Sie sind auf Seite 1von 23

KULIAH 1

13 JULAI 2006
KONSEP
TEKNOLOGI
KOMUNIKASI
MAKLUMAT, TKM
---------------
(INFORMATION AND
COMMUNICATION
TECHNOLOGY, ICT)
KONSEP TKM

OBJEKTIF KULIAH HARI INI:-


Apakah maklumat?
Apakah komunikasi?
Apakah teknologi?
TAKRIFAN KONSEP MAKLUMAT

1. Makluman, pemberitahuan,
pengumuman: ~ akan
diberikan di dalam risalah
2. Keterangan, butir-butir: ~.~
mengenai angkatan perang
telah sampai ke Tanah
Melayu dari Jepun
3. Pengetahuan: untuk ~ ahli-
ahli persatuan, satu
mesyuarat akan diadakan
esok.
Kamus Dewan Ed. 4
TAKRIFAN KONSEP MAKLUMAT

Kesimpulannya:
Maklumat adalah
merujuk kepada semua
perkara yang dapat
memberitahu,
menerang, dan juga
memberi pengetahuan
kepada kita.
TAKRIFAN KONSEP KOMUNIKASI

• BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA LIMA


JENIS TAKRIFAN
– TAKRIFAN SECARA UMUM
– TAKRIFAN YANG MENEKANKAN ASPEK
PENYEBARAN DAN PENGIRIMAN
– TAKRIFAN YANG MENEKANKAN ASPEK
PERKONGSIAN MAKNA
– TAKRIFAN YANG MENEKANKAN ASPEK
PEMBUJUKAN
– TAKRIFAN YANG MENEKANKAN ASPEK
TINGKAH LAKU
TAKRIFAN SECARA UMUM

• ISTILAH KOMUNIKASI IALAH


TERJEMAHAN DRPD ISTILAH
INGGERIS – COMMUNICATION,
YANG BERASAL DRPD ISTILAH
LATIN IAITU “COMMUNCARE” YANG
BERMAKSUD “TO MAKE COMMON”
ATAU MEWUJUDKAN PERSAMAAN
TAKRIFAN YANG MENEKANKAN ASPEK
PENYEBARAN DAN PENGIRIMAN

• TAKRIFAN INI MERUPAKAN SATU


TAKRIFAN ASAS KOMUNIKASI YANG
DIKATAKAN BERLAKU SEKIRANYA
TERDAPAT PERGERAKAN ATAU
USAHA DRPD SATU PIHAK
SEKALIPUN TANPA MENDAPAT
MAKLUM BALAS DARI PIHAK
PENERIMA.
TAK RI FA N YAN G MENEKAN KAN AS PEK
PERK ONGSIAN MAK NA

• TAKRIFAN INI MENYATAKAN


KOMUNIKASI BERLAKU
SEKIRANYA MEREKA YANG
TERLIBAT BERSETUJU DAN
FAHAM DENGAN MAKLUMAT,
ISYARAT, ATAU SIMBOL YANG
DISAMPAIKAN OLEH SESUATU
PIHAK.
TAK RI FA N YAN G MENEKAN KAN AS PEK
PERK ONGSIAN MAK NA

• WALAU BAGAIMANAPUN CARA


INDIVIDU MENGINTEPRETASIKAN
SESUATU MESEJ ADALAH BERBEZA.
MASALAH UNTUK MEWUJUDKAN
PERKONGSIAN ORIENTASI JUGA
DISUKARKAN OLEH PERSEKITARAN
SETIAP INDIVIDU SEPERTI BUDAYA,
ADAT RESAM, SIKAP, DAN NILAI
PENDIDIKAN.
TAK RI FA N YAN G MENEKAN KAN AS PEK
PEMBUJ UKAN

• TAKRIFAN INI MEMBOLEHKAN


KEBERKESANAN KOMUNIKASI
LEBIH MUDAH DIUKUR. DI MANA
KEBERKESANAN BERGANTUNG
KEPADA SEJAUH MANA IA
BERUPAYA MEMPENGARUHI ATAU
MENUKAR SIKAP ATAU TINGKAH
INDIVIDU LAIN.
TA KR IFAN Y ANG ME NEKA NKA N
ASP EK TINGKA H L AKU

• TAKRIFAN INI BERBEZA DARIPADA TIGA TAKRIFAN


SEBELUM INI YANG LEBIH BERKISAR KPD
MAKLUMAT, ISYARAT, ATAU SIMBOL.
• KOMUNIKASI ADALAH SATU TINGKAH LAKU APABILA
SESEORANG INDIVIDU BERKOMUNIKASI, BELIAU
BUKANLAH BERTINDAK TERHADAP MAKLUMAT YANG
SAMPAI KEPADANYA.
• SEBALIKNYA, APABILA INDIVIDU BERKOMUNIKASI,
DIA AKAN BERUSAHA UNTUK MENCARI MAKLUMAT
YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI
PERMASALAHAN YANG SEDANG DIHADAPINYA.
• SUPAYA IA MEMPUNYAI SATU GAMBARAN YANG
LEBIH TEPAT TENTANG ALAM PERSEKITARAN YANG
PERLU DIHADAPNYA (SATU TINGKAH LAKU YANG
DIGERAKKAN OLEH INDIVIDU UNTUK MENCARI DAN
MENYEBARKAN SESUATU MAKLUMAT.
FU NGSI KOMUNIKASI

• MEMBERITAHU
• MENDIDIK
• MEMBUJUK
• MENGHIBUR
JEN IS- JEN IS KOMU NIK ASI
• KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
• KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
• KOMUNIKASI AWAM
• KOMUNIKASI MASSA
• KOMUNIKASI LISAN
• KOMUNIKASI BUKAN
LISAN
KOMU NIKASI – SATU
PRO SES
• BERMAKSUD KOMUNIKASI TIDAK
BERSIFAT STATIK TETAPI BERSIFAT
DINAMIK DAN TERUS BERGERAK.
UNSUR-UNSUR YANG BERADA DALAM
LINGKUNGAN PROSES KOMUNIKASI
AKAN BERINTERAKSI DAN MEMBERIKAN
KESAN TERHADAP SATU SAMA LAIN.
SETIAP INTERAKSI DALAM PROSES
JUGA AKAN MEMBERIKAN KESAN
KEPADA INTERAKSI YANG LAIN
KOMU NIKASI – SATU
PRO SES
TRANSMIT MESEJ

ENKOD DEKOD

SUMBER SALURAN PENERIMA

GANGGUAN

DEKOD ENKOD

MESEJ MAKLUMBALAS
TAKR IF AN DAN KONS EP
TEK NO LOG I
• Rogers (1991) menyatakan bahawa teknologi ialah
satu corak untuk tindakan instrumental yang
bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian
dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha
mencapai matlamat yang diingini.
• Selain itu, Rogers (1991) turut menyatakan bahawa
teknologi biasanya terdiri dari dua komponen asas
iaitu dari aspek perkakasan yang mengandungi
bahan atau objek fizikal dan aspek perisian yang
mengandungi asas informasi yang biasanya
diperlukan oleh perkakasan yang digunakan.
• Oleh itu, teknologi ialah perkakasan yang
mempunyai perisian bagi membantu manusia
melakukan kerja dan menghasilkan objek atau alat
teknologi lain dalam usaha mencapai matlamat yang
diingininya.
TAKR IF AN KONS EP TE KN OL OGI
• Teknologi di dalam kehidupan manusia
dikatakan telah bermula sejak dari zaman
batu lagi iaitu pada sekitar satu juta tahun
sebelum Masehi (
http://cimru.nuigalway.ie/david/pdf/ie/history.pd
). Pada ketika itu, manusia telah membuat
peralatan teknologi seperti senjata dari
tulang untuk memburu dan peralatan
batuan untuk memasak (Burke, 1985; dan
Norton, 1990). Sehingga ke hari ini, iaitu
setelah mengalami pelbagai evolusi dan
revolusi, penggunaan teknologi menjadi
semakin meluas, efisyen, dan semakin
sofistikated.
TAKR IF AN DAN KONS EP
TEK NO LOG I
• Menurut Rosen (2002), apabila kita
menyebut tentang teknologi, ia
sebenarnya merujuk kepada keseluruhan
perkakasan yang bersifat teknologikal
secara semulajadi termasuklah komputer
dan juga lain-lain perkakasan yang
beroperasi menggunakan cip komputer.
Di dalam satu kajiannya, Rosen dan Weil
(1997) juga telah menyenaraikan empat
kategori teknologi pengguna yang
biasanya digunakan oleh masyarakat.
TAKR IF AN DAN KONS EP
TEK NO LOG I
• Pertama, ialah teknologi pengguna yang
popular seperti jam loceng digital, permain
video kaset, kalkulator, ketuhar gelombang
mikro, radio kereta, perbankan automatik,
mesin menjawab panggilan telefon, kamera,
jam digital, televisyen kabel, dan pemain
cakera padat.
• Kategori kedua, teknologi pengguna yang
berharga tinggi seperti sistem sekuriti, peti
sejuk berkomputer, televisyen dwi-gambar,
parabola satelit, teknologi termostat
terprogram, alat penggera keselamatan
kereta, peralatan bersenam, dan alat
pembancuh kopi berkomputer.
TAK RIFAN DAN K ON SEP T EKNO LOG I

• Ketiganya, teknologi untuk


hiburan seperti permainan arked,
permainan komputer telapak
tangan, alat permainan kawalan
jauh, alat muzik berkomputer, dan
komputer poket.
• Keempat dan terakhir ialah
teknologi untuk kerja atau
perniagaan seperti mel suara,
mesin faksimili, alat kelui, telefon
selular, dan komputer peribadi.
Teknolo gi Un tuk B erkomunik asi
• Teknologi bukan sahaja digunakan
untuk memudahkan kerja manusia,
malah lebih dari itu, teknologi juga
telah mempengaruhi cara bagaimana
manusia berkomunikasi. Penggunaan
teknologi untuk berkomunikasi juga
telah meluaskan konteks
berkomunikasi kerana proses
komunikasi bukan sahaja berlaku
antara manusia dengan manusia,
tetapi juga antara manusia dengan
mesin (teknologi), dan juga mesin
dengan mesin (Rogers, 1991; dan
Forouzan dan Fegan, 2003).
SEKIAN UNTUK HARI INI

JUMPA LAGI AHAD 16 JULAI


2006 UNTUK KULIAH
KEDUA

Das könnte Ihnen auch gefallen