Sie sind auf Seite 1von 14

TZ10103

BAB 3 :
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH
RENDAH
____________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Mengenal pasti matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

2. Membuat perkaitan di antara matlamat dan objektif kurikulum dan pengajaran


sekolah rendah.
3. Menghubungkan matlamat dan prinsip-prinsip kurikulum dan pengajaran
sekolah rendah.
4. Menyenaraikan ciri-ciri kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

5. Membuat perbandingan antara struktur kurikulum KBSR dan KSSR dalam


mencapai matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

3.0 KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar


secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Hal ini
diterjemahkan dalam matlamat kurikulum sekolah rendah yang memfokuskan pada memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

UMS
TZ10103

3.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Bagi membincangkan matlamat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),


kefahaman terhadap KBSR itu perlu difahami terlebih dahulu. Hal ini telah dibincangkan dalam
bab 2. Kurikulum disemak semula setiap 5 tahun bagi memastikan keperluan kandungan
kurikulum adalah selaras dengan perubahan semasa. Pengubahsuaian dalam sukatan KBSR
dilakuakan bagi memastikan kandungan yang dibincangkan adalah relevan dengan perubahan
dalam dunia pendidikan. Antara perubahan besar dalam KBSR ialah:

i. Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran.


ii. Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian.
iii. Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling asas kepada yang
paling kompleks mengikut topik.
iv. Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran.
v. Mengintegrasi penyelesaian masalah dan arithmatik perniagaan ke dalam topik
berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat.
vi. Mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua, iaitu mata pelajaran
Sains dan Kajian Tempatan.
vii. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua mata
pelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6
Rendah mulai Januari 2003
viii. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik.

3.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan pada tahun 2011. Dalam KSSR mata pelajaran yang diperkenalkan adalah lebih
sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut
menggabungkan beberapa mata pelajaran menjadi dalam satu bidang dan memperkenalkan satu
subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR mula diperkenalkan dan

UMS
TZ10103

diterapkan kepada murid tahun satu. Hal ini bersesuaian dengan keadaan murid yang baru
mengenali alam persekolahan di peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan di peringkat awal
membantu dan mempermudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut di tahun-
tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur dan kematangan mereka.

KSSR yang diperkenalkan ini tidak akan menggantikan KBSR tetapi sebaliknya bergerak
beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR, pengajaran
dan pembelajaran akan menggunakan modul bagi menggantikan buku teks. KSSR diharapkan
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran
dalam KSSR akan menjadi lebih menarik dan interaktif. Hal ini disokong melalui penggunaan
dua bahasa tersebut. Pada masa yang sama, penguasaan kedua-dua bahasa tersebut dalam
kalangan guru-guru dapat ditingkatkan terutama yang melibatkan pengajaran mata pelajaran
Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Bagi peringkat permulaan perlaksanaan KSSR, sebanyak 500 buah sekolah digunakan
bagi tujuan uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah
akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji
rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul
iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah
(tahun 1 hingga 3) tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga
6) tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai
kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan

UMS
TZ10103

mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik
digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah

3.3 MATLAMAT KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH RENDAH

Matlamat kurikulum pengajaran sekolah rendah dibentuk berlandaskan konsep pendidikan


umum, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan sekolah rendah bertujuan untuk memastikan
perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk
aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan
berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997). Hasil
daripada pembelajaran KBSR, akhirnya akan dapat mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan akan membenarkannya beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial
negara.

Manakala, matlamat dalam KSSR menjurus pada keperluan mata pelajaran tersebut. Sebagai
contoh sebahagian matlamat yang digariskan dalam KSSR Tahun 1 adalah:

1. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

“Matlamat Kurikulum Standard TMK adalah untuk menyediakan penanda aras


pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan
murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari
peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

UMS
TZ10103

2. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani

“Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan


membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran dan
berpengetahuan melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)


3. Mata pelajaran Matematik

“Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik


adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran
asas dalam pengiraan memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggung jawab dalam kehidupan seharian.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

FIKIR! Penerokaan Lanjutan.

1. Cari matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Tahap 1.

2. Cari matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk
semua mata pelajaran bagi Tahap 2.

3. Buat perbandingan matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) bagi Tahap 1 dan Tahap 2.

UMS
TZ10103

3.4 OBJEKTIF KBSR

Berdasarkan matlamat yang digariskan, maka objektif KBSR adalah:


i. Supaya murid dapat menguasai kemahiran asas,iaitu membaca, menulis dan mengira
serta memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan
perkembangan diri mereka.
ii. Untuk membolehkan murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan untuk
diselaraskan dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Selain itu, secara terperincinya, objektif-objektif lain KBSR adalah seperti berikut:

i. Menguasai Bahasa Melayu


ii. Menguasai kemahiran asas bahasa
iii. Mengmbang dan meningkatkan kemampuan intelek termasuk pemikiran rasional,
kritis dan kreatif
iv. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir
v. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
vi. Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri
vii. Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran
viii. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
ix. Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah
x. Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal
xi. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti
xii. Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna ayat-ayat
dalam Al-Quran
xiii. Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai murni
xiv. Menyemai semangat kenegaraan
xv. Mengembangkan bakat dan kreativiti
xvi. Mengembangkan sikap positif

UMS
TZ10103

3.5 PRINSIP-PRINSIP KBSR

Dalam menyusun matlamat kurikulum KBSR, terdapar beberapa prinsip yang perlu diikuti bagi
membolehkan matlamat ini dapat dicapai. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah:

i. Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan
kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan
pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-peringkat
perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal.
ii. Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan
menggalakkan iteraksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan
murid.
iii. Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis
dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai
kemahiran asas yang diperlukan.
iv. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel.
v. Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum).
vi. Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).
vii. Penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah.

UMS
TZ10103

3.6 CIRI-CIRI UTAMA KBSR

Kurikulum sekolah rendah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu:

i. Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3)

Di tahap 1, murid-murid diperkenalkan dengan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,


menulis dan mengira. Murid-murid diajar utk mendengar, menyebut dan mengenal pasti simbol-
simbol nombor serta abjad. Mereka menggunakan semua nombor dan abjad ini dalam tulisan
mereka. Murid-murid juga diajar pengiraan asas dan kemahiran matematik seperti campur, tolak,
darab dan bahagi.

ii. Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6)

Di tahap 2, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di tahap 1 diperkukuhkan.


Penekanan dalam tahap 2 difokuskan pada penggunaan kemahiran untuk pemikiran dan
komunikasi khasnya dalam penaakulan logik dan memahami isu-isu sosial semasa.

Selain itu, fokus dalam KBSR juga menekankan pada pemindahan kemahiran yang telah
dipelajari ke mata pelajaran lain. Program KBSR juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar kecuali untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain yang diajar
dalam program KBSR adalah Marematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Kemahiran
Hidup, Muzik, Pendidikan Jasmani, Kajian Tempatan dan Ko-kurikulum. Murid-murid diberikan
peluang untuk mempelajari kemahiran bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam dalam
Bahasa Melayu. Semua kemahiran ini akan di nilai secara berterusan bagi memastikan matlamat
kurikulum sekolah rendah tercapai. Antara ciri-ciri kurikulum sekolah rendah ditunjukkan pada
rajah 3.1.

UMS
TZ10103

Rajah 3.1 : Ciri-ciri Kurikulum Sekolah Rendah

3.7 STRUKTUR KBSR

Berdasarkan ciri-ciri utama KBSR, murid-murid mesti mencapai kemahiran dalam 3 bidang
asas:
(a) bidang komunikasi;
(b) bidang manusia dlm alam sekelilingnya;
(c) bidang perkembangan individu sesuai dgn keperluan, minat, bakat dan
kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

Oleh itu, dalam kurikulum ini, pengalaman murid-murid dikaitkan dengan unsur-unsur
Tuhan, persekitaran dan agama bagi membentuk individu-individu yang mempunyai
perkembangan seimbang. Hal ini selaras dengan ciri-ciri yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam perlaksanaan KBSR, penekanan diberikan terhadap aspek-aspek
seperti pada rajah 3.2.

UMS
TZ10103

Rajah 3.2 : Penekanan dalam perlaksanaan KBSR

3.8 PENGUBAHSUAIAN SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH


RENDAH

Perubahan baru dalam KBSR telah dilaksanakan secara terhad pada tahun 1982 di 305 buah
sekolah rendah di Malaysia. Selepas 1988, program KBSR dikaji semula dan ditukar kepada
kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dgn satu objektif yang baru iaitu pengaplikasian
kemahiran-kemahiran asas dgn jujur dan betul dlm kehidupan seharian. Amalan Perdagangan

UMS
TZ10103

diterapkan melalui tajuk wang, ukuran dan sukatan sementara Alam dan Manusia dibahagikan
kepada Sains dan Kajian Tempatan.

3.9 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENGAJARAN


SEKOLAH RENDAH

Guru memainkan peranan penting bagi merealisaikan matlamat yang digariskan dalam
Kurikulum Pengajaran Sekolah Rendah. Antara peranan yang dimainkan oleh guru ditunjukkan
pada rajah 3.3 di bawah.

Rajah 3.3 : Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Pengajaran sekolah Rendah

Peranan guru yang paling penting dlm KBSR ialah sebagai seorang fasilitator dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Guru KBSR mesti memastikan yang dia dapat membuat
bimbingan pendidikan yang berkesan untuk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran
fizikal dan mental yang kondusif utk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan
aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir. Guru
juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mencari maklumat sendiri. Guru juga mesti
mengajar murid-muridnya cara-cara utk menyelesaikan masalah-masalah yg akan membantu
mereka untuk menghadapi dunia sebenarnya. Guru juga mesti membenarkan murid-murid untuk

UMS
TZ10103

memahami persekitaran mereka. Oleh yang demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di
mana beliau terpaksa:

a) mengajar kanak-kanak yang ramai pada nisbah 1 guru kepada 45 hingga 50


murid.
b) mempunyai kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum selain drpd tugasan
mengajar.
c) sentiasa berada d bawah tekanan ibu bapa utk menyediakan bukti tentang cara-cara
pengajaran dan penilaian yang betul.

3.10 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

i. Mengubah suai
a. Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)
b. Sumber yang ada
c. Penggunaan ICT

ii. Melaksanakan
a. Melaksanakan dalam bilik darjah

iii. Penilaian
a. Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
b. Analisis keputusan
c. Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

iv. Mentafsir
a. Memahami dan menghargai FPK dan matlamat pendidikan
b. Mentafsir sukatan
c. Memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan
keperluan

UMS
TZ10103

v. Merancang
a. Rancangan semester/tahunan, RPH
b. Mengatur aktiviti-aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai
bagi memudahkan pembelajaran
c. Pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman
pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan

vi. Mengubah suai


a. Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)
b. Sumber yang ada
c. Penggunaan ICT

vii. Melaksanakan
a. Melaksanakan dalam bilik darjah

viii. Penilaian
a. Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
b. Analisis keputusan
c. Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

3.11 RUMUSAN

Kurikulum ialah rancangan yang disediakan untuk satu proses pembelajaran. Semua rancangan
mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam
pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah satu proses di mana nilainya diterjemah dan
disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi
dan melaksanakan kurikulum.

UMS
TZ10103

FIKIR! Penerokaan Lanjutan.

1. Berdasarkan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimanakah seorang guru


dapat mengaplikasikan struktur kurikulum yang dibentuk dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

2. Bagaimanakah peranan guru dapat membantu pencapaian matlamat yang telah


digariskan dalam Kurikulum Pengajaran sekolah Rendah.

3. Buat perbandingan matlamat kurikulum dari pelbagai Negara dan bincangkan secara
kritis fokus yang diberikan terhadap matlamat tersebut.

UMS

Das könnte Ihnen auch gefallen