Sie sind auf Seite 1von 7

JXEA 110A

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

NAMA : NORAKMALIZA BT MOHD ZOIKEFLI

NO MATRIK : JEA080084

PENSYARAH : DR AMRAN MUHAMMAD


TOKOH FALSAFAH AL-FARABI

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum

dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab

yang juga berasal daripada perkataan Yunani Philosophia yang bermaksud “ cinta

kepada hikmah “. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti satu usaha

pemikiran yang tuntas, tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Sehingga

kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan

falsafah. Malah, ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan suatu yang tidak

dapat ditakrifkan. Kita menemui pendapat yang berbeza mengenai takrif falsafah di

antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Dalam teks-teks Latin di abad pertengahan, Al-Farabi dikenali sebagai Al-

Pharabius atau Avennasar. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang

falsafah, mantik, sosiologi dan sains. Sebutan Al-Farabi diambil dari nama kota

kelahirannya iaitu Farab. Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad

Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau dilahirkan di Wasih, sebuah

perkampungan kecil di daerah Farab, iaitu di wilayah Transoxiana, Turkistan sekitar

tahun 257 hijrah/Masihi. Al-Farabi juga salah seorang filsuf Muslim paling

terkemuka dan masyhur, di samping dikenang sebagai komentator Aristotle dan

sebagai tokoh pertama di bidang logika. Beliau meninggal di Damaskus pada

tahun 339 H/950 M.


Al-Farabi memang jauh lebih dikenali sebagai seorang ahli filsuf ulung daripada

seorang ahli di bidang lain. Namun demikian dapat diketahui dari beberapa

sumber bahawa karya-karyanya banyak pula yang mengaitkan disiplin ilmu lain

selain filsafat. Antaranya ialah dalam bidang politik, etika, metafizika, logika,

matematika dan sebagainya.

Antara karyany a dalam bidang logika ialah :

1. “ Introductory section on Logic”. Edisi bahasa Inggeris oleh D.M Dunlop

(1995 M)

2. “ Treatise in the Canons of Art of Poetry”. Edisi bahasa Inggeris oleh A.J

Arberry (1938 M)

Antara karya dalam bidang metafizika ialah :

1. About the Scope of Aristotle’s Metaphysics” yang di edit dan diterjemahkan

dalam bahasa Jerman oleh F. Dieterici

2. “ One the One (“ Fi al-Wahid wa al-Wahada “), yang diterjemahkan dalam

bahasa inggeris.

Selain itu, beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau mahir dalam

muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Lagu yang

dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnnya. Selain


mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis

alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Al-Farabi mmapu membuat penontonnya

tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya.

Antara sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan

sosiologi. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau

membuat pangajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori iaitu

Takhayyul (pendapat/idea) dan Thubut (bukti/dalil). Beliau menggabungkan teori

Plato dan Aristotle dengan teologi dan menulis tentang fizik, mantik dan meteologi.

Al-Farabi yakin dan percaya bahawa alam wujud dalam harmoni. Al-Farabi menulis

beberapa buah buku dalam bidang sosiologi. Beliau juga mengarang buku untuk

bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Beliau banyak

mempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu sahaja, malah beliau juga memiliki

ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan

sejarah. Namun keterampilannya sebagai seorang ilmuan yang terulung lebih dalam

bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah

islam yang lain.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan

wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk

memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang


pincang serta masyarakat yang kucar-kacir. Oleh itu, akal dan wahyu perlu

dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta

makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji menganai falsafah dan teori Socrates, Plato dan

Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai

kebahagiaan. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah

Yunani tetap beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep

pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah

tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu

menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk

dieksploitasikan untuk kepentingan orang lain. Pandangan ahli falsafahnya yang

kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam

kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-

Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan yang

tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik

terkandung dalam karyanya yang berjudul “ Madinah al-Fadhilah “. Perbicaraan

mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah

disentuhnya dalam karya “ Ihsa* al-Ulum” dan “Kitab al-Jam”.


Sebagai seorang ilmuan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Salah

satu pandangan yang menarik ialah mengenai bahawa betapa pentingnya jantung

berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan

kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu

menurut keperluan anggota badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang disegani.

Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan

manusia hari ini. . Di samping itu, beliau juga adalah seorang tokoh intelektual

islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh di anggap sebagai usaha

revolusi di dalam bidang pemikiran islam khususnya kemasyarakatan.

Beliau merupakan perintis-perintis ulung yang telah berjaya menjadikan institusi

falsafah sebagai saranan untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan khususnya

dalam pembentukan sesebuah negara.

PAUTAN LUAR :

1. (Contributed by blitzkrieg – Sunday, 15 May 2005)

2. http://www.majalah.com/tamadun/oofeb/c4.htm

3. Kertas kerja bertajuk agama dan budaya teras Masyarakat madani,

profesor Datuk Dr Osman Bakar dari Universiti Malaya.

Das könnte Ihnen auch gefallen