Sie sind auf Seite 1von 14

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

ARTIKEL SATU
PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)
BAGI KELAB CATUR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TITINGAN

1.1 Nama:

Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan atau
ringkasnya KCSMKTT yang selepas ini disebut sebagai Kelab sahaja.

1.2 Alamat:

Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Peti
Surat 61814, 91028 Tawau, Sabah.

ARTIKEL DUA

2.1 Pendaftar:

Pendaftar persatuan ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Peti Surat 61814,
91028 Tawau mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.
(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran:

.....................................................................................

2.3 Dokumen Pendaftaran:

.....................................................................................

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat:

Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan mengikut Peraturan
8 dalam (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT

4. Tujuan:

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:

4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dalam sukan bola jaring dan bercita-cita
menjadi pemain bola jaring yang dapat mewakili sekolah khasnya.

4.2 Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli persatuan.

4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan sukan bola jaring
seperti latihan asas dan pertandingan dalaman.

4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli persatua mengembangkan bakat dan potensi
masing-masing dalam permainan bola jaring.
4.5 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ahli-ahli dalam sukan bola jaring.

ARTIKEL LIMA

5.1 Keahlian:

5.1.1 Syarat-syarat keahlian:

5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar perempuan Sekolah Menengah
Kebangsaan Titingan.

5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan
Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat
daripada 31 Januari setiap tahun.

5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbang dan diluluskan oleh
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu
permohonan adalah muktamad.

5.1.1.4 Setiap permohonan untuk menadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa
dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan
daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2 Hak ahli:

Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:

5.1.2.1 mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasan persatuan;

5.1.2.2 menjadi calon dalam peiliha Ahli Jawatankuasa persatuan;

5.1.2.3 menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti persatuan;

5.1.2.4 menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan kepunyaan


persatuan;

5.1.2.5 mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada persatuan mengenai
isu-isu yang berbangkit.

5.1.3 Kewajipan Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli persatuan ini wajib:

5.1.3.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi Perlembagaan dan Peraturan-peraturan


Persatuan ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan;

5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Persatuan;

5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti persatuan;

5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda persatuan;

5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapan rahsia-rahsia persatuan;

5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat
dengan ahli-ahli lain;
5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh
persatuan;

5.1.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli:

5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripda menjadi ahli persatuan hendaklah menyerahkan
permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan
untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan
atas nasihat Guru Penasihat.

5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan


persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik
persatuan boleh dipecat atau dugantung keahliannya bagi suatu tempoh
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Persatuan atas
nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Persatuan memecat atau
menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah
diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda
atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM

6.1 Jawatnkuasa Persatuan:

6.1.1 Ahli Jawatankuasa:

Jawatankuasa Persatuan akan dianggotai oleh:

6.1.1.1 Seorang Pengerusi.

6.1.1.2 Seorang Penolong Pengerusi.

6.1.1.3 Seorang Setiausaha.

6.1.1.4 Seorang Penolong Setiausaha.

6.1.1.5 Seorang Bendahari.

6.1.1.6 Seorang Penolong Bendahari.

6.1.1.7 Tiga orang Ahli Jawatankuasa.

6.1.2 Pemilihan Jawatankuasa:

Pemilihan Jawatankuasa Persatuan adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung


tahunan persatuan. Senarai Jawatankuasa yang terpilh hendaklah disahkan oleh Pendaftar
sebelum boleh berfungsi.

6.1.3 Tugas Utama Jawatankuasa:

Jawatankuasa Persatuan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek


pengurusan dan pentadbiran persatuan. termasuklah yang berikut:

6.1.3.1 Menentu dan menetapkan dasar persatuan berlandaskan perlembagaan dan


peraturan-peraturan persatuan;
6.1.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan persatuan berdasarkan Senarai
Aktiviti Utama yang diluluskan oleh Pendaftar;

6.1.3.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan persatuan dengan


mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat persatuan;

6.1.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar dan menyimpan
atau menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan persatuan mengikut
prosedur pengurusan kewangan yang berkuatkuasa di Institusi Kerajaan;

6.1.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka sebagai ahli
persatuan;

6.1.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan


mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing
secara berterusan;

6.1.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan bekalan pejabat
kepunyaan persatuan;

6.1.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli persatuan dengan guru penasihat, pihak
pengurusan sekolah, kelab atau persatuan lain di sekoah dan badan gabungan di
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan;

6.1.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan melaksanakan


sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat-mesyuarat
tersebut, khususnya Mesyuarat Agung Tahunan;

6.1.3.10 Menyediakan Laporan Tahunan Persatuan.

6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi:

6.1.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau


semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di
atas;

6.1.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan persatuan;

6.1.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh
jawatankuasa persatuan;

6.1.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap mesyuarat yang
dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan tujuan,
perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan;

6.1.4.5 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat


Jawatankuasa Tergempar apabila difikirkannya pelru;

6.1.4.6 Mengetuai Jawatankuasa Disiplin persatuan;

6.1.4.7 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan,


arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Setiausaha dan
Bendahari;

6.1.4.8 Mewakili persatuan dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau
persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan;

6.1.4.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.1.5 Tugas dan kuasa Penolong Pengerusi:


6.1.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan
melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti yang
disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas;

6.1.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran
Pengerusi, ataupun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi;

6.1.5.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.1.6 Tugas dan kuasa Setiausaha:

6.1.6.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas
Utama Jawatankuasa seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas;

6.1.6.2 Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan


persatuan, seperti surat-menyurat, perekodan dan penyimpanan maklumat,
penyimpanan dan pengemaskinian fail persatuan, penyebaran maklumat kepada
ahli-ahli persatuan, dan pendokumentasian aktiviti-aktiviti persatuan;

6.1.6.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat persatuan, seperti


mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu mesyurat kepada ahli-
ahli dan semua Ahli Jawatankuasa persatuan, menyedia dan mengedarkan minit
mesyuarat, menyediakan tempat mesyuarat, dan mencatat minit mesyuarat;

6.1.6.4 Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung


Persatuan dan mendokumenkan semua pelaksanaan;

6.1.6.5 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Permohonan Keahlian;

6.1.6.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedua serta mengemaskini Rekod atau Daftar
Keahlian Persayuan dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat dan
Pendaftar;

6.1.6.7 Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan kehadiran ahli dalam
setiap aktiviti yang dianjur, diurus dan dikelolakan oleh persatuan;

6.1.6.8 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan;

6.1.6.9 Menyedia dan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli serta mendapatkan


pengesahan daripda Guru Penasihat;

6.1.6.10 Menyediakan Laporan Tahunan Persatuan dan membentangkannya dalam


Mesyuarat Agung Tahunan persatuan.

6.1.6.11 Menjalankan tugas- tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi atau
Penolong Pengerusi;

6.1.6.12 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan,


pendapat dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli persatuan;

6.1.6.13 Menyediakan Kertas Konsep dan Kertas Cadangan Pelaksanaan bagi setiap
program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa persatuan;

6.1.6.14 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan,


arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan
Bendahari.

6.1.7 Tugas dan kuasa Penolong Setiausaha:


6.1.7.1 Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang
disenaraikan dalam perkara 6.1.6 di atas;

6.1.7.2 Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau


ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis;

6.1.7.3 Melaksanakan tugas- tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Penolong Pengerusi
atau Setiausaha.

6.1.8 Tugas dan kuasa Bendahari:

6.1.8.1 Mentadbir dan mengurus kewangan persatuan;

6.1.8.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan persatuan;

6.1.8.3 Membayar bagi pihak persatuan segala perbelanjaan atau tuntutan yang
dikemukakan oleh semua pembekal dan mengakaunkan pembayaran yang dibuat;

6.1.8.4 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan,


arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan
Setiausaha;

6.1.8.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM20.00;

6.1.8.6 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Persatuan akan aktiviti-


aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan persatuan;

6.1.8.7 Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan persatuan dengan


sesalinan diserahkan kepada Guru Penasihat dan sesalinan kepada Pengetua
sekolah;

6.1.8.8 Menyediakan penyata kewangan tahunan persatuan dan menyerahkannya kepada


pemeriksa kira-kira untuk diaudit;

6.1.8.9 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan;

6.1.8.10 Menyerahkan sesalinan Penyata Kewangan Tahunan Oersatuan yang telah


disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan kepada Pengetua sekolah;

6.1.8.11 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal-ehwal


kewangan persatuan;

6.1.8.12 Menyerahkan wang terkumpul persatuan kepada Pengetua sekolah selepas 31


Oktober tahun berkenanaan;

6.1.8.13 Melaksanakan tugas- tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.

6.1.9 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari:

6.1.9.1 Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan
dalam perkara 6.1.8 di atas;

6.1.9.2 Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya
ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis;

6.1.9.3 Melaksanakan tugas- tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Penolong Pengerusi,
Setiausaha atau Bendahari.
6.1.10 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa:

6.1.10.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa;

6.1.10.2 Mengemukakan cadangan, ulsan, kritikan dan pendapat berkaitan hal-ehwal


pengurusan dan pentadbiran persatuan;

6.1.10.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan
mengelolakan sesuatu aktiviti atau projek persatuan;

6.1.10.4 membatu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat


Agung persatuan;

6.1.10.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Persatuan;

6.1.10.6 Melaksanakan tugas- tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Penolong Pengerusi,
Setiausaha atau Bendahari.

ARTIKEL TUJUH

7. Kewangan:

7.1 Tahun Kewangan.

Tahun Kewangan bagi persatuan ii ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober tahun
berkenaan.

7.2 Derma Keahlian.

Derma keahlian adalah sebanyak RM1.00 setahun berdasarkan kelulusan yan diberikan oleh
Pengetua sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

7.3 Tabung Persatuan.

7.3.1 Tabung Kewangan Persatuan adalah ang terkumpul yang diakaunkan oleh
Bendahari persatuan dan disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang
diarahkan oleh Pengetua.

7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Persatuan adalah daripda:

7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripda setiap ahli yang berdaftar;

7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah;

7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yan gdiluluskan oleh Pengetua sekolah;

7.3.2.4 keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Persatuan.

7.3.3 Wang daripda Tabung Kewangan Persatuan boleh digunakan untuk:

7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh
persatuan;

7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan dan aksesori untuk


kegunaan persatuan;
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh persatuan.

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan
oleh Pemeriksa Kira-kira dan pada setiap hujung tahun kewangan persatuan.

7.4 Pentadbiran Kewangan Persatuan.

7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Persatuan hanya boleh digunakan untuk
perkara-perkara yang berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat persatuan;

7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Persatuan
hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaga dan Bendahari dengan persetujuan
daripda Guru Penasihat.

7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM20.00 pada
sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh Pengetua
sekolah atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua seklah;

7.4.4 Penyata wang yang diterima dan yang dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi
setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh
Pemeriksa Kira-kira.

7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan Persatuan hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat


Agung tahunan Persatuan;

7.4.6 Tabung Kewangan Persatuan akan diserahkan kepada Pengetua sekolah pada
setiap akhir Tahun Kewangan Persatuan.

7.5 Pemeriksa Kira-kira.

7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Persatuan.

7.5.2 Pemeriksa Kiraa-kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata


bulanan Tabung Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.

7.5.3 Pemeriksa Kira-kira berkuasa menyoal dan menasihati Bendahari dan Penolong
Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata
bulanan Tabung Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.

7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-kira adalah bagi setahun kewangan


persatuan.

ARTIKEL LAPAN

8. MESYUARAT AGUNG:

8.1 Jenis Mesyuarat Agung:

8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan;

8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa;

8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar.

8.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN.

8.2.1 Tujuan:
(a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah
dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan persatuan.

(b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan


kewangan persatuan bagi sesuatu tahun kewangan.

(c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan


pada tahun kewangan yang akan datang.

(d) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau


dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Persatuan.

(e) Mendapatkan pandangan, ide dan usul daripada ahli-ahli untuk


mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan,
pentadbiran dan pengoperasian persatuan untuk tahun kewangan yang
berikutnya.

8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan:

(a) Setiausaha hedaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-kurangnya


dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

(b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-ahli


untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang hendak
dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat yang
ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di tempat-tempat
strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli.

(c) Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan


yang lalu dan minit-miit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat
Agung Tergempar yang telah dijalankan sebelumnya (jika ada).

(d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Persatuan,


Takwim Aktiviti tahunan dan Perancangan Tahunan bagi tahun berikutnya.

(e) Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Tahunan


Persatuan bagi tahun kewangan berkenaan dan Anggaran Pendapatan
dan Belanjawan Persatuan untuk tahun kewangan yang berikutnya.

(f) Setiausaha hedaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan


yang lalu, Laporan Tahunan, Perancangan Tahunan, Penyata Kewangan
bagi tahun kewangan yang lalu, Anggaran Pendapatan dan Belanjawan
Persatuan untuk tahun kewangan yang berikutnya, dan usul-usul atau
cadangan-cadangan yang akan dibincang dan dibahaskan kepada ahli-
ahli selewat-lewatnya sebelum 48 jam mesyuarat diadakan.

8.2.3 Tarikh:

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat


mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31
Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Persatuan.

8.2.4 Kehadiran:

(a) Semua ahli Jawatankuasa Persatuan.

(b) Semua ahli yang berdaftar.

8.2.5 Korum:
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ialah dua pertiga
daripada jumlah ahli yang berdaftar.

(b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada tiga puluh hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan dan jika korum masih tidak
cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang
dan peraturan-peraturan persatuan dan membuat keputusan-keputusan
yang melibatkan semua ahli.

8.2.6 Agenda:

(a) Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang


lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung
Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya.

(b) Perkara-perkara berbankgit daripada agenda (a) di atas.

(c) Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan.

(d) Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan


bagi tahu kewangan yang lalu.

(e) Membentang dan meluluskan Takwim tahunan Persatua dan Perancanga


Tahunan Persatuan (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.

(f) Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan


Tahunan bagi tahun kewangan berikutnya.

(g) Membahaskan usu-usul atau cadangan daripda ahli yang disampaikan


melalui Setiausaha kepada Jawatankuasa Persatuan sekurang-kurangnya
seminggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

(h) Melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang
berikutnya.

8.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA.

8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa
sekiranya:

(a) diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Persatuan.

(b) Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya


satu pertiga daripada jumlah ahli dengan menyatakan tujuan yang
difikirkan munasabah oleh Setiausaha.

8.3.2 Setiausaha hendalah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda


mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

8.3.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan
di papan kenyataan persatuan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat
diadakan.

8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja,
yakni pekara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.
8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada
jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan tujuan
yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:

(a) diarahkan oleh Jawatankuasa Persatuan.

(b) diminta oleh dua pertiga daripda ahli yang berdaftar.

8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh


Setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan
persatuan selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.

8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang mnjadi
agenda untuk dibincangkan.

8.4.4 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada
jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan
yang sama tidak boleh diadakan.

ARTIKEL SEMBILAN

9. MESYUARAT JAWATANKUASA.

9.1 Jawatakuasa Persatuan hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.

9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48 jam sebelum
mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan tindakan segera maka
pemberitahuan mesyuarat bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat
diadakan.

9.3 Jika timbul sesuatu perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan sesebuah
jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara
mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi
sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu:

(a) Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan keputusan segera itu
hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat, jelas dan terperinci, di samping
cadangan tindakan atau keputusan dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap orang ahli jawatankuasa;

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripda bilangan ahli jawatankuasa mestilah


menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap tindakan atau keputusan
yang dicadangkan itu;

(c) Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan atau
tindakan itu menerima undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam
peringatan mesyuarat.
ARTIKEL SEPULUH

10. UNDI

10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.

10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat, hendaklah dengan
mengangkat tangan. Mengundi dengan proksi tidak dibenarkan.

ARTIKEL SEBELAS

11. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN

11.1 Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan menyampaikan
surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru Penasihat.

11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Persatuan atas nasihat Guru Penasihat.

11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka ia hendaklah menyampaikan surat
perletakan jawatannya kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan dalam jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS

12. TATA TERTIB.

12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.

Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah persatuan serta kepentingan ahli-ahli,
sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa
mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan dan
mencemarkan nama baik persatuan.

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:

(a) Guru Penasihat Persatuan sebagai penasihat.

(b) Pengerusi Jawatankuasa Persatuan sebagai pengerusi.

(c) Setiausaha jawatankuasa Persatuan sebagai setiausaha.

(d) Tiga orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan daripada kalangan ahli
berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib:

(a) Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan membicarakan ahli yang
disyaki melakukan kesalahan.

(b) Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan bersalah kepada Guru
Penasihat dan menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada Guru
Penasihat.
(c) Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua sekolah.

(d) Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan dan hukuman kepada Guru


Penasihat dan Pengetua sekolah.

12.4 Jenis-jenis hukuman:

(a) Digantung daripada menyertai semua aktiviti persatuan.

(b) Tidak dibenarkan menggunakan sebarang harta benda milik persatuan.

(c) Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua sekolah.

12.5 Lembaga Rayuan.

12.5.1 Sebuah Lembaga Rayuan ditubuhkan untuk:

(a) mengkaji dan meneliti dari masa ke masa segala keputusan perbicaraan
dan hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.

(b) mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah


dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib yang dirujukkan
oleh yang terdakwa.

12.5.2 Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:

(a) Guru Penasihat Persatuan sebagai pengerusi.

(b) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat.

(c) Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKEL TIGA BELAS

13. PERWAKILAN PERSATUAN.

Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili persatuan ke sebarang mesyuarat yang diadakan oleh
sekolah atau dengan persatuan-persatuan lain. Sekiranya kedua-duanya tidak dapat hadir, maka
Pengerusi hendaklah digantikan oleh Penolong Pengerusi dan Setiausaha oleh Penolong Setiausaha.
Demikianlah seterusnya mengikut hierarki jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan. Sekiranya bilangan
perwakilan yang dijemput lebih daripada dua orang maka Jawatankuasa Persatuan hendaklah
menamakan perwakilan tersebut selain daripada Pengerusi dan Seiausaha.

ARTIKEL EMPAT BELAS

14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG.

14.1 Selepas berlangsunya Mesyuarat Agung Tahunan persatuan sehinggalah ke Mesyuarat


Agung Tahunan persatuan yang berikutnya, Jawatankuasa Persatuan boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-peraturan ini dan Jawatankuasa Persatuan
jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undnag-
undang dan peraturan-peraturan ini.

14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa Persatuan ke atas
perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian persatuan
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikutnya.
ARTIKEL LIMA BELAS

15. PINDAAN UNDANG-UNDANG.

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan
Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai
daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam
Subperaturan 6(1) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan
1996 sepertidalam Warta Kerajaan Jil.42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A): P.U.(A)196.
bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL ENAM BELAS


16. PEMBUBARAN.

Persatuan ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 12(1) dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 sepertidalam Warta
Kerajaan Jil.42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A): P.U.(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.

....................................... .........................................

Tandatangan Pengerusi Tandatangan Setiausaha

Tarikh:............................. Tarikh:.............................

...............................................

Tandatangan Guru Penasihat

Tarikh:.....................................

.................................................

Tandatangan Pengetua

Tarikh:......................................

Das könnte Ihnen auch gefallen