You are on page 1of 5

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/LAPORAN AKHIR (HBEF 4106-2)

PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

1. KERTAS

(a) Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80 gsm ATAU 70 gsm
dan ke atas)

(b) Warna : Putih

2. PENAIPAN

(a) Jenis Huruf : ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’.

(b) Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala
SATU (1) langkau digunakan untuk:

i. Pengakuan
ii. Penghargaan
iii. Abstrak dan Terjemahan Abstrak
iv. Senarai Kandungan
(Antara tajuk DUA (2) langkau dibenarkan)
v. Senarai Jadual dan Ilustrasi
vi. Catatan bawah
vii. Rujukan

(c) Ukuran : Ukuran Muka Surat seperti berikut:

• Atas : 30 mm daripada jidar atas


• Bawah : 25 mm daripada jidai bawah
• Kanan : 25 mm daripada jidai kanan
• Kiri : 40 mm daripada jidai kiri

Rujuk Lampiran H

Peringatan:
i. Setiap permulaan tajuk kecuali tajuk tesis, rujukan dan
lampiran hendaklah ditaip 50mm daripada birai atas.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman


mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks
bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke
halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

1
PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/LAPORAN AKHIR (HBEF 4106-2)

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh


menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi


sekurang-kurangnya DUA baris teks.

(d) Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

(e) Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah,


15mm daripada birai bawah dan 25mm daripada birai
kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa
hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman


judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman
secara berturut-turut sepertimana berikut:
i, ii, iii, iv …….
Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai
halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah


menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….
Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai
halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga
bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu
ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika
menomborkan halaman berikutnya.

3. CETAKAN

(a) Halaman : Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid
hendaklah pada sebelah kanan.

4. PENJILIDAN

(a) Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis dengan SATU (1) untuk
serahan Universiti (OUM). Naskhah untuk pemeriksaan
(penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit
‘keras’ jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu


memastikan setiap pembetulan telah diperbetulkan.

2
PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/LAPORAN AKHIR (HBEF 4106-2)

(b) Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas


mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 70 gsm dan ke
atas sahaja.

(c) Warna : Tesis hendaklah dijilid menggunakan kulit jenis balakrom


berwarna BIRU TUA (Dark Blue).

5. KETERANGAN PADA KULIT TESIS

(a) Muka Hadapan


Maklumat pada muka hadapan tesis dicetak dengan HURUF BESAR bewarna
EMAS, jenis ARIAL NARROW bersaiz 18, pada kertas/ kulit jenis ‘balakrom’
yang berwarna BIRU TUA (Dark Blue).

Susunan maklumat pada muka hadapan adalah seperti berikut:

Tajuk Kajian
Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan)
Nama Fakulti
Nama Universiti
Tahun

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk


Kajian’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 50mm daripada birai
atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 50mm daripada birai bawah.

Rujuk Lampiran A

(b) Tulang Kulit


Maklumat pada ruang ‘tulang tesis’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz
huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan tesis dan hendaklah
mengikut susunan berikut:

OUM
Nama Calon
Ijazah
Tahun

50mm 50mm
OUM AIMAN DANISH BIN DANIAL B.ED (HONS) 2010

3
PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/LAPORAN AKHIR (HBEF 4106-2)

6. TERTIB SUSUNAN KANDUNGAN TESIS

Susunan dalam kandungan tesis/laporan akhir hendaklah mengikut tertib seperti berikut:

MUKA SURAT TAJUK


PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN KAJIAN
SENARAI JADUAL
RUJUKAN
LAMPIRAN

Nota: Bagi setiap perkara tersebut di atas sila rujuk contoh pada Lampiran A hingga
Lampiran H.

(a) MUKA SURAT TAJUK


Muka Surat Tajuk hendaklah mengandungi maklumat berikut:

Tajuk Kajian
Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan)
Tujuan Tesis/ Laporan Akhir dikemukakan
Nama Fakulti
Nama Universiti
Lokasi Universiti berdaftar
Tahun (penyerahan naskah akhir tesis kepada universiti)

Rujuk Lampiran B

(b) PENGAKUAN
Merupakan suatu pernyataan bertulis yang menyatakan bahawa tesis atau disertasi
merupakan hasil kerja yang ditulis atau yang dihasilkan adalah karya asli
pengkaji. Pengakuan hendaklah ditaip ditengah-tengah halaman dalam satu
halaman baru selepas halaman judul.

Nota: Adalah diwajibkan setiap calon menandatangani pengakuan.

Rujuk Lampiran C

4
PANDUAN UMUM PENULISAN TESIS/LAPORAN AKHIR (HBEF 4106-2)

(c) PENGHARGAAN
Merupakan penghargaan penulis terhadap individu atau kumpulan tertentu yang
telah bekerjasama memberikan sumbangan atau sokongan dalam penyelidikan
secara langsung atau tidak langsung. Penghargaan hendaklah tidak terlalu panjang
dan tidak melebihi daripada satu muka surat.

Rujuk Lampiran D

(d) ABSTRAK
Umumnya, penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak
bersifat penulisan kritikan. Penulisan abstrak seharusnya tidak mengubah maksud,
keputusan dan maklumat dalam tesis.

Abstrak biasanya merangkumi maklumat seperti:


i. Objektif dan matlamat kajian
ii. Pengkaedahan dan teknik kajian beserta kegunaannya
iii. Dapatan kajian

Nota: Panjang penulisan abstrak hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.

Rujuk Lampiran E

(e) ISI KANDUNGAN


Merupakan senarai topik atau subtopik yang terdapat dalam kandungan tesis yang
disusun selaras mengikut hierarki beserta nombor muka surat.

Rujuk Lampiran F

(f) SENARAI JADUAL


Digunakan bagi menyenaraikan semua tajuk jadual yang terdapat dalam penulisan
tesis dan disusun berturutan mengikut muka surat.

Rujuk Lampiran G

Nota:
 Pelajar adalah digalakkan membuat rujukan di mana-mana perpustakaan atau
pusat sumber bagi melihat sendiri tesis-tesis yang telah dihasilkan.