Sie sind auf Seite 1von 9

PERMAINAN LAMBUNG DAN SEBUT

1. Lambung kedua-dua buah dadu.

2. Bina ayat matematik dan merekodkannya.

Contoh :

KUMPULAN :....................................... TARIKH:...........................

Nama
Pusingan Danial Batrisyia Adib Amirul

1 1+4=5

5
BERAPA NILAINYA ?

1. Ambil duit syiling yang berlainan nilai dalam bekas yang disediakan.

2. Susun wang syiling mengikut saiz kecil ke besar.

3. Aktiviti jual beli menggunakan wang syiling mainan yang disediakan.

Contoh :

a. pensil = 30 sen sebatang

b. pemadam = 20 sen sebiji

c. gula-gula = 10 sen sebiji

d. pembaris = 50 sen sebatang

e. buku = 40 sen sebuah

4. Rekodkan.

PERKARA 5 SEN 10 SEN 20 SEN 50 SEN

PENSIL

PEMADAM

GULA-GULA

PEMBARIS

BUKU
MEMBANDING BILANGAN

1. Bina 2 jalur bongkah ( 1 jalur mempunyai 10 bongkah kecil dan 1 jalur


lagi mempunyai 11 bongkah kecil ).

2. Buat perbandingan antara kedua-dua jalur yang di bina.

3. Ajukan soalan ”Jalur mana mempunyai lebih banyak bongkah kecil ?


Berapa lebihnya? ”

4. Ulang soalan di atas dengan bilangan bongkah yang berlainan.

Contoh :

a. 12 dengan 11

b. 13 dengan 12

c. 14 dengan 13

d. 15 dengan 14

e. 16 dengan 15 dan seterusnya hingga 20.


MARI MEMANCING NAMA BULAN

1. Sebut nama setiap bulan dalam setahun.

2. Padankan nama bulan dengan nombor.

Contoh :

a. Bulan Januari = 1

b. Bulan Februari = 2

3. Cuba pancing nama bulan bersama dengan nombornya.


DI MANA SAYA ?

1. Bahan yang digunakan ialah bola dan kotak.

2. Letakkan bola mengikut arahan yang ditetapkan.

Contoh arahan :

a. letakkan bola ke dalam kotak

b. letakkan bola di depan kotak

c. letakkan bola di belakang kotak

d. letakkan bola di bawah kotak


MEMADANKAN BILANGAN DENGAN NOMBOR

1.Tunjukkan kad nombor 1 dan mempamerkan bilangan satu.

Contoh :

1 =

2. Ulang aktiviti di atas untuk nombor 2 hingga nombor 10.

3. Tunjukkan nombor secara rawak dan minta rakan sebut nombor sambil
menunjukkan bilangan yang betul.
BERAPA SEMUANYA ?

1. Guru menunjukkan satu bakul yang berisi beberapa biji gula-gula.

2. Murid diminta membilang dan menyatakan jumlahnya.

3. Seorang murid diminta mengambil sebiji gula-gula.

4. Rakan-rakan membilang baki gula-gula yang tinggal.

5. Ulang langkah di atas berdasarkan arahan guru.

Contoh : Buang 3 jadi berapa ?

Buang 5 sama dengan......

Ambil 4 berapa bakinya ?

Keluarkan 2 bakinya ialah.....

Ambil 6 tinggal berapa ?


NAMA KUMPULAN :...........................................

AKTIVITI KESESUAIAN PENDEKATAN KESEPADUAN


AKTIVITI YANG
DIGUNAKAN

1. Memadankan
bilangan dengan
nombor

2. Di mana saya ?

3. Mari memancing
nama bulan

4. Membanding
bilangan

5. Berapa nilainya ?

6. Lambung dan
sebut

7. Berapa semuanya ?

Das könnte Ihnen auch gefallen