Sie sind auf Seite 1von 17

SHAMSIAH BINTI FAUZI @ UDI

NORSHAHIRA BINTI AZMI


KONSEP AKHLAK DAN MORAL

• Akhlak menerangkan tentang baik dan buruk,


dan juga menerangkan sesuatu yang
sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam
perjalanan hidupnya di dunia ini.

• Akhlak juga mengkaji dan meneliti aspek


perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai
dari segi baik atau buruknya perbuatan itu,
apa yang patut dan apa yang tidak patut
dilakukan oleh seseorang.
Sambungan…

 Moral boleh dilihat sebagai satu produk sosial yang terhasil dari
kebiasaan  dan kepentingan diri manusia. Ianya juga didorong
oleh kepekaan mengenai apa yang betul dan apa yang harus. 

 Manusia akan menggariskan bentuk tingkah laku yang bermoral


dengan berpandukan kepada sumber-sumber tertentu seperti
agama, kepercayaan, atau adat turun temurun untuk dijadikan
sebagai panduan kepada tingkah laku masyarakat.

 Konsep moral yang dipegang oleh sesebuah masyarakat juga


akan berubah.  Pendapat-pendapat baru mengenai perilaku
bermoral akan membawa kepada kewujudan teori-teori moral
yang baru
Sambungan..

• Akhlak adalah hal yang terpenting dalam


kehidupan manusia kerana akhlak merangkumi
segala pengertian tingkah laku, tabiat, perangai,
karakter manusia yang baik mahupun yang
buruk dalam hubungannya dengan sesama
makhluk.

Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya


hamba yang paling dicintai Allah ialah yang
paling baik akhlaknya".
DEFINISI
ETIKA

• Etika berasal dari bahasa Yunani, ethos


yang bererti watak kesusilaan atau adat.
• Etika adalah ilmu yang menyelidik mana
yang baik dan mana yang buruk dengan
memperhatikan amal perbuatan manusia
sejauh yang dapat diketahui oleh akal
fikiran.
 Etika merupakan ilmu pengetahuan yang
berhubungan dengan upaya menentukan
perbuatan yang di lakukan manusia untuk
dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain
aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan
oleh akal manusia.
 Dengan adanya etika pergaulan dalam
masyarakat akan terlihat baik dan buruknya.
Etika bersifat relative yakni dapat berubah-ubah
sesuai dengan tuntutan zaman.
AKHLAK
 Menurut bahasa:
• Perkataan akhlak berasal daripada perkataan
al-akhlaaku iaitu kata jama daripada perkataan
al-khuluqu bererti tabiat, kelakuan, perangai,
tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia
juga bereti agama itu sendiri.

 Menurut istilah:
• Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang
dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan
paksaan.
 Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan:
akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di
dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-
perbuatan dengan senang tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian.
 Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan
terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu
dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia
dinamakan akhlak yang buruk.
MORAL

 Moral ialah tingkah laku yang telah


ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang
telah ditentukan oleh etika sama ada baik
atau buruk dinamakan moral.
 Moral terbahagi kepada dua iaitu: :
 Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh
etika sebagai baik.
 Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika
sebagai buruk.
 Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa latin
moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan
mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi
pekerti dan perangai.

 Dictionary of Education menyatakan bahawa moral


ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan
batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat
atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar,
salah, baik, atau buruk.
KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
 Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah
dengan semua bidangbidang kehidupan manusia.
 Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh
tindak tanduk manusia.
 Binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya
dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan
syumul.
PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN
MORAL
AKHLAK MORAL
• Akhlak adalah satu sifat atau • Ia merupakan tindakan lahiriah
sikap keperibadian yang manusia dalam hubungan
melahirkan tingkah laku sesama manusia berdasarkan
perbuatan manusia dalam kepada pemikiran dan
usaha membentuk kehidupan pandangan umum dalam
sesuatu kumpulan, masyarakat,
yang sempurna berdasarkan pada sesuatu kumpulan,
kepada prinsip-prinsip yang masyarakat, pada sesuatu masa
telah ditetapkan oleh Allah. dan tempat tertentu.
• Prinsip-prinsip akhlak • Nilaian moral bersifat relatif,
merangkumi semua aspek subjektif dan temporal. Oleh itu,
rohaniyyah dan jasmaniyyah ia mungkin berubah menurut
yang bersifat mutlak dan sesuatu lingkungan pemikiran,
tepat penilaiannya. suasana dan tempat.
Sambungan…

Akhlak Moral
 Ilmu akhlak dalam menilai  Moral dinilai berdasarkan
perbuatan manusia kebiasaan yang umum
menurut ukuran Al-Quran berlaku dalam masyarakat
dan As-Sunnah (etika dinilai dengan
pertimbangan akal fikiran).
 Moral ialah satu sistem
 Akhlak merupakan satu yang menilai tindakan
sistem yang menilai zahir manusia sahaja
tindakan zahir dan batin
manusia
Sambungan…

 Akhlak mencakup  Moral mencakupi pemikiran,


pemikiran, perasaan dan perasaan dan niat di hati
niat di hati manusia dalam manusia dalam hubungan
hubungan manusia dengan manusia dengan manusia
Allah, manusia dengan sahaja
manusia dan manusia
dengan makhluk lain
 Nilai-nilai akhlak ditentukan
 Moral ditentukan oleh
oleh Allah swt melalui al-
manusia.
Quran dan tunjuk ajar oleh
Rasulullah saw
Sambungan…

 Nilai-nilai akhlak bersifat  Nilai-nilai moral bersifat


mutlak, sempurna dan relatif, subjektif dan
tetap. sementara.
Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan
Moral
 Menurut Islam pakaian bagi  Berbeza dengan moral, jika seseorang
seseorang muslim mestilah menutup itu mendedahkan aurat tetapi masih
aurat. Seandainya mereka tidak mempunyai perlakuan yang baik,
menutup aurat maka ia telah maka mereka masih dianggap
dianggap sebagai orang yang tidak bermoral oleh sesetengah pihak.
berakhlak kerana telah melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh
 Berdasarkan penilaian Barat perkara
Allah swt.
ini masih dianggap bermoral
 Pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan, jika dilihat dari sudut
akhlak Islam, perlakuan sedemikian
sudah dianggap tidak berakhlak.  Tetapi perkara ini dibolehkan dalam
 Bersalaman di antara lelaki dan sistem moral.
perempuan yang bukan mahramnya
adalah haram menurut Islam
walaupun tujuannya untuk
merapatkan hubungan.

Das könnte Ihnen auch gefallen