Sie sind auf Seite 1von 4

Analisis kajian kes (The Phatom Pregnancy)

Berdasarkan kes yang saya kaji, The Phatom Pregnancy berkaitan dengan
seorang pelajar yang bernama Teri Leigh dan berusia 12 tahun. Dia merupakan
seorang pelajar yang mempunyai latar belakang yang bermasalah kerana pernah
dicabul oleh teman lelaki ibunya dan sebaik sahaja lelaki tersebut keluar
daripada penjara,ibu Teri mengahwininya dan meninggalkan Teri bersama-
sama adik-adiknya yang masih kecil. Teri disifatkan sebagai seorang pelajar yang
bermasalah kerana berdasarkan pemahaman saya, dia tidak mendapat kasih
sayang yang sepenuhnya sejak kecil dan seorang yang psiko kerana mendakwa
dirinya sentiasa mendengar suara dan sering bercerita tentang perkara yang
tidak diketahui benar-benar terjadi ataupun tidak.Teri mula menghadapi
masalah kehamilan palsu dan mendakwa dirinya hamil akibat diperkosa
bertahun –tahun yang lalu selepas mempelajari mengenai kehamilan dan kelahiran
di dalam kelas.Teri juga mula membawa barangan bayi ke sekolah dan perkara
yang paling mengejutkan gurunya adalah dia memberi gambar bogel kepada
rakan-rakan lelaki dan mahu melakukan hubungan seks dengan mereka.Apabila
disoal oleh gurunya, dia ingin melakukan hubungan seks kerana ingin
mendapatkan anak.Barbara iaitu guru Teri cuba untuk menyedarkannya tentang
tanggungjawab memmbesarkan anak yang amat susah untuk dilakukan dan
mengenai pelbagai penyakit yang mungkin akan menjangkitinya seperti Aids tetapi
usaha gurunya menemui jalan buntu kerana Teri sukar untuk menerima nasihat
gurunya itu.

Melalui kes ini, kami telah sepakat untuk menggunakan teori Glasser dalam
menyelesaikan masalah ini. Teori Glasser merupakan salah satu “Model-model
Persediaan” yang boleh diterapkan di dalam kelas bagi menyelesaikan maslah
disiplin pelajar. Ianya diasaskan oleh William Glasser, seorang psikologis di
California dalam tahun 1965. Terapi ini menekankan bahawa manusia mempunyai
kebebasan, dan bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat. Ianya lebih
tertumpu kepada aspek tingkah laku serta pemikiran klien dan menolak konsep
“mental illness” yang diutarakan oleh teori psikolanalsis.

1
Berdasarkan teori Glasser ini, kes ini akan dapat diselesaikan kerana terdapat
beberapa matlamat yang digariskan oleh Glasser sesuai untuk diaplikasikan di dalam
kes ini. Matlamat pertama adalah membantu klien untuk mencapai kebebasan
autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang
lain.Hal ini sesuai untuk diaplikasikan kerana Teri memerlukan semangat untuk terus
bebas dari belenggu masa silamnya tanpa bergantung kepada guru-guru ataupun
rakannya untuk terus bertahan.

Selain itu, guru perlu menasihatkan Teri agar menerima realiti bahawa dia tidak
mengandung akibat serangan seksual daripada teman lelaki ibunya kerana peristiwa
tersebut telah lama berlaku.Ini bertepatan dengan matlamat kedua teori ini yang
menerangkan bahawa klien perlu dibantu untuk menerima realiti dan berusaha
merancang strategi dalam mencapai matlamat hidup yang lebih realistik.
Matlamat seterusnya adalah, teori ini membantu klien untuk bertindak dengan
penuh tanggungjawab secara realiti dalam menentukan apa yang terbaik
buatnya. Di dalam kes ini,Teri perlu dibantu untuk mengatasi trauma yang dia alami
dan guru perlu menerangkan bahawa usaha Teri untuk mengandung bukanlah
keputusan yang terbaik kerana ia akan menjejaskan masa depannya.Matlamat
ketiga ini disokong oleh Gladding ( 1993) yang menyatakan bahawa teori realiti
berhubungkait dengan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta membantu
klien agar mantap dari segi psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan
pemikiran.

Untuk memulihkan Teri dari pengalaman silam yang dia alami serta mengubah
persepsinya tentang kehamilan, guru perlu menggunakan konsep yang telah
dikemukakan oleh Glasser.Konsep teori realiti yang pertama adalah, ia menolak
konsep ‘sakit jiwa’ dan ini sesuai dengan kes ini kerana Teri berkelakuan baik dan
tidak pernah menimbulkan masalah disiplin di sekolah walaupun mengalami trauma
akibat peristiwa silamnya.Konsep yang kedua adalah memberi fokus kepada
tingkah laku dan tidak kepada perasaan kerana apabila tingkah laku berubah,
secara automatiknya perasaan akan berubah.Merujuk kepada konsep ini, guru perlu
menasihati Teri agar mengubah tingkah lakunya yang ingin hamil kerana dia baru
berusia 12 tahun dan tidak mampu lagi untuk menjadi seorang ibu.

2
Konsep yang seterusnya adalah terapi realiti ini menumpukan perhatian kepada
masa kini dengan tidak menghiraukan masa lampau klien. Hal ini kerana masa
lampau merupakan masa yang sia-sia untuk dibimbangi kerana ia tidak dapat diubah
lagi. Di dalam kes ini, guru perlu membimbing Teri untuk melupakan masa silamnya
dengan berfikir tentang tindakannya pada hari ini yang boleh merosakkan masa
depannya seperti ingin mendapatkan anak pada usia yang masih muda semata-mata
untuk melupakan tragedi yang menimpanya suatu masa dahulu.

Penekanan kepada aspek-aspek positif juga penting dalam mengaplikasikan


teori realiti ini kerana guru perlu menganggap pelajar tesebut mempunyai banyak
potensi dan bukan sebagai seorang yang mempunyai banyak masalah.Selain itu,
teori ini juga dapat diaplikasikan di dalam kes di atas kerana ia menekankan tentang
mempelajari tanggungjawab dimana Teri perlu menyedari tanggungjawab yang
harus dipikulnya jika dia ingin mengandung pada usia yang muda.

Konsep yang seterusnya yang cuba diterapkan melalui terapi realiti adalah
berkaitan penerimaan realiti. Konsep yang berkaitan adalah penerimaan dan
penolakan realiti.Merujuk kepada kes yang dikaji, guru perlu menasihati Teri untuk
menerima realiti. Penerimaan realiti bermaksud individu yang gagal mencapai
kehendak dan dan keperluan asas akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan,
keperluan,matlamat yang positif sekaligus akan melahirkan identiti jaya. Sebagai
contoh, Teri yang mengalami ketidakstabilan emosi akibat masa silam boleh
menggunakan konsep penerimaan realiti ini untuk meneruskan hidup dan melupakan
kisah silamnya kerana perkara tersebut tidak akan membawa faedah kepada dirinya
jika dia cuba mengandung semata-mata untuk memuaskan hatinya.

Untuk mengaplikasikan teori ini,beberapa strategi perlu digunakan oleh


guru.Strategi yang pertama adalah, guru perlu melibatkan diri dengan Teri dimana
sebagai seorang guru, kita perlu bersikap mesra dengan Teri dan mendengar secara
‘emphatetic’ setiap masalah yang dihadapi olehnya agar kita tidak bersikap
mengkritik.Selain itu, strategi kedua adalah kita perlu memberi fokus kepada
tingkah laku semasa.Ini bermakna, kita perlu memberi penekanan kepada Teri

3
bahawa masa lampau adalah perkara yang tinggal sejarah semata-mata dan perlu
dilupakan kerana masa sekarang adalah lebih penting untuk difikirkan olehnya.Hal ini
penting kerana Teri amat terpengaruh dengan masa silamnya dan ini akan mengugat
merosakkan masa depannya sebagai seorang pelajar. Strategi seterusnya yang
boleh digunapakai adalah menilai kendiri dimana sebagai seorang guru, kita perlu
bertindak sebagai fasilitator dan memberi panduan serta sokongan kepada Teri
untuk meneruskan hidup dengan mencipta masa depan yang cerah walaupun
memiliki masa silam yang kelam.Strategi terakhir yang boleh digunakan adalah guru
perlu mengelakkan sebarang dendaan dalam proses untuk menasihati Teri
kerana dendaan akan lebih menburukkan keadaan yang sedia ada.Untuk pelajar
bermasalah seperti Teri, sokongan dan dorongan dari orang sekeliling merupakan
perkara yang paling penting untuk dia berubah kerana dia akan merasa lebih
dihargai dan tidak merasa tertekan dengan kisah silamnya itu.

Das könnte Ihnen auch gefallen