You are on page 1of 1

Lampiran 2

SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN MEREKA POSTER (menggunakan perisian Open Source)

1. Peserta mestilah terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Selangor sahaja.


2. Penyertaan mestilah dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak penganjur (sila
muat turun borang daripada portal.kms.matrik.edu.my dan hantarkan kepada
anitamohd@kms.matrik.edu.my atau haslina@kms.matrik.edu.my).
3. Semua penyertaan layak untuk dinilai (dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan).
4. Tema poster adalah KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, namun bahan berbentuk lucah,
hiburan atau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
5. Peserta hanya boleh menggunakan perisian Open Source untuk mereka poster masing-
masing mengikut kreativiti sendiri.
6. Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2
orang peserta sahaja.
7. Semua hasil kerja perlu disimpan dalam bentuk cd rom sebelum dihantar.
8. Hasil kerja mestilah dihantar kepada mana-mana pensyarah Teknologi Maklumat selewat-
lewatnya pada 21 Februari 2011 sebelum jam 4.00 petang.
9. Nama pemenang akan di paparkan di dalam portal KMS.
10. Semua hakcipta adalah milik unit IT.
11. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada peserta yang mendapat tempat pertama sehingga
tempat ke-3, manakala tempat ke-4 hingga ke-10 layak mendapat hadiah saguhati dari
pihak penganjur.
12. Kandungan poster (mesti ada):
a. Nama kolej
b. Nama ahli kumpulan
c. Kreativiti
d. Elemen teks dan grafik
e. Pelajar dibenarkan untuk menambah maklumat yang bersesuaian.