Sie sind auf Seite 1von 6

 

http://www.ipdm.uum.edu.my/Institut/QQ1.htm
KOLEKSI MUTIARA KATA 
 
120105001
"Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berilmu. Sesungguhnya
mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang beramal. Sesungguhnya mereka
yang beramal itu tertipu, kecuali mereka yang ikhlas."
Imam Al-Ghazali
 
190105002
"Work should be enjoyed in the same way that we enjoy playing. A bored worker is as
bad as a bored player. He does not win. A bored worker does not produce. He merely
marks time. He is a wage slave"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, April 15, 1982
National Seminar on Productivity, Kuala Lumpur
 
260105003
"It is very difficult for us to convince people who have decide not to be conviced"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, November 20, 1993
Response as to Why the Us was still Unclear about EAEC
 
020205004
"Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu
pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur.
Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau
dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-46
 
160205005
"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada
sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung
pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang
mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada
sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan
keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Majlis Pelancaran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
 
230205006
"Kerja bersama saya dan bukan untuk saya"
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
 
020305007
"Sometimes we feel that we are not capable of doing certain jobs. Actually, if we
concentrate on doing a job and keep on trying to do it, God-Willing, we will able to
acquire skills and efficiency. There is no skill that cannot be acquired"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, May 26, 1991
The Meaning of Vision 2020
 
090305008
"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang
berusaha akan berjaya"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Oktober 8, 1986
Pembukaan Rasmi Bangunan Ibupejabat FELDA
 
160305009
"Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi
faedah"
Imam Shafie
 
230305010
"...penguasaan bahasa Inggeris menjadi amat penting. Ini tidak bermakna kita ingin
membelakangkan bahasa kita, bahasa Kebangsaan. Bahasa kita tidak akan dapat
dimajukan jika kita kekal sebagai bangsa yang mundur. Hanya bangsa yang maju sahaja
yang akan dapat mengembangkan bahasanya"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Majlis Pelancaran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Halaman Utama
300305011
"Action taken today would mould the future"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
060405012
"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will
judge and determine whether my service was good or bad"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
130405013
"Jangan lakukan kepada orang lain apa yang boleh membuat anda marah sekiranya
dilakukan kepada anda"
Socrates
 
200405014
"Those who use the political power to overcome every problem or challenge would fail
miserably when they have no power"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
040505015
"Leadership determine the success of nation. There is nothing worse for a country than
having leaders lacking integrity and credibility"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
110505016
"Leadership determine the success of nation. There is nothing worse for a country than
having leaders lacking integrity and credibility"
Abraham Lincon
 
250505017
"A good leader in democracy is one who is able to lead as well as be led"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
010605018
"Kita perlu membina satu masyarakat yang mampu hidup bersama, bekerja dan bermain
bersama kerana inilah yang telah menjadi asas kepada kejayaan Malaysia. Kita tidak
boleh terlalu selesa dengan kejayaan kita. Sebaliknya kita harus terus berusaha untuk
mencapai kejayaan yang lebih tinggi"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan sempena Hari Depavali 2002
 
080605019
"Apa sahaja yang anda lakukan tidak penting, tetapi yang sangat penting adalah anda
melakukannya"
Mahatma Ghandi
 
150605020
"Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat
kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di
Malaysia"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 18, 2000
Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Halaman Utama
290605021
"Setiap rakyat mestilah berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki nasib dan taraf
hidupnya. Setiap rakyat mesti cuba melupakan aspek perbezaan di kalangan mereka dan
melihat ke arah persamaan. Ini adalah asas keharmonian dan perpaduan"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Oktober 29, 1983
Upacara Perasmian Seminar Pembangunan Negeri Perak
 
060705022
"Saya dengar dan saya lupa; Saya lihat dan saya ingat; Saya lakukan dan saya faham"
Confucius
 
130705023
"...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya
selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mei 4, 1996
Perjuangan Yang Belum Selesai
 
110805024
"Jadilah orang yang bernilai; bukan sekadar orang yang berjaya"
Albert Einstein
 
170805025
"Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai
kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka
telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah
satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan
Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan
lagi satu perkara yang mustahil"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-31
 
240805026
"Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua
tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri
daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-
lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia
akan dijajah semula. Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus
menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya
hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan
hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-28
 
140905027
"Peristiwa 13 Mei 1969 telah kita alami sebagai peristiwa yang pedih. Baru-baru ini
beberapa negara tetangga kita telah mengalami peristiwa berdarah seperti yang kita
alami dahulu. Kesan daripada peristiwa-peristiwa seperti ini adalah amat mendalam
sekali. Sebagai luka ia meninggalkan parut dan menjadi ingatan sepanjang masa. Oleh
itu kita harus berhati-hati supaya perasaan dan emosi tidak terlalu menguasai tindak
tanduk dan fikiran kita pada bila-bila masa sekalipun. Kita tidak harus lupakan hakikat
bahawa kestabilan adalah sesuatu yang amat berharga. Sekali tergugat mungkin kita
akan kehilangannya buat selama-lamanya. Kestabilan adalah asas kemajuan dan
kemajuan bersama adalah landasan kebahagiaan kita"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-26
 
121005028
"Jika kita berpuasa dengan tekun dan mengikut kehendak ajaran Islam yang sebenar,
kita tidak akan mengabaikan amalan ibadat harian, dan kerja yang
dipertanggungjawabkan kepada kita, malah kita akan menambahkannya dan kita akan
melakukannya dengan penuh insaf dan rela hati. Kita akan membayar zakat, dan kita
akan bersedekah dengan penuh keimanan. Justeru itu, kedatangan Hari Raya akan
merupakan detik kemenangan bagi kita"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ogos 1, 1982
Perutusan Hari Raya Aidilfitri
 
201005029
"Semasa kita merayakan hari raya dan bersalam-salaman baiknya jika kita mengingati
akan maksud kita bersalam sesama orang Islam. Maksudnya tidak lain tidak bukan ialah
supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang menyuruh kita bersaudara dan bersatu
padu"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
261005030
"Yang dekat itu hati; Yang jauh itu masa; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah;
Yang indah itu solat; Yang tajam itu lidah"
Imam Al-Ghazali
Halaman Utama
161105031
"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan
masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga
tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, April 19, 2001
Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001
 
231105032
"Kita harus sedar bahawa kita harus menghadapi pelbagai cabaran dalam apa juga
bidang yang kita ceburi. Hanya mereka yang mempunyai keyakinan dan keupayaan
sahaja yang akan dapat menghadapi persaingan sengit bagi merebut kejayaan"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ogos 28, 2001
Majlis Jubli Emas Gabungan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia
 
281105033
"Apabila kita sentiasa berpendirian bahawa apa yang kita capai adalah masih rendah jika
dibandingkan dengan kemampuan dan kebolehan yang ada atau yang mungkin kita
adakan, akan membuatkan kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa jua yang kita
lakukan"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, November 20, 1993
Response as to Why the Us was still Unclear about EAEC
 
020205034
"Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu
pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur.
Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau
dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Disember 27, 1981
Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD)
 
180106035
"Kekayaan tidak bermakna dan pembangunan tidak berguna tanpa kualiti dalam
kehidupan"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Peutusan Tahun Baru 1984
 
020206036
"Untuk memperbaiki perlukan perubahan, kesempurnaan pula adalah kerap melakukan
perubahan"
Winston Churchill
 
220206037
"Sesungguhnya, kejayaan hari ini tidak dapat kita jamin akan berterusan dan kekal
selamanya."
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Ucapan Bajet 2004
 
010306038
"Penggubahan dan penyesuaian budaya kerja yang berkualiti bukanlah sesuatu yang
boleh ditamatkan apabila mencapai kepada matlamatnya. Ia adalah satu uasaha yang
berterusan iaitu ia perlu ditingkatkan sepanjang masa."
Tun Dr. Mahathir Mohamad
12 November 1987
080306039
"Dalam keadaan ekonomi masyarakat moden yang begitu kompleks, pengurusan tidak lagi mudah. Ia
memerlukan kebolehan dalam pengurusan kakitangan, pengurusan projek, pengurusan kewangan,
fahaman berkenaan dengan bahan, proses dan kos dan sebagainya. Pengetahuan ini boleh diperolehi
melalui pengalaman semata-mata tetapi pembelajaran boleh memendekkan proses pengalaman.
Sebab itulah Kerajaan menubuhkan sebuah universiti khusus untuk mengajar pengurusan. Tugas
Universiti Utara Malaysia ialah untuk membekalkan negara dengan bakal pengurus yang
berkelayakan."
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 7 Disember 1985
Majlis Perasmian Ekspo Keusahawanan Pelajar, Kuala Lumpur
 
150306040
"Bagi mereka yang sanggup berusaha kuat dan tabah menghadapi cabaran, mereka
boleh berjaya."
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 7 Ogos 1993
Perhimpunan Agung MIC 1993, Kuala Lumpur
220306041
"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab
mengapa kita tidak boleh berjaya�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung MIC ke-42
 
120406042
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi
cabaran hidup�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 20 Jun 2002, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung UMNO
 
190406043
"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia.
Demikianlah kesannya perpaduan�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Oktober 1995, Kuala Lumpur
Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd
 
260406044
"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat
sesuatu�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1984, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27
 
030506045
"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri
tidak kita hargai�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25
 
100506046
"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau
action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini
bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu
membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik
adalah diperlukan�.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia
 
 
170506047
"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran
yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat
bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan productivity mereka�.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein, 31 Ogos 1975, Kuala Lumpur
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-18
 
 
070606048
"Walaupun pendapatan kita adalah penting, saya berharap kita semua tidak bekerja
semata-mata kerana gaji. Kita perlu kerja kerana kepuasan yang didapati dari tugas
yang dijalankan dengan sempurna atau job satisfaction."
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 28 Julai 1983, Kuala Lumpur
Di Perasmian Pembukaan Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS
 

Das könnte Ihnen auch gefallen