Sie sind auf Seite 1von 15

NOR BAHIYAH

________________________________________________________________________
Soalan
Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menggunakan SEPULUH karangan yang
pernah anda semak dalam kalangan pelajar-pelajar anda. Kaji kesalahan-kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana.

Berdasarkan data karangan tersebut, analisis perkara-perkara berikut:


(a) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan
pembetulan bagi kesalahan tersebut.
(b) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan
pembetulan bagi kesalahan tersebut.
(c) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan
pembetulan bagi kesalahan tersebut.

1.0 PENDAHULUAN

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua
bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran
menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan
melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Ia bukan hanya setakat
mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja. Apabila pelajar
menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive receptors) tetapi
berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling bertindak dengan
bahasa yang digunakannya (Allen,1991).

Menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan


seterusnya (Tindal & Marston 1990). Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai
peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson &
Grant 1989). Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar sering diberi
pendedahan kepada penulisan karangan dari segi struktur pembinaan cerita dan
fungsinya.

1
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar pelajar yang memulakan alam


persekolahan mempunyai kemahiran menulis yang amat rendah. Pelajar bermasalah
penulisan perlu diberi bimbingan melalui pengajaran. Guru perlu prihatin terhadap aspek
kelemahan penulisan yang dihadapi pelajarnya. Satu bentuk ujian penaksiran yang
membolehkan guru mengenal pasti kelemahan aspek penulisan pelajar-pelajarnya,
khususnya dari segi aspek tatabahasa, organisasi struktur penulisan atau susunan
kandungan dan sebagainya.

Pelbagai bentuk kajian yang mendalam telah dijalankan hasil daripada


keprihatinan terhadap masalah penulisan di kalangan kanak-kanak yang menulis dalam
bahasa Melayu. Dalam tugasan ini EMPAT penyelidikan yang berkaitan dengan
kesalahan penulisan karangan dan seterusnya mengkaji kesalahan-kesalahan dari aspek
tatabahasa dan penggunaan penanda wacana yang dilakukan oleh pelajar dalam
SEPULUH (10) buah karangan pelajar.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Penyelidikan 1 : Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam


Karangan

Kajian ini dibuat oleh Nursidah binti Ab.Hamid, Fairose binti Sulaiman
Jamaludin bin Badusah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penyelidikan ini mengkaji kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan
karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Satu kajian telah
dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam
penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu
Pahat, Johor.

2
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar
telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR,
di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping
kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan
kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam
penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum
Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai.

2.2 Penyelidikan 2 : Kesalahan Bahasa Dalam Karangan Murid Tamil


yang mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah

Penyelidikan ini hasilkan dalam bentuk tesis oleh Suthanthiradevi J.N Money dari
Universiti Putra Malaysia (2004). Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan bagi
menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil mempelajari bahasa
Melayu di sekolah menengah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 53 orang
murid Tingkatan Empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kinta,
Perak.

Dalam penyelidikan ini, Teori Analisis Kesilapan digabungkan dengan


Teori Bahasa Antara untuk menganalisis kesalahan bahasa Melayu dalam
karangan murid Tamil. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada penulisan
karangan dan soal selidik yang dihasilkan oleh murid-murid Tamil melakukan
kesalahan tatabahasa iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan membuktikan
bahawa kesalahan penggunaan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan
oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan
penggunaan aspek frasa dan ayat.

Kebanyakan struktur binaan ayat tersebut adalah terjemahan literal


daripada struktur-struktur ayat bahasa Tamil. Bahasa antara seperti generalisasi
melampau, pemudahan, dan penyangkalan turut mempengaruhi penulisan B2

3
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
murid Tamil, tetapi yang paling ketara ialah generalisasi melampau. Dalam
penulisan BM, penyelidik merumuskan bahasa lima proses bahasa antara memang
mempengaruhi pembelajaran murid Tamil. Adalah terbukti murid Tamil masih
lemah dalam penguasaan tatabahasa BM.Mereka masih belum menguasai Sisitem
Tatabahasa Bahasa Melayu.

Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik ialah mengadakan


latihan-latihan struktur binaan ayat B2. memaksimumkan penggunaan B2 dalam
bilik darjah, mengadakan pertandingan bahasa antara kumpulan dan aktiviti-
aktiviti lisan. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum-hukum tatabahasa
dalam baku dalam pengajarannya. Adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan
yang dikemukakan dapat memperbaiki penguasaan tatabahasa yang dibuat oleh
murid-murid Tamil dan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran tatabahasa
mereka dalam BM

2.3 Penyelidikan 3 : Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar di


Sekolah Menengah

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja Musa (2001)
dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat penyelidikan tentang tajuk
tersebut.Tujuan kajian tersebut ialah untuk menilai masalah penulisan yang lazim
didapati dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan mencadangkan
satu program intervensi untuk mengatasi masalah penulisan naratif. Sejumlah 200
sampel penulisan naratif dalam Bahasa Melayu diperoleh daripada pelajar
berpencapaian rendah daripada tujuh buah sekolah di daerah Ulu Langat,
Selangor.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan pelajar yang


menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua memperolehi min tertinggi untuk dimensi ide dan min terendah

4
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
untuk dimensi konvensi. Walau bagaimanapun, kumpulan pelajar bahasa ibunda
Bahasa Melayu memperolehi min untuk dimensi ide (min 4.24) yang lebih tinggi
berbanding kumpulan pelajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (min 2.85).
Namun demikian, min yang diperolehi masih di bawah tahap baik untuk dimensi
ide. Kedua-dua kumpulan pelajar berupaya mengeluarkan ide untuk bercerita
tetapi lemah dalam kemahiran peraturan konvensi keadaan ini menyebabkan
penulisan mereka secara keseluruhan sukar untuk difahami dan diikuti. Kedua-
dua kumpulan pelajar berpencapaian rendah ini memerlukan pengajaran
kemahiran menulis yang lebih efektif untuk memperbaiki penulisan naratif
mereka.

Dapatan kajian membawa implikasi wujudnya keperluan pengajaran


kemahiran menulis untuk pelajar-pelajar berpencapaian rendah supaya mereka
dapat dibimbing untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan mereka. Dapatan
ini menyokong dapatan Lerner (1993) yang menunjukkan bahawa kelemahan
dalam satu aspek penulisan boleh mengganggu kebolehan pelajar menulis dengan
berkesan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa penyampaian ide pelajar
disekat oleh kurangnya kemahiran menulis, seperti yang didapati oleh Outhred
(1989). Justeru guru perlu diberi pendedahan kepada strategi-strategi yang dapat
digunakan untuk mengajar kemahiran menulis dengan baik dan jelas.

2.4 Penyelidikan 4 : Kajian Penguasaan Bahasa Melayu dalam Penulisan


Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Satu
Perbandingan Pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Menengah
Bukan Kerajaan

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji dari Brunei Darussalam. Kajian
ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa pelajar-pelajar
dalam bidang penulisan karangan dengan mengkhususkan dalam aspek

5
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
morfologi. Kajian ini bertujuan untuk melihat sebanyak mana kekerapan
kesalahan dilakukan oleh kumpulan sampel. Hasil daripada analisis ujian
karangan yang telah diberikan menunjukkan bahawa sebanyak 590
(7.37%) kesalahan telah dapat dikesan iaitu kesalahan kata imbuhan 166
(28.2%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan kata jamak 20 (3.4%)
, kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15 (2.5%)
dan kesalahan kata tidak sesuai 302 (51.2%)

3.0 SAMPEL KAJIAN

Seramai 10 orang pelajar Tahun 4 dari sebuah sekolah di daerah Kerian, Perak telah
dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Sekolah yang dipilih mempunyai kelas-kelas yang
telah menempatkan pelajar berpencapaian tinggi , sederhana dan rendah berdasarkan
keputusan Peperiksaan Akhir Tahun semasa mereka berada dalam Tahun 3 . Umur
mereka adalah lebih kurang 10 tahun. Sampel juga dikenal pasti oleh pengkaji sebagai
pelajar yang sederhana dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berdasarkan gred B
dan C dalam Bahasa Melayu Penulisan semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun. Sampel
terdiri dari pelajar yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda Sebilangan
besar daripada subjek datang daripada latar belakang sosioekonomi yang pertengahan. Di
antara pekerjaan ibu bapa
dan penjaga mereka termasuklah guru, pembantu am, peniaga dan kerani. Semua sampel
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam kurikulum sekolah. Bahasa
Melayu diajar sebagai satu mata pelajaran dengan purata 10 jam seminggu dan setiap
waktu pengajaran meliputi 30 minit.

4.0 ASPEK KESALAHAN TATABAHASA YANG DIKAJI

4.1 Kesalahan Aspek Morfologi

6
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
Aspek kelemahan tatabahasa pelajar dalam penulisan karangan merangkumi
kesalahan morfologi iaitu penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata
tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan. Kesalahan dalam aspek penggunaan
imbuhan berlaku kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan
serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989).
Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam
imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan.

Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ialah …mengadakan majlis


perkahwinan… [sepatutnya ditulis…diadakan majlis perkahwinan…], …
solekkan oleh kakak … [disolekkan oleh kakak …], …berikan kepada …
[sepatutnya ditulis … diberikan kepada … ], … telah melihat oleh … [sepatutnya
ditulis … telah dilihat oleh …], …untuk membaiki…. [sepatutnya ditulis … untuk
dibaiki …], … tidak dapat menjawab … [sepatutnya ditulis … tidak dapat jawab
…].

Kesalahan kata ganti nama seperti kita ..... kami, dia …. beliau,
.panggilan untuk orang-orang istana seperti baginda, patik, hamba, mereka … dan
sebagainya. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ialah …beberapa orang
pemuda dan tuan kedai itu … [sepatutnya ditulis …mereka …],… aku dan
kawan-kawanku… [sepatutnya ditulis … kami...], Saya sebuah telefon bimbit…
[sepatutnya ditulis…Aku sebuah telefon bimbit.]. Kesalahan ini berlaku kerana
pelajar tidak yakin dengan penggunaan kata ganti nama diri. Hal ini timbul kerana
aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu
guru mengajar bahasa di bilik darjah.

Kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama.
Contohnya ...artis itu bernama Awal Asyhari ... [sepatutnya ditulis...artis itu ialah
Awal Asyhari ...], ....mengejar aku lalu jatuh ... [sepatutnya ditulis....mengejar aku
tetapi malangnya aku terjatuh], ... membawa aku kerumah ...[sepatutnya ditulis …

7
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
membawa aku ke rumah], ... disolekkan kakak saya ...[sepatutnya ditulis ....
disolekkan oleh kakak saya ...], …dijenamakan Nokia … [sepatutnya ditulis …
dijenamakan sebagai Nokia…].

Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh pelajar ialah ...soalan
jawapan ...[sepatutnya ditulis....kertas jawapan...], ....ujian tahunan ...[sepatutnya
ditulis...peperiksaan akhir tahun...], ... di sekitaran rumah ...[ sepatutnya
ditulis....di sekeliling rumah ...], ...tiada siapa ...[sepatutnya ditulis...tiada
sesiapa ...], ...di kedai itu ...[sepatutnya ditulis...di dalam kedai itu....], …aku pergi
ke dalam kedai … [sepatutnya ditulis … aku masuk ke dalam kedai…], …kepada
orang yang hadir … [sepatutnya ditulis … kepada tetamu yang hadir…].

Kesalahan ejaan tidak banyak dilakukan di dalam karangan yang dikaji.


Kesalahan ejaan yang dilakukan adalah …berbahasa Ingeris… [sepatutnya
ditulis…berbahasa Inggeris…].

4.2 Kesalahan Aspek Sintaksis

Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialah unsur utama
ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat
iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan
ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses
pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca.

Antara kesalahan dari segi aspek sintaksis ialah …Setelah saja siap aku
dijenamakan Nokia… [sepatutnya ditulis …Setelah siap, aku dijenamakan
sebagai Nokia…], …kawan kakak saya sedang solekkan kakak saya…
[sepatutnya ditulis …mak andam sedang menyolekkan kakak saya…], …bunga

8
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
telur untuk berikan kepada orang yang hadir… [sepatutnya ditulis … bunga telur
untuk diberikan kepada tetamu yang hadir…], 30 orang yang akan menghadiri
kelas tuisyen… [sepatutnya ditulis …seramai 30 murid yang akan menghadiri
kelas tuisyen…], …permainan yang berbahasa Ingeris kita boleh belajar…
[sepatutnya ditulis …permainan yang berbahasa Inggeris secara tidak langsung
boleh juga dipelajari…], …sangat baik kepada kita yang tahu mempelajari
komputer… [sepatutnya ditulis …komputer memberi banyak kebaikan jika kita
pandai menggunakannya…].

Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam aspek tanda baca pula
seperti …saya cepat-cepat pergi mencari telefon awam, semasa saya …
[sepatutnya ditulis…saya cepat-cepat pergi mencari telefon awam. Semasa
saya…], …saya cepat-cepat pergi ke sana, tiba di sana… [sepatutnya ditulis…
saya cepat-cepat pergi ke sana. Tiba di sana…], …saya menelefon bomba, selang
beberapa minit… [sepatutnya ditulis…saya menelefon bomba. Selang beberapa
minit…], …orang kampung untuk membantu, mereka datang…[sepatutnya
ditulis…orang kampung untuk membantu. Mereka datang…], ...malam Sabtu
yang lalu aku baru… [sepatutnya ditulis…malam Sabtu yang lalu, aku baru…],
Tiba-tiba hari hendak hujan…[sepatutnya ditulis…Tiba-tiba, hari hendak hujan.],
Semasa aku berlari tiba-tiba aku tergelincir… [sepatutnya ditulis…Semasa aku
berlari, tiba-tiba aku tergelincir…].

4.3 Kesalahan Aspek Penanda Wacana

Penggunaan kata hubung pada awal ayat disebut sebagai penanda wacana
contohnya… Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya, Akan tetapi, Namun
begitu, …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua
ayat).

9
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
Contoh kesalahan yang terdapat di dalam karangan pelajar ialah …semasa
itu pengantin lelaki pun datang… [sepatutnya ditulis …tidak lama kemudian,
pengantin lelaki pun datang…], …selang beberapa minit… [sepatutnya ditulis …
Pada suatu hari…], …Pada hari Sabtu malam yang lalu… [sepatutnya ditulis …
Pada malam Sabtu yang lalu…], …Di samping itu,… [sepatutnya ditulis …
Kesimpulannya…].

5.0 JADUAL ANALISIS KEKERAPAN KESALAHAN TATABAHASA

BIL KESALAHAN TATABAHASA KEKERAPAN %


1. MORFOLOGI;
i) Imbuhan 6 14.9
ii) Kata Ganti Nama 2 4.9
iii) Kata Tugas 5 12.2
iv) Kosa Kata 7 17.1
v) Ejaan 1 2.4
2. SINTAKSIS;
i) Binaan Ayat 6 14.6
ii) Tanda Baca 10 24.4

3. PENANDA WACANA 4 9.8

Jumlah 41 100

Jadual 4 : Analisis Kekerapan Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana

Dari Jadual 4, jelaslah kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ialah
kesalahan dari segi tanda baca iaitu dari aspek sintaksis iaitu sebanyak 24.4 %
manakala kesalahan yang paling kurang dilakukan ialah kesalahan dari segi
ejaan iaitu dalam aspek morfologi.

10
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________

6.0 PENUTUP

6.1 Rumusan

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang


menyebabkan ramai pelajar melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga
dengan Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak,
para pelajar tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem
bahasanya. Pelajar hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa
ketika menulis.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun


undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa
itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan
rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu
sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat
penuturnya. Bahasa melambangkan bangsa. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga
keindahan bahasa ibunda ini.

6.2 Cadangan

Apa yang saya cadangkan di sini adalah pelajar perlu berhati-hati semasa
menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan.
Ketelitian pelajar amat penting untuk menghasilkan karangan yang gramatis.
Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan
latihan yang mencukupi. Ingatlah, ia tidak boleh dipelajari secara imaginasi
sahaja.

Memanglah kita perlu menerima hakikat bahawa pelajar mempunyai banyak gaya
pembelajaran tersendiri dan tidak ada suatu kaedah yang sesuai untuk semua gaya
pelajar. Guru pun mempunyai gaya dan kepakaran atau kecenderungan yang
11
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
berlainan. Jadi kita perlulah mencuba dan memilih, kalau perlu menyesuaikan
pendekatan dan kaedah tersebut untuk keperluan masing-masing. Kita tidaklah
perlu menekankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermakna di dalam pengajaran
bahasa, dan mengakibatkan mereka tidak dapat berfikir.

Beberapa perkara boleh diperhatikan. Pertama, kita mungkin mahu


menumpukan lebih perhatian kepada daya usaha pelajar itu sendiri dan cuba
membuatkan mereka menggunakan pemikiran dan daya untuk menyelesaikan
masalah bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan ketaakulan mereka bagi
meningkatkan pemikiran dan daya untuk menyelesaikan masalah perhubungan.
Kedua, pelajar perlulah diberi pemakaian bahasa yang menyerupai keadaan hidup
sebenar dan dapat meramal sebarang tindak balas yang wajar. Ketiga, gunakanlah
pendekatan yang menggunakan lebih pembelajaran afektif.

12
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________

Bibliografi

Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur: TS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

13
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________
Lerner, J. 1993. Learning Disabilities: Theories, diagnosis, and teaching strategies. (Ed
ke-6). Boston: Houghton Mifflin.
Outhred, L. 1989. Word processing: its impact on childrens’ writing. Journal of Learning
Disabilities 22: 262-264.

http://www.dailybust.com/KESALAHAN-BAHASA-DALAM-KARANGAN-MURID-
TAMIL-YANG-MEMPELAJARI.html

http://nursidahny59.blogspot.com/2010/05/kajian-kelemahan-tatabahasa-pelajar.html

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf

http://www.scribd.com/doc/30108923/Penguasaan-Bahasa-Melayu-Dalam-Penulisan-
Karangan-Di-Kalangan-Pelajar-Tingkatan-Empat-Satu-Per-Banding-An

14
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH
________________________________________________________________________

LAMPIRAN

15
________________________________________________________________________
HBML 3202
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Das könnte Ihnen auch gefallen