Sie sind auf Seite 1von 13

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL

 
    Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:  
 
 

Membranofon

Kor
dofon

Alat-alat muzik kordofon Dalam kategori ini digolongkan


ialah alat-alat yang alat-alat muzik yang
mengeluarkan bunyi kerana menghasilkan bunyi melalui kulit
adanya getaran pada tali atau membrane yang ditegang
yang ditegangkan. Alat-alat dan dipalu.Berbagai jenis alat
muzik rebab, sape dan lain- gendang dan rebana Melayu
lain tergolong dalam kategori tergolong dalam kategori
ini. membranofon. Kebiasaannya
digunakan di dalam
menghasilkan lagu-lagu rakyat.

   
Erofon Idiofon
Erofon adalah alat-alat muzik Idiofon adalah alat-alat muzik
yang menghasilkan bunyi yang menghasilkan bunyi
melalui lubang udara. Dalam melalui tindakbalas pada rangka
masyarakat pribumi badan yang bergema. Contoh
Malaysia,terdapat beberapa alat muzik idiofon pribumi
jenis alat muzik erofon Malaysia ialah kumpulan gong
seperti serunai, seruling, dan jenis-jenisnya. Dalam
nafiri, seruling hidung dan kategori idiofon terdapat alat-
lain lain yang sejenis. alat muzik'metallophone', yang
diperbuat daripada logam
gangsa seperti saron dan gendir
dalam ensemble gamelan.
 
Erofon Bebas

Erofon bebas adalah suatu alat


muzik yang menghasilkan bunyi
melalui lubang udara dengan car
  meniupnya, penjenisan alat adalah 
berbeza dari erofon. Ianya
diperbuat dari pelbagai bentuk
yang berbeza dan diperbuat dari
bahan yang bersifat sementara
seperti daun-daun kayu, daun
kelapa dan sebagainya.
Penghasilan bunyi tidak mengikut
kod muzik yang ditetapkan dan
bukan untuk tujuan dipermainkan
bersama alat muzik yang lain
Tempura

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat
daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2
daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-
tengah dada.

Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Erh-Hu

Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya
memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello
Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut
binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di
dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit
biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget
dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Pipa

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat
kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan
sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Rehab

Pengenalan
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat
daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah.
Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya.
Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk
Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu
diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini
digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal
ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk
mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Sapeh

Pengenalan
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu
jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah
atau hitam.

Fungsi
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara Bermain
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali
pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.
Satong

Pengenalan
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.

Fungsi
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.

Cara Bermain
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.

Sitar

Pengenalan
Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan
dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd
(sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan
alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.Alat bertali mempunyai 5 hingga
7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk
bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai
kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Sundatang
Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian
dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Venna

Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan
belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan
jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi
leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak
kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali
diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.
Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik
yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik
keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.

Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and
mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat
muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan
permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan
Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia
mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan
yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.


Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.
Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi
kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.
Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagubudaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di
sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-
kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan
menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi
ALAT-ALAT MUZIK MODERN

Saksafon

Saksofon adalah sejenis alat muzik tiupan yang biasanya diperbuat daripada logam tembaga, bentuknya seperti
kon yang bengkok berbentuk huruf "J" dan terdapat kekunci untuk bermain dengan jari-jari, sementara bahagian
hujungnya terdapat tempat untuk meniup. Terdapat alat rid di bahagian tempat tiupan tersebut. Saksofon pada
asalnya digunakan dalamorkestra dan pancaragam tentera, tetapi kini lebih dikenali sebagai alat muzik
dalam muzik popular, big band dan jazz.
Biola

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan


dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan
dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat beberapa alat lain dalam
keluarga biola, contohnya viola dan selo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara
bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat olehtukang lut (luthier

Das könnte Ihnen auch gefallen