Sie sind auf Seite 1von 2

Dr.

Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang
wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya.
Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar,
lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan
kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.

"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang
aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang
aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku
meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan
bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."

Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala
pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu
gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri,
anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan
berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu
memperolehi apa yang dihajatkan.

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

 Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
 Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh
harap.
 Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri
sendiri.
 Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
 Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari
tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga Berjaya

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK
MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa
jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati
sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul,
para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah
perkembangan umat Islam.

Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun
dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan
menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap
negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang
tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda
bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran
menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu,
sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan
kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.

Das könnte Ihnen auch gefallen