Sie sind auf Seite 1von 2

NOTIS PENTING BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI PNG/PNGK ( GPA / CGPA)

KURANG 2.00 SELEPAS PEPERIKSAAN SESUATU SEMESTER )

PERINGATAN
AMARAN DEKAN DAN NASIHAT FAKULTI

Saudara/saudari,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian
Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester
yang terkini adalah kurang daripada 2.00.

Sebagaimana termaktub di dalam peraturan prestasi akademik, saudara/saudari dengan ini


diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dengan Amaran.

Selama Tempoh Pemerhatian Akademik, saudara/saudari perlu menumpukan lebih perhatian


dan usaha terhadap pengajian dan memperbaiki PNG dan/atau PNGK kepada capaian 2.00 atau
lebih pada semester berikutnya.

Untuk membantu memperbaiki PNG/PNGK saudara/saudari, kami mencadangkan langkah-


langkah berikut:

(a) Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang mendapat gred di
bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki
semula peperiksaan; dan/atau,
(b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di
bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
(c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya
untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
(d) Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital OUM dan perpustakaan awam untuk
bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
(e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
(f) Mendapatkan khidmat kauseling akademik dan pembelajaran berkaitan melalui cara
berikut :

 Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)


 Unit Kaunseling OUM, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk
khidmat kaunseling secara bersemuka)
 Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel: kaunselor@oum.edu.my / liza@oum.edu.my
atau no tel 03 - 27732415
 Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE
 Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan
memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang
bertanggungjawab di Fakulti Akademik.

Jika saudara/saudari berusaha bersungguh-sungguh dan mengambil langkah-langkah yang


disarankan, kami yakin bahawa kemungkinan untuk memperbaiki PNG/PNGK adalah cerah.

Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00
secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masing-
masing.
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak
layak untuk bergraduat daripada program pengajian.

Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh
diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar

Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian.

DEKAN FAKULTI,
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
9-Dec-21

Das könnte Ihnen auch gefallen