Sie sind auf Seite 1von 13

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (JILID VI)

Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sadis

(Bagi pengguna versi .pdf, sila gunakan bookmark yang disediakan untuk mencapai kandungan penulisan ini)

KANDUNGAN

Pendahuluan ………………………………………………………………………………………………….. 2

Takrif Hadd …………………………………………………………………………………………………….. 4

Hikmah Pensyari’atan Hudud ……………………………………………………………………….. 6

Adakah Hukum Memotong Tangan Satu Penyiksaan/Kekerasan/Kekejaman .. 6

Perbezaan Antara Hudud & Ta’zir ………………………………………………………………... 9

Nota Bab ………………………………………………………………………………………………………… 13

Penterjemah:
Dr. Ahmad Shahbari Salamon et. al.
Dewan Bahasa & Pustaka,
Kuala Lumpur (2001)

Edisi .pdf :
swordofdeen

Semua hakcipta adalah hak terpelihara pengarang kitab


dan pihak-pihak berkaitan. Edisi ini hanyalah satu salinan
semula (dengan sedikit pengolahan grafik) sebahagian
kandungan kitab tersebut untuk dikongsi bersama
ilmunya. Moga Allah merahmati kita semua.

1
FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (JILID VI)
Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sadis

Dr. Wahbah al-Zuhaili, Syria

PENDAHULUAN

Matlamat kami ketika manusia dan para fuqaha' dapat menembusi ufuk dan menulis
mengenainya a ialah semoga bertambah lagi keimanan yang sifat syari'at Islam yang akan
terus kekal dalam mengatur kehidupan kesejahteraan pemikiran Islam, ketokohan para
fuqaha' dan keagungan ilmu fiqh. Hukumnya tidak hanya terbatas berdasarkan dalil( naqli
daripada a1-Qur'an clan al-Sunnah semata-mata. Tetapi, menerusi kedalaman pemerhatian
dan akal manusia, fiqh dapat disokong dan diperkuat sehingga hari ini dalam usaha untuk
merealisasikannya dalam bentuk amali, serta menegakkan tunjangnya agar bangkit dalam
bentuk baru dalam undang-undang hubungan kemasyarakatan dan muamalat yang sering
berulang antara sesama individu dan dalam undang-undang hubungan kenegaraan juga.

Tujuan mengambil hukum-hukum dan undang-undang Islam ialah untuk mendirikan


sebuah masyarakat Islam yang hidup berasaskan keimanan, kemuliaan, kebersihan, keamanan
dan ketenangan. Tiada tempat dalam masyarakat ini untuk memberi peluang kepada kehinaan
atau penyerahan kepada musuh. Tidak ada undang-undang yang memberi laluan kepada
jenayah dan porak peranda, tidak timbul pemalsuan dan penyelewengan, kefasadan atau
kemungkaran, dan kemaksiatan. Masyarakat ini juga ditentukan oleh dasar-dasar Islam dan
yang utama ialah saling menutup kemaksiatan yang tersembunyi yang tidak diketahui dan
asas menolak hudud (yang bukan ta'zir) dengan syubhah.

Bukti yang dapat menambahkan keyakinan kita kepada Islam ialah realiti iaitu
manusia pada zaman sekarang telah cuba mengimport undang-undang dan sistem, pemikiran,
kebudayaan dan pengetahuan dalam pelbagai bidang Semuanya akan berumbikan kebendaan
yang sempit. Tetapi pada akhirnya, golongan yang sedar menyimpan harapan untuk kembali
kepada Islam yang di dalamnya terdapat penyelesaian terbaik. selepas ‘barang yang diimport'
muflis dalam kemajuan individu dan masyarakat, serta membuka tutupannya yang palsu
dengan kepalsuan tamadun yang telah kita ambil daripadanya yang telah pun gugur dengan
kecelaan, sebaliknya kita tinggalkan permata atau barang yang amat berguna. Oleh itu
manusia mendendami sistem dan kebudayaan tersebut kerana telah membawa kepada
kerosakan pemikiran dan pengetahuan, menanamkan keraguan dan ketidakpercayaan kepada
diri, mengejutkan kemuliaan dan keluhuran yang mutlak, malah pada akhirnya kita tidak
dapat mengecapi kejayaan, sebaliknya mengekalkan kita dalam serba kekurangan dan
kelemahan berbanding orang lain, dan kita menjadi jahil tentang minat sebenar. Sedangkan
kita mempunyai cara tersendiri sama ada Islam atau Arab, Timur atau Barat.

2
Melalui dorongan yang kuat daripada
perasaan atau tanpa perasaan, masyarakat
tetap menuju kepada Islam sebagai jalan
penyelesaian, kemudian dinaungi dalam ruang
lingkup ibadah semata-mata yang diamalkan.
Sedangkan sistem hidup menjadi satu
bahagian dan kebendaan satu bahagian yang
lain. Dengan itu berlaku pertentangan dan
percampuran, kehairanan dan kebosanan, di
samping percubaan baru yang kurang kebu-
rukannya daripada menjauhkan diri terus
daripada Islam.

Percampuran tersebut tidak akan selamat melainkan dengan melaksanakan secara


keseluruhan syari'at Allah dalam mu'amalat, hukuman jenayah hudud dan sebagainya, serta
mengubah undang-undang ciptaan manusia. Serentak dengan itu, ia menyuburkan cita-cita
yang benar untuk merealisasikan undang-undang syara` di dunia Arab dan Islam supaya
dapat membersihkan masyarakat daripada kesesatan dan pemesongan, mensabitkan
keperibadian dan mengubati urusan kehidupan dengan pemikiran Islam dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan ketenteraan, dan supaya dapat meruntuhkan ikatan kehinaan dan
kerendahan, mengalahkan musuh dan segala bentuknya, memerangi penjajahan dengan
segala rupanya, berpegang pada diri, bertemu dan berkumpul di bawah panji al-Qur'an dan
Sunnah Rasulullah s.a.w. serta mengambil faedah daripada fiqh yang tidak terkeluar daripada
dua sumber tadi.

Setiap Muslim perlu merasai bahawa untuk mencapai jalan kemuliaan, menghambat
musuh, membebaskan tanah air dan mengembalikan hak-hak ialah dengan bergabung di
bawah panji jihad yang mulia untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. yang tidak mengikut
apa yang didapati oleh musuh dan telah mengumpulkan kekuatan atau ketenteraannya.
Musuh juga telah memerangi kita di bawah syi'ar mazhabnya yang berbau perkauman sempit.

Dalam memahami hukum-hukum `aqad seperti yang telah kami jelaskan tanzim jihad
di dalam fiqh’ serta perincian hukum hudud dan jenayah, iaitu undang-undang Islam yang
bersifat adil, dasar-dasar hukum Islam merupakan cabang-cabang khazanah vang besar dan
peninggalan yang agung bagi fiqh kita yang mempunyai kedudukan tertinggi berbanding
semua perundangan, fiqh dan peraturan di dunia.

Apa yang mendukacitakan ialah sesetengah orang yang jahil mensifatkan fiqh
yang subur itu sebagai "semata-mata himpunan". Mereka ini yang terpesona dengan
Barat, dan ada di antara mereka yang merasai kekurangan, tidak mempercayai diri sendiri,
jahil yang teramat sangat tentang tuntutan kehidupan daripada perkara-perkara wajib dan
banyak kemungkinan yang wujud dalam melaksanakan undang-undang sekarang. Selepas itu
mereka menjadi keanak-anakan di atas kehancuran Barat dan sering mengulangi apa yang
dikatakan murtad.

"Miss Falen dan Mr. Falen" dalam keadaan jahil, atau telah meninggalkan secara
sengaja apa yang diucapkan oleh tokoh-tokoh besar Islam iaitu pemikiran, teori, dan usaha
mereka masih tinggi dan menjadi tempat menuju puncak kemajuan dan tempat berlindung
bagi ahli falsafah dan para pemikir.

3
Dengan itu bagi generasi kita fiqh Islam adalah seperti khazanah yang subur dan mata
air yang tawar yang dapat dicedok dan kamu dapat lihat bahawa fiqh sesuai untuk zaman
kamu. Allah S.W.T. telah memudahkan jalan kamu dengan memilih semudah-mudah hukum,
dan membekalkan kamu dengan keyakinan yang benar, akal yang matang, deria yang halus
untuk mengambil kebenaran dan mengalahkan kebatilan. Pada ketika itu, ketahuilah bahawa
untuk menjulang panji Islam memerlukan persediaan asas yang teguh, daripada realiti
amali yang tercerna dengan fiqh Islam, pemikiran Islam dan dakwah Islam dapat
dibangunkan. Ini kerana dakwah bukanlah semata-mata sentuhan perasaan yang bergelojak,
atau rupa bentuk tanpa kandungan, isi dan perancangan, tetapi adalah persediaan dasar untuk
menjamin dakwah ini kekal sehingga tidak bergoncang di hadapan ribut taufan yang melanda
atau tipu muslihat musuh.

Dalam fiqh Islam, semua mazhabnya menjadi dalil di atas kesesuaian Islam untuk
dilaksanakan pada setiap masa, dan jalan untuk merealisasikan pegangan keperibadian Islam.
Ini merupakan faktor pembinaan pengumpulan dan penyatuan, bukan perceraian dan
perpecahan sepertimana yang dilihat oleh orang-orang di atas pagar. Perselisihan para fuqaha'
hanyalah pada perkara furu' atau cabang dan bahagian kecil ijtihad, bukan dalam usul dan
matlamat. Namun yang sangat perlu pada ketika itu ialah membentangkan fiqh dengan gaya
bahasa yang mudah dan baharu dan dikuatkan dengan dalil yang sah bagi membuat
perbandingan dengan pendapat-pendapat fiqh dan mengetahui jalan-jalan tarjih antara fiqh
atau memilih hukum yang paling sesuai dan tepat untuk zaman tersebut.

Takrif Hadd

Hadd dari segi bahasa bererti larangan, oleh itu disebut al-bawwab haddad
(penjaga pintu menghadkan) kerana dia melarang orang daripada masuk. Disebut juga
hukuman sebagai hudud, kerana keadaannya yang dilarang daripada melakukan kesalahan
yang menyebabkan akan menerima padah tersebut. Hudud Allah S.W.T. ialah perkara-
perkara yang diharamkan, dilarang dan yang berdasarkan dalil:

...‫ﻫﺎ‬ ‫ﺑﻮ‬‫ﺮ‬ ‫ﺗ ﹾﻘ‬ ‫ﻼ‬


‫ﷲ ﹶﻓ ﹶ‬
ِ ‫ﺩ ﺍ‬ ‫ﺪﻭ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﻚ‬
 ‫ ِﺗ ﹾﻠ‬...
Terjemahan: “...Itulah batas-batas larangan Allah maka janganlah kamu menghampirinya…”.
(Surah al-Baqarah, ayat 187)

Hudud Allah S.W.T. iaitu hukum yang dihadkan dan ditentukan-Nya. Oleh itu
seseorang tidak harus mencerobohinya. Dinamakan hudud kerana dilarang daripada
melangkahi ke sebaliknya. Hudud itu berdasarkan firman Allah S.W.T.:

...‫ﻫﺎ‬ ‫ﻭ‬‫ﺘﺪ‬‫ﺗ ْﻌ‬ ‫ﻼ‬


‫ﷲ ﹶﻓ ﹶ‬
ِ ‫ﺩ ﺍ‬ ‫ﺪﻭ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﻚ‬
 ‫ ِﺗ ﹾﻠ‬...
Terjemahan: “... Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya ...” .
(Surah al-Baqarah, ayat 229)

4
Al-hadd dari segi syara', pada istilah Mazhab Hanafi ialah pembalasan (hukuman)
yang ditentukan dan wajib sebagai hak bagi Allah S.W.T. Sebaliknya, dinamakan ta'zir
sebagai hadd kerana ia tidak ditentukan hukumannya. Manakala qisas tidak dinamakan hadd
kerana walaupun ditentukan hukumannya, ia adalah hak hamba. Oleh itu boleh diampunkan
dan didamaikan. Manakala 'uqubat (hukuman) ini dinamakan sebagai hadd kerana hukuman
melarang daripada berlaku dosa yang sama.

Maksud keadaan hadd sebagai hak Allah S.W.T. ialah hukuman yang disyari'atkan
untuk memelihara keturunan, kehormatan keluarga, akal, jiwa daripada pencerobohan ke
atasnya.2 Bagaimanapun sesetengah hudud ini seperti hadd zina dan meminum arak adalah
hak yang tetap bagi Allah S.W.T., iaitu hak yang muktamad. Sesetengahnya pula seperti hadd
qadhaf adalah hak Allah S.W.T. dan hak hamba, iaitu ia bergabung antara hak individu dan
hak awam. 3

Hadd menurut istilah jumhur selain ulama' Hanafi ialah


hukuman yang ditentukan secara syara' sama ada ia menjadi
hak kepada hamba. Hudud mempunyai pelbagai jenis iaitu
hadd zina, hadd qadhaf, hadd sariqah (mencuri), hadd hirabah
(menyamun) atau merompak dan hadd meminum arak dan
sebagainya. Menurut ulama' Hanafi, hudud ada lima, iaitu hadd
mencuri, hadd mabuk dan hadd qadhaf.4

Manakala hadd merompak, ia termasuk di bawah maksud mencuri dengan makna


yang lebih umum. Menurut pendapat selain ulama' Hanafi, mereka menambah dengan dua
hadd yang lain iaitu hadd qisas dan hadd riddah. Dengan itu keseluruhan hudud ada lima
pada pendapat mereka dengan mengambil kira hadd ialah hukuman yang ditentukan oleh
Allah S.W.T. dan telah dikadarkan. Oleh itu seseorang tidak boleh mencerobohinya, dan
dengan mengambil kira bahawa hadd, menurut pendapat yang paling sah meliputi segala
hukuman yang termasuk hak-hak Allah S.W.T. dan hukuman yang termasuk hak-hak
manusia, di antaranya ialah qisas.

Oleh yang demikian, bagi kami ada dua istilah tentang hudud. Pertama, pendapat
Mazhab Hanafi yang masyhur, iaitu mengkhususkan hadd dengan hukuman yang ditentukan
dan diputuskan sebagai hak Allah S.W.T. bagi kesejahteraan semua, dan ia mempunyai lima
jenis, antaranya dengan memasukkan hadd hirabah (menyamun) ke dalam hadd sariqah
(mencuri), dan menceraikan antara hadd arak (sejenis air anggur yang diperam untuk
dijadikan arak) dan hadd orang mabuk bagi minuman yang memabukkan yang diambil
daripada selain anggur seperti barli, jagung, madu dan sebagainya.

Kedua, pendapat jumhur selain Hanafi menyatakan lafaz al-hadd ke atas semua
hukuman yang ditentukan sama ada ia diputuskan bagi meraikan hak Allah S.W.T. ataupun
hak individu. Menurut mereka, al-hadd mempunyai tujuh jenis, termasuklah hadd qisas dan
hadd riddah. Saya akan sebutkan tujuh jenis ini sebagai menjelaskan bahawa kesalahan
hudud ada lapan iaitu zina, qadhaf, meminum arak yang memabukkan, mencuri, menyamun,
menindas, riddah, membunuh secara sengaja yang mewajibkan dikenakan qisas, di atas asas
bahawa hukuman hudud semuanya diputuskan secara syara`. Menurut Ibn Jazi daripada
Mazhab Maliki,5 jenayah ialah kesalahan yang mewajibkan kepada hukuman yang berjumlah
13 jenis iaitu membunuh, mencederakan, berzina, qadhaf, meminum arak, mencuri,
menindas, menyamun, riddah, zindiq, mencela Allah S.W.T., mencela Nabi dan malaikat,
mengamalkan sihir dan meninggalkan solat dan puasa.

5
Perlu diperhatikan bahawa jinayah ialah kesalahan menurut istilah Fiqh Islam. Al-
Mawardi6 menyatakan kesalahan-kesalahan merupakan perkara larangan dari segi syara` yang
ditegah oleh Allah S.W.T. dengan hadd dan ta'zir. Di samping itu, perlu diberi perhatian
bahawa hukuman zindiq (orang kafir yang berpura-pura Islam) dan perkara yang disebutkan
selepasnya di sini ialah bunuh, sama seperti hukuman murtad. Saya telah memilih jenayah
dalam satu perbahasan yang berasingan kerana tajuk ini di sisi para fuqaha' tidak hanya
terbatas terhadap perkara yang wajib dilaksanakan qisas yang menurut pendapat jumhur
termasuk dalam hadd, malah ia meliputi perbahasan mengenai diyat dan penganiayaan ke
atas haiwan, cara-cara membayar ganti rugi daripada kerosakan yang berlaku seperti dinding
atau bangunan yang runtuh dan jalan yang mensabitkan jinayah.

Hikmah Persyari'atan Hudud

Hikmah daripada hudud atau hukuman ini ialah menegah manusia dan
menahan manusia daripada mendekati kesalahan-kesalahan tersebut, memelihara
masyarakat daripada kefasadan, dan menyucikan daripada dosa dan noda. Menurut Ibn
Taymiyyah, di antara rahmat Allah S.W.T. ialah Allah S.W.T. mensyari'atkan hukuman
jinayah yang berlaku antara manusia, sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain pada
jiwa, tubuh badan, harta benda, kehormatan, pembunuhan, pencederaan, menuduh zina
(qadhaf), mencuri maka Allah S.W.T. telah menghukum bentuk-bentuk tegahan untuk
menahan daripada melakukan jenayah yang merupakan matlamat hukum dan mensyari'atkan
hukuman dalam bentuk yang sebaik-baiknya, yang mengandungi kemaslahatan, tegahan dan
pembasmian, di samping tidak melampaui kadar yang sepatutnya ditanggung oleh
penjenayah daripada tegahan itu.

Oleh sebab itu, Allah S.W.T. tidak mensyari'atkan hukuman berbohong dengan
memotong lidah dan tidak pula dibunuh, hukuman berzina tidak pula disembelih, hukuman
mencuri tidak pula dibunuh. Sebaliknya Allah S.W.T. mensyari'atkan kepada mereka tentang
hukuman tersebut dengan memastikan nama dan sifatnva termasuk dalam hikmat dan rahmat-
Nya, kelembutan, keihsanan dan keadilan-Nya agar menghilangkan bala atau celaka dan
melenyapkan kezaliman dan permusuhan, dan semua insan berpuas hati dengan apa yang
dikurniakan oleh Malik dan Khaliqnya. Dengan itu manusia tidak sewenang-wenangnya
merampas hak orang lain.7

Adakah Hukum Memotong Tangan Satu


Penyiksaan, Kekerasan dan Kekejaman?

Sesungguhnya, melaksanakan hukum potong tangan sebagai tegahan yang munasabah


ke atas pesalah dan yang seumpamanya di dalam masyarakat merupakan rahmat kepada
manusia secara amnya. Perkara ini telah dinyatakan di dalam manuskrip bagi undang-undang
hadd mencuri dan menyamun, Nombor 148, tahun 1972 yang diterbitkan di Libya, yang
antara lainnya berbunyi "Sesetengah orang yang ragu-ragu dan tidak mempercayai, mereka
mensifatkan hukum potong tangan (iaitu hadd mencuri dan hadd menyamun) sebagai tidak

6
sesuai dengan zaman moden dan dunia yang serba maju, dan mereka menganggapnya keras
dan kejam. Mereka rnelihat dari sudut beratnya hukuman tetapi melupakan betapa kejinya
kesalahan dan kesannya yang menimpa ke atas masyarakat. Sesungguhnya mereka sama-
sama menangisi tangan pencuri yang dipotong, tetapi tidak gerun dengan kesalahan mencuri
dan berleluasanya kesalahan itu di kalangan masyarakat. Berapakah kesalahan yang dilaku-
kan pada jalan mencuri, berapakah kesalahan menganiaya ke atas jiwa dan bencana yang
merebak yang berlaku ke atas orang yang tidak berdosa dengan sebab mencuri? Berapakah
mata benda yang telah dirampas, harta yang telah dibolot, dan manusia yang diusir dengan
sebab menyerang dengan keras ke atas harta benda mereka itu dan sumber rezeki mereka?
Semua ini tidak disangka-sangka oleh orang-orang yang merasa belas kasihan terhadap
pencuri yang bilangannya sedikit yang dikenakan hukuman potong tangan demi keamanan
dan kesejahteraan semua.

Adakah mereka tidak bertanya, mana satukah yang lebih mudah ke atas masyarakat,
potong satu atau dua tangan pada setiap tahun, menutupkan kes curi dan hampir tidak
berlaku hukum potong tangan selepas itu, dan manusia hidup aman dan tenteram menjaga
harta dan diri mereka, ataupun mengurung, memenjara dan menghukum dengan kerja-kerja
berat yang sementara dan kekal akibat kesalahan mencuri semata-mata di kebanyakan negara
yang jumlahnya ribuan setiap tahun, kemudian kes curi itu tidak juga selesai, malah
bertambah-tambah, berjenis-jenis dan payah! Oleh itu kita masih mendengar bank-bank
dengan mudah dirompak, kereta dicuri pada siang hari, gudang diselongkar dan kecurian ke
atas harta benda bertukar menjadi jenayah ke atas nyawa dan kehormatan, dan hampir-hampir
tidak dapat dikejar oleh ilmu, taktik dan kekuasaan.

Kemudian, kesalahan yang berbahaya itu


tidak akan berjaya dibendung dan dibanteras
kegiatannya melainkan melalui hukuman yang
berat dan praktikal. Oleh sebab itu, perkataan
'uqubah (hukuman) berasal daripada pakatan
`iqab (balasan). la tidak akan menjadi sebagai
'iqab balasan) sekiranya diberi tanda dengan
kelembutan dan kelemahan. Balasan yang
berjaya ialah balasan yang memenangi ke
atas kesalahan dan balasan yang gagal ialah
yang dimenangi oleh kesalahan. Kemudian ahli
-ahli penggubal undang-undang. ciptaan manusia tidak merasa kejam ke atas hukuman
gantung jika dinisbah kepada sesetengah kesalahan yang berat. Tidak diragukan lagi bahawa
hukuman ini lebih pedih dan berat daripada hukum potong tangan bagi kes curi dan
menyamun. Pengajaran yang boleh memberi kesan ialah dengan menangkap penjenayah dan
menghukumnya dengan hukuman yang setimpal, munasabah. efektif dan praktikal untuk
membasmi jenayah”.

Hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah bahawa hukum potong tangan pencuri
atau musuh lebih mudah daripada membiarkan kes curi terus berleluasa dalam masyarakat
yang menggugat keamanan akibat daripada jenayah dan mungkar yang tidak terkawal.

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam ketika


melaksanakan hudud, mereka hidup aman damai dengan harta benda, kehormatan dan
peraturannya sehinggakan pesalah itu sendiri yang mahukan hadd ditegakkan kerana mahu
mensucikan diri dan menghapuskan dosanya. Di Hijaz sendiri, malahan di seluruh Tanah
Arab satu ketika dahulu, jenayah mencuri dan merompak jama'ah haji lelaki dan perempuan

7
di Baitullah begitu berleluasa. Dengan itu, sesetengah jama'ah haji tidak mahu lagi kembali
ke Makkah kecuali kerana menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu di Hijaz (Kerajaan Saudi)
telah melaksanakan kedua- dua hadd ini sehingga keamanan stabil, kegiatan mencuri terhenti,
dan aktiviti perompakan menjadi lumpuh, sehingga negeri ini menjadi cantik dan
mengkagumkan dengan kejayaannya menamatkan dua jenayah, mencuri dan merompak.
Walaupun begitu, bilangan tangan-tangan yang sempat dipotong sejak dilaksanakan hudud
adalah terlalu kecil iaitu tidaklah boleh disamakan dengan bilangan perompak yang
merompak orang-orang yang tidak berdosa dalam sekali serangan. Perlu dinyatakan bahawa
bilangan tangan yang dipotong oleh kerajaan Saudi sepanjang 24 tahun dilaksanakan
hudud ialah sebanyak 16 sahaja .

Dengan ini, jelaslah ketegasan yang tergambar,


yang pada hakikatnya merupakan suatu rahmat kepada
masyarakat keseluruhannya sehingga bebas daripada
kejahatan kedua jenayah itu dan bahayanya. Oleh itu
pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit
bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang berdosa
dan keluar daripada hukum Allah S.W.T. yang
melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak
berdosa kehilangan nyawa, tubuh dan harta benda
mereka. Malah kekerasan hukuman pada hakikatnya
adalah rahmat kepada orang yang ragu-ragu untuk mela-
kukan jenayah kerana kekerasan hukuman tersebut akan menimbulkan ketakutan di kalangan
mereka yang cuba melakukannya. Maka, keadaan itu juga akan mengubah pendirian orang
yang teragak-agak untuk melakukan jenayah itu.

Oleh yang demikian, ia keras pada sudut yang sempit tetapi mampu membawa rahmat
yang meluas dan menyeluruh kepada masyarakat. Bagaimana tidak, bukankah syari'at Islam
ialah syari'at rahmat. Bukankah Allah S.W.T. telah berfirman:

... ‫ﻤ ﹶﺔ‬ ‫ﺴ ِﻪ ﺍﻟ ﱠﺮ ْﺣ‬


ِ ‫ﻧ ﹾﻔ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﺭﱠﺑﻜﹸﻢ‬ ‫ﺐ‬
 ‫ﺘ‬‫ ﹶﻛ‬...
Terjemahan: “...Tuhan kamu telah menetapkan bagi diri-Nya untuk memberi rahmat (yang
melimpah-limpah) ...”.8 (Surah a1-An'am ayat 54)

Kita dikehendaki sentiasa berzikir kepada Allah-S.W.T. pada setiap masa dan waktu.
Rasulullah s.a:w. turut bersabda:

‫ﺍﻟﺮﺍﲪﻮﻥ ﻳﺮﲪﻬﻢ ﺍﻟﺮﲪﻦ‬


Terjemahan: Orang yang penyayang, Allah Mengasihi dengan sifat Rahman

Malahan Allah S.W.T. memerintahkan kita berlaku baik terhadap haiwan. Syari'at
seperti ini tidak memungkinkan penetapan hukum dalam hudud berdasarkan kekerasan dan
kekejaman, tetapi merupakan rahmat kepada manusia pada keseluruhannya. Pemerhatian
kepada kesan hudud dari sudut yang kecil tanpa memerhatikan kepada kesannya pada
masyarakat secara keseluruhan adalah pemerhatian yang terbalik dan songsang. Ia menjadi
pemerhatian yang keliru dan meragukan kerana pengajaran ialah mengambil maslahat
manusia secara umum, bukannya mengambil maslahat pesalah yang telah sabit kesalahan
mereka, dan tidak boleh menolak hadd ke atas mereka secara shubhah.

8
Di samping itu, agama Islam sebenarnya begitu menitikberatkan keadilan yang
mana hadd tidak boleh ditegakkan melainkan telah jelas sabit seseorang itu melakukan
kesalahan. Ini dilakukan dengan mengetatkan proses untuk mensabitkan kesalahan itu.
Kemudian, dia berhak menolak hadd sekiranya berjaya menimbulkan shubhah. Semua ini
merupakan proses untuk menjatuhkan hudud, melainkan ada hal-hal penyelesaian yang lain.
Hadd boleh dijatuhkan dengan wujudnya bukti-bukti yang nyata sehingga dapat mencapai
kesan yang praktikal dalam menegah jenayah dan menangani kegiatannya. Malah, sebahagian
hudud yang dijalankan, seperti hukuman sebat (dengan usul syari'ah) adalah lebih disukai
oleh kebanyakan pelaku maksiat daripada dikurung di dalam kegelapan penjara, sama ada
untuk suatu tempoh sekejap atau lama. Hukuman rejam pula merupakan hukum bunuh
dengan cara disaksikan oleh orang ramai. Kaedah ini dapat mencegah perasaan dendam
masyarakat terhadap orang yang telah menceroboh kehormatan mereka.

Perbezaan Antara Hudud dan Ta'zir

Al-Qarafi daripada Mazhab Maliki menyebutkan 10 perbezaan antara hudud dan ta'zir,
iaitu seperti berikut: 9

1. Taqdir (hukum yang ditentukan), hukum hudud, qisas adalah diputuskan oleh syara`
terhadap pesalah. Bukan tugas hakim untuk menentukan hukumannya berdasarkan
keadaan pesalah atau keadaan jenayah. Manakala hukuman ta'zir pula, penentuan
hukumannya diserah kepada qadi, iaitu qadi boleh memilih hukum yang munasabah de-
ngan mengambil kira suasana dan keadaan tertuduh, keperibadiannya, hukuman
terdahulu dan tahap kesannya dengan hukuman, tahap keadaan kesalahan dan kesannya
dalam masyarakat.

Namun perlu diperhatikan bahawa pemberian kuasa pemutus kepada qadi ini dalam
ta'zir adalah terikat dengan garis panduan yang ditetapkan, paling penting ialah
memilih apa yang dilihatnya sesuai daripada hukuman yang disyari'atkan dalam ta'zir
bagi keadaan-keadaan yang ada dan mengambil kira daripada pelaku maksiat.
Tambahan pula, hakim itu sendiri seorang Muslim yang sampai peringkat adil dan
wara', dan bagi ulama' Maliki dan Shafi'I, qadi sewajarnya sampai kepada peringkat
mujtahid. Di sini jelaslah bahawa kuasa qadi menjatuhkan hukuman bukan tanpa
asas dan garis panduan, atau tanpa jaminan kepada tertuduh atau tertuduh itu akan
melarat dengan hukuman yang dijatuhkan oleh qadi atas kesalahannya, sekalipun
bukan dengan kehendak dan kekejamannya.10 Di samping itu juga, tidaklah menjadi
kesalahan mensivilkan hukuman, dan negara berpegang kepada undang-undang yang
tetap kepada pesalah dan hukuman ta'zir. Asal kuasa untuk memutuskan ta'zir ialah
Imam, iaitu ketua negara sekiranya dia seorang ahli ijtihad, dan diserahkan kepada

9
qadi untuk menjatuhkan hukuman. Oleh itu, kalau Imam mewakilkan tugas ini kepada
qadi yang khusus, mereka terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-
undang dan kaedah.

Para fuqaha' bersepakat tanpa menetapkan sebahagian kecil hukum ta'zir, tetapi mereka
berselisih pendapat dalam menetapkan kebanyakannya. Menurut ulama' Maliki, ta'zir
tidak terbatas, dengan dalil ijma' sahabat berdasarkan kisah Ma'an bin Za'idah11 yang
memalsukan surat `Umar r.a. dan mendakwa cop mohor seperti cop mohor
kepunyaannya. Maka dia dihukum dengan 100 kali sebat, lalu segolongan memberi
syafa'at. Lalu `Umar berkata, "Kamu nyatakan kepadaku kesalahan itu, aku terlupa."
Maka 'Umar menghukum sebat 100 kali yang lain, kemudian dihukum sebat yang lain
pula, kerana perkara asal adalah persamaan hukuman bagi jenayah, dan kerana itu
'Umar bin `Abdul 'Aziz r.a. berkata, "Beritahulah kepada manusia supaya menjatuhkan
hukuman mengikut kadar apa yang mereka cakapkan tentang kejahatan itu."

Menurut Abu Hanifah, janganlah ta'zir melebihi sekecil-kecil hudud iaitu 40 kali sebat
(hadd hamba), malah sekurang-kurangnya kurang daripadanya dengan sekali sebatan.

Menurut al-Shafi'i ada dua pendapat; yang paling sah seperti pendapat Abu Hanifah.
Kami akan jelaskan di dalam perbahasannya juga. Dalil mereka ialah Hadith dalam
riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

‫ ﰲ ﻏﲑ ﺣﺪﻭﺩ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ‬،‫ﻻ ﲡﻠﺪﻭﺍ ﻓﻮﻕ ﻋﺸﺮ‬


Terjemahan: “Janganlah kamu menjatuhkan sebat melebihi 10 kali bagi hukuman yang
bukan hudud Allah”.12

Aku menjawab tentang Hadith ini dengan sebab ada kenyataan para fuqaha' yang
mengatakan bahawa hukuman sebat yang melebihi 10 kali adalah dengan alasan untuk
mengajar demi kemaslahatan. Hukuman ini dikeluarkan oleh selain daripada
pemerintah seperti tuan yang memukul hambanya, suami memukul isterinya, dan bapa
memukul anaknya, atau bermaksud merotan dengan tidak menyakitkan seperti kanak-
kanak, orang-orang gila dan binatang ternakan.

Menurut ulama' Hanbali,13 hukuman ta'zir kepada orang merdeka tidak boleh melebihi
hadd yang terendah, kecuali dalam kes bersetubuh. Ia harus dengan hukuman ta`zir
kepada orang yang merdeka sampai kepada 100 kali sebat tanpa penafian. Ada yang
berpendapat tidak sampai 100 kali malah kurang daripada itu, dan harus mengurangkan
hukuman itu mengikut pandangan pemerintah.

2. Kewajipan pelaksanaan; hudud dan qisas, jika tidak diampunkan oleh waris si mati,
maka hukuman qisas wajib dijalankan oleh pemerintah. Tidak ada kemaafan atau belas
ihsan, dan tidak boleh digugur atau dibebaskan dengan apa pun alasan.

Ta'zir pula adalah berbeza. Menurut Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad (jumhur),
seandainya ta'zir menjadi hak Allah S.W.T., wajiblah dilaksanakan sama seperti hudud.
Kecuali pada perkiraan Imam tanpa mengira celaan dan perkataan orang ramai, ia dapat
mencapai maslahat. Maksudnya sekiranya ta'zir itu menjadi hak Allah S.W.T., Imam
tidak harus meninggalkannya. Tetapi Imam harus memaafkan dan memberi belas ihsan
sekiranya dilihat ada maslahat atau penjenayah telah tertegah tanpanya.

10
Adapun ta'zir yang menjadi hak kepada individu, maka bagi yang berhak boleh
membiarkannya dengan mengampunkan atau lainnya, iaitu menggugurkan dakwaan.
Namun, kalau dia sendiri yang mahukan dakwaan tersebut, pemerintah tidak
mempunyai kuasa untuk mengampun atau memberi syafa'at, dan tidak boleh juga
menggugurkan dakwaan.

Menurut al-Shafi'i, tugas menjatuhkan ta'zir tidak wajib ke atas Imam, sama ada dia
mahu menjalankannya atau membiarkannya. Terdapat dalil yang sabit di dalam kitab
Sahih bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menta'zir seorang Ansar yang berkata kepada
Baginda tentang hak Zubair pada perkara air saliran, "la anak pakcikmu." Baginda
memaafkannya.14 Oleh kerana hukuman ta'zir tidak diputuskan, maka ia tidaklah wajib
seperti pukulan bapa, guru dan suami.15

Asas perbezaan di antara hudud dan ta'zir bahawa hudud merupakan hak yang putus
bagi Allah S.W.T., manakala qisas adalah sebahagian daripada hak individu, maka ia
harus mengampunkannya. Ta'zir pula ada yang menjadi hak Allah S.W.T. dan ada yang
menjadi hak hamba.

3. Bertepatan dengan asal atau kaedah am: Ta'zir bertepatan dengan asal atau kaedah yang
memutuskan kepentingan perbezaan hukuman menurut perbezaan kesalahan. Manakala
hudud, tidak ada perbezaan menurut perbezaan fizikal kesalahan berdasarkan hujah
syara', tetap menyamakan dalam hadd mencuri, sama ada mencuri sedikit seperti satu
dinar atau mencuri banyak seperti 1000 dinar. Dalam hadd meminum arak, syara'
menyamakan antara peminum setitik dengan peminum setempayan. Dalam hadd qisas
pula, syara' menyamakan antara membunuh seorang lelaki alim, salih, bertaqwa, berani
dan pahlawan dengan membunuh seorang lelaki yang tidak berharga.

4. Mensifatkan kesalahan itu sebagai maksiat atau tidak. Hukum ta'zir adalah bertujuan
untuk mengajar mengikut jenis kefasadan, dan kadang-kadang kesalahan itu tidak
dikategorikan sebagai maksiat dalam kebanyakan hal. Sama seperti mengajar kanak-
kanak, binatang dan orang-orang gila demi untuk kebaikan mereka, tanpa mensifatkan
kesalahan.

Manakala hudud yang telah pun diputuskan, ia terdapat di dalam syara' sebagai
hukuman ke atas perbuatan yang bersifat maksiat berdasarkan bukti.

5. Gugur hukuman: Ta'zir kadang-kadang gugur sekalipun kita mengatakan wajib ta'zir,
sama seperti jika penjenayah itu terdiri daripada kanak-kanak atau orang-orang
mukallaf kalau melakukan satu jenayah yang hina, tidak boleh dijatuhkan hukuman
lantaran tiada bentuk hukuman ringan yang dapat menegah dan tiada yang mewajibkan
hukuman yang berat. Manakala hadd tidak boleh gugur selepas wajibnya dengan apa
jua alasan.

6. Kesan taubat: Ta'zir gugur dengan bertaubat tanpa diketahui adanya khilaf. Manakala
hudud sama seperti yang kami terangkan, ia tidak gugur dengan bertaubat menurut
pendapat yang sahih di sisi jumhur ulama' selain Hanbali, kecuali bagi kes menyamun
berdasarkan firman Allah S.W.T.:

... ‫ﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻬ ْﻢ‬ ‫ﻭﹾﺍ‬‫ﺗ ﹾﻘ ِﺪﺭ‬ ‫ﻮﹾﺍ ﻣِﻦ ﹶﻗ ْﺒ ِﻞ ﺃﹶﻥ‬‫ﺎﺑ‬‫ﻦ ﺗ‬ ‫ِﺇ ﱠﻻ ﺍﱠﻟﺬِﻳ‬
Terjemahan: Kecualilah orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat
menangkapnya (mereka terlepas dari hukuman itu)... (Surah al-Ma'idah, ayat 34)

11
7. Pemilihan (takhyir): la termasuk dalam ta`zir secara mutlak tetapi tidak termasuk dalam
hudud, kecuali dalam kes menyamun.

8. Memelihara suasana tersembunyi: Ta'zir berbeza dengan sebab perbezaan pelaku dan
perkara yang dilakukan, dan jenayah berbeza dengan sebab perbezaan peribadi dan
kesalahan. Oleh itu, hukuman ta'zir mestilah mengambil kira kadar jenayah,
penjenayah dan mangsa jenayah. Manakala hudud, tidak berbeza dengan sebab
perbezaan pelakunya, dan suasana tersembunyi tidak memberi apa-apa kesan ke atas
kesalahan-kesalahan hudud dan qisas. Kesimpulannya, perkara ini menyempurnakan
perbezaan antara hudud dan ta'zir yang pertama.

9. Memelihara tempat berlaku kesalahan dan waktunya: Ta'zir berbeza-beza dengan sebab
perbezaan zaman bagi sesebuah kota. Hanya sedikit sahaja ta'zir di sesuatu negeri,
tetapi mungkin merupakan satu kemuliaan di negeri yang lain.

10. Hak Allah S.W.T. dan hak hamba: Ta'zir mempunyai dua jenis, antaranya yang telah
putus sebagai memelihara hak Allah S.W.T. seperti penganiayaan ke atas para sahabat
atau al-Qur'an dan sebagainya daripada perbuatan mencabul kehormatan agama. Jenis
kedua ialah perkara yang telah putus sebagai hak hamba iaitu hak individu seperti
mencemuh seseorang, memukul dan sebagainya.

Manakala hudud, kesemuanya menurut kesepakatan pendapat imam-imam mazhab


adalah hak Allah S.W.T., kecuali dalam kes qadhaf kerana ada khilaf sebegaimana
yang akan kami terangkan nanti. Menurut al-Shafi’i, di antara perbezaan hudud dan
ta’zir ialah tidak terjadi hadd daripada darah yang mengalir tanpa balasan yang lenyap,
tetapi seandainya berlaku kemusnahan daripada ta’zir, maka ia wajib diganti
berdalilkan perbuatan Saiyidina ‘Umar r.a. ketika seorang perempuan didakwa hamil,
lantas dia berasa takut dan membuang janinnya yang kemudiannya mati. Lalu Saiyidina
‘Ali k.w. bermesyuarat pada perkara ini dan memutuskan dikenakan diyat janin.
Sesetengahnya ada yang berpendapat hukum diputuskan menurut kebijaksanaan
pemerintah dan yang lain pula berpendapat diyat tadi diserah kepada baitulmal.

Manakala Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad berpendapat, ta’zir yang hilang tidak
wajib diganti secara mutlak. Maka orang yang dijatuhkan hadd atau ta’zir oleh Imam
lalau mati kerana itu, maka darahnya adalah darah yang mengalir tanpa balasan. Ini
kerana Imam dalam dua keadaan tadi diperintahkan menjalankan hadd dan ta’zir,
sedangkan perbuatan kerana diperintahkan tidak terikat dengan syarat selamat.16

12
Nota Bab (1,2,3….16)
1 Minhaj al-Islam fi al-Hukm oleh Muhammad Asad, halaman 125 dan seterusnya.

2 Hadith yang bermaksud, "Kekuasaan Allah bersama-sama jamaah" diriwayatkan oleh al-
Tirmidhi daripada Ibn 'Umar, dan diriwayatkan oleh al-Nasa'i dan al-Tabrani daripada
'Arfajah. Hadith "Hendaklah kamu bersama dengan jamaah" diriwayatkan oleh Ahmad dan
diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam Kitab al-Kabir daripada Ibn 'Umar secara marfu'.
Hadith "Hendaklah kamu mengikut jamaah", diriwayatkan oleh 'Abd bin Hamid dan Ibn
Majah daripada Anas.

3 Tafsir Ibn Kathir, Cetakan al-Halabi. Jilid I, halaman 421.

4 Tarikh al-Islam al-Siyasi oleh Dr. Hassan Ibrahim, Jilid I, halaman 254.

5 Sebagaimana maklum, perundangan yang sebenar adalah hak Allah S.W.T. Pengunaan sifat
perundangan terhadap para mujtahidin S.W.T. adalah semata-mata kiasan dengan erti
mendedahkan hukum-hukum Allah S.W.T. dan menjelaskannya kepada manusia, dan
menghuraikan kriteria-kriteria dan batasan-batasannya, dan menerangkan matlamat-
matlamatnya, dan memberi fatwa kepada mereka terhadap perkara-perkara atau kes-kes baru.

6 Al-Nazariyyat al-Siyasah al-Islamiyyah oleh Dr. Diay' uddin al-Rayyis, halaman 335,
Cetakan Ketiga; Minhaj al-Islam fi al-Hukm oleh Muhammmad Asad, halaman 1010 dan
seterusnya Cetakan Pertama.

7 Riwayat al-Hakim daripada Abu Hurairah r.a.

8 Lihat at-Sultat at-Thalath oleh Dr. Sulayman al-Tamawi, halaman 4472-4477; Minhaj al-
Hukm fi al-Islam oleh Muhammad Asad, halaman 101-127.

9 Al-Ahkam al-Sultaniyyah, halaman 30

10 Al-Wasit fi Usul al-Fiqh al-Islami oleh pengarang sendiri, halaman 208, Cetakan Kedua.

11 Menurut al-Shawkani di dalam kitabnya Irshad al-Fuhul halaman 227, maksudnya: "Itu
adalah Hadith yang masyhur, yang diriwayatkan oleh ramai perawi dan semuanya
menjadikannya hujah sebagaimana kami telah jelaskan di dalam kumpulan yang berasingan".
Dar. diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn 'Adin. al-Tabrani dan al-
Bayhaqi. Ia adalah Hadith yang mursal menurut yang sah.

12 ‘Alam al-Muwaqqi'in, Jilid I, halaman 73.

13 Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah wa Makarimiha, oleh Ustaz `Allal al-Fasi, halaman 215

14 Lihat al-Wasit fi Usul al-Fiqh al-Islami oleh pengarang sendiri, halaman 605. Cetakan Kedua.

15 Al-Sultat al-Thalath, Ibid, halaman 241.

16 Iklil al-Karamah fi Tibyan Maqasidi al-Imamah oleh Siddiq Hassan Khan, halaman 23

13

Das könnte Ihnen auch gefallen