmik Pelancaran EN. SANI (K) Semua murid /


/ Taklimat Aktiviti dan Pertandingan Perhimpunan

4 Backdrop EN. ZULKIFLI (K)


En. ZAMANHURI
En. R. THANARAJAH
5. Aktiviti sepanjang program:
i) Program Cuma 5 minit EN. AHMAD HUSNI (K) Setiap Pagi

ii) Pertandingan Mendeklamasi


Sajak Tahap 1 PN. HAFIZAH (K)
EN. NORDIN Semua Warga
iii) Pertandingan Nasyid Anti- EN. AHMAD HUSNI SKKT
Dadah Tahap 2 CIK SHAFINAZ

iv) Senamrobik EN. SAHRULIZAM (K) Semua warga SKKT


EN. NOR AZMAN
EN. HAWIEZON
EN. KHAIRIL AMIR

v) Pertandingan Melukis Poster EN. ZAMANHURI (K) Tahap 2


Tahap 2 EN. ZULKIFLI

vi) Pertandingan Mewarna Tahap 1 EN. NORDIN (K) Tahap 1


CIK SHAFINAZ
vii) Pameran dan Ceramah En. R.THANARAJAH (K) Semua murid
EN. SAHRULIZAM
6. Hadiah & Majlis Penutup PN. MAIZATULAKMA (K) Semua Warga
PN. ZAHARIAH SKKT
8.0 TENTATIF PROGRAM

4
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Semua Warga
Pelancaran Minggu Anti Dadah
 Gimmik Anti Dadah
Ketua Murid
 Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh
(ISNIN)
semua murid
 Ucapan Guru Besar
 Cuma 5 Minit

 Cuma 5 minit Semua warga


 Pertandingan mewarna Pra-Sekolah
(SELASA)
dan Tahap 1
 Pertandingan melukis poster Tahap 2
 Minum Pagi Semua warga
 Cuma 5 minit
(RABU)  Senamrobik
 Pameran Anti Dadah
 Ceramah Anti Dadah
 Cuma 5 minit Semua murid
(KHAMIS)  Pertandingan Mendeklamasi Sajak
 Pertandingan Nasyid Berkumpulan
 Cuma 5 minit Semua warga
(JUMAAT)  Majlis Penutup dan Penyampaian
Hadiah

5
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Percetakan

- Kertas Lukisan 2 Rim RM 18.00


- Cetakan Bahan Mewarna Tahap 1 RM 10.00
JUMLAH RM 28.00

9.2 Hadiah

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 RM 36.00


9 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 5.00 X3
Tempat Kedua= Rm 4.00 X 3
Tempat Ketiga= Rm 3.00 X 3
Pertandingan Mewarna Tahap 1 RM 36.00
9 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 5.00 X 3
Tempat Kedua: RM 4.00 X 3
Tempat Ketiga: Rm 3.00 X 3
Pertandingan Mewarna Pra-Sekolah RM 12.00
3 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 5.00 X 1
Tempat Kedua: RM 4.00 X 1
Tempat Ketiga: Rm 3.00 X 1
Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap 1 RM 18.00
6 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 4.00 X 2
Tempat Kedua: RM 3.00 X 2
Tempat Ketiga: Rm 2.00 X 2

Pertandingan Nasyid Berkumpulan RM 20.00


Hadiah Alat Tulis
1 Kumpulan Pemenang
Tempat Pertama: 15.00 X 1

6
JUMLAH RM 122.00

9.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH

1. Percetakan RM 28.00

2. Hadiah RM 122.00
JUMLAH BESAR RM 150.00

9.5 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Unit Bimbingan & Kaunseling RM 50.00

2. Panitia Sivik & Kenegaraan RM 70.00

3. Panitia Pendidikan Seni visual RM 18.00

4. Pra-Sekolah RM 12.00

JUMLAH RM 150.00

10.0 PENUTUP

7
Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti
ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak
demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni
ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(EN. SANI BIN AHMAD)
Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah,
SK Kampong Tua,
Simpang Empat Semanggol

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(EN JAAFAR BIN SAAD)
Guru Penolong Kanan HEM SKKT

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(PN. ZAHARIAH BT. JALALUDIN
Guru Penolong Kanan I
SK Kampong Tua

Das könnte Ihnen auch gefallen