Sie sind auf Seite 1von 3

Cara Mengatasi Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Kalangan Masyarakat Peribumi

Apa yang kita sedia maklum, banyak faktor yang menyebabkan masyarakat peribumi serta

pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan yang sama berbanding dengan masyarakat

yang berada di kawasan Bandar dan kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil

pelbagai langkah untuk menangani isu ini. Pihak kerajaan juga boleh melaksanakan pelbagai

inesiatif yang lain untuk tangani isu tersebut.

Bagi faktor yang pertama, iatu faktor infrastruktur dan prasarana. Pihak kerajaan telah

melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah

pedalaman. Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh 7 Mac 2010, kerajaan akan

melaburkan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan prasarana penempatan Orang Asli. Di

dalam peruntukan yang dinyatakan ini, kerajaan akan membuat penempatan-penempatan baru

kepada masyarakat Orang Asli. Penempatan-penempatan ini akan dibina berdekatan dengan

kawasan bandar dan kampung. Selain penempatan, kerajaan juga berusaha dan mensasarkan

sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut

Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima

orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajan juga

berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk

dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan

pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara.

Pihak kerajaan juga perlu untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah-

sekolah pedalaman. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di

sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan

perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.
Pada apa yang kita sedia meklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang

hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan

generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga

perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan

masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-

klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan

pelajar dan juga guru.

Seterusnya adalah faktor tenaga pengajar. Kerajaan perlu befikir wajar untuk

menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan

pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana.

Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu

memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini

perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan

mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-masyarakat

peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini,

golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan bimbingan

kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut.

Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paloin

penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan.

Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri

perlu memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan

peluang pendidikan di kalangan masyarakat peribumi. Semua pihak ini perlu menggembeling
tenaga untuk mengatasi masalah ini. Ini perlu untuk memastikan golongan-golongan

masyarakat peribumi tidak ketinggalan ke belakang sekali.

Das könnte Ihnen auch gefallen