Sie sind auf Seite 1von 25

“AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ASAS KEMANTAPAN MASYARAKAT

CEMERLANG”
Oleh:
DR HAJI NORARFAN BIN HAJI ZAINAL1

Pendahuluan:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah begitu sinonim dan dominan di kalangan masyarakat
Islam di rantau Asia Tenggara. Hampir keseluruhan penduduknya yang berugama Islam
mengikut kefahaman akidah ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Malah, terdapat negara
Islam di rantau ini memperlembagakan agama Islam sebagai agama rasmi negara
menurut pegangan ASWJ sebagaimana yang dilakukan oleh Negara Brunei Darussalam.

Justeru, keutuhan dan kekukuhan akidah ASWJ dalam kehidupan masyarakat Islam
Brunei begitu terserlah sehingga begitu sukar untuk digugat apalagi untuk digantikan
fahaman-fahaman lain selain ASWJ.

Kertas kerja ini akan berusaha menyelusuri rahsia keutuhan pegangan akidah ASWJ di
Brunei sebagai asas kemantapan masyarakat cemerlang di negara ini.

Amalan Berugama di Negara Brunei Darussalam.

Amalan berugama di Brunei dilangsungkan dalam bentuk “kesederhanaan” menurut


aliran yang telah ditentukan iaitu berpegang kepada “Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah”
dari segi Tauhid dan menurut “Mazhab Syafi’e” dari segi Fiqh, dengan cara itu ugama
Islam telah memberi sumbangan yang besar dan membawa keamanan dan kesejahteraan
kepada Brunei Darussalam di bawah pimpinan Raja-Raja Brunei yang ditaati oleh
rakyatnya.

Berpegang kepada aliran aqidah dan mazhab tersebut, serta kesederhanaan dalam amalan
berugama telah memperkukuhkan Islam di Brunei dan menguatkan lagi iman kaum
muslimin di Brunei serta syiar Islam semakin bersinar di Brunei. Dengan cara itu
masyarakat Islam di Brunei, tidak terbawa-bawa oleh cara dan corak pemikiran, amalan,
dan tindakan yang boleh memecah-belahkan dan menjejaskan kehidupan berugama dan
1
Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang juga Dekan Pelajar Bahagian
Hal Ehwal Pelajar, UNISSA. Kertaskerja dibentang dalam Kuliah Khas Melayu Islam Beraja, UNISSA pada 26
Januari 2011.

1
kestabilan masyarakat, kerana amalan berugama di Brunei telah dipimpin dan diwarisi
sejak turun temurun berlandaskan aliran Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jema’ah dan Mazhab
Syafi’e.

Semua ini adalah berkat pimpinan yang bijaksana dari Sultan-Sultan Brunei sejak zaman
berzaman, hinggalah ke hari ini di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Sultan
Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara
Brunei Darusalam yang ke 29.

Kedudukan ASWJ di Negara Brunei Darussalam:

Keunikan Negara Brunei Darussalam dalam memartabatkan kefahamanan ASWJ begitu


terserlah apabila perlembagaan Negara Brunei Darussalam mengkanunkan bahawa
agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam ialah agama Islam menurut Ahli Sunnah
Wal Jama'ah. 2

Dalam titah Pemasyhoran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1hb.


Januari, 1984 Masihi bersamaan 27hb. Rabiulawal, 1404 Hijriah, perkara tersebut sekali
lagi ditegaskan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam yang antara lain bertitah:

“ … Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah
subhanahu wataala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu
Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran
Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan dengan berasaskan keadilan dan
amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk serta keredaan Allah subhanahu wataala…” 3

Titah ini menjadi ristaan sepanjang zaman dan mempunyai makna yang tersurat
dan tersirat yang tinggi nilainya kerana pengisytiharan agama rasmi negara kepada
agama Islam menurut ajaran ASWJ dibuat sejajar dengan pengisytiharan kemerdekaan
Negara Brunei Darussalam.

2
Sila lihat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bab 3 (1).
3
Himpunan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduk Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei
Darussalam Di Majlis-Majlis Keagamaan Dan Titah-Titah Yang Berunsur Keagamaan (1967-1996), (Brunei:
Pusat Dakwah Islamiah, t.t). hlm. 205.

2
Kemudian, menurut takrif yang tercatat dalam kertas kerja Majlis Tertinggi
Kebangsaan Melayu Islam Beraja mengenai Islam itu ialah:

“Agama rasmi negara adalah agama Islam menurut akidah Ahli Sunnah
Waljama’ah, Mazhab Syafi’e yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan
unggul”4.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut di atas menunjukkan bahawa agama


Islam bukan sahaja menjadi agama rasmi negara, malah pegangan Akidah Ahli Sunnah
Wal Jama’ah juga diisytiharkan sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini
selain berpegang kepada Mazhab Imam al-Syafi’e dalam masalah feqh.

Ini bermakna sebarang ajaran atau fahaman selain Akidah Ahli Sunnah Wal
Jama'ah seperti Syi’ah, Batiniyyah, Khawarij, Murji’ah, Qadiyaniyyah, Bahai dan
sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah tidak
boleh dibawa masuk dan disebarkan ke negara ini.

Sejak fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah diamalkan dan dijadikan sebagai
pegangan hidup di kalangan masyarakat Islam di negara ini, ia ternyata memberi impak
yang positif yang berpanjangan dalam menyatupadukan ummah dan kestabilan negara.

Kenyataan ini telah diperakui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei yang ke 29 ketika bertitah
dalam Majlis Istiadat Mengadap bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda
yang ke 43 tahun di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman, pada 15hb. Julai 1989 yang
antara lain berbunyi:

“ Di bidang keagamaan pula, fahaman keagamaan yang sepakat dan sealiran yang
kita amalkan selama ini menurut aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah, khasnya mazhab Imam
Syafi’e, telah pun terbukti berupaya menghindarkan kita dari sebarang kekecohan dan
perselisihan dalam perkara-perkara keagamaan. Oleh yang demikian bagi maksud
meneruskan persefahaman di kalangan sesama kita, khasnya di bidang agama, maka
kesepakatan dan penyatuan mazhab agama itu mustahaklah jangan dibiarkan terjejas oleh
sebarang percubaan bagi menonjolkan lain-lain fahaman atau aliran. Kerajaan beta akan

4
Haji Md. Zain Haji Serudin, Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, (Brunei; Dewan Bahasa Pustaka, 1998).
hlm. 60.

3
terus mengambil berat dan sentiasa membuat langkah-langkah pada menjamin fahaman
beragama yang sepakat dan bersatu aliran itu.” 5

Kendatipun begitu, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai siri percubaan dari
beberapa individu atau golongan tertentu yang cuba memporakperandakan fahaman yang
telah lama diamalkan di negara ini dengan membawa fahaman-fahaman baru yang
bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah seperti fahaman Bahai, Qadiani,
Al-Arqam, Batiniyyah, dan sebagainya. Namun fahaman-fahaman tersebut segera
dibenteras dan ditangkis oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukkan
undang-undang yang sedia ada dan juga melalui usaha-usaha penyerapan pemahaman
aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah serta pendedahan-pendedahan kumpulan ajaran sesat
di negara ini yang dijalankan secara berterusan.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Negara Brunei Darussalam:

Pengertian ASWJ secara literalnya tidak menjadi pertikaian di kalangan ulama, ini
kerana perkataan Ahli Sunnah Wal Jama'ah berasal dari tiga rangkai kata perkataan
iaitu ahli, Sunnah dan Jama’ah.

Bekas Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam al-Marhum Haji Ismail bin
Omar Abdul Aziz dalam kitabnya “Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah”
menjelaskan perkataan “Ahli” bermakna orang yang memegang dan mengamalkan. Dan
“al-Sunnah” pula bermakna perjalanan Rasulullah sallallahu ‘alaihu wasallam dan
perjalanan sahabat-sahabat Baginda Radiallahu ‘anhu, manakala yang dimaksudkan
dengan “Jama’ah” pula ialah sekumpulan daripada umat Islam yang berpegang dan
beramal dengan perjalanan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta berpandukan
ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.6

Sementara dari segi istilah, ASWJ yang juga dikenali sebagai Ahli Sunnah, adalah
satu golongan yang mengikuti sunnah Nabi dan jema’ah umat Islam. Golongan ini juga
dikenali sebagai Sunnis atau sunnites oleh masyarakat Barat.

5
Ibid. hlm. 540.
6
Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz. Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah. cet. Kedua. (Brunei: Pusat
Dakwah Islamiah, 1994). hlm. 1.

4
Menurut al-Imam Abu Muzaffar al-Isfirayani dalam kitab Tabsir Fi Al-Din, “Ahli
Sunnah Wal Jama'ah” ialah mereka yang mengikut perjalanan Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihu wasallam dan menggunakan segala hadith sahih serta sabit daripadanya,
dan mereka juga mengikut perjalanan sahabat-sahabat radiallahu’amhum dan
menggunakan segala perkataan sahabat yang betul serta sabit daripada sahabat.7

Ibnu Hazm menyatakan bahawa Ahli Sunnah yang juga disebut sebagai Ahlu al-
Haq selain Ahli Hadith adalah dari kalangan sahabat-sahabat Baginda sallallahu ‘alaihu
wasallam dan semua yang mengikut perjalanan mereka dari kalangan Tabi’in, kemudian
Ahli Hadith dan yang mengikuti jejak mereka dari kalangan fuqaha’ sejak zaman
berzaman sehinggalah ke hari ini dan sesiapa yang mengikuti mereka dari kalangan orang
awam baik dari di timur atau di barat.8

Al-Syeikh Nasir bin Ali di dalam bukunya “Aqidah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Fi Al-Sahabat Al-Kiram” berpendapat yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah ini ialah
mereka yang berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan Sunnah dan
beriltizam pada kedua-duanya baik dalam pertuturan dan pengamalan. Aqidah yang
mereka anuti ini bertepatan dengan apa yang dibawa oleh al-Quran dan Sunnah dan juga
bertepatan dengan aqidah yang dibawa oleh para sahabat Baginda sallallahu ‘alaihu
wasallam dan juga para tabi’in serta mereka yang mengikuti jejak pada tabi’in9.

Berdasarkan pendapat-pendapat ulama Usuluddin di atas menunjukkan bahawa


golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah ialah golongan yang mengikut perjalanan Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihu wasallam dan juga sahabat-sahabat Baginda. Pengertian
umum seumpama ini telah diterima oleh semua pihak.

Di Brunei Darussalam, pendekatan Ahli Sunah yang sebati dihayati oleh


masyarakat Islam di Brunei dalam aspek akidah dan kepercayaan ialah fahaman dan

7
Al Asfarayini, Abi al Muzaffar. Al-Tabshir Fi al-Din. Tahqiq: Muhammad Zahid bin al-Hasan al Kaustari.
(Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah Li al Turats. 1999). Hlm. 23.
8
Ibn Hazm, Abi Muhammad ‘Ali bin Ahmad. (t.t.). al-Fasl Fi al-Milal Wa al-Ahwa’ Wa al- Nihal. (Beirut: Dar al-
Jail. T.t.). Juz 2. hlm. 271.
9
Nasir bin Ali ‘Ai’d Hasan. Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah Fi Al-Sahabah Al-Kiram. (Riyadh: Maktabah al-
Rushdi. 1995). Juz 1. hlm. 29.

5
aliran yang dibawa oleh al-Asya’irah10 dan al-Maturidiah11. Malah aliran al-Asya’irah dan
al-Maturidiah bagi setengah ulama adalah sinonim dengan istilah ASWJ sepertimana yang
dinyatakan oleh Imam al-Subki dalam kitabnya Syarh ‘Aqidah Ibni al-Hajib12 dan al-
Zabidi dalam Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin13, dan diperkukuhkan lagi oleh tokoh-tokoh
ulama Brunei seperti Mantan Mufti Kerajaan Brunei, Shahib al-Samahah Ustaz Haji
Ismail Umar Abdul Aziz14 dan Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei, Ustaz Dr Haji
Mohd Zain bin Haji Serudin15 yang juga menisbahkan ASWJ itu kepada aliran al-
Asya’irah dan al-Maturidiah, satu sandaran yang menjadi pertikaian oleh setengah pihak.

Apapun namanya sepertimana yang dikenali, aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiah


cukup terkenal dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di rantau ini kerana
kesederhanaannya dalam memahami akidah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Kesederhanaan dalam ertikata menerima pendekatan ahli Salaf dan pendekatan akal
dalam memahami teks (nusus) agama tetapi tidak sampai ke tahap melampau dan ekstrem
terhadap akal sebagaimana aliran Muktazilah, dan tidak juga menerima manhaj literal
dan beku di dalam memahami akidah Islam seperti yang dianuti oleh golongan
Mujassimah dan Karramiah.

10
Aliran Asya’irah diasaskan oleh Abu Hasan al-Asy’ari, lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia
pada tahun 324 Hijrah. Beliau pada mulanya berpegang kepada fahaman Mu’tazilah sebagaimana diajarkan oleh
gurunya al-Jubbai’e. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah, yang
akhirnya menjadi penentang keras kepada fahaman tersebut sehingga dapat menundukkan dan menghancurkan
fahaman Mu’tazilah yang salah itu. Beliau banyak mengarang kitab-kitab usululuddin, dikatakan sekitar 200 buah
kitab. Antara kitab-kitab yang dihasilkan ialah al-Ibanah fi Usul al-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.
(sila lihat: al-Zirikliy, Khair al-Din. Al-‘Alam. (Beirut: Dar al-‘Ilm Li al-Malayin. 1999). Juz 4. Hlm. 263.
11
Aliran Maturidiah diasaskan oleh Abu Mansur Muhammad bin Muhammad al-Maturidi. Dilahirkan di kampung
Maturid di Samarkand, Asia Tengah dan meninggal pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya
Imam Abu Hasan al-Asy’ari. (Sila lihat: al-Zirikliy. Op-cit. Juz 7. Hlm. 19).
12
Sila lihat: Md Zain. Op-cit. Hlm. 142.
13 13
Murtada al-Zabidi berpendapat yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah itu ialah aliran yang
diajarkan oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi. Ini disebut dalam kitabnya al-Ithaf
Sadat al-Muttaqin Syarh Ihya berbunyi;
‫إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد به األشاعرة والماتريدية‬

Maksudnya: “Apabila disebutAhli Sunnah Wal Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh
Imam Abu Hasas al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi. (Lihat: Al-Zabidi, al-Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin bi
syarh ihya ‘ulum al-din. (Beirut; Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, 1989). Juz 2. hlm. 8).
14
Ismail Umar Abdul Aziz. Op-cit. 1994. Hlm. 2-3 & 40.
15
Md Zain. Op-cit. Hlm. 142.

6
Fahaman dan pendekatan kedua-dua aliran ini berjalan sealiran dan tidak
mempunyai perbezaan ketara dalam menangani isu akidah, khususnya perkara usul
akidah.

Kedua-dua aliran ini juga mengajak masyarakat Islam memberikan perhatian dan
tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan agama dan akidah yang dinyatakan
oleh nusus agama. Mereka berpendapat bahawa dengan adanya paduan antara aqli dan
naqli, adalah lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam tentang
akidah dan sekaligus memudahkan pula penyebarannya kepada masyarakat yang belum
Islam.

Walaupun demikian aliran ini tetap mengutamakan nusus daripada akal. Ini jelas
apabila berlaku percanggahan di antara akal dan naql dalam sesuatu isu akidah, maka
nusus mestilah diutamakan kerana nusus lebih berwibawa dan muktamad. Dengan kata
lain peranan akal adalah semata-mata berkhidmat kepada nusus untuk menjelaskan
hakikat kebenaran akidah. Sebarang kesamaran yang timbul antara kehendak nusus
dengan kehendak akal, nusus hendaklah diutamakan.

Oleh itu sesuatu yang disampaikan oleh nusus mestilah diterima dan dipatuhi
sementara peranan akal dalam aspek akidah hanyalah mengukuhkan apa yang telah
dijelaskan oleh nusus. Prinsip manhaj ASWJ menurut aliran al-‘Asya’iah dan al-
Maturidiah ini tidak berubah sehinggalah ke hari ini.

Pendekatan sederhana ini menjadikan kedua-dua aliran ini mudah diterima dan
popular di kalangan majoriti masyarakat Islam. Justeru, tidak hairanlah ramai tokoh-
tokoh ulama nusantara termasuk ulama Brunei seperti Shahib al-Samahah Dr Ustaz Haji
Ismail Umar Abdul Aziz, Mantan Mufti Kerajaan Brunei dan Ustaz Md Zain Haji
Serudin, Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei menisbahkan ASWJ itu kepada aliran
al-Asya’irah dan al-Maturidiah kerana melihat kedua-dua aliran ini sebagai pendokong
sunnah yang sebenar.

Pendekatan kedua-dua pelopor aliran ini mendapat tempat di kalangan ulama-


ulama Islam seterusnya. Diantara para ulama besar yang mendokong aliran al-Asy’ari ini
ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (w. 365 Hijrah), Abu Bakar al-Baqillani (w. 403H), Abu
Ishaq al-Isfara’yini (w. 411 Hijrah), al-Baghdadi (w. 429H), Imam Hafiz al-Baihaqi (w. 458

7
Hijrah), al-Qusyairi (w. 456 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini (w. 460 Hijrah), Imam
Imam al-Ghazali (w. 505 Hijrah), Imam Fakhru al-Razi (w. 606 Hijrah), al-Iiji (w. 755H.),
al-Taftazani (w. 791H.), al-Jurjani (w. 816H)16, al-Sanusi (w. 895H.), al-Laqani (w. 1040H.),
Imam Muhammad Abduh (w. 1322H.) yang semuanya pendokong aliran Ahli al-Sunnah
sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy’ari.

Sementara diantara pendokong aliran al-Maturidiah ialah Imam al-Thahawiah (w.


321H), Abu al-Yusr al-Bazdawi (w. 493H), Abu al-Mu’in al-Nasafi (w. 508H), Imam Umar
al-Nasafi (w. 537H), Imam Nuruddin al-Shabuni (w.580H), al-Sadr al-‘Allamah (w. 747H),
Ibn al-Himam (w. 861H), al-Syeikh al-Zadah (w. 923H), Mula ‘Ali ‘Umar (w.1014H) 17 dan
lain-lain.

Pada zaman mutaakkhir ini, pendokong ASWJ aliran al-Asya’irah dan al-
Maturidiyyah adalah seperti al-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’ie (w. 1354H),
Muhammad Habibullah bin al-Syeikh Abdullah bin Sayyid Ahmad al-Syanqithi (w.
1363H), al-Syeikh Yusuf bin Ahmad bin Nasrud Dajwi (w. 1365H), al-Syeikh Muhammad
Zahid bin Hassan al-Kautsari (w. 1371H), al-Syeikh Muhammad al-Hadri Hussin (w.
1377H), al-Syeikh Musthafa Sabri Afendey (w. 1373H), dan Syed Alwi bin Tahir al-
Haddad (w. 1382H), al-Syeikh Muhammad Hasanin Makhluf al-Adawi al-Maliki (1355H) 18
dan ramai lagi.

Pegangan asas ASWJ

Pegangan ASWJ adalah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Segala iktikad, amalan dan
tingkah laku adalah berdasarkan kedua-dua sumber tersebut. Dari itu, ASWJ beriktikad
bahawa rukun iman itu enam perkara, iaitu beriman kepada Allah Ta’ala, malaikat-
malaikat, kitab-kitab Allah, rasul-rasul, hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar
Allah Ta’ala. Ini berbeza dengan aliran Syi’ah Istna’Asyariah yang hanya berpegang
kepada lima rukun iman iaitu tauhid, adil, kenabian, imam dan hari kiamat 19, dan juga
aliran Muktazilah yang juga berpegang kepada lima rukun iman iaitu tauhid, adil, al-

16
Al-Sammirai’e, Thaha Khalid Muhammad ‘Arab al-Sayyid ‘Ali. Masai’l al-Khilaf Baina al-Asya’irah wa al-
Maturidiyyah. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2006). Hlm. 18-26.
17
Ibid. hlm. 29-32.
18
Ismail bin Omar Abdul Aziz, Op-Cit., 1994, hlm. 60-79.
19
Al-Dauri, Qahthan Abd al-Rahman, Ruysdi Muhammad ‘Elyan. Usul al-Din. (‘Amman: Dar al-Fikr. 1996). Hlm.
53-57.

8
manzilah baina al-manzilatain, alwa’d wa al-wa’id, amar ma’ruf wa al-nahyu ‘an al-
munkar.20

Kepercayaan kepada enam rukun iman itu adalah berdasarkan sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-
Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun
buruk”.21

Ini bermakna setiap muslim wajib beriman akan kewujudan Allah, keesaanNya,
dan beriktiqad bahawa tidak ada sesuatupun yang menandingi dan menyerupaiNya. Dia
lah satu-satunya yang bersifat sempurna seperti adil, bijaksana dan berilmu serta jauh
dari memiliki sifat-sifat yang serba kekurangan seperti zalim, bodoh dan sebagainya.

Malaikat menurut pegangan ASWJ pula, merupakan hamba dan ciptaan Allah
yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada dosa dan maksiat.
Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak
beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum.

Ini diikuti beriman dengan nabi, ASWJ berpendapat anbia mempunyai sifat
maksum (tidak berdosa), dan bersifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan
bijaksana. Mereka merupakan manusia biasa yang makan dan minum serta berkahwin,
tetapi mereka adalah sebaik-baik manusia kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka
oleh Tuhan. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk
menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga
hari kiamat. Sebarang dakwaan adanya rasul dan nabi selepas Nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam adalah ditolak dan dihukumkan terkeluar dari lingkungan
agama Islam, sepertimana dakwaan Qadiani yang berimankan Mirza Ghulam Ahmad
sebagai nabi selepas Nabi Muhammad sallallhu’alaihi wasallam.22

20
Sila lihat: Al-Qadi ‘abd al-Jabbar bin Ahmad. Syarh al-Usul al-Khamsah. Tahqiq: Dr Abdul Karim Uthman.
Kaherah: Maktabah Wahbah. 1996). Cet. 3.
21
Hadith riwayat Imam Muslim.
22
Muhammad Ahmad al-Khatib. Al-Syu’ubiyyah wa al-Zandiqah wa Astaruha Fi Zuhur al-‘Aqai’d wa alFiraq al-
Munharifah. (‘Amman: Maktabah al-Aqsha. 1994). Hlm. 53.

9
Percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah juga merupakan
salah satu daripada rukun Iman dalam agama Islam. Setiap muslim yang berpegang
kepada akidah ASWJ meyakini bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para
nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab
suci Al-Quran.

Kitab-kitab yang wajib diimani itu ialah Taurat (diturunkan kepada Nabi Musa
‘alaihissalam), Zabur (diturunkan kepada Nabi Daud ‘alaihissalam), Injil (diturunkan
kepada Nabi Isa ‘alaihissalam) dan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
sallallhu’alaihi wasallam.

Orang Islam aliran ASWJ percaya bahawa kitab-kitab selain Al-Quran yang ada
pada masa ini telah diubahsuai dan diselewengkan pihak-pihak tertentu dan bukan lagi
merupakan naskah-naskah yang tulen.

Ahli Sunnah juga beriktiqad adanya kehidupan lain selain kehidupan di dunia yang
dikenali sebagai Hari Akhirat. Ia berlaku selepas Hari Kiamat di mana manusia pada
ketika itu akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan
mereka semasa mereka hidup.

Perkara keenam yang wajib diimani dalam ASWJ ialah qada’ dan qadar. Qada dan
Qadar adalah kepercayaan bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-
mata.

Selain rukun Iman, Ahli Sunnah Wal Jama’ah juga berpegang kepada lima
perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai “Rukun Islam” sepertimana yang
diriwayatkan dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim iaitu mengucap
dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, membayar zakat, berpuasa
pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu23.

Syahādah (‫)الشهادة‬, atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam


keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai rasulnya.
Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap
mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

23
Muttafaq ‘alaihi. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dalam Kitab Iman.

10
Ini diikuti Solat fardu yang juga merupakan salah satu Rukun Islam. Ia diwajibkan
ke atas orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu iaitu subuh,
zohor, asar, maghrib dan isyak. Bertentangan dengan fahaman Bahai yang memansuhkan
solat lima waktu, solat jama’ah dan solat Jumaat.24

Zakat (‫ )زكاة‬juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Dari segi syarak,
zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan
tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Begitu juga dengan ibadat bulan Ramadhan. ASWJ beriktikad bahawa puasa
merupakan rukun keempat dalam rukun Islam. Puasa ertinya menahan diri daripada
makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari
terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri
daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau
bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran
serta bertolak ansur sesama sendiri.

Mengerjakan haji juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima.
Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali
seumur hidup. Ini ditegaskan dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu wa
ta’ala:

(‫)وهلل على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيال ومن كفر فإن هللا غني عن العالمين‬

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi
mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa
yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Rukun iman yang enam dan rukun Islam yang lima perkara merupakan asas
pegangan mukmin yang berfahaman ASWJ. Berpegang teguh kepada kedua-dua rukun ini
dengan iktikad yang betul akan membawa keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman
kepada pengamalnya. Demikianlah natijah dan hasil daripada beramal dan berpegang
dengan iktikad ASWJ.

24
Abdul Rahman ‘Umairah. al-Mazahib al-Mu’ashirah wa Mauqif Islam minha. (Riyadh: Jar al-Liwa’. 1984). Hlm.
254-255.

11
Justeru, kedua-dua rukun Iman dan Islam ini juga yang menjadi teras pendidikan
agama samada secara formal atau tidak formal, selain menjadi asas pentadbiran agama di
Negara Brunei Darussalam.

Kesan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam sosio-agama di Negara Brunei Darussalam

Kekukuhan pegangan masyarakat Islam dalam akidah Islam berdasarkan aliran ASWJ di
atas secara umumnya dapat dilihat dari aspek berikut:

1. Pegangan dan amalan masyarakat Islam Brunei.

2. Pengajian dan pendidikan agama.

3. Perlembagaan dan Perundangan undang-undang Islam.

4. Institusi pengurusan dan pentadbiran agama Islam.

Pertama: Pegangan dan amalan masyarakat Islam di Brunei

Kesederhanaan dalam kehidupan beragama berpaksikan fahaman ASWJ aliran


al-‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah di kalangan masyarakat Islam Brunei begitu terserlah
dan ketara. Masyarakat umum menerima amalan-amalan tasawwuf yang muktabar.
Manakala aliran-aliran tarekat pula secara terbuka mengadakan majlis-majlis zikir dan
aktiviti-aktiviti keagamaan lain, sepertimana yang ditonjolkan oleh Tarekat Ahmadiyyah
Idrisiyyah yang menjadikan Surau Kampun Beribi, Daerah Brunei Muara sebagai markaz
perkumpulan. Jema’ah Tabligh pula bebas bergerak dan mempunyai pengikutnya yang
ramai di kalangan masyarakat tempatan. Majlis-majlis keugamaan yang dilihat oleh satu
golongan ekstrem sebagai bid’ah dhalalah (sesat) seperti majlis tahlil, maulid Rasul, zikir
syarafil anam, berzanji dan amalan talkin begitu berleluasa diamalkan di Negara Brunei
Darussalam.

Atas dasar pegangan kesederhanaan dalam amalan beragama inilah masyarakat Islam
Brunei dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan sejak berkurun-kurun lamanya,
tidak timbul isu-isu kufur mengkufur, sehingga kensekuensi dari kesejahteraan itu,
kerajaan Negara Brunei Darussalam telah mengisytiharkan dan menggerakkan rakyatnya
sejak pada tahun 2008 ke arah sebuah “Negara Zikir”.

12
Tegasnya, pegangan dan amalan masyarakat Islam Brunei dengan fahaman dan
amalan ASWJ di atas sangatlah kukuh dan sukar dirungkai, terutamanya di kalangan
orang awam. Mereka akan merasa ganjil dan resah apabila terdapat aliran lain yang
berbeza daripada apa yang telah mereka anuti cuba menyelinap masuk atau cuba
melebarkan pengaruhnya. Sebarang fahaman dan amalan yang bercanggah akan segera
dilaporkan kepada pihak-pihak yang berwajib sepertimana yang berlaku ke atas ajaran-
ajaran sesat Qadiani, Bahai, al-Arqam, Tarekat Abdul Razak, al-Ma’unah, Silat Lintau,
Ajaran Saihoni bin Tasipan dan sebagainya.

Malah dengan prinsip kesederhanaan dalam berugama yang sudah sebati dalam
masyarakat Brunei, menyebabkan mereka menolak unsur-unsur fahaman keganasan yang
melibatkan orang awam yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kesannya sehingga kini,
tidak ada berita atau sebarang laporan yang menunjukkan rakyat Brunei terlibat dengan
aktiviti-aktiviti keganasan agama sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.

Kedua: Pengajian dan pendidikan

Faktor penting dalam pengajian dan pendidikan akidah Islam ialah kitab yang
diguna dan dijadikan rujukan oleh sesebuah institusi. Dalam konteks ini kekuatan
pegangan masyarakat Islam Brunei kepada aliran Asya’irah dan Maturidiah dapat dilihat
menerusi kitab akidah yang menjadi bahan pengajian dan sumber rujukan sama ada di
institusi pengajian formal yang menawarkan pengajian Islam atau di institusi tidak formal
seperti pengajian agama di masjid, atau surau. Keseluruhannya menggunakan kitab
berorientasikan aliran Asyairah dan Maturidiah yang ditulis sendiri oleh tokoh-tokohnya,
baik dalam bahasa Melayu, Arab atau terjemahan. Sementara kitab dalam aliran lain
tidaklah banyak atau popular kecuali bagi tujuan kajian penyelidikan. Kitab yang
tersenarai dalam Jadual 1 telah bertapak kukuh dalam sistem pengajian dan pendidikan
Islam di negara ini bermula daripada sistem pengajian pondok hinggalah kepada sistem
yang lebih teratur dan tersusun seperti di sekolah agama, kolej dan Universiti. Begitu juga
dalam pengajian dan pendidikan tidak formal bagi orang awam.

Jadual 1

13
Nama kitab yang dijadikan bahan pengajian dan rujukan asas di institusi formal
dan tidak formal

1. Al-‘Aqai’d alTahawiyyah - al-Tahawi, Ahmad bin Muhammad (w. 321H).

2. Al-Farqu Baina al-Firaq – al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Thahir (w. 429H).

3. Al-Tabshir fi al-Din – al-Asfarayini, Tahir bin Muhammad (w. 471H)

4. Al-Milal wa al-Nihal – al-Syahrastani, Muhammad bin Abd Karim (w.


548H).

5. Ihya ‘Ulumuddin – al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad (w. 505H).

6. ‘Aqai’d al-Nasafiyyah – al-Nasafi, Umar bin Muhammad (w. 578H).

7. Syarh al-‘Aqai’d al-Nasafiyyah – al-Taftazani, Mas’ud bin Umar (w. 793H)

8. Syarh al-Mawaqif - al-Jurjani, Ali bin Muhammad, (w. 816H).

9. Tuhfat al-Murid al-Maqam – al-Bijuri, Ibrahim bin Muhammad.

10. Syarh ‘Aqidah Ibnu al-Hajib- al-Subki, ‘Abdul Wahhab bin Ali.

11. Umm al-Barahin – al-Sanusi, Abu Abduillah Muhammad bin Yuruf al-
Sanusi.

12. Nashai’h al-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah – al-Haddad Abdullah


Ba’lawi.

13. Syarh al-Jauharah al-Tauhid fi al-‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah –


Abdullah Karim Tattan dan Muhammad Adib al-Kilani.

Pendidikan agama secara formal mula diambil perhatian di Negara Brunei


Darussalam pada tahun 1936. Ketika itu, pelajaran ugama hanya dijadikan sebagai subjek
tambahan di sekolah-sekolah Melayu yang ditubuhkan sejak tahun 1914 dan hanya
diajarkan pada sebelah petang sebanyak dua kali seminggu 25 dengan bilangan murid yang
terbatas. Mata pelajaran ugama dinamakan pelajaran Syariah dan terbatas kepada
pelajaran ibadat (sembahyang) dan tauhid (rukun Iman dan rukun Islam)26.
25
Metassim bin Haji Jibah. Perkembangan Persekolahan Melayu di Brunei dalam Pentadbiran Sistem Residen
1906-1959. BMJ., Vol. V, No. 3, 1983. p.p. 1-6.
26
Haji Abd Hamid bin Md Daud. Sejarah Persekolahan Ugama Bersistem di Brunei 1956-1980-an. Bahagian
Pelajaran Ugama, Jabatan Hal Ehwal Ugama, 1985. Hlm. 2.

14
Perkembangan pendidikan agama dilihat semakin aktif dengan penubuhan
sekolah-sekolah agama di seluruh negara, sekolah Arab, sekolah-sekolah kerajaan dan
swasta, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama
Seri Begawan (KUPUSB).

Pada masa ini, pendidikan agama secara formal bermula dari sekolah agama iaitu
ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun sehingga dua belas tahun. Ini diikuti pendidikan
agama di sekolah-sekolah konvensional yang bermula Menengah 1 yang juga menjadikan
subjek “Agama Islam” sebagai teras di sekolah-sekolah berkenaan.

Dalam aspek pengajian akidah, ia bermula dengan pengajian umum tentang rukun
Iman dan rukun Islam. Ini diikuti pada tahun-tahun pengajian berikutnya huraian
terperinci tentang rukun-rukun Iman dan Islam merangkumi kepercayaan kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, Malaikat, kitab-kitab Allah, Rasul, Hari Kiamat dan Qada’ dan
Qadar.

Pada tahun terakhir pengajian sekolah agama, pelajar-pelajar diajarkan subjek


pengenalan ASWJ dan ajaran-ajaran yang menyeleweng daripadanya dengan membawa
contoh-contoh gerakan dan ajaran sesat yang wujud di Negara Brunei Darussalam seperti
ajaran Tarekat Abdul Razak, Tarekat Mufarridiyyah, Qadiani, Bahai, Saihoni bin
Tasipan dan al-Ma’unah. Penekanan subjek-subjek ini sepertimana lazimnya adalah
bertujuan untuk menghalang mereka daripada terpengaruh dengan begitu mudah kepada
pemikiran ajaran-ajaran sesat atau dengan kata-kata lain, ajaran selain dari ajaran
ASWJ, selain bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang beriman dan beramal
mengikut akidah ASWJ27.

Dalam aspek pengajian Ilmu Tauhid khususnya Ilmu Ketuhanan, pelajar-pelajar


Islam di Brunei Darussalam pada umumnya memahami dan mengenali ilmu ini menerusi
persoalan sifat 20. Ini sejajar dengan aliran ASWJ yang didokong oleh Asya’irah yang
memberi penekanan kepada persoalan Tauhid bertunjangkan sifat 20 berdasarkan
tafsiran al-Sanusi menerusi kitabnya “Umm al-Barahin”.28 Ia dilihat sebagai asas
terpenting dalam perbincangan mengenai al-Tauhid, di samping menetapkan sifat-sifat

27
Maklumat dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
28
Lihat: al-Dusuqi, Muhammad. Hasyiah al-Dusuqi ‘ala Umm al-Barahin. (Al-Qaherah: Maktabah al-Masyhad al-
Husaini wa al-Maktabah al-Ifriqiyyah. T.t.). hlm. 72-73.

15
yang wajib, mustahil dan harus bagiNya serta memperkasakan hujah-hujah dengan dalil-
dalil ‘aqli khususnya dalil-dalil yang berkaitan dengan alam semesta dan hakikatnya.

Ketiga: Perlembagaan dan Undang-undang Islam

Bagi Negara Brunei Darussalam, pegangan dan amalan menurut Ahli Sunah adalah jelas
dan dinyatakan di dalam Perlembagaan Negara Brunei. Agama rasmi bagi Negeri ialah
agama Islam menurut Ahli Sunah Waljamaah, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya. 29

Malah “Agama Islam” dalam perlembagaan ditafsirkan sebagai agama Islam


menurut ASWJ mengikut Mazhab Shafi’e30.

Berdasarkan perlembagaan di atas menunjukkan bahawa pemahaman dan


penghayatan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam dalam akidah adalah terikat
dengan pemahaman dan pendekatan ASWJ. Hakikat ini juga dapat dilihat dalam setiap
kes penyelewengan akidah dan kerohanian yang timbul dalam masyarakat Islam, maka
ukuran dan penilaian dirujukkan kepada fahaman aliran ASWJ. Mereka yang cuba
menyebarluaskan ajaran yang menyeleweng dari dasar ajaran ASWJ boleh didakwa di
bawah Bab 186 dari Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal
77 yang antara lain menyebutkan:

“Barang siapa yang mengajar atau menerangkan di hadapan awam sebarang


ajaran atau melaksanakan sebarang upacara atau perbuatan yang berkaitan dengan ugama
Islam dengan sebarang cara yang bertentangan dengan hukum syarak adalah melakukan
suatu kesalahan: Hukuman di penjara selama 3 bulan atau didenda sebanyak $2,000”.

Dalam isu-isu Feqh pula, pendapat yang dipakai dan menjadi hujah pada lazimnya
ialah qaul muktamad dalam mazhab Syafi’e. Jika qaul muktamad dalam Mazhab Syafi’e
difikirkan boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam
maka qaul muktamad mazhab Hanafi, mazhab Maliki atau mazhab Hanbali boleh
dipakai.31

Keempat: Insitusi pengurusan dan pentadbiran agama Islam

29
Sila lihat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bab 3 (1).
30
Dokumen-dokumen Perlembagaan (S 32/04; S65/04). Hlm. 40.
31
Sila lihat: Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77.

16
Kemajuan pelaksanaan agama Islam berteraskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah di
Brunei Darussalam juga begitu menonjol dan digerakkan dengan rancak dan agresif
dengan tertubuhnya pelbagai institusi dan badan-badan pengurusan dan pentadbiran hal
ehwal Islam seperti Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Majlis Ugama Islam Brunei
(MUIB), Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) dan sebagainya.

KHEU yang ditubuhkan pada 01 Julai 1954 merupakan sebuah institusi yang
bertanggung jawab menegakkan dan mempertahankan agama Islam berlandaskan ajaran
Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Brunei Darussalam dan tunjang kemajuan agama Islam di
Brunei.

Sejak penubuhannya, KHEU telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang


pengurusan keagamaan, pendakwahan syiar Islam, pendidikan, hal ehwal masjid,
perundangan Islam, penguatkuasa undang-undang, pengurusan zakat, wakaf dan
hubungan kerjasama serantau di bidang agama Islam.

Proses Islamisasi di negara ini juga berjalan dengan teratur dan berkesan melalui
program-program dakwah yang berterusan kendalian Pusat Da'wah Islamiah kepada
masyarakat Islam bagi memperkasakan kehidupan beragama berteraskan ASWJ dan
kepada non-muslim bagi mendekatkan mereka kepada agama Islam.

Selain KHEU, MUIB juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam
memelihara keutuhan agama Islam berdasarkan ajaran ASWJ di Negara Brunei
Darussalam. MUIB merupakan sebuah perbadanan Agama Islam yang berdiri sendiri
(independent body) bagi mengurus hal ehwal agama Islam di Negara Brunei Darussalam
yang mempunyai kuasa undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-
Undang Negara Brunei Darussalam melalui Akta Majlis ugama Islam Dan Mahkamah-
Mahkamah Kadi Penggal 77.

Kedudukannya yang tinggi dan mempunyai status dan kehormatan yang tersendiri,
MUIB mempunyai kuasa dan wibawa yang besar dalam membuat dan menentukan dasar-
dasar mengenai isu-isu keugamaan dan pentadbiran agama Islam di Negara Brunei
Darussalam selain berperanan sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal ehwal yang
berkaitan dengan agama Islam32. 
32
Lihat: Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Bab 3 (3).

17
Isu dan Cabaran:

Sungguhpun ASWJ bertapak dengan kukuh di Negara Brunei Darussalam, namun negara
ini juga terdedah kepada pelbagai ancaman dan penentangan terhadap ASWJ. Ancaman
ini datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya misionari atau gerakan dakwah agama-
agama lain selain agama Islam, ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang
menyimpang, amalan-amalan khurafat, keganasan yang terkeluar dari erti jihad dan
sebagainya.

Dari fakta sejarah, ugama Islam di Brunei telah menghadapi cabaran misionari
Kristian dalam tahun 1576 apabila Gabenor Sepanyol di Manila telah mengarahkan Sultan
Brunei melalui suratnya yang dibawa oleh utusannya supaya menerima pengembang-
pengembang agama Kristian di Brunei dan memberi jaminan keselamatan mereka
sepenuhnya. Sultan Brunei telah mengoyak surat tersebut di hadapan utusan Sepanyol itu.
Rentetan peristiwa itu, pada tahun 1578 Sepanyol menyerang Brunei sehingga mereka berjaya
menakluki Brunei pada 20 April 1578. Bagaimanapun, dalam tahun 1580 Sepanyol berjaya
diusir dari Brunei33.

Kewujudan pendakwah-pendakwah ugama lain selain Islam yang bersembunyi


disebalik nama-nama kelab juga mengambil tempat untuk mengelirukan umat Islam
termasuk di Negara Brunei Darussalam. Kelab-kelab seperti Rotary, Freemason dan
sebagainya adalah merupakan sebuah kelab dakwah agama kristian yang menyebarkan
sayapnya di merata pelusuk dunia. Dengan berselindung di sebalik khidmat masyarakat,
kelab-kelab ini berjaya membuka cawangan di beberapa buah negara Islam.

Terdapat beberapa juga gerakan ajaran sesat dari negara luar telah menyelinap
masuk dan cuba meracuni pemikiran masyarakat Islam di negara ini. Sebahagian dari
kumpulan ajaran tersebut telah diambil tindakan dan diputuskan haram oleh pihak
Kerajaan dan ada juga hanya setakat fatwa. Selain itu terdapat juga ajaran-ajaran sesat
yang dibawa oleh individu-individu tertentu yang mana sebahagiannya telah pun
dihadapkan ke mahkamah dan sebahagian yang lain pula telah diambil tindakan secara
pentadbiran oleh pihak yang berwajib samada dengan cara menasihati mereka atau
dengan cara mengharamkan pelakunya memasuki negara ini jika berasal dari luar negara.
33
Haji Md. Jamil bin Haji Omar. Catatan Sejarah Perwira-Perwira dan Pembesar-Pembesar Brunei. Jilid, II. 1973,
hlm. 11-23.

18
Berdasarkan maklumat rasmi yang ada setakat ini, kedatangan kumpulan ajaran
sesat ini bermula dengan kemunculan Ajaran Bahai pada tahun 1961. Ajaran ini
membawa idea bahawa terdapat lagi nabi selepas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam iaitu al-Bab34. Menurut ajaran ini, Nabi Muhammad bukanlah nabi terakhir
( khatam Al-Anbiya’ ) tetapi nabi yang akan mengesahkan akan kedatangan nabi-nabi lain
selepas darinya.

Ajaran ini juga mendakwa bahawa Al-Quran telah dimansuhkan dengan adanya
kitab suci mereka yang dinamakan sebagai “Al-Bayan” 35. Selain itu, ajaran ini juga
mengajak kepada kesatuan agama dunia yang satu (agama Bahai) yang didakwa
menyatukan Ugama Yahudi, Nasrani dan Islam 36. Al-Bab juga memansuhkan solat lima
waktu, solat Jumaat dan solat jama’ah kecuali solat jenazah. Manji junub tidak wajib dan
qiblat adalah rumah tempat kelahiran al-Bab di Syiraz37.

Selepas itu lahir pula satu ajaran yang dinamakan Tarekat Mufarridiyyah pada
tahun 1973 yang membawa kepercayaan wujud Malaikat Karanaz dan Karakaz,
bertawassulkan Karanaz dan Syeikh Ma’mun, menentukan kubur wali-wali, mengaku
sebagai Imam Mahdi dan Syeikh Makmun sebagai Jesus dan bapa segala manusia bagi
orang tiada agama38

Kemudian pada tahun 1976, satu pergerakkan ilmu persilatan yang datangnya dari
Malaysia mula berkembang. Ajaran itu dikenalpasti sebagai Ajaran Silat Lintau pimpinan
Ishak bin Hassan. Kumpulan ini mendakwa kiblat dalam sembahyang ada empat kiblat
menurut hakikat iaitu a) Kiblat di Ka’abah, b) Kiblat tikar sembahyang, c) Kiblat dalam
diri, dan d) Kiblat kepada Allah. Ishak bin Hassan juga mendakwa bahawa Allah Ta’ala
menjadikan manusia kerana Nabi Muhammad dan mempercayai bahawa zat Allah Ta’ala
telah masuk ke dalam diri mereka ketika mengangkat Takbiratul Ihram.39

34
Muhammad Ahmad al-Khatib, al-Syu’ubiyyah wa al-Zandiqah wa Atsaruha Fi Zuhur al-‘Aqa’id wa al-Firaq al-
Munharifah, (‘Amman: Maktabah al-Aqsha, 1414H-1994M), hlm. 44.
35
Mausu’ah al-Adyan Fi al-‘Alam –Firaq al-Islamiyyah, (Beirut: Edito Creps, INT, 2000-2001), hlm. 116.
36
Mahmud ‘Abidat, Tarikh al-Firaq wa ‘Aqa’idiha, (Amman: Dar al-Furqan, t.t.), hlm. 224.
37
Abdul Rahman ‘Umairah, op-cit. hlm. 254-255.
38
Tarekat Mufarridiyyah Satu Ajaran Sesat, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Lihat juga; Ustaz
Haji Abd. Rajid bin Haji Abd. Kadir, Op-Cit., hlm. 57.
39
Ibid. hlm. 69.

19
Seterusnya muncul pula Jemaah Al-Arqam yang diasaskan oleh Asyari bin
Mohammad pada tahun 1968 di Malaysia, dimana pengaruhnya dapat dilihat dengan jelas
di negara ini pada tahun 1980. Keraguan mula timbul apabila pengasasnya Ashari
Muhammad berkeyakinan pengasas Tariqat Aurad Muhammadiah akan bangkit sebagai
al-Mahdi al-Muntazar. Mereka juga beramal dengan majlis yaqazah yang didakwa
kononnya dihadiri oleh Rasulullah dan para sahabat. Menurut ajaran ini juga, Syeikh
Muhammad Al-Suhaimi didakwa tidak mati tetapi menghilangkan diri, pengikut-
pengikutnya boleh meminta pertolongan kepada Muhammad Al-Suhaimi dan seru
namanya.40

Pada tahun 1989, tersebar satu lagi ajaran Tarekat yang dibawa oleh Abd. Razak
bin Haji Mohammad juga dari Malaysia. Tarekat itu dikenali sebagai Tarekat Abd. Razak
atau Ilmu Makrifat. Penyelewengan dalam amalan tarekat ini bermula apabila
pengasasnya mengindoktrinasikan para pengikutnya dengan konsep-konsep yang
bertentangan dengan ajaran Islam seperti amalan menghadirkan roh-roh orang yang telah
mati (tahdir al-arwah). Kononnya mereka boleh memanggil roh-roh orang yang mati untuk
menjelma ke dalam jasad orang yang hidup seperti dakwaan roh Syeikh Abdul Kadir
Jailani ada dalam diri pengikut atau pembantunya. Ajaran tarekat ini juga mendakwa
bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala telah menjelma ke dalam jasad Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam iaitu suatu fahaman yang dinamakan Hulul Wat Tajsim41, selain itu beliau
juga melakukan penjualan tangkal dan azimat kepada pengikut-pengikutnya mengikut
gred-gred yang tertentu dan sebagainya.

Pada tahun yang sama (1989), timbul pula satu percubaan menghayati fahaman
Qadiani. Bagaimanapun dengan adanya langkah-langkah yang teliti dan tindakan yang
cepat dari pihak Kerajaan, fahaman ini tidak dapat berkembang luas di negara ini. 42
Ajaran Qadiani membawa fahaman bahawa Ghulam Ahmad sebagai nabi dan rasul 43, dan
40
Sila lihat: Penyelewengan Arqam Dari Ajaran Islam. (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri, 1994). hlm. 4-21, Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman (Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr) dan
Norarfan bin Haji Zainal, Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, (Brunei: Pusat Dakwah
Islamiah, KHEU, 2002, hlm. 120-122.
41
Kertaskerja; Kajian Mengenai Ajaran Sesat di Negara Brunei Darussalam, dibentangkan dalam Seminar Aqidah
Islam di UBD pada 5/10/1997, hlm. 4-5. Lihat juga; Laporan Ringkas Ajaran/Perubatan/Islam Yang
Disiasat/Diselidik Oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Dari Tahun 1990 Hingga 1999, Disediakan oleh;
Jabatan Hal Ehwal Syar'iah, KHEU, hlm.2.
42
Norarfan . op-cit. hlm. 42.
43
Muhammad al-Khatib, Op-cit., hlm. 53,

20
mendakwa mempunyai sebuah kitab yang suci memansuhkan kitab suci al-Quran
bernama “Al-Bayan”44.

Pada tahun 1999, timbul pula satu ajaran yang dibawa oleh orang luar bernama
Saihoni bin Tasipan yang berasal dari Johor, Malaysia. Beliau dilaporkan mempunyai
pengikut di negara ini seramai lebih kurang 100 orang. Tetapi dengan adanya tindakan
cepat Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Aqidah, Jabatan Hal
Ehwal Syar'iah, kumpulan sesat ini akhirnya dapat dikawal dan diatasi. Pengasasnya telah
diharamkan (list air) dari memasuki negara ini manakala pembantu pengasas ajaran
tersebut yang berkhidmat dengan kerajaan Brunei telah ditamatkan kontraknya dan juga
telah ditegah dari memasuki negara ini.45
Dengan berselindung di sebalik amalan zikir, pengasas mendakwa boleh
memanggil roh-roh para nabi dan wali-wali Allah, dan berkuasa memanggil malaikat
pada bila-bila masa. Beliau juga mendakwa sebagai wali yang terakhir dan boleh
mengenali seseorang itu berpangkat wali atau sebaliknya dan mendakwa bahawa sesiapa
yang tidak mengikuti kumpulan ini akan masuk neraka.46

Pada awal tahun 2000, timbul pula satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan
al-Mau’nah dari Malaysia. Pertubuhan yang diasaskan oleh Mohd Amin Mohd Razali
sempat meluaskan pengaruhnya dari kalangan orang tempatan. Mereka dilaporkan
berhasrat membuka cawangannya di Negara Brunei Darussalam. Namun, pergerakan
mereka juga dapat ditumpaskan.

Selain kumpulan ajaran sesat di atas, terdapat beberapa ajaran lagi yang
berselindung dalam pelbagai cara dikesan tetapi ajaran-ajaran tersebut masih lagi dalam
penelitian Bahagian Kawalan Aqidah, Jabatan Hal Ehwal Syar'iah, Kementerian Hal
Ehwal Ugama.

Sebahagian dari kumpulan ajaran ini ada yang masih bergiat secara aktif
sementara yang lain tidak aktif. Di antara ajaran-ajaran yang masih aktif diamalkan
adalah seperti Tarekat Abd. Razak dan Tarekat Mufarridiyyah. Mereka ini masih

44
Muhammad al-Hasan, Al-Mazahib Wa Al-Afkar Al-Mu’asirah Fi Al-Tasawwuf Al-Islami, (Al-Doha: Dar Al-
Saqafah, 1986), hlm. 313.
45
Maklumat dari Bhg. Kawalan Aqidah, JHES, KHEU, Brunei.
46
Ibid.

21
mengamalkan ajaran-ajaran ini kerana beranggapan bahawa ajaran yang dibawa oleh
tarekat-tarekat ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.47

Terdapat juga kumpulan ajaran walaupun telah diputuskan sesat dan diharamkan
kewujudannya di Negara Brunei Darussalam, tetapi secara senyap-senyap mereka
berusaha menghidupkan kembali gerakan dan pengaruh mereka. Jema’ah al-Arqam
umpamanya telah mengejutkan masyarakat Islam di Brunei apabila pada bulan
September 2003 seramai enam orang bekas pengikut kuat jemaah ini dari kalangan orang
tempatan telah ditahan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana dikesan
cuba menghidupkan semula pergerakan Jema’ah Al-Arqam.Usaha ini dijalankan atas
arahan ketua tertinggi mereka yang berada di luar negeri 48. Sebahagian mereka telah
dibebaskan pada bulan Julai 2004, manakala seorang dibebaskan pada 23 Mei 2005
selepas menunjukkan penyesalan atas tindakan mereka.

Keadaan ini menjadi lebih mencabar apabila fahaman liberal Islam yang berleluasa
di negara jiran cuba meracuni dan mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam Brunei
menerusi pelbagai saluran termasuk melalui jaringan internet. Begitu juga dengan idea
sesat yang dahulunya terpendam ternyata terus menjalar dan menanti masa sesuai
menembusi kembali pemikiran Islam. Cabaran seperti ini banyak memberi kesan kepada
keutuhan fahaman ASWJ di kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi golongan yang
dikenali sebagai munafiqin. Mereka mencari kesempatan dengan mengekploitasikan isu
bagi menggugat kemantapan iman dan keutuhan perpaduan umat Islam.

Terdapat juga beberapa percubaan aliran Salafiah-Wahabiah yang cuba


mempengaruhi pemikiran masyarakat Brunei melalui pengedaran risalah-risalah secara
tidak bertanggungjawab di sekitar masjid-masjid dan sebagainya. Aliran ini cuba
menanam idea bahawa amalan berzikir Syarafil anam atau berzanji, majlis tahlil, maulid
Rasul, talkin dan ziarah kubur adalah suatu amalan yang bid’ah dhalalah (sesat). Mereka
mendakwa aliran ini sahaja yang selamat dan berhak bergelar ASWJ, manakala ajaran
yang dibawa oleh aliran Asya’irah dan Maturidiah terkeluar dari ajaran ASWJ. Cubaan-
cubaan ini telah ditangkis oleh pihak-pihak yang berwajib terutama sekali Kementerian

47
Ibid.
48
Akhbar Media Permata, Selasa, bertarikh 23 September 2003.

22
Hal Ehwal Ugama melalui pengajian-pengajian agama, ceramah-ceramah, penulisan-
penulisan artikel, khutbah-khutbah dan sebagainya.

Di sinilah peranan ulama dalam mempertahankan akidah ASWJ dari diperkotak-


katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ulama ASWJ perlu tampil ke depan
bagi menjelaskan ajaran Islam yang sebenar, khususnya yang berkaitan akidah Islamiah
dan mempertaruhkan segala-gala yang mereka miliki hatta nyawa demi mempertahankan
kelangsungan akidah Islam.

Dalam kemelut dan situasi gawat seperti itu muncullah tokoh-tokoh agama Brunei
Darussalam menjelaskan ketulenan akidah Islam berteraskan ASWJ dalam pelbagai
aspek, melalui penulisan, perbincangan, pengajian, persidangan dan seminar. Bekas Mufti
Kerajaan Brunei, Ustaz Dr Haji Ismail Omar Abdul Aziz menulis kitab “Dasar-Dasar Ahli
Sunnah Wal Jama’ah Dalam Pentadbiran Negara” (1994) dan kitab “Ringkasan Akidah
Ahli Sunnah Wal Jemaah” (1979 & 1994), Ustaz Haji Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan
Mufti Kerajaan Brunei menulis kitab “Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Penyelewengan
Dari Dasar Akidah Ahli Sunnah Pada Masa Sekarang dan Saranan-Saranan Untuk
Mengatasinya” (1994), Prof Sr Mahmud Saedon dan penulis menulis kitab “Ajaran Sesat
di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan” (2002, 2004,2006), Pusat Dakwah Islamiah
juga menerbitkan buku “Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Lain-Lain Aliran” (1997).

Kitab-kitab berkenaan menunjukkan dan mengkritik penyelewengan fahaman


ASWJ dalam usaha menyatakan kebenaran ajaran yang dikembangkan ahli Sunnah.
Kitab-kitab ini juga sangat padat dan jelas menghuraikan akidah Ahli Sunah Waljamaah
dan pada masa yang sama membicarakan pelbagai firqah yang dianggap menyimpang dan
menyeleweng daripada pendekatan Ahli Sunah.

Selain berbentuk penulisan, seminar-seminar bagi memantapkan akidah ASWJ


juga diadakan dari masa ke semasa di Negara Brunei Darussalam seperti “Seminar
Akidah MABIMS” yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun
1993, “Seminar Kepentingan Aqidah Ahlissunnah Waljama’ah dan Pengaruhnya Dalam
Masyarakat Brunei” yang dikendalikan oleh Jabatan Usuluddin, Institut Pengajian Islam
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam pada 27-28 September
2004, dan “Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah” pada Majlis Ilmu 2007 yang

23
dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada 25-26 Julai
2007.

Semuanya ini dilakukan untuk menjamin kelangsungan keamanan dan


kesejahteraan kehidupan masyarakat di negara ini.

Penutup:

Tidak dapat dinafikan bahawa iktikad ASWJ yang dipegang oleh masyarakat Islam
Brunei sejak turun temurun telah mendatangkan kesan yang positif. Justeru, pendekatan
dan manhaj ASWJ tetap diperlukan. Ia perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi
kefahaman yang betul dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh
menghakisnya bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di Brunei.

Berdasarkan pegangan dan penghayatan masyarakat Islam Brunei, budaya ilmu


dan pengajian serta kekuatan undang-undang penguatkuasaan yang tersurat dan tersirat,
ternyata pengaruh aliran Ahli Sunah khususnya Asya’irah dan Maturidiah dalam
masyarakat Islam di Brunei begitu meluas dan berdiri dengan kukuh sehingga mampu
menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakatnya serta mampu melahirkan
masyarakat yang maju dan cemerlang.

Bibliografi:

Abdul Rahman ‘Umairah. 1984. al-Mazahib al-Mu’ashirah wa Mauqif Islam minha.


Riyadh: Jar al-Liwa’.
Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77.
Al Asfarayini, Abi al Muzaffar. 1999. Al-Tabshir Fi al-Din. Tahqiq: Muhammad Zahid bin
al-Hasan al Kaustari. Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah Li al Turats.
al-Dauri, Qahthan Abd al-Rahman, Ruysdi Muhammad ‘Elyan. 1996. Usul al-Din.
‘Amman: Dar al-Fikr.
al-Dusuqi, Muhammad. Hasyiah al-Dusuqi ‘ala Umm al-Barahin. Al-Qaherah: Maktabah
al-Masyhad al-Husaini wa al-Maktabah al-Ifriqiyyah.
Al-Qadi ‘abd al-Jabbar bin Ahmad. 1996. Syarh al-Usul al-Khamsah. Tahqiq: Dr Abdul
Karim Uthman. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Sammirai’e, Thaha Khalid Muhammad ‘Arab al-Sayyid ‘Ali. 2006. Masai’l al-Khilaf
Baina al-Asya’irah wa al-Maturidiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Zabidi, 1989. al-Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin bi syarh ihya ‘ulum al-din. Beirut; Dar al-
Kutub al-‘ilmiyyah.
al-Zirikliy, Khair al-Din. 1999. Al-‘Alam. Beirut: Dar al-‘Ilm Li al-Malayin.

24
Nasir bin Ali ‘Ai’d Hasan. 1995. Aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah Fi Al-Sahabah Al-
Kiram. Riyadh: Maktabah al-Rushdi.
Haji Abd Hamid bin Md Daud. 1985. Sejarah Persekolahan Ugama Bersistem di Brunei
1956-1980-an. Bahagian Pelajaran Ugama, Jabatan Hal Ehwal Ugama.
Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz. 1994. Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah.
Brunei: Pusat Dakwah Islamiah. Cetakan Kedua.
Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman (Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr) dan Norarfan
bin Haji Zainal. (2002). Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan,
Brunei: Pusat Dakwah Islamiah, KHEU.
Haji Md. Zain Haji Serudin. 1998. Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan. Brunei: Dewan
Bahasa Pustaka.
Himpunan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduk Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan
Negara Brunei Darussalam Di Majlis-Majlis Keagamaan Dan Titah-Titah Yang Berunsur
Keagamaan (1967-1996), Brunei: Pusat Dakwah Islamiah.
Ibn Hazm, Abi Muhammad ‘Ali bin Ahmad. (t.t.). al-Fasl Fi al-Milal Wa al-Ahwa’ Wa al-
Nihal, Beirut: Dar al-Jail.
Kajian Mengenai Ajaran Sesat di Negara Brunei Darussalam. Kertas kerja dibentang dalam
Seminar Aqidah Islam di UBD pada 5/10/1997.
Laporan Ringkas Ajaran/Perubatan/Islam Yang Disiasat/Diselidik Oleh Kementerian Hal
Ehwal Ugama, Brunei Dari Tahun 1990 Hingga 1999, Disediakan oleh; Jabatan Hal Ehwal
Syar'iah, KHEU.
Mahmud ‘Abidat. Tarikh al-Firaq wa ‘Aqa’idiha. ‘Amman: Dar al-Furqan.
Mausu’ah al-Adyan Fi al-‘Alam –Firaq al-Islamiyyah. 2000-2001. Beirut: Edito Creps, INT.
Media Permata, Selasa, bertarikh 23 September 2003. (Surat Khabar)
Metassim bin Haji Jibah. 1983. Perkembangan Persekolahan Melayu di Brunei dalam
Pentadbiran Sistem Residen 1906-1959. BMJ., Vol. V, No. 3.
Muhammad Ahmad al-Khatib. 1994. Al-Syu’ubiyyah wa al-Zandiqah wa Astaruha Fi Zuhur
al-‘Aqai’d wa alFiraq al-Munharifah. ‘Amman: Maktabah al-Aqsha.
Muhammad Ahmad al-Khatib. 1994. al-Syu’ubiyyah wa al-Zandiqah wa Atsaruha Fi Zuhur
al-‘Aqa’id wa al-Firaq al-Munharifah. ‘Amman: Maktabah al-Aqsha.
Muhammad al-Hasan. 1986. Al-Mazahib Wa Al-Afkar Al-Mu’asirah Fi Al-Tasawwuf Al-
Islami, Al-Doha: Dar Al-Saqafah.
Norarfan bin Haji Zainal. Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam, artikel dalam
Majalah Al-Huda Bil. 87 1420H/1999M. Brunei: Pusat Dakwah Islamiah. KHEU.
Penyelewengan Arqam Dari Ajaran Islam. 1994. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bab 3 (1).
Tarekat Mufarridiyyah Satu Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

25

Das könnte Ihnen auch gefallen