Sie sind auf Seite 1von 41

1.

PENGENALAN
Setiap terimaan dan pungutan yang
dikendalikan perlulah mempunyai sistem
kawalan tertentu bagi;

a) membolehkan semua wang yang diterima dan


dipungut dapat diperakaunkan dengan sepatutnya.
b) Mengelakkan daripada berlakunya kehilangan
yang berpunca dari kegagalan memungut,
penyelewangan, kecuaian, kurang pengetahuan dan
sebagainya.
2. Tanggungjawab Pegawai Pengawal
(Seksyen 18A Akta Prosedur Kewangan)
Semua Pegawai Pengawal adalah
bertanggungjawab melaksanakan kewajipan
pejabat masing-masing dengan sempurna:
i. Memungut sepatutnya,
ii. menyimpan dengan selamat
iii. mengakaun semua wang awam serta
dibelanjakan dengan sewajarnya.
3. PERATURAN & UNDANG-UNDANG
YANG PERLU DIPATUHI
i. Akta Prosedur Kewangan 1957
ii. Akta Pendidikan 1996 Dan Peraturan Pendidikan
(Akaun dan Audit) 2002.
iii. Arahan Perbendaharaan.
iv. Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan
Kumpulan Wang Sekolah.
v. Pekeliling-pekeliling kewangan yang berkaitan.
vi. Surat-surat Pekeliling Akauntan Negara yang
berkaitan.
4.JENIS KUMPULAN WANG

a) KUMPULAN WANG
KERAJAAN
b) KUMPULAN WANG SUWA
c) KUMPULAN WANG ASRAMA
PERUNTUKAN
KUMPULAN WANG KERAJAAN
i. Bantuan Per Kapita (PCG)
ii. Rancangan Makan Tambahan (RMT)
iii. Biasiswa
iv. Bantuan Kumpulan Wang amanah pelajar miskin
(KWAPM)
v. Bantuan Skim Baucar Tusyen (SBT)
vi. Bantuan Elaun Khas Pelajar Pendidikan Khas
vii. Bantuan Yuran Khas
viii. Faedah bank
KUMPULAN WANG SUWA
1. Bayaran Tambahan
2. Pertaruhan kantin (Cagaran)
3. Sewa kantin
4. Derma/sumbangan orang awam
5. Faedah bank
6. Lain-lain terimaan
KUMPULAN WANG
asrama
1. Bantuan makan pelajar
2. LPBT (asrama)
3. Yuran Makan
4. Yuran Dobi
5. Faedah bank
6. Yuran-yuran lain yang dibenarkan
5. DOKUMEN TERIMAAN
i. Surat Kebenaran Memungut (drp. Ketua PTJ)
ii. Surat Kuasa Memungut Wang Awam (drp.
Pengurus Sekolah)
iii. Surat Penurunan Kuasa Menandatangani
Resit Murid oleh Guru Kelas (drp. Pengurus
Sekolah).
iv. Daftar Stok Buku Resit
v. Resit Rasmi Murid (RM.01)/(RM.02)/ (RM.03)
vi. Resit Rasmi Pejabat (RP.01)
vii. Borang Kutipan dan Serahan Guru Ke Pejabat.
viii. Daftar Penerimaan Wang Dan Barang Sekolah
Melalui Pos
5. DOKUMEN TERIMAAN

ix. Buku Tunai (DKS 009/010/011)


x. Daftar Slip Bayar Masuk Bank
xi. Jadual Kedatangan Murid
xii. Daftar Sewa Kantin
xiii. Perjanjian sewa kantin
xiv. Penyata bank
6. PENYEDIAAN/PENGELUARAN
RESIT

i. Tunai
ii. Cek
iii. Faedah Bank
iv. Penerimaan secara ‘on-line’ – wang terus
diakaunkan dalam bank.
v. Membatalkan cek yang telah dicatat
sebagai bayaran di Buku Tunai*.
KUASA MEMUNGUT
1. Surat Kebenaran Memungut Wang daripada
Ketua PTJ/Pengarah JPN (Bagi Kumpulan
Wang Suwa).
2. Surat Kuasa Memungut Wang Awam (AP 69 )
dikeluarkan oleh Pengurus Sekolah Kepada
Pengawai yang dibenarkan memungut wang.
3. Surat Penurunan Kuasa Menandatangani Resit
Murid kepada Guru Kelas oleh Pengurus
Sekolah (AP 70 para (a) iii.
Resit Rasmi Sekolah
1. Resit Pejabat
- Dikeluarkan oleh Pengurus
Sekolah kepada Guru Kelas,
orang awam & dll.

2. Resit Murid
- dikeluarkan oleh Guru Kelas/
Penyelia Asrama kepada
pelajar/penghuni asrama.
Pengurusan Resit
1. Terima bekalan Buku-buku Resit Murid dan
Resit Pejabat yang dipesan daripada
pembekal Syarikat Percetakan Nasional
Malaysia Berhad Sahaja.
2. Semak nombor siri dan helaiannya dan
mencukupi.
3. Setelah berpuashati, buat perakauan di
belakang helaian pertama salinan pejabat.
4. Jika ada resit rosak, kembalikan kepada
pembekal dan dapatkan buku resit baru.
Pengurusan Resit

5. Rekod semua Buku Resit dalam Daftar


Stok Buku Resit.
6. Keluarkan Buku Resit mengikut susunan
nombor yang betul kepada pegawai yang
diberi kuasa mengutip wang.
7. Pegawai yang menerima Buku Resit
hendaklah menandatangan terima dalam
Daftar Stok Buku Resit.
Pengurusan Resit

8. Rekod semua Buku Resit dalam Daftar Stok Buku


Resit.
9. Buku Resit berlainan jenis hendaklah direkod dalam
muka surat yang berasingan.
10. Keluarkan Buku Resit mengikut susunan nombor yang
betul kepada pegawai yang diberi kuasa mengutip
wang.
11. Pegawai yang menerima Buku Resit hendaklah
mencatat no. siri bilangan resit dan menandatangan
terima dalam Daftar Stok Buku Resit.
Pengurusan Resit

11. Buku Resit yang tidak digunakan


hendaklah disimpan ditempat yang
berkunci dan selamat.(WHY?)
12. Pengeluaran buku resit yang dikehendaki
untuk kegunaan sahaja mengikut turutan.
TATACARA PENGELUARAN /
PENYEDIAAN RESIT

1. Beritahu orang awam supaya meminta resit


apabila membuat bayaran.
2. Resit hendaklah dikeluarkan sebagai akuan
terima wang.
3. Resit hendaklah dikeluarkan semasa urusan
dibuat.
a) Jika pembayar datang sendiri serahkan
kepadanya sertamerta.
b) Jika diterima melalui pos hantarkan pada hari itu
juga.
TATACARA PENGELUARAN / PENYEDIAAN RESIT

4. Cek boleh diterima mengikut budibicara.


5. Cek yang tidak dipalang hendaklah
dipalangkan dan dicatat “Tidak Boleh Niaga”/
“Akaun Penerima Sahaja”.
6. Terimaan melalui pos dicatat dalam Daftar
Penerimaan Wang Dan Barang Sekolah
Melalui Pos.
7. Matawang asing tidak boleh diterima sebagai
bayaran.
TATACARA PENGELUARAN / PENYEDIAAN RESIT

8. Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon


dua muka oleh pegawai yang menerima wang
dan ditulis oleh seorang pegawai lain kecuali
diluluskan bagi:
i. Skim bermesin
ii. Bayaran tercetak

iii. Membuat pungutan luar/mesti bekerja seorang


diri
iv. Seorang pegawai lain tidak ada dan kebenaran
khusus telah didapati.
TATACARA PENGELUARAN / PENYEDIAAN RESIT

9. Resit tidak boleh dipinda, sebarang kesilapan


hendaklah dibatalkan. Salinan asal hendaklah
dilampirkan dan satu resit baru hendaklah
dikeluarkan menggantikan resit tersebut.
10. Serahkan resit asal kepada pembayar.
11. Baki helaian resit murid yang tidak digunakan
hendaklah dibatalkan.
12. Jika baki resit dikehendaki terus digunakan pada
tahun berikutnya, ianya hendaklah didaftar
semula dalam Daftar Stok Buku Resit.
MENGAKAUN TERIMAAN
1. Semua terimaan hendaklah direkod dalam Buku
Tunai & Akaun Subsidiari (jika berkaitan) berkenaan
berdasarkan setiap Resit Pejabat dikeluarkan pada
hari yg sama.
2. Tulis slip bayar masuk bank sama seperti di Buku
Tunai (jumlah masuk bank) dan Asingkan slip
tersebut mengikut kumpulan wang.
3. Masukkan wang ke dalam akaun bank pada hari yang
sama jika ;
1. Tunai melebihi RM500 atau
2. RM2,000 (tunai + cek + kiriman wang)
( Jika sekolah pendalaman??)
MENGAKAUN TERIMA

4. Jika wang lewat diterima, masukkan ke dalam


bank pada hari berikutnya hari bekerja.
5. Kutipan/pungutan walaupun seberapa kecil
sekalipun hendaklah dimasukkan pada hari
terakhir bekerja dalam bulan berkenaan. Jika
lewat diterima masukkan ke hari bekerja bulan
berikutnya.
6. Wang kutipan tidak boleh digunakan sebelum
dibankkan.
MENGAKAUN TERIMA

4. Semak slip bayar masuk bank yang telah


diakuterima oleh bank & t.t. ringkas oleh GB @
pegawai yang diberi kuasa, difailkan dan
disimpan mengikut kumpulan wang.
Taklimat kepada Guru Kelas
1. Beri taklimat/arahan bertulis kepada guru/penyelia
asrama tentang cara urusan kutipan yuran seperti
berikut:-
 Kadar setiap murid

 Tempoh kuasa

 Keluarkan resit murid (RM 01/03/03).

 Resit tidak boleh dipinda

 Jika silap batalkan dan tentukan resit asal ada

dalam buku.
 Tulis resit baru.
Taklimat kepada Guru Kelas
2. Semua kutipan tidak boleh disimpan melebihi 2 hari.
Sebaiknya diserahkan pada hari yang sama.
3. Rekod terimaan ke dalam Borang Serahan Guru Ke
Pejabat dan ditandatangan dan tarikhkan.
4. Rekod pembayaran oleh murid dalam Daftar / Jadual
Kedatangan Murid.
5. Serahan hendaklah berserta dengan buku resit yang telah
digunakan.
6. Tentukan semua serahan ke pejabat adalah tepat.
Dapatkan tandatangan Pembantu Tadbir yang menerima
Borang Serahan Guru Ke Pejabat dan satu salinan untuk
guru.
7. Tentukan Pembantu Tadbir di pejabat mengeluarkan resit
pejabat kepada guru kelas.
Taklimat kepada Guru Kelas
g) Buku resit murid yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke pejabat pada akhir bulan Mac. Bagi
murid yang masih belum menjelaskan yuran,
hendaklah dibayar terus ke pejabat. Dapatkan
nombor resit pejabat bagi kes ini dan rekod dalam
Daftar Kedatangan Murid.
h) Dapatkan pengesahan penyerahan buku resit
daripada pejabat.
i) Tentukan Daftar Kedatangan Murid dikemaskini
diruang bayaran.
j) Penolong Kanan hendaklah memeriksa rekod ini.
Penerimaan Di Pejabat
Sekolah
1. Pembantu Tadbir menerima wang tunai dan menulis
resit (RP.01)
2. Dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Besar/Penolong
Kanan.
3. Serahkan Resit Pejabat kepada pembayar.
4. Catatkan ke dalam Buku tunai berkenaan; tarikh
perihal, nombor resit dan jumlahnya.
5. Jika terimaan daripada Guru Kelas bagi pembayaran
yuran catat dalam Buku Tunai.
TERIMAAN WANG DI PERINGKAT PEJABAT

6. Sediakan slip bayar masuk ke bank mengikut


kumpulan wang.
7. Masukkan wang tunai ke dalam akaun bank
berkenaan.
8. Dapatkan slip bayar masuk bank yang telah diperakui
oleh oleh bank.
9. Catatkan dalam Buku Tunai dan
10. Pengurus Sekolah semak slip bank yang disahkan
oleh pihak bank, jika betul, perakukan.
11. Failkan dengan teratur mengikut kumpulan wang.
TUGAS GURU PENOLONG KANAN

1. Periksa Daftar Kedatangan Murid dan pastikan


butiran pembayaran yuran dikemaskini oleh guru
kelas.
2. Pastikan jumlah hari belajar adalah betul dan
selaras dengan lain-lain kelas.
3. Tandatangan sebagai pengesahan di Daftar/Jadual
Kedatangan Murid.
Pemeriksaan
Mengejut
Pengurus Sekolah / pegawai yang diberi
kuasa hendaklah memeriksa tempat-
tempat yang mengandungi wang tunai
seperti baki wang tunai Panjar Wang Runcit
dan kutipan yang belum dibankkan dan
dilaporkan dalam Daftar Pemeriksaan
Mengejut.
Kehilangan
Resit

Jika buku resit atau sebahagian


daripadanya hilang, perkara hendaklah
dilaporkan kepada pihak Polis.
TINDAKAN PERLU DIAMBIL JIKA PUNGUTAN
YANG GAGAL DIDAPATKAN

1. Buat surat tuntutan/peringatan.


2. Jika masih juga gagal mendapatkannya sehingga
31.12. senaraikan sebagai Akaun Belum Terima
dalam penyediaan Penyata Kewangan Sekolah.
3. Sediakan Rekod Akaun Belum Terima sekolah.
JIKA BERLAKU
KEHILANGAN / PENYELEWENGAN
WANG SEKOLAH
1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melaporkan
kepada pihak Polis.

2. Sempurnakan Lampiran J (Laporan Awal


Kehilangan Wang Awam) – rujuk AP 316.

3. Kemukakan Laporan kepada pihak polis dan


Lampiran J ke JPN dengan segera untuk
tindakan lanjut.
LARANGAN
1. Menerima wang tidak mengeluarkan resit.
2. Tidak mengeluarkan resit pada masa urusan dibuat.
3. Meminda resit.
4. Lewat merekod terimaan dalam buku tunai.
5. Wang kutipan lewat diserahkan ke pejabat.
6. Kutipan tidak direkod dalam Buku Tunai
7. Wang lewat dibankkan.
8. Wang kutipan digunakan sebelum dimasukkan ke
dalam bank.
DENDA ATAU SURCAJ
Akta Prosedur Kewangan,1957(Disemak Akta 61)Seksyen 18

1. GAGAL MENGUTIP HASIL.


2. BAYARAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
3. TERLIBAT DENGAN KEHILANGAN DAN
KEROSAKKAN HARTA KERAJAAN.
4. GAGAL MENYIMPAN KIRA-KIRA DAN
REKOD-REKOD DENGAN LENGKAP SERTA
KEMAS.
5. LAMBAT MEMBUAT BAYARAN MENGIKUT
AKTA PELAJARAN 1961.
Hukuman Mandatori
Bagi Kesalahan Pecah
Amanah dan
Penyelewengan
SURCAJ & PENALTI
Surcaj boleh dikenakan bawah Seksyen
18, Akta Acara Kewangan 1957
 Penalti
 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Akaun & Audit) 2002 Para 13
Seseorang yang melanggar peraturan ini
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5,000.00 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak lebih 3 bulan atau kedua-
duanya
Terima
Kasih

Das könnte Ihnen auch gefallen