Sie sind auf Seite 1von 9

KULIAH 2: TEORI EKONOMI KEBAJIKAN

VILFREDO PARETO
Ekonomi kebajikan mengikut sejarahnya bermula dengan idea-idea ahli ekonomi klasik seperti
Adam Smith dan Bentham. Kemudian muncul pula ahli ekonomi klasik lain seperti Alfred
Marshall yang telah mengkaji konsep kesan kebajikan kepada kos industri akibat pengenaan
cukai dan pemberian subsidi oleh kerajaan. Namun ahli ekonomi yang diiktiraf sebagai pengasas
ilmu Ekonomi Kebajikan baru adalah Vilfredo Pareto (1848-1923), dimana idea beliau
bersandarkan kepada prinsip keseimbangan umum oleh Leon Walras. Pareto telah dilahirkan di
Paris, mendapat pendidikan di University of Turin di Italy yang kemudiannya telah memegang
“Kerusi Ekonomi” di University of Lausanne, Switzerland. Di sana beliau meneruskan jejak
langkah Walras dalam mengembangkan bidang matematik. Beliau telah melahirkan beberapa
idea utama melalui penulisannya iaitu Manual of Political Economy yang telah diterbitkan pada
1906.
Pareto juga berperanan penting dalam membaiki analisis Edgeworth yang berkaitan
dengan analisis keluk puas sama. Dalam analisis tersebut, Edgeworth mengandaikan kewujudan
tingkat utiliti yang boleh diukur yang digambarkan oleh keluk puas sama. Sumbangan Pareto pula
adalah menerbitkan keluk puas sama di kalangan individu yang berbeza untuk menunjukkan
tingkat kepuasan yang berbeza. Oleh itu dalam analisis Pareto disamping membentuk keluk puas
sama, beliau juga telah menambahkan syarat-syarat tertentu untuk mencapai tahap yang optimum
dan ini telah membawa kepada penganalisisan yang lebih moden berbanding kajian-kajian lain
seperti yang dibincangkan dalam bab-bab sebelum ini.

Pareto Optimum
Pareto sebenarnya telah memperbaiki analisis keseimbangan umum oleh Walras serta syarat-
syarat yang boleh mencapai keseimbangan pareto optimum. Ahli ekonomi terkemudian telah
menghasilkan pelbagai pendekatan yang berbentuk persamaan matematik untuk membuktikan
pareto optimum dalam pasaran persaingan sempurna dalam pasaran barangan dan sumber.
Maksimumkan kebajikan menurut Pareto berlaku apabila pada titik keseimbangan tersebut, tiada
lagi perubahan yang boleh menyebabkan keadaan seseorang lebih baik (better off) dan dalam
masa yang sama menyebabkan orang lain berkeadaan tidak baik (worse off). Ini memberi satu
implikasi bahawa sesebuah masyarakat tidak boleh mengagihkan semula peruntukan sumber atau
barangan serta perkhidmatan dalam satu keadaan cuba memperbaiki kedudukan orang tertentu
tanpa memburukkan keadaan orang lain. Oleh itu implikasi daripada pareto optimum ialah;
(a) berlaku pengagihan barang yang optimum di kalangan pengguna
(b) wujud satu tingkat optimum dalam alokasi teknikal dalam sumber
(c) tingkat kuantiti output yang optimum

Kita akan menguji syarat-syarat di atas untuk membuktikan pareto optimum berlaku dalam
masyarakat. Andaikan ada 2 orang pengguna iaitu pengguna A dan pengguna B, terdapat 2
barang iaitu barang X dan barang Y dan wujud 2 faktor input pengeluaran iaitu buruh dan modal.
Kita akan melihatnya satu persatu.

1. Agihan barang yang optimum


Agihan barang yang optimum adalah satu keadaan yang memberi kebajikan yang maksimum
kepada pengguna A dan pengguna B. Ia boleh dinyatakan seperti persamaan :

MRSAXY = MRSBXY (1)

Dimana MRSAXY adalah kadar penggantian sut antara barang X dan barang Y oleh individu A
manakala MRSBXY adalah kadar penggantian sut antara barang X dan barang Y oleh individu B.
MRS adalah pengukuran kecerunan titik-titik optimum kepuasan oleh pengguna di atas keluk
puas sama masing-masing. Ia menggambarkan jumlah maksimum barang yang boleh dilepaskan
oleh seseorang individu apabila ingin menambahkan penggunaan barang yang lain. Oleh itu
agihan barang yang optimum adalah keseimbangan antara MRS individu A dan individu B
terhadap barang X dan barang Y.

2. Optimum dalam alokasi teknikal dalam sumber


Bagi contoh yang digunakan iaitu dua jenis barang dan dua jenis input, alokasi sumber yang
produktif secara optimum berlaku apabila kadar penggantian teknik sut (MRTS) antara buruh (L)
dan modal (K) dalam pengeluaran barang X dan barang Y adalah sama. Ia boleh ditulis sebagai
MRTSKL. Ia merupakan unit modal yang maksimum yang boleh digantikan oleh unit buruh tanpa
mengubah tingkat output pengeluaran. Syarat kedua yang perlu dipenuhi ialah:

MRTSXKL = MRTSYKL (2)

Dimana MRTSXKL dan MRTSYKL adalah kadar penggantian teknik sut antara buruh (L) dan
modal (K) dalam pengeluaran barang X dan barang Y. Apabila persamaan ini wujud, maka
berlaku keadaan dimana tiada berlaku perubahan teknik tanpa memberi kesan baik kepada satu
pihak dan di masa yang sama memberi kesan buruk kepada pihak yang lain

3. Kuantiti output yang optimum


Ia berlaku apabila pengeluaran dan agihan mencapai tingkat keseimbangan dimana kadar
penggantian teknik sut barang X kepada barang Y adalah sama dengan kadar penggantian sut
barang X kepada barang Y. Ia boleh dinyatakan sebagai:

MRTSXY = MRSXY (3)

Apabila persamaan ini berlaku, maka sebarang perubahan titik keseimbangan akan menyebabkan
seseorang akan berada dalam kebajikan yang tinggi tetapi di masa yang sama akan menjatuhkan
kebajikan pihak yang lain.

Penilaian Idea Pareto


Teori kebajikan oleh Pareto telah memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan ilmu
ekonomi. Ia telah membuka mata ahli ekonomi untuk memahami syarat-syarat serta menunjukkan
kepentingan subjek kebajikan untuk mencapai tingkat ekonomi yang efisyen. Teori kebajikan
Pareto menyatakan sebarang perubahan ke satu tingkat akan mengubah kebajikan seseorang
menjadi lebih baik tetapi di masa yang sama memburukkan tingkat kebajikan orang lain tidak
boleh diterima pakai dalam kes-kes tertentu terutamanya dalam menilai dasar awam.

Antara kritikan-kritikan terhadap teori kebajikan Pareto adalah seperti berikut:


(1) Ramai ahli ekonomi mengemukakan pandangan bahawa teori ini gagal untuk
menerangkan isu keadilan dalam pengagihan atau agihan pendapatan yang saksama
dalam masyarakat .
(2) Fenomena yang berlaku apabila sesebuah negara mengamalkan perdagangan bebas,
antara kesan negatif yang timbul adalah ia akan menjejaskan pengeluar tempatan akibat
kemasukan barang import. Sekiranya negara membenarkan kemasukan buruh asing
daripada luar sama ada buruh yang mempunyai kemahiran atau tidak, juga akan memberi
kesan negatif kepada buruh tempatan iaitu dalam bentuk kejatuhan dalam kadar upah di
negara tersebut. Walaupun kerajaan boleh membaiki situasi tersebut dengan memberi
pampasan kepada pihak yang rugi supaya konsisten dengan kriteria Pareto, namun ia
melibatkan dasar sesebuah negara. Patutkah kerajaan mengamalkan perdagangan bebas
dan patutkah kerajaan membenarkan ramai buruh asing masuk dalam negara? Tambahan
lagi realiti yang berlaku tiada wujud satu mekanisme bayaran pampasan kepada pihak
yang rugi.
(3) Kriteria Pareto hanya melihat kesan jangka masa pendek yang lebih bersifat statik.
Sedangkan kesan jangkamasa panjang sepatutnya perlu diberi penelitian kerana ia lebih
bersifat dinamik. Contohnya ahli ekonomi berpendapat perlaksanaan undang-undang
tidak percaya (antitrust law) akan menjejaskan pengeluaran pihak swasta seperti
pembangunan secara bersama yang melibatkan teknologi baru. Kesannya ia akan
menjejaskan pihak tertentu dalam jangkamasa pendek tetapi akan menguntungkan negara
dalam aspek pembangunan dan kebajikan penduduk dalam jangkamasa panjang.
(4) Aspek pertimbangan moral perlu diambil kira dalam ekonomi yang sebenarnya telah
diabaikan dalam penentuan kriteria Pareto. Contohnya urusniaga melibatkan aktiviti
pelacuran, penjualan bayi secara haram, pembelian dan penjualan dadah mungkin
memenuhi kriteria pareto optimum tetapi bertentangan dengan norma dan moral
masyarakat.
Andaian: terdapat 2 individu mengguna dan mengeluarkan 2 barang iaitu pakaian (C) dan
makanan (F) dengan menggunakan 2 input iaitu modal (K) & buruh (L) pada satu tingkat
teknologi tertentu.

Persoalan:
Bagaimana tentukan satu tingkat pareto optimum atau penuhi syarat-syarat efisyen dan
optimum.

1. Aspek Pengeluaran (rajah di atas)

Input digunakan adalah K & L


Kf & Lf adalah input digunakan utk kel makanan dan sebaliknya Kc & Lc adalah
input digunakan utk kel pakaian.

Oleh itu fungsi pengeluaran adalah:


Bagi makanan : F = f(Kf , Lf )
Bagi pakaian : C = f(Kc , Lc )

Dimana: L = Lf + Lc
K = Kf + Kc
Tingkat pengeluaran dikatakan optimum jika pada satu tingkat, jika pengeluaran
barang F dikeluarkan akan menurunkan pengeluaran barang C (syarat pareto optimum).

Ini dpt ditentukan drpd rajah.titik Z* adalah optimum berbanding titik Z1


Dimana pd titik Z* MRTSFLK = MRTSCLK

Jika sambungkan titik-titik yang optimum, akan menghasilkan keluk kontrak bagi
pengeluaran.

2. Aspek Penggunaan (rajah 2A.3 di bawah)

Terdapat 2 individu iaitu A & B

Oleh itu fungsi penggunaan adalah:


Bagi A : UA = U(FA , CA )
Bagi B : UB = U(FB , CB )

Dimana: F = FA + FB
C = CA + CB

Tingkat penggunaan dikatakan optimum jika pada satu tingkat, jika tingkat utiliti
individu A ditingkatkankan akan menurunkan tingkat utiliti individu B(syarat pareto
optimum).

Ini dpt ditentukan drpd rajah.titik E* adalah optimum berbanding titik E


Dimana pd titik E* MRSACF = MRSBCF

Jika sambungkan titik-titik yang optimum, akan menghasilkan keluk kontrak bagi
penggunaan
Keluk Kemungkinan Pengeluaran

KPSABCF

KKP merupakan tingkat optimum bagi kel. C & F dengan menggunakan input K & L .
ia mengambarkan titik-titik pengeluaran yang cekap (hasil penerbitan keluk kontrak
dalam pengeluaran) cth titik D beralih ke E1 atau E2. Bandingkan kepada titik A.

Jika titik D merukan satu titik pengeluaran bagi negara tersebut, maka di sana wujud
keluk puas sama masyarakat (ind A & B).

Maka syarat kecekapan pareto tercapai pada titik D iaitu pertengenan KKP dan KPS. Ini
dibuktikan melalui persamaan berikut:

MRSACF = MRSBCF = MRTSFLK = MRTSCLK


Apakah harga bagi pembelian barang C & F oleh individu A & B- kerana harga
merupakan penentu permintaan barang dan tingkat utiliti penggunaan barang (rujuk
tingkat keseimbangan pengguna dlm mikroekonomi)

Bagaimana tentukan? Melalui kecerunan titik D dalam KKP

makanan(F) MRTSFLK = MRTSCLK

Kecerunan titik D diukur melalui cara


berikut: ∆F/∆C = Pc / PF

D
∆F

MRSACF = MRSBCF

∆C

Pakaian (C)

Oleh itu syarat optimum pareto bertambah kepada persamaan berikut:

MRSACF = MRSBCF = MRTSFLK = MRTSCLK = PC / PF

Das könnte Ihnen auch gefallen