Sie sind auf Seite 1von 2

SALAM PENGAKAP

Salam Pengakap Dunia Menggunakan Tangan Kiri

Salam Pengakap Malaysia Menggunakan Tangan Kanan

Salam Pengakap adalah tanda persaudaraan dan kepercayaan serta hormat kepada saudara-
saudara lain.

Ahli Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri dengan cara yang istimewa.
Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagai persaudaraan dan
kepercayaan. Di sesetengah Negara termasuk Negara kita Malaysia, menggunakan tangan
kanan semasa berjabat tangan.

Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud?

Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-ketua dan
pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai.
Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuh-musuhan, meyerbu dan membunuh
sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Permusuhan yang
berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai.

Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua


suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu
kaum terserempak dengan ketua lawannya, dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya
berundur.

Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian.
Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian
dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat
tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan.

Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-dua suku kaum
yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang
yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan
menggunakan tangan kiri.

B-P menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap
di seluruh dunia.

Das könnte Ihnen auch gefallen