Sie sind auf Seite 1von 10

KEMAHIRAN BERFIKIR

DEFINISI

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses


pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap
dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

TEORI KONSEP BERFIKIR OLEH ILMUWAN

 Edward de Bono ( 1976 )


- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

 Dewey ( 1910 ) menegaskan :


- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau
masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu
proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi
yang dihadapi.

 Robert Sperry.
- Menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir
secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua
bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau
susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna,
reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan, konsep pemikiran


bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan
menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta
refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.
Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada :

     (a) Operasi kognitif :

           Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.

           Contoh : Membanding dan membezakan

     (b) Operasi meta - kognitif :

          Memikir tentang fikiran.

          Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis
kemahiran berfikir yang digunakan.

FUNGSI HOKi & HOKa

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

 Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis
kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
 Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara
logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran
berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
 Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan
apakah hasil yang diharapkan.
 Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang
lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita
tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap
pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya
mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

ALAT-ALAT BERFIKIR

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-
buru melakukan sesuatu.

Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan


ketrampilan berfikir iaitu:

1) Soalan dan Penyoalan


2) Peta minda
3) Pengurusan Grafik
4) CoRT
Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan
lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

1) Soalan dan Penyoalan

Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop –
skop tertentu.

 Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.

 Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.

 Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri,


negara dan luar negara.

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).

 P -  Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.

 I -   Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi
untuk diekspot secara besar - besaran ?

 LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang


Jepun? Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di Malaysia ?
 

Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).

Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat


meningkatkan soalan berfikir.

   1 = Perkara.

   2 = Individu.

   3 = Luar individu.

   4 = Perkara + individu.

   5 = Individu + luar individu.

   6 = Perkara + luar individu.

   7 = Perkara + individu + luar individu.

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).

 Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P)


dapat dimajukan ?

 Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).

 Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak


menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).

 Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan


dari luar negara   (LI) ?

 Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar


individu).

 Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-


buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan
pendapat ini? Beri alasan anda.
2) Peta Minda

Kegunaan :

   1.  Mengambil nota.

   2.  Simpanan nota ringkas.

   3.  Memanggil maklumat.

   4.  Mengembangkan isi.

   5.  Menyelesaikan masalah.

Peta Minda (Mind Mapping)

 Peta Minda disesuaikan atau mempunyai perkaitan rapat  dari bentuk saraf
otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan
kekukuhan akar tumbuhan.
 Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia
boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat
Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
 Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman
pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara
mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

Antara bentuk Peta Minda adalah :

   1.  Pengkelasan                  

   2.  Rantai urutan                 

   3.  Kitaran                          

   4.  Kitaran (berpusat)          

   5.  Tangga hiraki                

   6.  Pohon fikiran                 

   7.  Pengkelasan (berpusat)   


 

Panduan membuat Peta Minda (1).

Bahan :

   1.  Pen atau pensel berwarna.

   2.  Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas
lukisan adalah dianggap baik).

Persediaan :

   a.  Kenalpasti konsep atau idea utama.

   b.  Bina dengan pantas.

   c.  Bina dengan riang dan positif.

   d.  Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.

   e.  Dalam keadaan selesa & tenang.

   f.   Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Panduan membuat Peta Minda (2)

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :

   1.  Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.

   2.  Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar
yang sesuai.

   3.  Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi
utama.

   4.  Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.

   5.  Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan.

   6.  Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.

   7.  Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang
tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.
 

Strategi membuat Peta Minda.

Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :

   1.  Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.

   2.  Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang


tambahan berikutnya.

   3.  Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah
kita.

   4.  Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau
cabang-cabang.

   5.  Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

3) Lembaran pengurusan grafik (LPG).

Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan


menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah, situasi,
kandungan. Antara LPGnya adalah :

   1.  Membanding dan membeza.

   2.  Mengkelaskan.

   3.  Membuat urutan.

   4.  Menyusun mengikut keutamaan.

   5.  Membuat ramalan.

   6.  Menerangkan sebab.

   7.  Mengusul periksa andaian.

   8.  Membuat inferens.

   9.  Mentafsir maklumat.

 10.  Membuat gambaran mental.


 11.  Membuat analogi.

 12.  Membuat keputusan.

4) CoRT (Cognitive Research Trust).

Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh
Dr. Edward de Bono. CoRT direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi
kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran :

 CoRT 1 – Keluasan (memperluaskan persepsi).


 CoRT 2 - Organisasi.
 CoRT 3 - Interaksi.
 CoRT 4 – Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
 CoRT 5 – Maklumat dan rasa.
 CoRT 6 – Tindakan.

Pembahagian CoRT.

CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :

   1. logik dan persepsi

        -  CAF

        -  APC

   2. nilai

        -  OPV

        -  C&S

        -  PMI

   3. fokus dan punca

        -  AGO

        -  FIP

 
CoRT 1 (Cognitive Research Trust).

Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat


CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk
untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.

   1.  Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).

   2.  Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).

   3.  Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).

   4.  Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).

   5.  First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).

   6.  Other Peoples View (Pandangan orang lain).

   7.  Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.

CoRT Kegunaan Contoh kognitif


1
PMI Untuk menangani idea dari segi Pilih lembaran pengurusan grafik
kelebihan, kekurangan dan yang sesuai untuk melihat
keistimewaan masalah itu dari pelbagai
perspektif. 
CAF Mengambil kira semua faktor Apakah faktor-faktor yang
yang terlibat menyebabkan ekonomi merosot?
C&S Meramalkan kesan dan akibat Apakah kesan yang timbul jika
yang berturutan matematik diajar dalam bahasa
inggeris?
AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah matlamat hidup anda?
FIP  Memberi keutamaan kepada Apakah perkara yang perlu diberi
yang terpenting keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di
rumah ?
OPV  Mendapatkan pandangan orang Apakah pendapat anda cara
lain penyelesaian masalah saya ini
berkesan selepas
dilaksanakan ? 
APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk
saya membaiki kelemahan saya
dalam pelajaran ?
CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Persekitaran.

CoRT Kegunaan Contoh kognitif


1
PMI Untuk menangani idea dari segi Malaysia melaksana program
kelebihan, kekurangan dan gunasama basikal secara
keistimewaan. percuma dan dimiliki kerajaan.
Anda mengguna basikal dan
meninggalkannya untuk
digunakan oleh orang lain pula.
CAF Mengambil kira semua faktor Keluarga anda meilih satu tempat
yang terlibat untuk berkelah. Apakah faktor-
faktor yang perlu diambil kira
untuk pergi ke percutian
tersebut ?
C&S Meramalkan kesan dan akibat Beberapa negara menggunakan
yang berturutan tol untuk lebuhraya. Apakah
alternatif lain kepada pengguna
untuk menjelaskan bayaran
selain dari tol yang digunakan ?
AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah objektif saya semasa
belajar teknik-teknik belajar yang
betul ?
FIP  Memberi keutamaan kepada Apakah perkara yang perlu diberi
yang terpenting keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di
rumah ?
OPV  Mendapatkan pandangan orang Apakah pendapat anda cara
lain penyelesaian masalah saya ini
berkesan selepas
dilaksanakan ? 
APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk
saya membaiki kelemahan saya
dalam pelajaran ?
 

Das könnte Ihnen auch gefallen