Sie sind auf Seite 1von 198

KAMINI SHANMUGAIAH

PENSYARAH
COLGIS

1
Chapter 1 :Undang-undang kontrak
► 1.1 Pengenalan


Akta Kontrak 1950 : digunakan untuk merujuk semua peruntukan
mengenai undang undang kontrak di Malaysia. ( mencontohi undang-
undang Inggeris tapi di ubah suai dalam perkara-perkara tertentu.

• Prinsip Undang Undang Inggeris @common law terpakai apabila


terdapat lacuna dalam statut tempatan dan hanya undang undang
Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan tempatan sahaja yang
boleh digunakan.

• Mengenai pemakaian undang undang perdagangan Inggeris di


Malaysia, s 5(1) dan 5(2) Akta Sivil 1956 menjelaskan kedudukannya
bahawa undang undang yang dipakai hendaklah undang undang yang
sama di pakai di England.

• Selain daripada undang undang Inggeris dan kaedah ekuiti,


keputusan kes dari mahkamah India juga digunakan di Malaysia. Ini
adalah kerana Akta Kontrak Malaysia adalah dipadankan dari Akta
Kontrak India. 2
1.2 Takrif@MaksudKontrak
• Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan
kontrak sebagai :
 2(h) Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang.
• Kita harus faham bahawa bukan semua
perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh undang
undang. Misalnya perjanjian yang berbentuk
kekeluargaan atau sosial atau perjanjian yang
menyalahi undang-undang.
• Seksyen 2(g) menyebut hal ini seperti berikut:
 Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang adalah batal. 3
1.2 Takrif@MaksudKontrak
• Dua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g)
Akta Kontrak 1950 :
 Contoh 1 :
o R berjanji kepada A bahawa beliau akan
membayar RM 500 kepada A sekiranya A
berjaya mendapatkan apa-apa pekerjaan di
Perkhidmatan Awam. Perjanjian seperti ini
tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia
bertentangan dengan muslihat awam.
4
1.2 Takrif@MaksudKontrak
• Dua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g)
Akta Kontrak 1950 (cont) :
 Contoh 2 :
o Pakcik Ahmad berjanji akan menghadiahkan
sebuah basikal kepada Farid sekiranya
beliau berjaya mendapat 4A dalam
peperiksaan. Perjanjian di antara Ahmad
dan Farid tidak dapat dikuatkuasakan
kerana ia berbentuk kekeluargaan.
5
1.2 Takrif@MaksudKontrak
• Selain daripada itu, s 10(1) ada menyebut tentang
perjanjian yang merupakan kontrak:
 10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat
atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak
membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang
sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan
tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan
Akta ini bahawa ianya batal.(tidak dinyatakan
batal oleh Akta Kontrak 1950)
 Seksyen 10(1) dengan jelas menyebut perjanjian
yang merupakan kontrak yang sah adalah perjanjian
yang dibuat oleh pihak-pihak yang layak berkontrak
di mana mereka telah memberi kerelaan secara
bebas dan untuk suatu balasan yang sah serta
tujuan perjanjian itu sendiri adalah sah.
6
1.3 Jenis-jenis kontrak
Pengenalan
• Suatu perjanjian boleh dibuat sama ada
secara lisan, bertulis atau melalui
perbuatan. Kontrak boleh dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu:
 i) Kontrak Unilateral
 ii) Kontrak Bilateral
 iii) Kontrak Kolateral

7
1.3 Jenis-jenis kontrak
 i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer
• Kontrak ini dikenali sebagai kontrak satu pihak :
sebab pencadang membuat janji dan penerimaan
oleh pihak yang satu lagi adalah tertakluk kepada
cadangan yang dibuat.
• Contohnya Karim menjanjikan RM 500.00 kepada
sesiapa yang menjumpai telefon bimbitnya yang
hilang. Ahmad menjumpai telefon bimbit tersebut
dan mengembalikan kepada Karim, jadi Karim
terikat untuk membayar kepada Ahmad RM 500.00
seperti dijanjikan. 8
1.3 Jenis-jenis kontrak
 i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer (cont)
 Contoh kes : Carlill Iwn Carbolic Smokeball Co
(1892)
 Fakta : Sejenis ubat selsema yang dinamakan “
The Carbolic Smoke Ball” diiklankan oleh pihak
defendan dalam Illustrated London News. Iklan
tersebut menyatakan sekiranya mana-mana pihak
yang masih dijangkiti selsema setelah
pemgambilan ubat, berhak untuk mendapat £ 100
dari pihak syarikat.
 Keputusan : Pihak plaintiff berhak mendapat £ 100
kerana dia telah menerima tawaran yang ditawar
kepada pihak umum@dunia dengan
luasnya@secara terbuka.(offer made to the world
at large)
9
1.3 Jenis-jenis kontrak
 ii) Kontrak Bilateral
• Kontrak ini dikenali sebagai kontrak dua
pihak.
• Contohnya Hadi berjanji untuk membayar
Suhaimi sebanyak RM 400 sekiranya
Suhaimi membaiki komputernya, Suhaimi
telah bersetuju untuk membaiki komputer
Hadi.
• Pertukaran janji ini mewujudkan kontrak
bilateral. 10
1.3 Jenis-jenis kontrak
 iii) Kontrak Kolateral
• Kontrak ini dikenali sebagai kontrak sampingan dan boleh
dikuatkasakan dengan sendirinya.
• Contohnya, Nizal melawat bilik pameran motosikal terpakai
dan pengurus jualan Ismail memperkenalkan sebuah
motosikal jenama “Virago” dan mengatakan”Ia merupakan
sebuah motosikal yang amat baik, saya berani bertaruh
nyawa ke atasnya”.
• Nizal mendapati selepas membeli motosikal tersebut
handlenya gagal berfungsi dan menyebabkan kemalangan
• Keputusan : Kontrak kolateral wujud: Ismail memberi
waranti motosikal berada dalam keadaan baik.
 Balasan di pihak Nizal: pembelian motosikal(kontrak
utama)
 Kata-kata Ismail mempengaruhi Nizal memasuki kontrak
utama mewujudkan kontrak kolateral. 11
1.3 Jenis-jenis kontrak
 iii) Kontrak Kolateral (cont)
 Contoh kes : Shanklin Pier Ltd v Detel Products Ltd (1951)
 Fakta : Plaintiff telah membuat kontrak dengan X dan Co
untuk membaiki dan mengecat “pier” . Dalam kontrak
tersebut plaintiff mempunyai hak untuk memilih jenis bahan-
bahan material yang akan digunakan. Pihak defendan telah
menjamin tentang kualiti sejenis bahan material yang akan
digunakan. Cat itu digunakan oleh X dan Co tetapi malangnya
plaintiff terpaksa belanja £4000 untuk memperbaiki situasi
tersebut.
 Plaintiff mendakwa defendan atas kontrak tersebut, tetapi
defendan mengatakan tidak wujud kontrak antara p dan d
sebab cat itu dibeli oleh X dan Co daripada defendan.
 Keputusan : Mahkamah memutuskan walaupun terdapat
kontrak untuk penjualan cat, terdapat juga kontrak kolateral
di antara plaintiff dan defendan di mana terdapat
“specification” bahawa cat pihak defendan hendak digunakan
dan pihak defendan pengesahan tentang kualitinya. 12
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Terdapat tujuh elemen utama bagi
mewujudkan kontrak yang sah:
a) Perjanjian ( Proposal and acceptance)
b) Balasan ( Consideration)
c) Niat ( Intention to create legal relations)
d) Keupayaan ( Legal Capacity@Capacity to
contract)
e) Ketentuan ( Certainty)
f) Kerelaan bebas (Consent of Parties)
g) Tujuan yang sah (Legality of objects:
Unlawful@Void Contracts) 13
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan (Elemen 1)
• Bagi mewujudkan perjanjian antara 2 pihak atau
lebih, perlulah ada cadangan@tawaran(offer), dan
penerimaannya(acceptance).
• Contohnya jika A dengan membuat tawaran
menjual keretanya kepada B sebanyak $5000
dengan harapan B menerimanya. Jika B menerima
cadangan A yang hendak menjualkan keretanya
sebanyak $5000, maka berlakunya perjanjian di
antara mereka.
• A adalah penjanji, B penerima janji.
14
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan(cont)
• Satu cadangan boleh dibuat sama ada kepada
orang khusus atau masyarakat umum.
• Jika cadangan dibuat kepada orang yang
khusus, maka cadangan boleh diterima oleh
orang itu sahaja.
• Sebaliknya jika cadangan dibuat kepada
umum, maka sesiapa pun boleh
menerimanya, asalkan memenuhi syarat-
syarat tawaran.
15
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Contoh kes : Carlill Iwn. Carbolic Smoke Ball
Co(1893)
 Fakta : Pihak defendan mengiklankan bahawa
mereka sedia menawarkan £ 100 kepada sesiapa
yang masih dijangkiti demam selsema setelah
menggunakan sejenis ubat dalam tempoh tertentu
 Keputusan: Beliau berhak menerima wang
£ 100 kerana beliau telah menerima tawaran yang
dibuat kepada dunia umum itu.
 Theori yang sama diaplikasikan kepada iklan
menawarkan hadiah kepada sesiapa yang
mengembalikan barang yang hilang: dianggap
sebagai tawaran. 16
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
• Cadangan hendaklah dibezakan daripada pelawaan
tawaran, misalnya seorang pelelong yang
mempelawa tawaran bagi sesuatu barang tertentu,
atau barang yang diperagakan dalam sebuah
pasar raya layan diri.
• Jika pelelong dianggap membuat cadangan, maka
apabila seseorang itu membuat tawaran, maka dia
telah menerima cadangan, dan hasilnya ialah
perjanjian. Tetapi hakitatnya tidak begitu.
• Mengikut undang-undang Inggeris, pelelong hanya
membuat “ perlawaan tawaran”

17
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
• Pihak yang membuat cadangan berhak untuk
menerima atau menolak cadangan yang
dikemukakan.
• Antara pelawaan cadangan :
a) Peragaan barang di kedai
b) Iklan
c) Jualan melalui katalog
d) Jualan lelongan 18
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 A) Peragaan barang di kedai
• Hal ini merujuk kepada tuan punya kedai atau
pasarraya memperagakan barangan di rak-rak
dalam premisnya kepada orang ramai.
• Tuan punya kedai atau pasaraya tersebut berhak
untuk menerima atau menolak cadangan tersebut.
• Contoh kes : Pharmaceutical Society of Great
Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd
(1953)
19
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
• Kes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn Boots
Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953)
 Fakta : Pihak defendan dituduh di bawah Akta Ubatan dan
Racun, 1933 yang mengatakan adalah salah menjual
racun-racun tertentu, kecuali di bawah penyeliaan ahli
farmasi yang berdaftar.
 Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa peragaan itu
hanya merupakan pelawaan tawaran. Cadangan untuk
membeli berlaku apabila pelanggan meletakkan barang
tersebut di dalam bakul. Oleh itu kontrak hanya berlaku di
meja juruwang@membawa barangan ke kaunter
pembayaran. Juruwang berhak untuk menerima@menolak
cadangan yang dikemukakan pelanggan itu.
 Oleh yang demikian, tuan punya kedai tidak melakukan
jualan yang menyalahi undang-undang.
20
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 b) Iklan
• Iklan merupakan satu pelawaan cadangan sahaja dan
bukannya cadangan.
• Contoh kes : Guha Majumder Iwn Donough (1974)
 Fakta : Defendan mengiklankan penjualan tanahnya dan
mempelawa orang ramai membuat cadangan secara
bertulis. Plaintiff telah melawat tanah tersebut dan hasil
perbincangan plaintiff dengan ejen pihak defendan,
plaintiff mendakwa bahawa defendan bersetuju dengan
cadangannya untuk membeli tanah tersebut pada harga
RM 70,000.00. Tiada sebarang persetujuan mengenai
tanaman-tanaman yang terdapat pada tanah tersebut yang
ingin dijual secara berasingan oleh defendan.
 Keputusan : Mahkamah memutuskan: perbincangan
tersebut tidak membawa kepada sebarang perjanjian yang
megikat@binding. 21
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 c) Jualan melalui katalog
• Jualan yang dibuat melalui katalog hanyalah
merupakan satu perlawaaan untuk membuat
cadangan.
• Dalam kes Grainger& Sons Iwn
Gough(1896), mahkamah memutuskan
bahawa tindakan penerbit buku
mengedarkan katalog bukan merupakan satu
cadangan tetapi hanyalah satu perlawaan
kepada orang ramai untuk membuat
cadangan. 22
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 d) Jualan lelongan
• Menurut kes M&J Frozen Food Sdn Bhd &
Anor Iwn Siland Sdn Bhd & Anor, persoalan
yang wujud ialah adakah kontrak terbentuk
apabila pelelong menjatuhkan tukulnya.
• Mahkamah memutuskan:merujuk kepada
Kanun Tanah Negara 1965, jualan secara
menjatuhkan tukul tidak lagi dicadangkan
kepada mana-mana pembeli, kerana
pembeli yang berjaya dalam lelongan
tersebut terikat untuk membelinya. 23
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Cadangan balas @Counter-Proposal and
Acceptance
• Penerimaan mestilah berdasarkan syarat-syarat asal
mengikut cadangan yang tidak mengandung
sebarang perubahan@perbezaan.

• Cadangan balas dianggap penolakan kepada


cadangan asal. {Penerimaan mestilah mutlak dan tak
bersyarat}

• Contoh kes Inggeris : Hyde Iwn.Wrench (untuk fakta


dan keputusan sila rujuk kepada slide 25) 24
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Cadangan balas @Counter-Proposal and
Acceptance
 Kes : Hyde Iwn. Wrench
 Fakta : Defendan menawar rumahnya untuk
dijual kepada plaintiff pada 6 Jun dengan harga
£ 1000. Dalam jawapannya pada 8 Jun, plaintiff
membuat cadangan balas untuk membeli rumah
itu dengan harga £ 950. Apabila defendan
enggan menerima tawaran ini pada 27 Jun,
plaintiff menulis bahawa dia sedia membayar
harga asal.
 Keputusan : Mahkamah memutuskan tiada
kontrak wujud di antara mereka. Plaintiff telah
menolak cadangan asal pada 8 Jun sehingga
tidak dilayak. 25
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Cadangan balas @Counter-Proposal and
Acceptance
• Kes : Lau Brothers & Co Iwn. China Pacific
Navigation Co Ltd (1965)
• Fakta: Rundingan mengenai pengiriman kayu
balak masih dibuat menerusi telegram dan surat-
menyurat. Akhirnya, pihak defendan menarik
diri, dan isu yang timbul adalah berkenaan ada
atau tidaknya kontrak yang mengikat.
• Keputusan : Mahkaman memutuskan bahawa
dalam keadaan begini, pihak yang terlibat masih
dalam peringkat perundingan dan defendan
berhak menarik diri. 26
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Komunikasi penerimaan
• Kaedah am menyatakan bahawa
penerimaan akan menjadi lengkap apabila
penerimaan dikomunikasikan oleh pihak
penerima kepada pembuat cadangan.
• Apabila pihak penerima menerimanya, ia
mestilah memberitahu penerimaannya
kepada pencadang.
27
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Komunikasi penerimaan(cont)
• Contohnya jika A mengirimkan cek bernilai
$ 500 kepada B dengan cadangan kiriman
itu menjadi balasan pada persetujuan B
menjualkan motosikalnya, B dianggap
sebagai menerima cadangan itu sekiranya
ia menukarkan cek itu, walaupun
penerimaanya tidak dikomunikasikan
kepada A. B telah menerima balasan untuk
janji berbalas yang ditawarkan berserta
cadangan. 28
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos
atau Telegram @ Acceptance Through Post
• Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan
hanya sah apabila dikomunikasikan kepada
pencadang. Penerimaan dianggap
dikomunikasikan apabila tiba pada
pengetahuan pencadang.
• Pengecualian : seksyen 4(2) Akta Kontrak
memperuntukkan penerimaan yang dibuat
dengan surat yang dikirim melaui pos atau
telegram. 29
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos
atau Telegram @ Acceptance Through Post
(cont)
• Menurut seksyen 4(2) Akta Kontrak, komunikasi
penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang
“ apabila komunikasi penerimaan itu adalah
dalam perjalanan kepadanya(hal di luar kuasa
penerima),
• Contohnya apabila surat@telegram dihantar
menerusi pejabat pos @telekom
• Pencadang@proposer akan terikat dengan
penerimaan@acceptor walaupun jika surat itu
terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan
30
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui
Pos atau Telegram @ Acceptance Through
Post (cont)
• Dalam kes Entores Ltd. Iwn Miles Far East
Corporation (1955) menyatakan bahawa :
“ Apabila suatu kontrak dibuat melalui pos,
undang-undang dalam semua negeri
common law jelas bahawa penerimaan
adalah lengkap selepas surat itu
dimasukkan ke dalam peti surat, dan itulah
tempatnya kontrak telah dibuat.” 31
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

 Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau


Telegram @ Acceptance Through Post (cont)
• Contoh kes kedua: Ignatius Iwn. Bell (1913)
 Fakta : Plaintiff dalam kes ini menuntut pelaksanaan
spesifik mengenai perjanjian opsyen yang mengikut
beliau memberinya pilihan membeli hak-hak defendan ke
atas sebidang tanah.
 Plaintiff menghantar notis penerimaannya melalui surat
berdaftar@pos pada 16 Ogos 1912, tetapi surat tidak
sampai kepada defendan sehingga petang 25 Ogos
kerana defendan tiada di rumah.
 Keputusan : Opsyen tersebut telah dipergunakan oleh
plaintiff apabila surat itu diposkan pada 16 Ogos. 32
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan


• Pencadang tidak wajib membiarkan cadangannya itu
terbuka tanpa menetapkan masa.
• Pencadang@Proposer boleh menarik balik, atau
membatalkannya pada bila-bila masa sebelum penerimaan
yang sah oleh pihak yang dibuat cadangan itu.
• Contohnya A menawar keretanya untuk dijual kepada B
dengan harga $5000 dan memberi B masa 3 hari untuk
membuat keputusan, A boleh memberitahu B pada hari
kedua bahawa keretanya dijual kepada C.
 Mengikut undang-undang B tidak diwajibkan membuka
tawaran itu selama 3 hari, tetapi jika pencadang telah
menerima balasan, e.g RM 1 dan berjanji bahawa tawaran
akan dibuka, maka pencadang akan mungkir janji jika
menarik balik tawaran sebelum tamat tempoh masa yang
ditetapkan. 33
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
• Cadangan boleh ditarik balik dengan salah satu cara
yang berikut:
a) Mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang
kepada pihak yang lain
b) Dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam
cadangan itu mengenai penerimaannya;jika waktu tidak
ditetapkan bagi penerimaannya, dengan luputnya waktu
yang munasabah.
c) Atas kemungkiran penerima memenuhi syarat terdahulu
mengenai penerimaan
d) Atas kematian atau sakit otak pencadang jika fakta
kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima
sebelum penerimaan.

34
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
• Mengenai penerimaan melalui pos@telegram,
penerimaan itu lengkap terhadap pencadang
apabila penerima mengepos surat penerimaan,
atau menghantar telegram.
• Oleh itu penarikan cadangan mestilah
dikomunikasikan kepada penerima sebelum
penerima mengepos atau menghantarkan
jawapan. (untuk penjelasan prinsip ini sila rujuk
kes Byrne Iwn. Van Tienhoven
o Keadaan pembatalan 1 :Amat penting bahawa
notis pembatalan mestilah dikomunikasikan
kepada orang yang dibuat cadangan itu sebelum
dia menerima. 35
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
 Kes : Byrne Iwn. Van Tienhoven
 Fakta : Defendan telah menawarkan bahawa ia
akan menjualkan 1000 kotak tin bersadur timah
kepada plaintiff melalui surat pada 1 Oktober.
Pada 8 Oktober, defendan menghantar surat
kedua membatalkan cadangan yang dibuatnya
pada 1 Oktober. Surat pembatalan ini ditiba
kepada plaintiff pada 20 Oktober.
 Plaintiff telah menghantar utusan penerimaannya
pada 11 Oktober dan mengesahkannya pula
melalui surat yang diposkan pada 15 Oktober.
36
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
 Kes : Byrne Iwn. Van Tienhoven
► Keputusan : Mahkamah memutuskan
bahawa kontrak telah berjalan kerana
pembatalan tidak berkuatkuasa sehingga
20 Oktober, iaitu apabila ia sampai ke
pengetahuan plaintiff, sedangkan plaintiff
telah pun menerima cadangan itu.

37
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
• Keadaan kedua: pembatalan berdasarkan
keluputan waktu. Dua cara seperti berikut:
 i) Keluputan waktu yang berlaku selepas
tamatnya tempoh masa yang ditetapkan
dalam cadangan penerimaannya;
 ii) Jika tiada tempoh masa ditetapkan,
maka dengan luputnya waktu yang
munasabah.
38
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
► Contoh kes menjelaskan keluputan waktu:
 Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd Iwn Montefiore
(1866)
 Fakta: Defendan memohon saham dalam syarikat
hotel tersebut pada bulan Jun. Hanya pada bulan
November, syarikat itu memberitahu saham-
saham itu telah diberi dan baki harga belian harus
dibayar. Defendan enggan mengambil saham-
saham itu.
 Keputusan: Mahkamah : Alasan yang diberi sebab
keengganan tersebut ialah saham-saham itu
sepatutnya diterima oleh syarikat itu dalam waktu
yang munasabah. Tempoh antara bulan Jun dan
November adalah tidak munasabah. 39
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
• Keadaan 3 : Cadangan boleh dibatalkan
apabila penerima mungkir memenuhi
sesuatu syarat yang terkandung dalam
cadangan itu.
 Contohnya seorang bakal majikan
menawar bahawa dia akan mengambil
pemohon bekerja denga syarat dia lulus
peperiksaan akhirnya. Sekiranya pemohon
itu tidak lulus, cadangan itu terbatal
kerana kelulusan dalam peperiksaan
akhir menjadi syarat terdahulu.
40
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
 Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
 Kaedah 4 pembatalan: Akhirnya, kematian atau sakit
otak pencadang pun menjejaskan cadangan. Tetapi
ini bukan pembatalan secara automatik. Penerima
perlu mengetahui hal ini sebelum dia menerimanya.
 Contohnya, kematian atau sakit otak berlaku selepas
penerimaaan, maka tidak timbul soal pembatalan
cadangan itu. Kontral itu tetap sah.

41
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
B) Balasan (Elemen 2)
 Definisi
• Untuk menjadikan perjanjian itu satu
kontrak yang sah di sisi undang-undang, ia
perlulah mengandungi balasan.
• Sekiranya tiada balasan, maka perjanjian
tersebut bukan kontrak yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
• Balasan adalah satu perbuatan atau harga
yang diberikan oleh satu pihak untuk
membalas janji atau perbuatan pihak yang
lain. 42
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B) Balasan (Elemen 2) (cont)
 Definisi
• Seksyen 2(d) Akta Kontrak mentakrifkan
balasan seperti berikut :
“ Menurut kehendak pembuat janji, apabila
penerima janji atau siapa sahaja yang
membuat atau telah menahan diri membuat
sesuatu, atau membuat atau menahan diri
dari membuat sesuatu maka perbuatan atau
penahanan diri atau janji itu adalah disebut
balasan untuk janji itu.”
43
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B) Balasan (Elemen 2) (cont)
• Takrif dalam seksyen 2(d) boleh dijelaskan sebagai
‘harga yang dibayar oleh satu pihak untuk
membeli janji atau perbuatan pihak yang lain itu.’
• Contohnya, A telah kehilangan kameranya ketika
dalam perjalanan dan menawarkan hadiah
sebanyak $50 kepada sesiapa yang menjumpainya
serta mengembalikannya kepadanya.B
menjumpainya dan mengembalikannya.
• B melakukan perbuatan tersebut yang menjadi
harga yang dibayar olehnya bagi janji A.
Perbuatan ini adalah pertimbangan bagi janji tadi.
44
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B)Balasan (Elemen 2) (cont)
• Contoh kedua: Liza membeli sebuah basikal
dari Halim dengan harga RM 1000. Balasan
Liza kepada Halim untuk basikal itu adalah
RM 1000, sementara balasan Halim
kepada Liza untuk RM 1000 adalah
sebuah basikal.

45
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B)Balasan (Elemen 2) (cont)
 Jenis-jenis balasan
• Balasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu
balasan eksekutori, balasan tersempurna dan
balasan lampau.
i. Balasan eksekutori
• Ia merupakan balasan berbentuk “untuk
dilaksanakan” apabila janji dibuat sebagai
balasan janji yang satu lagi- “janji bagi
membalas janji.”
• Misalnya, A bersetuju menjual motosikalnya
kepada B dan B berjanji membayar $1000 ketika
dia menerima motosikal tersebut.
46
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B) Balasan (Elemen 2) (cont)
 Jenis-jenis balasan
ii) Balasan tersempurna
• Ia dikenali sebagai balasan yang akan
dilaksanakan. Ia berlaku apabila janji dibuat bagi
membalas suatu perbuatan.
• Contohnya A menawarkan $50 kepada sesiapa
yang menjumpai serta mengembalikan
kameranya yang telah hilang. Apabila B
menjumpai serta mengembalikan kamera itu,
balasan itu dilaksanakan.
• Perbuatan memulangkan kamera itu adalah
balasan tersempurna. 47
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B) Balasan (Elemen 2) (cont)
 Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas
• Akhir sekali, kalau janji dibuat bagi membalas
suatu perbuatan yang telah dilakukan, maka
balasan ini disebut “balasan lepas”.
• Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K
Jagatheesan and Others Iwn. A.E Schmidt and
Marjorie Schmidt (1968)
• Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K
Jagatheesan and Others Iwn. A.E Schmidt and
Marjorie Schmidt (1968)
48
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B)Balasan (Elemen 2) (cont)
 Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas
 Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K Jagatheesan
and Others Iwn. A.E Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)
 Fakta : Schmidt, seorang jurutera perunding telah
membantu untuk mendapatkan permit mencarigali
bijih besi di Johor, dan juga membantu menubuhkan
sebuah syarikat Kepong Prospecting Ltd. Satu perjanjian
telah dibuat di antara mereka and syarikat telah bersetuju
untuk membayar Schmidt 1% daripada harga jualan
semua bijih daripada tanah lombong.
 Ini adalah “ sebagai balasan segala khidmat yang
telah diberikan oleh jurutera perunding itu bagi pihak dan
atas nama syarikat sebelum penubuhannya, selepas 49
penubuhan dan bagi khidmat-khidmat akan datang……”
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 B) Balasan (Elemen 2)
 Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas (cont)
• Prinsip balasan lepas adalah berbeza di bawah undang-
undang Inggeris : balasan lampau tidak bernilai dan tidak
boleh mewujudkan kontrak yang sah.
• Prinsip ini dijelaskan dalam kes : Roscoria Iwn Thomas
( 1842), di mana berlaku satu transaksi jual beli di mana
plaintiff telah membeli seekor kuda dari defendan. Selepas
proses jual beli selesai, defendan berjanji kuda itu sihat
dan tidak ganas. Tetapi plaintiff mendapati kuda itu ganas
dan menuntut terhadap janji yang dibuat oleh defendan.
• Keputusan : Balasan lampau berlaku apabila plaintiff
membeli kuda dari defendan dan selepas itu baru ada
perjanjian bahawa kuda itu sihat dan tidak ganas. 50
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3)
 Definisi
• Niat adalah sesuatu yang terletak pada hati
seseorang, dan tidak dapat melihat niat
yang terpendam di dalam diri seseorang.
• Berbeza dengan niat, perbuatan seseorang
dapat di lihat melalui gerak-gerinya.
• Soalannya ialah bagaimana hendak
mengetahui “niat pihak yang ingin
berkontrak” 51
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)

► Di dalam Carlill Iwn Carbolic Smoke Ball Co, pihak defendan


telah mengiklankan ubat yang diberi nama “ The Carbolic
Smoke Ball”. Dalam iklan itu, defendan menawarkan 100 pound
sterling kepada sesiapa yang tidak sembuh daripada selsema
setelah menggunakan ubat dengan cara dan tempoh yang
telah ditetapkan
► Defendan juga telah mendepositkan 1000 pound sterling untuk
membuktikan niat jujur mereka.
► Plaintiff telah membawa tuntutan terhadap defendan kerana
plaintiff tidak sembuh daripada selsema dengan menggunakan
ubat mengikut arahan yang ditetapkan.
► Dalam kes ini, mahkamah juga melihat “ tindakan defendan
mendepositkan 1000 pound sterling ke dalam bank
menunjukkan bahawa ada niat untuk mewujudkan
hubungan yang mengikat di sisi undang-undang.”
52
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
 Pada amnya perjanjian boleh dibahagikan
kepada 2 jenis iaitu:
a) Perjanjian yang berbentuk domestik atau
kekeluargaan, dan
b) Perjanjian yang berbentuk komersial atau
perniagaan.

53
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
a) Perjanjian domestik
• Dalam perhubungan kekeluargaan atau
sosial, undang-undang membuat
anggapan bahawa pihak yang berkenaan
tidak mempunyai niat untuk mengikat di
sisi undang-undang.
• Contohnya perhubungan kekeluargaan
yang wujud di antara suami-isteri, adik-
beradik, saudara-mara, anak-ibu, anak-
bapa, dan juga kawan-kawan.
54
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
a) Perjanjian domestik(cont)
• Dalam kes Balfour Iwn Balfour, seorang suami
ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian
dengan isterinya bahawa beliau akan membayar
sebanyak 30 pound sterling setiap bulan selama
mana isteri beliau tinggal di England. Apabila si
suami gagal membayar, si isteri telah membuat
tuntutan di mahkamah.
• Mahkamah memutuskan dalam kes Balfour
bahawa “perjanjian yang dibuat di antara
suami isteri bukanlah satu kontrak kerana
mereka tidak niat untuk mewujudkan
sebarang kesan di sisi undang-undang.” 55
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
a) Perjanjian domestik(cont)
• Dalam kes Gould Iwn Gould (1969), seorang
suami telah berjanji akan memberi nafkah
kepada isterinya dan dua orang anak mereka
sebanyak 16 pound sterling se minggu selama
mana beliau mampu. Si isteri menuntut di
mahkamah apabila suaminya hanya membayar
untuk 16 bulan pertama sahaja.
• Mahkamah memutuskan perjanjian tidak dapat
dikuatkuasakan kerana “tidak ada bukti
menunjukkan niat untuk mewujudkan
kontrak”. Perkataaan “ selama mana ia
mampu” menimbulkan ketidaktentuan
mengenai niat pihak suami.
56
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
Niat (Elemen 3) ( cont)
a) Perjanjian domestik(cont)
► Kekecualian dalam kes Merritt Iwn Merritt(1970)
► Fakta : Seorang suami telah membuat perjanjian dengan
isterinya bahawa jika isterinya menjelaskan segala hutang
pinjaman rumah mereka, beliau akan memindah milik
rumah tersebut ke atas nama isterinya sebagai pemilik
tunggal. Apabila isterinya telah menyelesaikan segala
hutang berkenaan, suaminya enggan menepati janjinya
atas alasan perjanjian di antara mereka tidak mengikat di
sisi undang undang.
► Mahkamah memutuskan : perjanjian itu boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Ini adalah kerana
perhubungan kekeluargaan tidak wujud di antara
mereka kerana mereka tinggal berasingan semasa
perjanjian tersebut di buat. 57
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial
• Di dalam perhubungan komersial, pihak
yang membuat perjanjian adalah dianggap
oleh undang-undang bahawa mereka
mempunyai niat untuk mewujudkan
perhubungan di sisi undang-undang.
• Kekecualian: Niat boleh diketepikan jika
terdapat bukti yang menunjukkan
ketiadaan niat untuk mewujudkan
perhubungan di sisi undang-undang.
58
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (cont)
• Di dalam kes Winn Iwn Bull (1877), satu
perjanjian bertulis telah dibuat di antara pihak
plaintiff dan defendan, di mana defendan
bersetuju untuk menyewa sebuah rumah
“tertakluk kepada penyediaan dan kelulusan satu
perjanjian formal”. Bagaimanapun perjanjian
formal tersebut tidak pernah dibuat.
• Mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak
wujud di antara plaintiff dan defendan kerana
tidak kontrak formal disediakan oleh mereka. 59
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (cont)
• Dalam kes Rose & Frank Co Iwn JR Crompton & Bros Ltd
(1925)…
 Fakta : Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika
Syarikat dan England telah membuat perjanjian di mana
perjanjian tersebut menyebut “ perjanjian itu tidak
tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang
mana-mana mahkamah di England atau di Amerika
Syarikat.
 Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian
tersebut menunjukkan bahawa pihak dalam perjanjian
“ tidak ada niat untuk mewujudkan perhubungan di
sisi undang-undang kerana tanggungan undang-
undang tidak dikenakan atas mereka.”
60
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (Contoh-contoh
kes yang lain)
 Di dalam kes Chiong Ah Hui Iwn Ban
Choon Co (1989), mahkamah memutuskan
oleh kerana syarat-syarat perjanjian jualan
tanah tersebut adalah “ tertakluk kepada
kontrak satu perjanjian formal mesti
ditandatangani kemudian” dan perjanjian
formal tersebut tidak di tandatangani,
maka tiada kontrak yang mengikat wujud
di antara pihak-pihak kepada perjanjian. 61
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (Contoh-contoh
kes yang lain)
 Di dalam kes Kam Mah Theatre Sdn Bhd
Iwn Tan Lay Soon ( 1993), Mahkamah
Agung memutuskan bahawa kedua-dua
pihak kepada perjanjian masih di peringkat
perundingan, dan satu kontrak yang
mengikat di sisi undang-undang belum
wujud lagi. Oleh itu satu kontrak yang sah
belum terbentuk di antara mereka.(Niat
tidak dapat dibuktikan) 62
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (Contoh kes: Niat dapat
dibuktikan)
 Kes :Koh Kia Hong Iwn Guo Enterprise Pte.Ltd (1990).
 Fakta : Pihak plaintiff membuat tawaran untuk membeli
hartatanah yang diiklankan oleh pihak defendan. Pihak
plaintiff telah menyerahkan deposit kepada pihak
defendan. Satu nota juga ditandatangani oleh kedua-dua
pihak, dan satu resit rasmi telah dikeluarkan oleh
defendan.
 Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak
mempunyai niat untuk mengikat diri dalam satu kontrak
walaupun perjanjian formal belum ditandatangani sebab:
i) defendan meminta bayaran deposit dari plaintiff; ii)
kedua-dua pihak menandatangani satu note; iii) satu
resit rasmi dikeluarkan oleh defendan, dan wang deposit63
dimasukkan dalam akaun defendan.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
 Rumusan : Mahkamah akan melihat
fakta kes itu sendiri, iaitu melalui
tindakan atau perbuatan yang
berlaku di antara pihak-pihak yang
membuat perjanjian tersebut untuk
menentukan sama ada niat untuk
menwujudkan perhubungan yang
mengikat di sisi undang-undang wujud di
antara pihak-pihak yang berkontrak
itu atau tidak.
64
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Pengenalan
• Sesiapa yang hendak membuat kontrak mestilah
mempunyai dari segi undang-undang untuk
berkontrak.
• Elemen seperti cadangan, penerimaan, balasan dan
niat sahaja tidak memadai.
 Seksyen 11 menyatakan siapa yang layak atau
berupaya untuk membuat kontrak. Menurut seksyen
11:
“ Setiap orang adalah layak membuat kontrak
sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang
ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan
tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak
menurut mana-mana undang-undang yang mana ia 65

tertakluk.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Seksyen 11 :kita dapat membuat
kesimpulan bahawa terdapat tiga
elemen yang perlu untuk menjadikan
seseorang itu layak untuk berkontrak.
Elemen tersebut adalah:
i. Dewasa;
ii. Berakal sempurna, dan
iii. Tidak hilang kelayakan.

66
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
i. Dewasa
• Untuk mengetahui bila seseorang itu mencapai umur
dewasa kita perlu merujuk kepada Akta Umur Dewasa 1971
kerana Akta Kontrak tidak mempunyai peruntukan
mengenai perkara tersebut.
• Menurut Akta Dewasa 1971, seseorang dikatakan dewasa
apabila mencapai umur 18 tahun mempunyai
keupayaan untuk membuat kontrak.
• Umur dewasa boleh berbeza untuk tujuan lain
sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang lain.
Contohnya untuk tujuan mengundi dalam pilihan raya
negeri, umur dewasa adalah 21 tahun sementara untuk
kontrak ahli keanggotaan kesatuan pekerja adalah 16
tahun.
67
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
► D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak
• Berdasarkan s11 kita boleh membuat kesimpulan bahawa
seseorang kanak-kanak tidak mempunyai kepunyaan untuk
membuat kontrak.
• Contoh kes : Tan Hee Juan Iwn Teh Boon Keat ( 1934),
di mana seorang kanak-kanak telah memindah hak miliknya
tanahnya kepada pihak lain. Setelah pindah milik ini
disempurnakan,kanak-kanak memohon melaluinya wakilnya
agar pindah milik itu dibatalkan.
• Mahkamah memutuskan: pindah milik itu batal, dan tanah
tersebut mestilah dikembalikan kepada kanak-kanak.
 Hakim Hereford menyatakan bahawa kontrak yang dibuat
oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal tetapi 68
batal.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
• Kaedah am: kanak-kanak tidak boleh
membuat kontrak.
• Kekecualian: Terdapat beberapa
keadaan di mana kanak-kanak
dibenarkan untuk membuat kontrak
iaitu kontrak perkahwinan, kontrak
keperluan hidup, kontrak biasiswa
dan kontrak insurans. 69
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
 Terdapat 4 kekecualian seperti berikut:
1) Kontrak perkahwinan
2) Kontrak keperluan hidup
3) Kontrak biasiswa
4) Kontrak Insurans

70
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
1) Kontrak perkahwinan
• Kontrak perkahwinan adalah merupakan
satu pengecualian kepada kaedah umum
bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat
kontrak.
• Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur
dewasa boleh membuat kontrak untuk
berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat
dikuatkuasakan di mahkamah.
71
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
1) Kontrak perkahwinan : Contoh kes
• Contoh kes: Rajeswary & Anor Iwn Balakrishnan & Ors
( 1958)
• Fakta : Pihak plaintiff dan defendan adalah dari kaum Hindu
Ceylon. Pihak plaintiff telah ditunangkan dengan pihak
defendan, dan perjanjian untuk berkahwin telah dibuat.
Tidak lama kemudian pihak defendan telah memungkiri janji
untuk berkahwin. Pihak plaintiff menuntut ganti rugi dan
semua hadiah dikembalikan. Pihak defendan enggan atas
alasan bahawa kontrak perkahwinan adalah tidak sah
kerana semasa kontrak tersebut dibuat beliau tidak
berkeupayaan untuk membuat kontrak.
• Keputusan : Hakim Good: Kontrak perkahwinan adalah sah
dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihak-pihak yang
terlibat adalah kanak-kanak. Ini adalah kerana kontrak
perkahwinan adalah termasuk dalam pengecualian kepada 72

kaedah am bahawa kanak-kanak tidak membuat kontrak.


1.4 Elemen-elemen asas kontrak
► D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup
• Kontrak keperluan hidup yang dibuat oleh kanak-
kanak boleh dikuatkuasakan. Ini adlah kerana
peruntukan s 69 Akta Kontrak membenarkan
kontrak sedemikian dikuatkuasakan. Seksyen 69
Akta Kontrak berbunyi :
 69. Jika seorang yang tidak berdaya
membuat kontrak, atau sesiapa yang ianya
terikat di sisi undang-undang untuk
menanggung, dibekalkan oleh seorang lain
dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan
hidupnya, maka orang yang membekalkan
sedemikian berhak diganti bayar dari harta
orang yang tidak berdaya itu. 73
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
► D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
• Syarat-syarat pemakaian s69 seperti berikut:
a) Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-kanak
b) Kanak-kanak atau tanggungan kepada kanak-
kanak dibekalkan dengan keperluan hidup.
c) Keperluan tersebut mestilah yang sesuai dengan
keadaan hidup kanak-kanak tersebut.
d) Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya
mempunyai harta.
e) Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak
atau tanggungan kanak-kanak hanya boleh
dikenakan harga yang munasabah. 74
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

• Contoh 1 :
Ali membekalkan kepada Bakar, seorang kanak-
kanak, keperluan yang sesuai dengan keadaan
hidupnya. Ali berhak diganti bayar daripada harta
Bakar.

Contoh 2
Atan membekalkan kepada Razak, seorang kanak-
kanak, keperluan yang sesuai dengan keadaan
hidupnya, Atan berhak diganti bayar daripada
harta Razak. 75
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
• Menurut s 69 Akta Kontrak dan juga common law,
keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak mestilah
yang sesuai dengan keperluan hidupnya.
• Contohnya (leading case): Nash Iwn Inman(1908),
plaintiff seorang pelajar Cambridge telah dibekalkan
dengan pakaian mahal termasuk 11 helai waistcoat oleh
defendan. Defendan, seorang tukang jahit telah menuntut
bayaran untuk pakaian tersebut. Mahkamah memutuskan
plaintiff telah pun dibekalkan dengan keperluan
secukupnya mengikut keadaan hidupnya. Oleh itu tuntutan
defendan tidak berjaya.
 In Nash v Imman, supplier had to prove that minor did not
have sufficient suitable clothing. Contrast with Peter v
Fleming(1840) on the effect of the minor’s condition in life”76
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
► (Leading case): Nash Iwn Inman(1908)
 To render an infant liable for necessaries it must be
proved, not only that the goods are suitable to his station
in life, but also that they are suitable to his actual
requirements at the time of their delivery. If he is already
sufficiently provided with goods of the kind in question,
then, even though this fact is not known to the plaintiff,
the price is cannot be recovered.
 Thus in the case of Nash v Inman, where a Savile Row
tailor sought to recover £122 for clothes(including eleven
fancy waistcoats ) supplied to an infant undergraduate at
Cambridge.
 It was held that : the action must fail, since the
evidence showed that the defendant was already
amply supplied with clothing suitable to his
position. 77
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
• Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan
Singh&Ors ( 1971), dalam kes ini Gurcharan
Singh telah diberi biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran. Mengikut peruntukan perjanjian
biasiswa, Gurcharan dikehendaki berkhidmat
dengan Kerajaan Malaysia selama lima tahun
setelah tamat pengajiannya. Gurcharan melanggar
kontrak tersebut kerana beliau berkhidmat hanya
untuk tiga tahun sepuluh bulan sahaja. Kerajaan
Malaysia mengambil tindakan undang-undang
terhadap Gucharan dan penjamin-penjaminnya
untuk menuntut sebanyak RM 11500, iaitu jumlah
yang telah dibelanjakan.
78
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
• Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan
Singh&Ors ( 1971) (cont)
• Keputusan : Hakim Chang Min Tat telah merujuk
kepada kes Inggeris Chapple Iwn Cooper(1884),
memutuskan bahawa antara keperluan kanak-
kanak adalah makanan dan pakaian. Pelajaran
juga adalah satu keperluan kepada kanak-kanak
untuk menjadikan mereka warganegara yang
berguna.
 Akhirnya Gucharan Singh telah diperintahkan
untuk membayar sejumlah wang yang telah
dibelanjakan kerana pendidikan adalah satu
keperluan hidup untuk kanak-kanak. 79
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
► Contoh kes: Doyle Iwn White City Stadium Ltd
( 1935)
► Fakta: Seorang kanak-kanak yang merupakan
peninju professional telah bersetuju untuk
mematuhi peraturan Lembaga Kawalan Tinju
British (LKTB) dalam urusan profesionnya ketika
menerima lesen dari LKTB. Sejumlah wang telah
dipegang oleh LKTB seperti yang diperuntukkan
dalam peraturan LKTB kerana kanak-kanak
tersebut telah melanggar peraturan yang
ditetapkan dalam satu pertandingan.
► Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa
kontrak di antara kanak-kanak itu dan pihak
Lembaga adalah sah dan mengikat.
80
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iv) Kontrak biasiswa
• Undang-undang berkaitan dengan biasiswa adalah
terkandung di dalam Akta Kontrak(pindaan) 1976.
Perjanjian biasiswa telah didefinisikan dalam s2 yang
berbunyi:
2. “perjanjian biasiswa” ertinya apa-apa kontrak atau
perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang
berkenaan dengan seseorang(siswa) mengenai apa-apa
biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran,
atau perlantikan sesuatu kursus pengajian,peruntukan cuti
bergaji atau cuti tak bergaji atau apa-apa jua kemudahan
lain, sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa
yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau
badan lain atau mana-mana kerajaaan di luar Malaysia bagi
maksud pelajaran atau pengajian dari apa-apa jenis.
81
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iv) Kontrak biasiswa (cont)
• Seksyen 4(a) Akta Kontrak 1976 mengatakan :
“4(a) Walaupun apa jua yang berlawanan yang
terkandung dalam Akta, tiada perjanjian biasiswa
boleh menjadi tak sah atas alasan bahawa siswa
yang membuat perjanjian itu belum berumur
dewasa.
 [maksud peruntukan di atas: satu perjanjian
biasiswa itu sah dan mengikut di sisi undang-
undang walaupun siswa iaitu penerima biasiswa
itu adalah kanak-kanak.] 82
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
v) Kontrak Insurans
• Akta Insurans 1963 ( disemak 1972)
menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-
kanak boleh membuat kontrak insurans untuk
menginsuranskan diri dan harta dari apa-apa
kontigensi. Seorang kanak-kanak adalah
dibenarkan membuat kontrak sekiranya ia berusia
10 tahun ke atas.
• Walaupun begitu, keizinan bertulis dari ibu bapa
atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-
kanak tersebut berusia 16 tahun ke bawah.
83
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 SalahNyataan Mengenai Umur
• Apakah kedudukan undang-undang sekiranya
kanak-kanak menyalah nyatakan umurnya
sehingga memperdayakan pihak lain untuk
berkontrak dengannya?
• Dalam kes Natesan Iwn Thanaletchumi & Anor
[1952], mahkamah memutuskan bahawa kanak-
kanak yang telah mempengaruhi atau
memperdayakan orang lain untuk berkontrak
dengannya dengan melakukan salah nyataan
mengenai umurnya, tidak dihalang dari
membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia
masih kanak-kanak semasa kontrak tersebut
dibuat. 84
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 SalahNyataan Mengenai Umur (cont)
• Dalam kes Mohamad Syedol Ariffin Iwn Yeoh Ooi
Gark [1916], seorang pemberi pinjaman telah
membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak
yang diberi pinjaman. Mahkamah memutuskan
bahawa tindakan undang-undang tidak boleh
diambil terhadap kanak-kanak yang menipu
mengenai umurnya.
• Dalam satu kes Inggeris R Leslie Ltd Iwn
Sheil[1914], mahkamah memutuskan bahawa
kanak-kanak tidak boleh dituntut untuk membayar
balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan
usianya. 85
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna
• Soalan: Siapakah yang berakal sempurna
untuk membuat kontrak? Seksyen s 12(1)
yang memperuntukkan:
 12(1) Seseorang adalah dikatakan
berakal sempurna untuk membuat kontrak
jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia
berkeupayaan memahami kontrak yang
diperbuatnya dan berkeupayaan membuat
pertimbangan yang rasional terhadap kesan
atas kepentingannya. 86
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna
► Perkara yang penting yang mesti diambil kira untuk
menentukan sama ada seseorang boleh membuat kontrak
berdasarkan seksyen tersebut di atas adalah seperti
berikut:
(a) seseorang itu pada masa ia membuat kontrak, ia
berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuat, dan
(b) mempunyai keupayaan membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan atas kepentingannya
 Akta Kontrak juga membenarkan seseorang yang biasanya
tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal
sempurna membuat kontrak ketika ia berakal sempurna.
Ini adalah menurut peruntukan s 12(2) yang berbunyi:
“12(2) Seseorang yang lazimnya tak berakal
sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna boleh
membuat kontrak bila ia berakal sempurna.
87
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna
► S.12(2) : satu contoh yang menerangkan
peruntukan s 12(2) adalah seperti berikut:

 Aminadalah pesakit di Hospital Tanjung


Rambutan(hospital sakit jwa), Amin boleh
membuat kontrak pada waktu-waktu ia
berakal sempurna sahaja.
88
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna (cont)
• Seksyen 12(3) memperuntukkan:
 12(3) Seseorang yang lazimnya berakal sempurna, tetapi
sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh membuat
kontrak bila ia tidak berakal sempurna.
 Seksyen 12(3) membawa maksud: seseorang yang
biasanya berakal sempurna adakalanya tidak boleh
membuat kontrak, iaitu ketika ia tidak berakal sempurna
sahaja.
 Contohnya seorang yang siuman tetapi yang mabuk
hingga tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak
dan tidak berkeupayaan membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan atas kepentingannya, tidak boleh
membuat kontrak selama tempoh kemabukannya
89
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna (cont)
► Kes: Imperial Loan lwn Stone – kontrak yg dibuat oleh
seorang yg tidak berakal sempurna tidak boleh batal
atas pilihannya jika pihak yg satu lagi percaya bahawa
beliau buat kontrak dgn org yg sempurna akal.

90
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
 Berakal Sempurna (cont)
 Tidak hilang kelayakan – jika dihalang oleh undang-
undang untuk masuki kontrak
► Kes: Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Hee – mahkamah:
seseorang yg diisytihar muflis masih tidak hilang
kelayakan untuk masuk kontrak.

91
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
E) Ketentuan@Ketaktentuan@Certainty
(Elemen 5)
 Pengenalan
• Walaupun keperluan-keperluan berkaitan
dengan tawaran dan penerimaan, balasan
dan niat mengadakan hubungan di sisi
undang-undang telah dipenuhi, perjanjian
itu masih boleh alami
kecacatan@kelemahan yang menyebabkan
sukar bagi mahkamah untuk “menentukan
syarat sebenar yang dipersetujui oleh
pihak-pihak yang terlibat”. 92
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5)(cont)
 Pengenalan
• “Makna perjanjian-perjanjian yang tak tentu atau
tidak boleh ditentukan adalah batal.”
 Contohnya jike A bersetuju untuk menjual “seratus
tan minyak” kepada B, maka tiada apa-apa yang
dapat menunjukkan jenis minyak yang
dimaksudkan dan perjanjian itu batal kerana
ketaktentuannya@tidak pasti…
 Contoh 2 : Jika A bersetuju menjual “ kuda putih
saya dengan harga RM 500 atau RM 1000”,
kepada B, maka tiada apa-apa yang
menunjukkan harga yang harus dibayar. Ini
pun adalah batal@no specification 93
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
E) Ketentuan@Ketaktentuan (cont)
 Pengenalan
► Contoh 3: Jika A, yang menjual minyak
kelapa sahaja bersetuju menjual “seratus
tan minyak” kepada B…jadi A telah
membuat kontrak untuk menjual
seratus tan minyak kelapa.
► Contoh 4: Jika A bersetuju menjual”seribu
gantang beras dengan harga yang akan
ditetapkan oleh C”, kepada B, di sini
tiada ketaktentuan memandangkan
harga boleh ditentukan. 94
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5) (cont)
 Pengenalan
 Contoh kes : Karuppan Chetty Iwn Suah
Thian, di mana keperluan ketentuan tidak
dipenuhi apabila pihak yang terlibat
bersetuju memberi pajakan sebanyak $35
sebulan “ seberapa lama yang dia suka.”

95
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
 Pengenalan
• Kontrak akan menjadi sah apabila ia dibuat
dengan kerelaan bebas pihak-pihak yang terlibat.
• Kerelaan bebas tidak wujud apabila terdapat
unsur-unsur seperti paksaan, pengaruh tidak
wajar, khilaf, salahnyataan dan tipuan.
• Namun begitu, kontrak yang tiada kerelaan bebas
adalah menjadi kontrak yang boleh batal atas
pilihan pihak yang kerelaaanya disebabkan
sedemikian.
96
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
 Pengenalan (cont)
 Menurut kaedah am, sesuatu kontrak menjadi sah
jika ia dibuat dengan kerelaan sebenar atau
kerelaan bebas, tanpa sebarang tekanan atau
paksaan mana-mana pihak.
 Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950,
 10. Semua perjanjian akan menjadi kontrak
yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh
pihak-pihak yang berkontrak.
 Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkontrak
hendaklahlah memberikan persetujuan secara
ikhlas untuk memasuki perjanjian tanpa paksaan
atau ugutan.
97
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
 Pengenalan (cont)
• Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula,
13. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-
pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama
dalam pengertian yang sama.
 Contohnya,Kamal bersetuju untuk membekalkan
tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg
kepada Azhar. Azhar juga bersetuju untuk
membeli tepung sebanyak 100 kg pada harga
60sen sekg.[mutual understanding]
98
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
 Pengenalan (cont)
• Mengikut seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
14. Kerelaan seseorang itu dianggap bebas
selagi tidak wujud salah satu daripada
unsur-unsur berikut:
1. Paksaan
2. Pengaruh tak berpatutan
3. Frod(tipu)
4. Salahnyataan
5. Khilaf(Silap) 99
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
• Doktrin ugutpaksa common law terdapat dalam Akta
Kontrak tetapi lingkungkannya telah diperluaskan.
• Maksudnya “ melakukan atau mengancam untuk
melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun
Keseksaan, atau menahan secara tak sah atau
mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan
memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan
seseorang untuk membuat perjanjian.”
• Pentakrifan paksaan ini tidak terhad kepada orang
sahaja, tetapi termasuk harta benda.
• Contohnya A, di atas kapal Inggeris di lautan lepas yang
Kanun Keseksaan tidak terpakai, menyebabkan B
membuat suatu perjanjian dengan mengancam
mencederakannya. A kemudian mendakwa B kerana
mungkir kontrak di Kuala Lumpur. Kontrak itu adalah tak
sah kerana A telah menggunakan kekerasan. 100
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Takrif Paksaan:
• Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan paksaan
sebagai:
“15. “melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam
untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh
Kanun Keseksaan, atau menahan secara tak sah atau
mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan
memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan
seseorang untuk membuat sesuatu perjanjian.
• Dengan perkataan lain, paksaan itu adalah apa jua
bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan
kekerasan terhadap diri seseorang, keluarganya atau
hartanya. Paksaan dilakukan dengan tujuan memaksa
seseorang itu membuat kontrak. 101
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950
1. Kekerasan (a) Yang ditegah
Kanun
Keseksaan@
2. Ancaman untuk (b) Menahan Tujuan (a) dan
melakukan secara tak (b) : paksa
kekerasan sah@mengancam orang itu
hendak menahan membuat
harta dan perjanjian
memudaratkan tanpa kerelaan
orang bebas.
102
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950
 Ciri-ciri dalam Paksaan
• Terdapat beberapa ciri penting yang perlu kita kenal pasti
untuk memahami konsep paksaan ini.
1. Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
• Perbuatan kekerasan atau ancaman untuk menggunakan
kekerasan yang dimaksudkan di bawah paksaaan adalah
apa-apa perbuatan jenayah yang bertentangan dengan
Kanun Keseksaan sahaja.
• Kanun Keseksaan adalah undang undang bertulis yang
mengawal undang-undang jenayah di Malaysia. Jika
sesuatu perbuatan itu bertentangan dengan undang-
undang selain daripada Kanun Keseksaaan, maka
perbuatan atau ancaman tersebut tidak tertakluk kepada
konsep paksaan bagi maksud Akta Kontrak di Malaysia. 103
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak
1950
 Ciri-ciri dalam Paksaan
1. Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
(cont)
• Contohnya dalam seksyen 15:
“A di atas kapal Inggeris di lautan lepas, menyebabkan B
untuk membuat suatu perjanjian, dengan menakutkan B
secara jenayah menurut Kanun Keseksaan. Kemudian A
mendakwa B di Taiping kerana pecah kontrak. A telah
melakukan paksaan, meskipun perbuatannya yang
dilakukannya bukanlah suatu kesalahan menurut undang
undang Inggeris, dan meskipun seksyen 506 Kanun
Keseksaan tidak berkuatkuasa pada masa atau tempat
perbuatan itu dilakukan. 104
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak
1950
 Ciri-ciri dalam Paksaan
2. Perbuatan memaksa
• Perbuatan memaksa mengandungi dua elemen
yang perlu dibuktikan:
a) Menggunakan tekanan atau paksaan untuk
mempengaruhi kemahuan seseorang itu
sehingga menjadikan kerelaaannya tidak bebas,
dan
b) Tekanan atau paksaan tersebut hendaklah
bertentangan dengan undang-undang. 105
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950
 Ciri-ciri dalam Paksaan
2. Perbuatan memaksa(cont)
► Contoh kes: Dalam kes Kesarmal a/l Letchumanan Das
Iwn Valiappa Chettiar (1954), ketika berada di bawah
pemerintahan Jepun, satu pindah milik harta telah
dilaksanakan atas perintah Sultan, di mana perintah itu
sendiri dibuat atas paksaaan dua orang pegawai tentera
Jepun.
► Mahkamah memutuskan bahawa perintah persetujuan
pindah milik yang diberikan oleh Sultan adalah tidak
secara sukarela. Oleh yang demikian, pindah milik harta
tersebut adalah tidak sah dan batal.
106
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan
 Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950
 Ciri-ciri dalam Paksaan
2. Perbuatan memaksa(cont)
► Dalam kes Kaufman Iwn Gerson ( 1904), telah
menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan
kepadanya oleh K.K mengancam akan menjalankan
tindakan undang-undang terhadap G melainkan isteri G
sanggup membayar balik wang yang hilang. Untuk
melindungi nama baik suaminya, isteri G berjanji berbuat
demikian.
► Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh
isteri G dengan K tidak boleh dikuatkuasakan, atau tidak
mengikat isteri G kerana terdapat unsur paksaaan dalam
perjanjian tersebut.
107
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan ( cont)
 Rumusan:
• Kesan sesuatu kontrak yang mengandungi unsur paksaaan
ialah, kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan atau
kehendak pihak yang dipaksa untuk memasuki kontrak
tersebut.
• Menurut seksyen 19 Akta Kontrak:
“19. Jika berlaku paksaaan ke atas sesuatu perjanjian, maka
perjanjian itu merupakan kontrak yang boleh dibatalkan
atas pilihan yang dipaksa.
 Oleh yang sedemikian, unsur paksaaan boleh wujud dalam
sesuatu kontrak di mana satu pihak telah dipaksa untuk
memasuki perjanjian tanpa persetujuan bebas. Pihak yang
dipaksa itu berhak di sisi undang-undang untuk memohon
kepada mahkamah bagi membatalkan kontrak yang
dimasukinya atas alasan wujudnya unsur paksaan, dan 108

kontrak tersebut tidak sah dan batal.


1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan
 Pengenalan
• Seorang plaintiff boleh mengenepikan sesuatu urusan
disebabkan dia telah didesak membuatnya kerana
dipengaruhi oleh seorang lain ke atasnya.
 Seksyen 16 menyatakan bahawa hal ini berlaku apabila
pertalian di antara kedua belah pihak seperti:
(1) satu pihak berkeupayaan menguasai kemahuan
pihak yang lain, dan
(2) menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi
kelebihan tak saksama ke atas pihak yang lain.
 Sila beri perhatian kepada “penguasaan kemahuan” dan
“perolehan kelebihan yang tak saksama”
109
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
 Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan penguasaan
sedemikian[penguasan kemahuan dan perolehan kelebihan
yang tak saksama]
a) Apabila satu pihak memegang kuasa benar atau kuasa zahir
ke atas orang lain, misalnya kuasa ibu bapa ke atas seorang
anak. Contohnya jika A telah meminjamkan wang kepada
anaknya B semasa anaknya masih remaja, dan kemudiannya
apabila B dewasa, A telah menyalahgunakan pengaruhnya
sebagai ibu bapa dengan memperolehi satu bon daripada B
untuk jumlah yang lebih besar daripada wang yang harus
dibayar atas pinjaman itu, maka A dianggap telah
menggunakan pengaruhnya dengan tak berpatutan.
b) Apabila satu pihak ada kaitan amanah dengan seorang lain,
misalnya peguamcara dengan anak guamnya, pemegang
amanah dengan benefisiari, penasihat agama dengan
pengikut, 110
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
 Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan
penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan
dan perolehan kelebihan yang tak saksama]
c) Apabila satu pihak membuat kontrak dengan
seorang yang keupayaan akalnya adalah terjejas
oleh sebab usia, penyakit, atau penderitaan akal
atau jasmani, sama ada sementara atau
berkenalan. Contohnya A sakit kerana sakit dan
didorong oleh B, pembantu perubatannya
supaya bersetuju membayar sejumlah yang tak
munasabah kepadanya bagi perkhidmatannya. B
dianggap telah menggunakan “pengaruh tak
berpatutan” 111
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
• Dalam keadaan-keadaan di mana tanggungjawab untuk
membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan terletak
ke atas orang yang berkedudukan dapat menguasai
kemahuan orang lain itu.
• Contoh kepada seksyen 16 memberi contoh di mana
seorang banker memberi pinjaman kepada pelanggannya
dengan kadar bunga yang luar biasa tinggi. Pada zahirnya,
kedudukannya dapat menguasai kemahuan pelanggan-
pelanggan dan urusan itu nampak tak berpatutan.
• Tanggungjawab membuktikan ketiadaan pengaruh tak
berpatutan adalah terletak pada banker itu. Dia mungkin
boleh berbuat demikian dengan membuktikan bahawa
pada masa pinjaman diberi, keadaaan di pasaran wang
adalah tegang, dan kadar bunganya amat tinggi. 112
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
• Contoh kes tempatan seperti dalam kes Salwath Haneem
Iwn Hadjee Abdullah, suami plaintiff telah melaksanakan
pemindahan hak harta kepunyaaannya dan plaintiff kepada
saudara lelakinya, B dan C. Plaintiff bersetuju dengan
pemindahan hak itu. Tetapi selepas suaminya mati, plaintiff
membuat tindakan menuntut supaya diketepikan perjanjian
dan pemindahan hak tersebut.
• Mahkamah memutuskan bahawa perkaitan amanah telah
wujud antara plaintiff dengan B dan C. Oleh itu beban
pembuktian terletak kepada B dan C yang mesti
menunjukkan bahawa plaintiff memahami urusan tersebut
sepenuhnya dan telah melaksanakan pemindahan hak itu
dengan sukarela tanpa dkenakan pengaruh tak berpatutan.
Oleh kerana B dan C tidak memenuhi beban tersebut maka
urusan itu diketepikan.
113
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
• Dalam kes Chait Singh Iwn Budin bin
Abdullah, mengenai pengaruh tak
berpatutan atas alasan urusan tak patut
telah dapat ditegakkan apabila seorang
pemberi pinjaman wang telah menuntut
pinjaman pada kadar bunga sebanyak 36
peratus daripada peminjam. Lagipun
peminjam itu buta huruf.
114
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
 Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan
• Akibat daripada pengaruh tak berpatutan ialah
untuk menjadikan kontrak itu batal mengikut
opsyen pihak yang tidak bersalah.
• Dia boleh mendapat kehilangannya kembali di
bawah seksyen 66, yang memerlukan seseorang
yang telah menerima sebarang faedah daripada
kontrak itu, sebelum dibatalkan
memulangkannya dan memberi pampasan
kepada orang yang diterimanya faedah itu. 115
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
 Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)
• Tetapi jika pihak yang membatalkannya telah
mendapat sebarang faedah daripada pihak lain
dalam kontrak itu, dia pun berkewajipan
memulangkan faedah tersebut “pada syarat-syarat
dan keadaan sebagaimana difikirkan patut oleh
mahkamah.”
• Contohnya dalam kes Chait Singh Iwn Budin Bin
Abdullah, mahkamah memutuskan keputusan
menyokong si pemberi pinjam, tapi mengurangkan
kadar bunga kepada 18 peratus daripada 36
peratus yang mula-mulanya dituntut. 116
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
 Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)
• Contohnya (b) pada seksyen 20, adalah dinyatakan
bahawa A, seorang peminjam wang meminjamkan
$100 kepada B, dan dengan pengaruh tak
berpatutan mendorong B supaya melaksanakan bon
$200 dengan kadar bunga 6 peratus sebulan.
Mahkamah boleh membatalkan bon itu serta
memerintahkan B supaya membayar $100 itu balik
dengan bunga yang difikirkan patut oleh mahkamah.
117
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud (rujuk slide 98)
 Pengenalan
• Kita tahu bahawa untuk menentukan suatu
kontrak itu sah dan mengikat pihak-pihak yang
berkontrak, kontrak itu hendaklah dibuat dengan
persetujuan oleh pihak-pihak yang terlibat dan
persetujuan ini hendaklah diberikan secara
bebas.
• Menurut seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
sekiranya wujud salah satu daripada unsur yang
boleh menunjukkan kebebasan tidak diberi
secara bebas, maka kontrak tersebut boleh batal.
• Kita akan membincangkan salah satu daripada
unsur tersebut iaitu: Frod 118
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Takrif Frod
• Frod telah ditakrifkan dalam Seksyen 17 Akta Kontrak
1950 seperti berikut:
17. Perbuatan-perbuatan berikut yang dilakukan oleh suatu
pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat
untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau
agennya, atau mendorong orang itu membuat kontrak:
a) satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh
seorang yang tidak mempercayainya sebagai tidak benar;
b) satu penyembunyian secara aktif suatu fakta oleh seorang
yang mengetahui atau mempercayai kebenaran fakta itu;
c) membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;
d) mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan
memperdaya;
e) mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus 119
dinyatakan oleh undang-undang sebagai tipu.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Takrif Frod ( seksyen 17 Akta Kontrak 1950)
• Menurut seksyen 17 (sila rujuk :slide 118),
seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila
ia melakukan suatu tindakan dengan niat untuk
mendorong orang lain membuat kontrak
dengannya. Perkara penting yang mesti diingat
ialah, untuk menentukan sama ada kontrak itu
mengandungi unsur frod atau tipu, niat seseorang
untuk memperdayakan pihak lain agar memasuki
kontrak hendaklah diambil kira.
• Sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod, maka
sesuatu perjanjian itu boleh batal atas pilihan
orang yang telah ditipu tersebut. 120
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud (cont)
 Perbezaan Antara SalahNyataan Secara Tipu Muslihat dan
Frod
• Apabila seorang membuat kenyataaan dan fakta dalam
kenyataannya itu salah, maka ia telah melakukan satu
salahnyataan.
• Apabila suatu kontrak mempunyai unsur salahnyataan, ia
akan menjadi kontrak boleh batal.
• Di bawah undang-undang Inggeris, salahnyataan terbahagi
kepada dua, iaitu salahnyataan berunsur tipu muslihat, dan
salahnyataan ikhlas. Manakala, Akta Kontrak 1950 Malaysia
mentakrifkan salahnyataan secara tipu muslihat sebagai
frod atau tipuan dalam seksyen 17, dan salahnyataan
ikhlas sebagai salahnyataan dalam seksyen 18.
121
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud (cont)
 Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation
Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont)
• Di bawah undang-undang Inggeris, untuk
membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat
perkara yang diambil kira ialah sama ada si pembuat
kenyataan ada pengetahuan bahawa kenyataan itu
benar atau salah. Sekiranya ia tahu bahawa
kenyataannya itu salah, ini bermaksud ia telah
melakukan satu salahnyataan secara tipu muslihat.
• Sebaliknya, jika ia benar-benar percaya bahawa
kenyataaan yang dibuatnya itu benar padahal fakta
dalam kenyataannya salah, maka ia dikatakan
melakukan salahnyataan ikhlas.
122
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud (cont)
 Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation Secara
Tipu Muslihat dan Frod (cont)

 Akta Kontrak juga menunjukkan keadaan-keadaan yang


boleh dikategorikan sebagai frod di mana ia merangkumi
salahnyataan secara tipu muslihat di bawah undang-undang
Inggeris. Kategori frod di bawah Akta Kontrak lebih luas
berbanding dengan undang-undang Inggeris.

 Perhatian harus diberi, di mana di bawah undang-undang


Inggeris untuk membuktikan salahnyataan secara tipu
muslihat, pengetahuan tentang kebenaran sesuatu
kenyataaan hendaklah dikenal pasti. Sementara itu, Akta
Kontrak meletakkan niat untuk menipu sebagai faktor
penting yang mesti dibuktikan dalam kes frod atau tipuan.
123
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud (cont)
 Kategori Frod
• Seksyen 17 telah menyatakan beberapa jenis perbuatan
yang boleh disifatkan sebagai frod:
17(a) menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh
seorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai benar.
• Contohnya A dengan niat menipu B menyatakan bahawa
setiap tahun lima ratus gantang nila telah dibuat oleh kilang
A. Kenyataan A itu mendorong B membeli kilang itu. A telah
melakukan tipuan terhadap B, dan B boleh mengambil pilihan
untuk membatalkan kontrak antara mereka.

124
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 Contoh kes : Senananyake Iwn Annie Yeo(1965)
 Fakta: Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan
kewangan dan masa depan firma defendan dalam urus
niaga saham sehingga menyebabkan plaintiff membayar
$20,000 untuk membeli lima saham milik defendan.
Kedudukan kewangan dan masa depan firma ternyata
tidak seperti yang dikatakan oleh defendan, dan plaintiff
mengambil tindakan untuk menuntut kembali wangnya.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff
berhak untuk mendapat kembali wangnya kerana kontrak
yang dimasuki bersama defendan telah dibuat atas frod
yang dilakukan oleh defendan terhadap plaintiff.
125
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 Contoh kes :Kheng Chwee Lian Iwn Wong Tak
Thong ( 1983)
 Fakta: R telah didorong untuk memasuki kontrak
kedua, apabila A menyatakan bahawa saiz tanah
yang hendak dijual itu sama besar dengan tanah
yang telah dipersetujui oleh R dalam kontrak
pertama. R memohon untuk membatalkan kontrak
kedua atas alasan frod.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa
tindakan R untuk membatalkan kontrak kedua
adalah sah dan mengikat kedua-dua belah pihak.
126
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
► Merujuk kepada kedua-dua kes sebelum
ini(Senananyake dan Kheng Chwee Lian),
menunjukkan bagaimana pihak yang melakukan
frod itu tidak percaya bahawa kenyataaan yang
mereka buat adalah tidak benar.
 17(b) seseorang yang bersunnguh-sungguh
menyembunyikan fakta daripada seorang yang
lain.

127
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 17 (c) seseorang membuat janji tanpa berniat untuk
menepati janji itu.
 Contoh kes: Letchemy Arumugam Iwn Annamalay(1982)
 Fakta: Plaintiff adalah seorang penoreh getah yang buta
huruf. Plaintiff telah didorong secara tipu oleh defendan
seorang pemaju perumahan untuk memasuki perjanjian jual
beli tanah. Defendan menipu plaintiff dengan menyatakan
bahawa dokumen-dokumen yang hendak di tandatangan itu
adalah untuk pinjaman wang dan untuk melepaskan
tanahnya daripada gadaian. Tetapi dokumen-dokumen
tersebut adalah perjanjian jual beli tanah plaintiff,
borang pindah milik tanah plaintiff, dan perjanjian plaintiff
untuk membeli tiga lot tanah di atas tanahnya sendiri.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak itu
boleh dibatalkan atas opsyen plaintiff. 128
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 Contoh lain: A pemilik rumah berjanji
dengan B, penyewa rumah untuk membayar
semua kos pembaikan bumbung rumah
apabila kerja-kerja pembaikan itu siap
sepenuhnya. A telah mungkir janji dan tidak
mahu membayar apa-apa wang kepada B. A
boleh dikenakan tangungan kerana mungkir
janji. 129
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 Contoh yang lebih rumit@complex:
• Jika semasa membuat salahnyataan, seseorang itu tidak
berniat untuk menepati niatnya itu.{menyalahnyatakan
niatnya pada masa sekarang dan bukan pada masa
depan}
• Contohnya, A mendapat pinjaman daripada bank dengan
menyatakan bahawa wang itu akan digunakan untuk
menambah pusingan modal perniagaanya. Tapi pinjaman
itu digunakan untuk membeli sebuah rumah banglo untuk
isterinya. A tidak dikenakan tanggungan atas
salahnyataannya itu kerana hal itu cuma mengenai niat di
masa depan dan bukan mengenai fakta dan niat yang
sedia yang wujud. Walau bagaimanapun, A boleh
dikenakan tanggungan sekiranya ketika membuat nyataan
itu, dia langsung tidak berniat untuk menggunakan wang130

itu bagi maksud yang telah diberikan pada mulanya.


1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod
• Menurut seksyen 17, semata-mata membisu terhadap
fakta-fakta yang dikemukakan kepada seorang yang
mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk
membuat kontrak tidak menjadikannya tipu.
• Contohnya A menjual kuda kepada B. A tahu bahawa
kudanya itu berpenyakit. Andainya kedua-dua pihak
tidak berkata walau sepatah perkataaan pun semasa
urusan jual beli, ini tidak bermakna A telah melakukan
penipuan terhadap terhadap B. Tetapi jika semasa B
memeriksa kuda tersebut, B berkata kepada A “ Kuda ini
nampaknya berkeadaan baik dan tidak berpenyakit, betul
begitu En A? dan A membisu, perbuatan A yang
membisu sedemikian menjadikannya satu penipuan. 131
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod (cont)
 Contoh kes: Vyramuttu Iwn State of Pahang,
defendan telah menjual tanah secara lelong kepada plaintiff.
Defendan menyangakan bahawa tanah itu belum dimajukan,
dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang
sepatutnya. Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan, dan
nilainya juga telah meningkat. Apabila defendan mengetahui
kesilapan tersebut enggan meneruskan transaksi jual beli itu,
dan mendakwa plaintiff gagal memberitahu maklumat
tersebut kepadanya.
 Keputusan@Held: Mahkamah: Plaintiff tidak terikat untuk
memberitahu defendan tentang tanah itu, dan berhak
mendapat ganti rugi kerana ia mengalami kerugian di atas
keengganan defendan untuk meneruskan jual beli itu. 132
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod
• Menurut kaedah am, diam @membisu itu bukanlah
frod. Tetapi terdapat pengeculian kepada kaedah am
ini. Dalam keadaan tersebut, adalah menjadi
kewajipan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan
semua fakta yang benar. Seksyen 17 menyatakan:
“17. Melainkan jika kedudukan perkara itu adalah
sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu
dipertimbangkan, adalah jadi kewajipan bagi orang yang
membisu itu untuk berkata-kata.
 Daripada huraian di atas, difahamkan bahawa setelah
pertimbangan oleh mahkamah, orang yang membisu itu
wajib memberitahu atau bersuara,dan menyatakan yang
benar melainkan jika perbuatan membisu itu adalah sama
seperti dia bersuara. 133
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod
 Terdapat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana
membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan
tertentu:
(a) Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar
(b) Wujudnya perkaitan amanah antara
pihak-pihak yang berkontrak
(c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati)

 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata

o Kita akan melihat@kajian terhadap seksyen s 17(1) dan S134


17(2)…..(slide seterusnya)
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
 Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana
membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
A) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(a) Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar.
• Keadaan begini boleh berlaku semasa diadakan rundingan yang
membincangkan fakta-fakta perjanjian yang hendak dimeterai.
• Contohnya Aziz telah membuat tawaran untuk menjual jamnya kepada
Bakri bahawa jam itu masih dalam keadaaa baik, tidak pernah jatuh dan
rosak. Kenyataan ini benar tetapi hari selepas itu, jamnya telah terjatuh
dan rosak. Aziz telah memperbaikinya tetapi tidak memberitahu Bakri
tentang kerosakan itu. Bakri telah bersetuju membelinya pada harganya
RM 150. Beberapa hari selepas itu, barulah Bakri mengetahui tentang
apa yang jadi dan ingin membatalkannya kontraknya dengan Aziz.

135
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
 Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana
membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
A) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(a) Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar. (cont)
• Berkaitan denga contoh (slide 134), pembisuan Aziz tentang
kerosakan jam adalah merupakan frod kerana dia wajib
memberitahu Bakri bahawa jamnya telah terjatuh dan rosak
sebelum Bakri membelinya. Aziz hendaklah memberitahu
Bakri fakta bahawanya jam benar dalam keadaaan baik, tidak
pernah jatuh atau rosak semasa rundingan dijalankan tetapi
jam tersebut telah jatuh dan rosak sehari selepas rundingan
dibuat. Fakta mengenai keadaan sebenar jam itu telah
menjadi tidak benar semasa Bakri membeli jam itu. Oleh itu
Bakri berhak untuk membatalkan kontrak tersebut. 136
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
B) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihak-
pihak yang berkontrak.
• Apabila wujud pertalian amanah antara pihak-pihak yang
berkontrak, maka pihak yang memegang amanah adalah
dianggap mempunyai pengaruh ke atas pihak yang satu lagi.
Dalam hal sedemikian, satu pihak tidak boleh mengikat pihak
yang lain melainkan dapat membuktikan kontrak itu
mendatangkan faedah dan segala fakta penting tentang
kontrak itu telah diberitahu.
• Contohnya: A ingin menjual seekor kuda kepada B. B ialah
anak A yang telah dewasa. Hubungan A dan B mewajibkan A
untuk memberitahu B jika kuda itu tidak sihat.
137
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
C) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati)
• Di dalam kontrak uberimae fidei, seseorang itu
hendaklah memberitahu semua fakta penting yang
diperlukan oleh kontrak. Contoh kontrak uberimae fidei
ialah kontrak insurans, dan kontrak membeli saham.
• Contohnya, dalam kontrak insurans nyawa, orang yang
hendak membeli insurans nyawa hendaklah
memberitahu semua fakta penting seperti sejarah
kesihatannya. Jika ia gagal memberitahu, maka kontrak
itu boleh batal atas pilihan syarikat insurans
• Dalam hal ini, pembeli insurans wajib menyatakan
dengan aktif, diamnya@membisu boleh menyebabkan
ia dikatakan melakukan frod. 138
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
 Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen
17 di mana membisu adalah merupakan satu
frod@penipuan:
17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata
• Contohnya : A ingin menjual kudanya kepada
B. B berkata kepada A, “Jika kamu tidak
menyangkal, saya menganggap kuda ini sihat”. A
membisu. Di sini pembisuan A adalah sama
dengan A berkata bahawa kuda itu sihat.
• Sebaliknya jika A menyedari bahawa kuda itu
cacat tetapi ia membisu, maka pembisuannya itu
boleh dianggap sebagai frod.
139
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
 Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana
membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata
(cont)
• Keadaan lain yang boleh dianggap sebagai frod apabila seseorang menyatakan
fakta yang separuh benar. Pembisuannya memberikan gambaran yang berbeza
daripada apa yang dinyatakan.
• Contoh kes menjelaskan keadaan di atas:
• Kes : R Iwn Kyslant ( 1932)
• Fakta: Sebuah syarikat mengeluarkan prospektus untuk mendapatkan pelaburan
wang orang ramai. Prospektus itu mengandungi kenyataan bahawa pada setiap
tahun syarikat itu telah membayar dividen kepada pemegang sahamnya. Perkara
ini benar tetapi syarikat “gagal menyebut berkenaan kerugian
perdagangan yang dialami oleh syarikat dalam tempoh yang sama.
Dividen yang dibayar bukan diambil daripada keuntungan syarikat tetapi
daripada bahagian wang yang tidak akan berulang, seperti pelarasan cukai,
simpanan, dan duti untung yang berlebihan(no stability in the business, not
derived from the actual profit.)
• Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa prospektus itu bersifat
memperdaya dan mengelirukan. Pengarah yang mengetahui hal ini didapati 140
bersalah kerana frod.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
4. SalahNyataan Ikhlas@ Innocent misrepresentation
 Pengenalan
• Apabila seseorang mengeluarkan sesuatu kenyataan, yang
mana kenyataan yang dibuatnya itu salah atau tidak tepat,
maka dia dikatakan telah melakukan satu salahnyataan.
• Sesuatu salahnyataan dianggap ikhlas apabila orang yang
mengeluarkan kenyataan tersebut tidak berniat untuk menipu
pihak yang lain, malah beliau sendiri percaya bahawa
kenyataan yang dibuatnya itu adalah benar dan tidak salah.
• Contohnya Dr Malik berhasrat untuk menjual kliniknya
kepada orang lain. Beliau memberitahu pembeli bahawa
pendapatan bulanan kliniknya ialah RM 8,000. Enam bulan
kemudian pendapatan klinik tersebut merosot tetapi
maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli. Kontrak ini
boleh dibatalkan atas pilihan pembeli kerana Dr Malik gagal
memberitahu pembeli kedudukan sebenar
pendapatannya. 141
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
 Takrif SalahNyataan
• Istilah salahnyata ditakrifkan dalam seksyen 18 Akta Kontrak
1950 seperti berikut:
(1) Dakwaan yang tegas, secara tidak dibenarkan oleh
maklumat yang diperolehi oleh orang yang
menegaskannya mengenai sesuatu hal yang tidak
benar, sungguhpun orang itu percaya bahawa hal itu
benar.
(2) Satu pelanggaran kewajipan yang dibuat tanpa
sebarang niat menipu, tetapi mengelirukan seorang
lain supaya bertindak supaya bertindak sehingga
merugikan dirinya.
(3) Menyebabkan, walaupun dengan suci hati@ikhlas,
satu pihak perjanjian membuat kekhilafan@kesilapan
{mistake}, mengenai keadaaan benda yang menjadi
pokok perjanjian itu.
142
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Takrif SalahNyataan(cont)
► Daripada ketiga-tiga takrif di atas, kita dapat
faham bahawa orang yang membuat
salahnyataan ikhlas, tidak sedar yang
kenyataaanya adalah tidak benar, dan
beliau sendiri yakin bahawa kenyataannya
itu benar.
► Di samping itu, orang yang mengeluarkan
salahnyataan ikhlas, tidak mempunyai niat untuk
menipu atau menyebabkan orang lain memasuki
kontrak berdasarkan kenyataannya.
143
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Takrif SalahNyataan(cont)
• Perlu di beri perhatian bahawa untuk menjadikan satu
kenyataan itu sebagai salahnyata, ia hendaklah berbentuk
satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat
peribadi sahaja, ia tidak boleh menjadi salahnyata
walaupun jika pendapat itu tidak benar.
• Contoh kes : Bisset Iwn Wilkinson(1927),kedua-dua pihak
memasuki kontrak jual-beli ladang ternakan biri-biri di New
Zealand. Penjual telah menyatakan bahawa ladang itu cukup
besar untuk menampung ternakan sebanyak 2,000 ekor.
Sebenarnya, belum ada seorang pun, termasuk penjual yang
pernah menternak biri-biri di ladang itu.
• Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan penjual itu
adalah hanya satu pendapat sahaja. Ia bukan
kenyataaan fakta, maka ia tidak tergolong di bawah
salahnyata. 144
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Pengecualian Dalam Seksyen 19
• Secara amnya Seksyen 19 memperuntukkan:
“ 19. Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah
disebabkan oleh paksaan, frod atau salahnyata maka
perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas
opsyen pihak yang kerelaaannya disebabkan sedemikian.
• Menurut seksyen 19, apabila wujud salahnyata dalam
sesuatu kontrak, pihak yang menerima salahnyata itu
boleh memilih sama ada untuk membatalkan kontrak itu
dengan serta-merta @ menerimanya sebagai terus
berkuatkuasa seolah-olah salahnyataan itu tidak pernah
berlaku.
145
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Pengecualian Dalam Seksyen 19(1)
 Seksyen 19 menyenaraikan syarat-syarat
pengecualian di mana ada jenis kontrak yang tidak
boleh dibatalkan atas alasan salahnyata. Terdapat
2 syarat pengecualian seperti berikut:
(1) Pihak yang menerima kenyataan
mengetahui bahawa butir kenyataan tersebut
adalah tidak benar.

146
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Pengecualian Dalam Seksyen 19(1)
 Contoh keadaan menjelaskan peruntukan
S 19(1): Ding ingin membeli sebuah pecetak
warna. John menawarkan kepada Ding pencetak
jenama JQQnya dengan harga yang murah. Ding
sedar bahawa pencetak John adalah pencetak
hitam putih tetapi dia tertarik dengan harga murah
yang ditawarkan oleh John. Ding tidak boleh
membatalkan kontrak atas alasan salahnyata oleh
John kerana beliau sememangnya mengetahui
bahawa pencetak John bukannya pencetak warna.
147
1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


4. SalahNyataan Ikhlas
 Pengecualian Dalam Seksyen 19(2)
(2) Salahnyata telah dibuat kepada pihak yang
berpeluang untuk mengetahui kebenaran kenyataan yang
dibuat, tetapi pihak ini tidak berbuat demikian.
 Contoh kes yang menjelaskan peruntukan s 19(2) : J.C
Weber Iwn E.A.B. Brown (1908)
 Fakta: Defendan bersetuju memindahkan pilihan untuk
membeli sebuah estet kepada plaintiff. Sebelum menyertai
perjanjian itu, defendan menyatakan bahawa beliau telah
membilang pokok-pokok yang ada dalam estet itu, dan
menyerahkan sehelai kertas yang bertulis dengan bilangan
dan umur pokok-pokok getah di estet itu. Plaintiff membeli
pilihan tersebut dan mendapati bilangan pokok-pokok getah
yang sebenar tidak tepat seperti jumlah yang dinyatakan oleh
defendan.
 Keputusan : Mahkamah menolak permohonan plaintiff untuk 148

membatalkan kontrak.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Kesan SalahNyataan Ikhlas
• Apabila kontrak dibuat berdasarkan kepada
salahnyata, kontrak tersebut boleh batal atas
pilihan orang yang tidak bersalah atau yang
menerima kenyataan salah itu.
• Sekiranya kontrak itu tidak dibatalkan, maka ia
akan terus berkuatkuasa dan transaksi yang
dilakukan di bawahnya adalah sah dan mengikat
pihak-pihak berkontrak.
149
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Kesan SalahNyataan Ikhlas (cont)
• Pengecualian dalam seksyen 19 telah
menyebabkan kontrak yang diasaskan atas
salahnyataan tidak boleh diketepikan.
• Syarat-syarat tersebut menyatakan jika pihak
yang menerima salahnyataan sememangnya
tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu salah
atau ia mempunyai kemudahan untuk mengenal
pasti kesahihan kenyataan tersebut tetapi gagal
berbuat demikian, maka kontrak yang didakwa
ada salahnyataan tidak boleh dibatalkan oleh
pihak-pihak yang berkontrak. 150
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Hak-Hak Pihak Yang Tidak Bersalah
• Pada amnya, sesuatu kontrak yang didasarkan atas
salahnyataan boleh dibatalkan atas permohonan pihak
yang tidak bersalah.
• Apabila permohonan pembatalan dimasukkan ke
mahkamah, pihak yang tidak bersalah berhak memohon
apa-apa faedah diberikan kepada orang lain di bawah
kontrak batal itu.
• Sekiranya mengalami kerugian akibat daripada
salahnyataan itu, maka ia juga boleh menuntut ganti
rugi atas salahnyataan.
• Jika pihak yang tidak bersalah tidak mahu membatalkan
kontrak itu, ia boleh meneruskan kontrak itu dengan
memberi syarat bahawa bahagian kontrak yang batal
sebab salahnyataan hendaklah diperbetulkan oleh pihak
yang membuat salahnyataan itu 151
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4. SalahNyataan Ikhlas
 Rumusan
 Salahnyataan ikhlas bermaksud apabila
seseorang mengeluarkan kenyataan yang
salah tanpa niat untuk menipu sesiapa.
Kenyataan yang dibuat itu pula dipercayai
sebagai benar dan tepat.
 Sesuatu kontrak yang dibuat dengan
berdasarkan salahnyataan boleh dibatalkan
atas pilihan pihak yang menerima
salahnyataan tersebut atau mangsanya. 152
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
 Pengenalan
• Kita akan membincangkan unsur khilaf@ silap
yang dinyatakan dalam seksyen 14 Akta Kontrak
1950.
• Di bawah Akta Kontrak, peruntukan berkenaan
khilaf dan kesan-kesannya dinyatakan di dalam
seksyen 21,22 dan 23.
• Mengikut Akta Kontrak, khilaf terbahagi kepada
dua: 1) Khilaf fakta(kesilapan tentang fakta)
{mistake of fact}; dan 2) khilaf undang-undang
(kesilapan tentang undang-undang)
{mistake as to law}.
153
1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas

5. Khilaf [Mistake]
 Khilaf Fakta Penting
• Mengikut seksyen 21:
21. Apabila kedua-dua pihak yang membuat perjanjian
itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai perjanjian
itu, maka perjanjian itu adalah batal.
• Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam seksyen 21
di atas:
 Aspek pertama(1) : perjanjian boleh dibatalkan atas alasan
khilaf , jika khilaf yang berlaku disebabkan oleh kedua-dua
pihak yang berkontrak. Oleh itu, jika ada satu pihak sahaja
yang khilaf atau melakukan kesilapan tentang fakta penting
dalam perjanjian itu, perjanjian tersebut tidak akan menjadi
batal.
154
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
 Khilaf Fakta Penting (cont)
• Mengikut seksyen 21:
21. Apabila kedua-dua pihak yang membuat
perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai
perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.
• Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam
seksyen 21 di atas:

 Aspek kedua(2) : khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak


yang berkontrak itu mestilah mengenai fakta penting
dalam kontrak tersebut. Fakta penting bermaksud:
perkara pokok atau terma yang mustahak kepada
perjanjian itu sendiri. Walau bagaimanapun, setakat
ini, belum ada bukti mengenai hal ini dalam mana-mana 155
kes yang diputuskan oleh mahkamah.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
 Contoh-Contoh Khilaf
• Contoh-contoh khilaf dalam misalan seksyen 21:
a) A bersetuju menjual kepada B barang kargo tertentu
yang pada sangkaannya berada dalam pelayaran dari
England ke Perlabuhan Kelang. Sebenarnya barang kargo
itu telah musnah apabila kapal yang membawanya hanyut
di lautan. Kedua-dua pihak tidak menyedari fakta
tersebut. Perjanjian itu adalah batal.
b) A bersetuju membeli seekor kuda tertentu dari B. Pada
ketika perjanjian itu dibuat, kedua-dua pihak tidak
mengetahui bahawa kuda berkenaan telah pun mati.
Perjanjian itu adalah batal.
c) A mempunyai hak ke atas sebidang tanah selama B masih
lagi hidup. A bersetuju menjual tanah itu kepada C. Pada
ketika perjanjian itu dibuat, kedua-dua pihak tidak
mengetahui bahawa B telah meninggal dunia. Perjanjian 156
itu adalah batal.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
 Contoh-Contoh Khilaf ( cont)
• Misalan (a)-(c) dalam seksyen 21, di atas
menunjukkan bahawa khilaf fakta yang berlaku
disebabkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.
• Perjanjian yang dimasuki boleh batal atas alasan
khilaf fakta.
• Sekiranya khilaf fakta yang berlaku disebabkan
oleh satu pihak sahaja, maka perjanjian itu tidak
batal di sisi undang-undang. Ini adalah syarat yang
mesti dibuktikan untuk mengetepikan kontrak atas
alasan khilaf fakta.
157
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Di bawah Akta Kontrak peruntukan
berkaitan khilaf ialah seksyen 21, 22 dan
23.
 Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua
iaitu :
a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang

158
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana
Khilaf Fakta
• Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas
alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
1) Kedua-dua pihak berkontrak telah membuat khilaf yang sama
tentang kewujudan perkara pokok dalam kontrak mereka itu.
Contoh : Dalam kes Couturier Iwn Hastie (1852), A dan B
memasuki perjanjian penjualan jagung. Kedua-dua pihak
menyangkakan jagung itu dalam pelayaran dari Salonica ke
England. Tanpa diketahui oleh mereka, jagung itu telah dijual
di Perlabuhan Tunis kerana tempat simpanan jagung
terlampau panas dan jagung itu telah rosak.
Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang
sah antara A dan B tidak wujud mana mereka telah khilaf 159
tentang kewujudan perkara kontrak itu.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf
Fakta(cont)
• Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan
khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga
masing-masing tidak memahami antara satu sama lain.
• Kesilapan atau khilaf berlaku apabila kedua-dua pihak yang merundingkan
kontrak itu mempunyai maksud yang berlainan antara satu sama lain, dan
tidak berlaku ‘consensus ad idem’ antara kedua belah pihak.
• Contoh: X dan Y sedang berunding mengenai penjualan rumah milik X di
Subang Jaya. Andainya X sebenarnya bermaksud hendak menjual
rumahnya di seksyen 15 manakala Y pula bermaksud hendak membeli
rumah X yang terletak di seksyen 19, jadi satu khilaf oleh kedua-dua
pihak telah wujud. Umum mengetahui bahawa rumah di sekitar seksyen
19 adalah lebih baik dari seksyen 15 dan oleh itu kediaman di seksyen 19
mempunyai nilai yang lebih tinggi dari rumah di seksyen 15. Dalam
contoh di atas, jelas dapat dilihat tidak wujud kata sepakat antara X dan
Y. 160
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana
Khilaf Fakta(cont)
• Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan
atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang
berlainan sehingga masing-masing tidak memahami
antara satu sama lain. (cont)
Contoh : A ingin menjual kereta Honda Civic miliknya
kepada B dan B pula menyangkakan A ingin menjual
kereta Honda City yang juga miliknya, dalam keadaan
ini khilaf di antara kedua-dua pihak telah wujud.
161
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf Fakta(cont)
• Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan khilaf
fakta di bawah Akta Kontrak :
2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga masing-
masing tidak memahami antara satu sama lain. (cont)
 Contoh kes: Raffles Iwn Wichelhaus ( 1864)
Fakta: Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual dan membeli muatan kapas
yang akan tiba dari London dalam sebuah kapal yang bernama ‘The Peerless’
yang belayar dari Bombay. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, sebenarnya
terdapat dua pelayaran kapal tersebut dari Bombay, iaitu pada bulan Oktober
dan Disember. Plaintiff bermaksudkan kapas dalam kapal Disember tetapi
defendan menyangkakan kapas dalam bulan Oktober.

Keputusan: Kontrak yang sah tidak wujud kerana kedua-dua pihak


khilaf@silap tentang kapal itu. As under the exceptional circumstances it was
impossible for court to decide which party’s view was the correct one. So
agreement was void for mutual mistake.

Rumusan kes: Di dalam kes di atas, khilaf yang timbul adalah mengenai kapal
yang membawa muatan kapas, iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu. Khilaf
fakta tersebut juga berlainan di antara kedua-dua pihak yang berkontrak. Oleh
itu kontrak batal disebabkan khilaf fakta antara kedua-dua pihak.
162
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :
a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang
• Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:
B) Khilaf Undang-Undang
• Pada amnya, khilaf tentang undang-undang tidak boleh
dijadikan sebab untuk membatalkan sesuatu kontrak.
Mengikut seksyen 22:
22. Sesuatu kontrak tidak boleh batal disebabkan
khilaf mengenai mana-mana undang-undang yang
berkuat kuasa di Malaysia. Sekiranya khilaf berkenaan
undang-undang luar negara, kesannya sama dengan
163
khilaf fakta, iaitu perjanjian adalah batal.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :
a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang
• Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:
B) Khilaf Undang-Undang (cont)
• Peruntukan S.22 bermaksud, sesuatu khilaf mengenai
mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada
masa ini di dalam negara kita, tidak akan menyebabkan
perjanjian yang dibuat batal.

164
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
 Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :
a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang
• Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:
B) Khilaf Undang-Undang (cont)
 Contohnya dalam kes Seck Iwn Wong&Lee ( 1940)
 Fakta: Plaintiff(kontrak binaan) telah meminta pelan kerja dari
defendan(arkitek). Bayaran sebanyak $500 telah dikenakan bagi pelan
tersebut. Bayaran tersebut telah dibuat tanpa mengetahui kedudukan
undang-undang yang melarang bayaran sedemikian dituntut oleh arkitek
darinya.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan khilaf undang-undang tidak boleh
dijadikan asas untuk plaintiff menuntut wang tersebut, tetapi berdasarkan
keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati defendan telah
mengambil kesempatan di atas kejahilan plaintiff, oleh itu atas dasar
ekuiti, mahkamah mengarahkan agar wang tersebut dipulangkan kepada
plaintiff. 165
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Khilaf satu pihak@Unilateral Mistake
• Mengikut seksyen 23:
23. Sesuatu kontrak bukan boleh batal semata-
mata kerana ianya disebabkan oleh salah satu
pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara
fakta.
• Secara amnya: kontrak yang disebabkan khilaf fakta
oleh satu pihak dalam perjanjian, tidak boleh
membatalkan perjanjian tersebut.
• Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan
tertentu mahkamah boleh membatalkan kontrak
atas permohonan pihak yang berkontrak atas alasan
kontrak itu dibuat kerana khilaf oleh satu pihak yang
berkontrak sahaja.
 Pengecualian tersebut akan dibincangkan dalam
slide seterusnya.
166
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti
berikut:
1) Khilaf tentang identiti pihak yang lain
• Sekiranya satu pihak dalam perjanjian telah khilaf
tentang identiti pihak yang berkontrak dengannya,
kontrak tersebut boleh dibatalkan oleh pihak yang
melakukan khilaf tersebut.
• Tetapi beberapa perkara hendaklah dibuktikan sebelum
mengetepikan kontrak yang dibuat, iaitu:
a) Identiti pihak lain dalam perjanjian itu merupakan
perkara penting dalam kontrak tersebut.
b) Pihak lain dalam perjanjian itu mestilah sedar bahawa
dia bukanlah pihak yang sepatutnya membuat kontrak.
c) Orang yang khilaf itu telah mengambil langkah yang
munasabah untuk mengenal pasti orang yang dia
berurusan itu. 167
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut:
1) Khilaf tentang identiti pihak yang lain
• Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878)
 Fakta : Seorang yang bernama Alfred Blenkarn telah
membuat pesanan barang tertentu dari responden.
Tindakan beliau demikian menunjukkan seolah-olah ia
mewakili Blenkiron&Co, satu syarikat yang dikenali ramai.
Barang-barang tersebut telah dihantar kepada Blenkarn,
tetapi gagal membayarnya. Blenkarn kemudian menjual
barang-barang tersebut kepada perayu(Lindsey).
Responden ( Cundy) menuntut balik barang-barang
tersebut atau nilainya daripada perayu.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan
Cundy(responden)mahu berurusan dengan Blenkiron&Co,
dan perkara ini telah diketahui oleh Blenkarn. Oleh yang
demikian, satu kontrak yang tidak wujud di antara
responden dan Blenkarn. Maka barang-barang tersebut
masih menjadi milik responden dan perayu hendaklah 168
memulangkannya kepada responden.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut:
1) Khilaf tentang identiti pihak yang lain
• Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878) (English version)
 Facts: A crook named Blenkarn ordered linen
handkerchiefs from Cundy. His order, from 37 Wood
Street, was signed to look as if it were from Blenkiron&Co,
a reputable firm known to Cundy, who carried on business
at 123 Wood Street. The goods were sent to Blenkarn,
who sold them to Lindsay. Cundy successfully sued Lindsay
in the tort of conversion.
 Held : It was held that he had intended only to deal with
Blenkiron&Co. Since there was no contract with Blenkarn,
he received no title whatsoever to the goods, and
therefore could not pass title on to Lindsay.

169
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti
berikut:
2) Khilaf fakta tentang jenis dokumen
• Secara umumnya, seorang yang menandatangani suatu
dokumen ( kontrak bertulis) adalah terikat dengan
dokumen itu.
• Contoh kes: Serangoon Garden Estate Ltd Iwn Marian
Chye (1959), mahkamah memutuskan bahawa apabila
satu dokumen yang mengandungi terma-terma kontrak
telah ditandatangani, pihak yang menurunkan
tandatangan adalah terikat dengan kontrak itu sama ada
dokumen itu telah dibacanya atau tidak, kecuali terbukti
wujud penipuan atau salah nyata.
• Di dalam kes Subramaniam Iwn Retnam ( 1966),
mahkamah memutuskan bahawa defendan terikat
dengan kontrak bertulis dalam bahasa Inggeris yang
telah ditandataganinya walaupun ia tidak tahu atau
faham bahasa itu, melainkan jika terbukti ada penipuan 170
atau salah nyata.
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Kesan Dan Relif Khilaf
• Menurut seksyen 14:
14. Sesuatu kontrak yang mengandungi unsur khilaf
akan menjadi kontrak boleh batal disebabkan tiada kerelaan
bebas diberikan oleh pihak yang berkontrak.
• Peruntukan di atas menyatakan kesan ke atas suatu kontrak
yang dibuat kerana khilaf. Kontrak yang diasaskan oleh khilaf
fakta sama ada oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian atau
satu pihak sahaja, dalam kes tertentu, adalah tidak sah dan
batal.
• Apabila sesuatu kontrak menjadi kontrak yang batal, pihak-
pihak di dalam perjanjian tersebut tidak akan mempunyai
apa-apa hak di sisi undang-undang dan mereka tidak layak
untuk melaksanakan bahagian masing-masing seperti dalam
kontrak tersebut.
171
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Kesan Dan Relif Khilaf (cont)
• Setelah didapati kontrak menjadi batal, terdapat
berbagai jenis relif yang boleh dituntut oleh pihak
yang tidak bersalah terhadap pihak yang
berkontrak dengannya. Relief ini bergantung
kepada hal keadaan setiap kes itu.
• Secara umumnya, relif-relif bagi khilaf adalah
seperti berikut:
1) Membatalkan kontrak
2) Mendapatkan kembali faedah yang telah
diberikan kepada pihak yang berkontrak itu.

172
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Kesan Dan Relif Khilaf (cont)
► Mengikut seksyen 66:
66. Mana-mana pihak dalam kontrak yang telah mendapat
apa-apa faedah hasil dari kontrak tersebut adalah
berkewajipan untuk memulangkan kembali faedah tersebut
kepada pihak yang memberikan faedah itu.
• Di samping itu, seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950
menyatakan:
37. Sekiranya mahkamah telah membenarkan mana-mana pihak
untuk membatalkan kontrak, mahkamah berhak untuk memerintahkan
pihak tersebut membuat pampasan kepada pihak yang satu lagi demi
menjalankan ekuiti atau keadilan.
3) Meminta ganti rugi di atas apa-apa kerugian yang telah dialami
4) Meneruskan kontrak dengan membuat beberapa pembetulan terhadap
kontrak tersebut.

173
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Kesan Dan Relif Khilaf (cont)
• Seksyen 30 Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan:
30. Sekiranya sesuatu kontrak itu
mengandungi khilaf, pihak yang terlibat boleh
meneruskan kontrak yang dibuat, dengan
melakukan pembetulan ke atas kontrak itu atau
merektifikasikan@ratify kontrak itu sebagaimana
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 Contoh kes: Oh Hiam & YL Iwn Tham Kong(1980),
mahkamah telah memerintahkan pembetulan
dibuat setelah didapati kedua-dua pihak khilaf
tentang dokumen pindah milik tanah yang
melibatkan sebidang tanah yang sepatutnya tidak
termasuk dalam urusan pindah milik itu. 174
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
g) Tujuan yang sah
• Suatu kontrak itu perlu mempunyai tujuan yang sah kerana
jika tidak ia akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak
boleh dikuatkuasakan.
• Tujuan kontrak tersebut perlu sah di sisi undang-undang. Di
bawah Akta Kontrak 1950 sesuatu perjanjian itu akan
menjadi sah di sisi undang-undang kecuali:
a) ianya dilarang oleh undang-undang,
b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan, maka ia
akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-
undang,
c) ianya merupakan frod,
d) ianya mendatangkan atau melibatkan bencana kepada
diri atau harta orang lain,
e) mahkamah menganggapnya tak moral atau
bertentangan dengan muslihat awam. 175
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
g) Tujuan yang sah
• Pihak yang ingin memasuki sebuah kontrak perlulah
berhati-hati dengan apa yang mereka dipersetujui.
• Contoh kes yang boleh dilihat berkaitan dengan kontrak tak
bermoral ialah:
 Kes : Pearce Iwn Brooks (1866).
 Fakta : Kes ini adalah mengenai plaintiff menjual sebuah
kereta kuda kepada defendan. Kereta kuda tersebut
digunakan oleh defendan bagi tujuan pekerjaannya iaitu
menjadi pelacur. Defendan berjanji membayar kereta
tersebut secara ansuran. Namun begitu, defendan gagal
mengotakan janjinya. Plaintiff membuat tuntutan undang-
undang.
 Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff gagal
dalam tuntutannya kerana plaintiff mengetahui tujuan
defendan membeli kereta kuda tersebut untuk menjalankan
sesuatu yang ditegah@dilarang oleh undang-undang.
176
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Contracts That Are Immoral@ Against Public Policy:
Section 24(e) English version
 Immorality
• Under English common law, sexual immorality is
treated as a head of public policy.
• Contracts that are illegal for sexual morality have
been established in such cases such as Pearce v
Brooks [1861], involves a contract of hire of
vehicle for purposes of prostitution and in general
way, in the words of Lord Wright, those involve ‘an
immoral promise’ such as promise between a man
and woman to live together without being married’.
177
1.4 Elemen-elemen asas kontrak
 Kesimpulan
 Sesebuah kontrak akan menjadi sah jika
memenuhi kesemua elemen-elemen asas
pembentukan kontrak seperti yang
dibincangkan seperti : cadangan dan
penerimaan, balasan, niat untuk mengikat
di sisi undang-undang, keupayaan,
ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan
kontrak itu mestilah sah menurut undang-
undang.
178
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Pengenalan
• Menurut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950:
2(h) Sesuatu kontrak yang sah ialah sesuatu
perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang.
• Maksud kuatkuasa di sini ialah pihak-pihak
yang berkontrak itu mempunyai peluang untuk
mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak
berpuas hati dengan kontrak yang mereka
masuki. 179
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Pengenalan (cont)

• Contohnya Ali telah membeli satu set bilik tidur di


kedai perabot Ming. Apabila Ming menghantar set
tersebut ke rumah Ali, beliau mendapati kaki
katilnya patah dan cermin almari pecah. Ali tidak
berpuas hati dan ingin menamatkan perjanjian dan
menghantar balik set bilik tidur kepada Ming. Ming
tidak bersetuju untuk menerima semula barang-
barang itu. Dalam kes ini Ali mempunyai hak untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap Ming. 180
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Pengenalan (cont)
► Seksyen 2(g) Akta Kontrak 1950 pula menyatakan:
2(g) Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan
di sisi undang-undang, adalah tidak sah dan batal.
 Contohnya Mat A telah berjanji dengan Mat B untuk
membeli 100 kilogram ganja pada harga RM 10,000. Mat A
gagal membayar harga ganja tersebut kepada Mat B.
Dalam kes ini Mat B tidak mempunyai hak untuk
menyaman Mat A di mahkamah kerana perjanjian jual beli
dadah adalah haram dan tidak sah di sisi undang-undang.
Maka perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan di sisi
undang-undang. Oleh itu, perjanjian antara Mat A dan Mat
B batal dan tidak sah.
181
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Pada amnya, kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang boleh
dibahagikan kepada i) kontrak boleh batal;
ii) kontrak terbatal; iii) kontrak yang tidak
boleh dikuatkuasakan.

182
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► i) Kontrak Boleh Batal
 Takrif Kontrak Boleh Batal
• Menurut seksyen 2(i) Akta Kontrak 1950:
2(i) Kontrak boleh batal ialah satu perjanjian yang sah
pada awalnya sehingga diketepikan oleh pihak-pihak yang
berkontrak.
• Pada dasarnya, kontrak boleh batal mungkin memenuhi
semua ciri yang diperlukan dalam sesuatu kontrak, tetapi
pada masa yang sama mengandungi unsur-unsur yang
boleh menyebabkan kontrak dikategorikan sebagai kontrak
boleh batal. Pihak yang berkontrak boleh mengetepikan
dan membatalkan kontrak yang telah dimasuki atas alasan
terdapat sesuatu unsur yang boleh membatalkan kontrak
tersebut..
183
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► i)Kontrak Boleh Batal
 Takrif Kontrak Boleh Batal (cont)
 Contohnya, Ahmad telah menjual sebuah
komputer kepada Badri dengan memberi
maklumat salah tentang perisian yang terdapat
dalam komputer tersebut. Apabila Badri mendapat
tahu hal ini beliau berasa tidak puas hati dan ingin
menamatkan perjanjian dengan Ahmad. Kontrak
antara Ahmad dan Badri adalah sah pada awalnya
tetapi Badri mempunyai hak untuk mengetepikan
dan membatalkan kontrak atas alasan Ahmad
telah memberi maklumat salah tentang perkara 184

pokok perjanjian tersebut, iaitu perisian komputer.


Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► English version “kontrak boleh batal” @ Voidable Contracts
 Voidable contracts
• In respect of voidable contracts, section 2(i) declares that,
“an agreement which is enforceable by law at the
option of one or more of the parties thereto, but not at the
option of the other or others, is a voidable contract”
• The agreement is valid and binding until the party entitled
to avoid it opts to do so.
• Consequently rights and duties may arise under a voidable
contract and third parties, acting in good faith and without
knowledge of any vitiating circumstances, can acquire
rights stemming from a voidable contract provided the
contract has not earlier avoided.

185
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Voidable contracts (cont)
 Supposing that A obtains goods from B under
fraudulent circumstances which entitles B to avoid
the contract. If A then resells the goods to C, an
innocent purchaser acting in good faith, C will then
acquire a good title against B unless B has earlier
exercised his option to avoid original contract
between him and A before the resale to C.
 In contrast, if the contract between A and B is
void rather than voidable, C does not acquire any
title to the goods simply because A cannot pass to
C what he does not have. 186
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► ii) Kontrak Terbatal @ Void Kontrak terbatal
adalah sejenis perjanjian yang dibuat tanpa
memenuhi ciri-ciri atau kehendak sesuatu
kontrak.
 Contohnya, kontrak yang dibuat oleh orang
yang tidak siuman. Orang gila dikatakan
tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-
undang untuk memasuki kontrak. Sekiranya
pihak dalam suatu kontrak itu adalah orang
gila, maka kontrak tersebut akan terbatal
dari awal lagi. 187
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► ii) Kontrak Terbatal (cont)
• Apakah kesan kontrak terbatal? Kesan
kontrak terbatal : kontrak tersebut menjadi
tidak sah dari awal lagi, dan pihak-pihak
yang berkontrak tiada hak untuk membuat
sebarang tuntutan (misalnya ganti rugi)
daripada kontrak tersebut.
• Oleh kerana kehendak@keperluan kontrak
tidak dipenuhi dari mula-mula perjanjian
dibuat : maka kontrak yang dibuat menjadi
batal….dan tidak sah di sisi undang-undang.
188
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan
• Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan ialah satu
perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan
dengan tindakan di sisi undang-undang kerana gagal
memenuhi keperluan atau formaliti yang diperlukan
oleh sesuatu statut atau undang-undang(common
law)
• Apabila sesuatu kontrak itu tidak dapat dikuatkusakan
bermakna pihak-pihak dalam kontrak itu tidak boleh
mengambil tindakan mahkamah untuk
menguatkuasakan hak-hak@ tuntutan mereka di sisi
undang-undang.
189
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
► iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan
(cont)
• Contohnya, menurut Akta Sewa Beli 1967, sesuatu
perjanjian sewa beli hendaklah dibuat secara bertulis.
Sekiranya perjanjian sewa beli dibuat secara lisan,
perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan
kerana melanggar peruntukan Akta. Oleh yang
demikian jika terdapat pecah kontrak atau apa-apa
kemungkinan di dalam kontrak itu, pihak yang rugi
tidak berhak untuk mengambil tindakan mahkamah
kerana kontrak tersebut tidak dapat dikuatkuasakan di
sisi undang-undang. 190
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Kerelaan Bebas
• Menurut kaedah am, sesuatu kontrak menjadi sah jika ia
dibuat dengan kerelaan sebenar atau kerelaan bebas,
tanpa sebarang tekanan atau paksaaan mana-mana pihak.
 Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950,
10. Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang
sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak
yang berkontrak.
• Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkontrak
hendaklah memberikan persetujuan secara ikhlas untuk
memasuki perjanjian tanpa paksaaan atau ugutan.

191
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Kerelaan Bebas (cont)
 Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula:
13. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai
pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang
sama dalam pengertian yang sama.
• Contohnya, Kamal bersetuju untuk membekalkan
tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg
kepada Azhar. Azhar juga bersetuju untuk
membeli tepung sebanyak 100 kg pada harga 60
sen sekg.
192
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Kerelaan Bebas (cont)
 Mengikut Seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
14. Kerelaan sesorang itu dianggap
bebas selagi tidak wujud salah satu
daripada unsur-unsur berikut:
a) Paksaan
b) Pengaruh tak berpatutan
c) Frod(tipu)
d) Salahnyataan
e) Khilaf (silap)
193
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
 Rumusan
• Kita dapat faham bahawa tiga jenis kontrak di mana
cara pembentukan sesuatu kontrak itu memberi
kesan yang berbeza menurut jenis kontrak tersebut.
• Kontrak boleh batal bermaksud perjanjian yang pada
mulanya sah dan mengikat pihak-pihak berkontrak
kemudiannya menjadi batal kerana terdapat unsur
yang membatalkannya seperti paksaan@fraud
• Apabila sesuatu kontrak menjadi boleh batal, kita
dapat simpulkan bahawa pihak-pihak yang
berkontrak telah gagal memberikan persetujuan
bebas@kerelaan bebas ketika memasuki perjanjian
tersebut. 194
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
Conclusion:
1) Voidable Contract [ Kontrak boleh batal] kerelaan bebas…
 Contract can be enforceable at the option of another party.
 Dari segi satu pihak, kontrak dapat dilaksanakan.
 The agreement is valid and binding until the party entitled to avoid it
opts to do so.
 Section 19(1) explicitly declares the voidability of agreements
without free consent in the following manner:
19. When consent to an agreement is caused by
coercion(paksaaan), fraud(frod) or mirepresentation(salahnyataan),
the agreement is a contract voidable at the option of the party
whose consent was so caused.
 In addition, section 20 states that when ‘consent to an agreement is
caused by undue influence(pengaruh tak berpatutan), the
agreement is a contract voidable at the option of the party whose
consent was so caused’.
 Thus under the Contracts Act, coercion, fraud, misrepresentation
and undue influence will render an agreeement voidable at the 195

option of the party whose consent was so caused.


Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
2) Kontrak terbatal @Void contract
 In English law, the word ‘void’ as in ‘a void
contract’ refers to an agreement that is
destitute of any legal effect ab initio so that
no rights and obligations are created at all.
 Section 2(g) of the Contracts Act declares as
a general proposition that ‘an agreeement
not enforceable by law is said to be
void’.
196
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang
2) Kontrak terbatal @Void contract (cont)
 a void contract is an agreement not enforceable by law –
section 2(g) provides : ‘an agreement not enforceable by
law said to be void’
 according to section 24, the consideration or object of an
agreement is lawful unless:
a) it is forbidden by a law
b)it is of such a nature that, if permitted, it would defeat
any law
c) it is fraudulent
d)it involves or implies injury to the person or property of
another
e) the court regards it as immoral, or opposed to public
policy
► Consequences of Void or Illegal Agreements
► the courts will not enforce an illegal contract – ex turpi causa
non oritur 197
Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal
dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang
2) Kontrak terbatal@Void contract(cont)
• A contract may be void through illegality or other reasons
such as consideration or operative mistake.
• English law makes a distinction between contracts that are
merely void and those that are void though illegality either
at common law or by statute.
• Contracts void through illegality@kontrak yang tak
sah di sisi undang-undang… are treated more strictly
by the law, and the general rule is that the court will
refuse its aid to a person who founds his or her cause of
action upon an immoral or illegal act.

198

Das könnte Ihnen auch gefallen