Sie sind auf Seite 1von 4

ASYRAF : Assalammualaikum ?

ORANG SUMBER : Waalaikummussalam...

ASYRAF : Bolehkah saya bertanyakan beberapa soalan kepada encik mengenai

maklumat MADA ?

ORANG SUMBER : Semestinya boleh ...

ASYRAF : Siapakah pengasas MADA?

ORANG SUMBER : Pengasas MADA ialah Tun Haji Abdul Razak Hussein.

ASYRAF : Bilakah MADA ditubuhkan?

ORANG SUMBER : Mada ditubuhkan pada 30 Jun 1970

ASYRAF : Dari manakah MADA mendapat kelulusan semasa menukar nama dari

Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda ke Lembaga Kemajuan Pertanian

Muda ( MADA ) ?

ORANG SUMBER : MADA mendapat kelulusan dari Parlimen di bawah Akta 70, Akta

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

ASYRAF : Apa nama rasmi bagi MADA?

ORANG SUMBER : Nama rasmi MADA ialah LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN


. MUDA.

ASYRAF : Apakah matlamat MADA ???

ORANG SUMBER : Matlamat MADA adalah

 memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa


 melebihkan hasil untuk keperluan Negara
ASYRAF : Apakah fungsi MADA ???

ORANG SUMBER : Bagi memastikan matlamat yang ditetapka dapat dicapai dengan jayanya,

MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan

dengan efisien dan efektif iaitu:

 Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi


memenuhi keperluan beras Negara.
 Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
 Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
 Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf
komersil.
 Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
 Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

ASYRAF : Apakah misi MADA ?

ORANG SUMBER : Misi MADA ialah

 Mentransformasikan Industri Padi ke tahap Moden, Cekap, Mapan


& Kompetitif.
 Mempergiatkan Penglibatan Peladang Dalam Keseluruhan Rantaian
Nilai Industri Padi & Beras.
 Memaksimumkan Pendapatan Peladang Melalui Pelbagaian
Sumber.
 Memajukan Institusi Peladang sebagai Entiti Ekonomi yang
Berdaya Maju

ASYRAF : Apakah visi MADA ?

ORANG SUMBER : Visi MADA adalah

 Menjadi Organisasi Peneraju Dalam Pembangunan Industri Padi yang


Moden di Malaysia, Cekap & Mapan serta Penggerak Utama Pembangunan
Sosio-ekonomi Masyarakat Peladang di dalam Kawasan Muda.
ASYRAF : Apakah tugas MADA?

ORANG SUMBER : Tugas MADA adalah

 Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan


sosial dalam Kawasan Muda.

 Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan


pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak
berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

ASYRAF : Berapa keluasan tanaman padi oleh MADA ?

ORANG SUMBER : 96,558 hektar.

ASYRAF : Berapakah bilangan empangan yang MADA mempunyai ?

ORANG SUMBER : Sebanyak 3 buah empangan iaitu empangan Pedu, Muda dan
Ahning.

ASYRAF : Dari manakah MADA memastikan bekalan air mencukupi?

ORANG SUMBER : Bagi memastikan bekalan air mencukupi MADA mangambil


air dari turunan hujan (52%), takungan empangan (30%), anak-anak sungai (12%),
dan guna semula air aliran (6%).

ASYRAF : Dari manakah MADA mendapatkan sumber kewangan?

ORANG SUMBER : Bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti, sumber


kewangan adalah diperolehi daripada Agensi Pusat bagi Keperluan Belanja
Pembangunan dan Keperluan Belanja Mengurus.

ASYRAF : Saya rasa sudah cukup soalan yang


hendak dianjukan kepada tuan. Terima kasih

ORANG SUMBER : Sama-sama

Das könnte Ihnen auch gefallen