Sie sind auf Seite 1von 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PARAS 5, BLOK J (SELATAN) Telefon : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (37)
Tarikh : 3 September 1996

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1996 :


Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah

Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan bahawa ada


sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat menjalankan kuasa
disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang
terbukti bersalah melakukan kesalahan-kesalahan berat. Terdapat laporan di mana murid-
murid yang bertindak seperti “samseng” dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain
yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan
Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap
guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui
pelaksanaan disiplin yang baik.

2. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang
bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-
guru dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah
meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang
sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah
dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang
melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga
kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.

3. Sila tegaskan kandungan surat pekeliling kepada semua Pengetua dan Guru Besar
di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua Unit Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Das könnte Ihnen auch gefallen