Sie sind auf Seite 1von 23

1.

0 KRITERIA PENUBUHAN PRASEKOLAH

Pengenalan

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada


bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya.
Di Malaysia, pendidikan prasekolah merupakan satu program di luar
system pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan “statutory”.
Namun demikian pendidikan prasekolah di Malaysia telah berkembang
dengan pesatnya sehingga pada tahun 1995 terdapat 10,350 pusat
prasekolah di seluruh Negara dengan enrolmen kanak-kanak berjumlah
447,420 orang. Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di
peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan
pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang

1
1.1 Peta konsep penubuhan prasekolah

Menentukan matlamat Infrastruktur kawasan,


dan objektif lokasi, keluasan,
ruang, dan
Tinjauan persekitaran
kebolehbinaan

kriteria penubuhan
prasekolah Bangunan
Kewangan

Peralatan dan sumber


Organisasi pengurusan

Peraturan dan
undang-undang

2
i. Menentukan matlamat dan objektif

Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif


yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan
ibu bapa. Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu
difikirkan bersama-sama ada penubuhannya menepati matlamat
dan objektif atau pun tidak.

Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah


untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak
untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif
dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan
dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah.

ii. Tinjauan kebolehbinaan

Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah


tinjauan kebolehbinaan perlu dilakukan yang mengambil kira
perkara-perkara berikut:-

 Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah


 Kumpulan sasaran / pelnggan
 Sumber kewangan
 Prasarana / Infrastruktur
 Kurikulum / perancangan
 Sumber manusia
 Peraturan dan perundangan
 Peralatan dan perabut

iii. Infratruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang, persekitaran

3
Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk
dijadikan tapak bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267
(perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 seksyen 19; sesebuah
bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh
digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik.
Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi
keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan.

iv. Bangunan

Bangunan yang sesuai dijadikanpusat prasekolah:-

1. Rumah banglo
2. Rumah berkembar
3. Rumah teres – lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak
menyebabkan kesesakan dan gangguan dengan lalulintas
4. Rumah pangsa – tingkat bawah
5. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau
dan madrasah
6. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna
7. Bangunan-bangunan yng dibina khas untuk dijadikan pusat
prasekolah

Tempat atau kawasan yang dipilih adalah penting semasa


merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan
keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya.

v. Kewangan

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika


membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi
tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-
kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul.
4
Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia
menggerakkannya dandigunakan untuk mencapai matlamat
mereka.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan


pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam
pengagihan
dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah
dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan
ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah
dirancang dan sentiasa dikemas kini.

a.Peruntukan Makanan

b Peruntukan Perkapita

c. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan

d. Penyata Kewangan Bulanan

vi. Organisasi pengurusan

Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan


penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan,
penyelarasan, perhubungan, penyeliaan dan penilaian.
Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan perlaksanaan
perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua
elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri
daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material
( bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan )

vii. Peraturan dan undang-undang

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut


peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal
kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan
5
dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan
keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan
awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut;

A PEMILIHAN KANAK-KANAK

1. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak


untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak.

2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada


ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan
sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan
pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00
jika masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu
bapanya berpendapatan sebanyak RM1000.00 ke
atas boleh juga diterima atas alas an tanggungjawab
(keramaian anak).

3. Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat


pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh
jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru Besar,
Penolong Kanan dan guru prasekolah.

4. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal


kanak-kanak antara 10-25 orang.

B. SEMASA DI PRASEKOLAH

1. Waktu belajar tidak melebihi 31/2 jam.

2. Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada


sekolah masing-masing.

3. Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar


RM1.50 sehari setiap murid. Tuntutan hendaklah
sekali setahun sebagaimana telah ditetapkan.

4. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar


RM100.00 bagi setiap kanak-kanak.

5. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah


boleh menetapkannya.

6
6. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di
setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak.

7. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah


dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah.

C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat


permainan di luar bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak
dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar yang
rosak hendaklah dibaiki dengan segera.

2. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian


dengan serius.

3. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah


sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.

4. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan


mencukupi seperti bahan
pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.

5. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.

6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan


penjagan sebelum bermulanya sesi persekolahan.

viii. Peralatan dan sumber

Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan


perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental,
sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi
perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta
bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil,
buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru
gunakan.

Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai


kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di
7
tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik,
sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga
memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-
alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi
dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan
guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran
perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan
memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

1.2 Kesimpulan

Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita


faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula
belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan,
meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh
mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi.
Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan
potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat
prasekolah.

8
2.0 SUASANA FIZIKAL DALAM PROSES P&P

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah

juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang

menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek

memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan

strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran

merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan

pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,

kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK).

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal,

peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan

organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian. Bilik darjah yang mempunyai peralatan

asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja

dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan

penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta

peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi

kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran

berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi

sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang

berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya

9
yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan

pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas,

carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan

atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan

laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan

pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang

harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih

lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,

ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat

berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara

kolektif.

Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang

berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan

pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan

sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana

pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai

sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang

kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus

fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru

telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada

keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti,

yang melambang sebahagian daripada keimanan.

10
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya

kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan

dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa

untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan

kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai

hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim

dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid.

Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan

keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang

memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati

setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya

peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta

menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini

berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai

situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan

dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

11
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem

penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam

mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan

dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal

tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab,

berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan

antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu

penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid- murid.

12
3.0 PELAN LANTAI PRASEKOLAH DAN JUSTIFIKASINYA

TANDAS TANDAS
PEREMPUAN LELAKI

DAPUR TANDAS

PINTU

PINTU KE DAPUR TEMPAT MENGAMBIL


MAKANAN

PINTU
PAPAN
PUTIH MEJA GURU

PUSAT
SAINS
&
PUSAT
TEKNOLOGI TEMPAT PERBUALAN PAGI
KEROHAN
DAN AKTIVITI BERCERITA/NYAYIAN IAN DAN
MORAL

MEJA MURID

PUSAT PINTU
KOGNITIF

MEJA MURID

PUSAT
MEJA MURID KRETIVITI
RAK BUKU
&
LATIHAN
ESTETIKA
KANAK-
KANAK

PUSAT MANIPULATIF PINTU UTAMA PUSAT BAHASA & KOMUNIKASI

13
3.1 Justifikasi Pelan Lantai Prasekolah

Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang


‘circle-time’ iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan
berkumpul bersama guru dan menjalankan sesi perbualan.
Diruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan
sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah
pra-sekolah, ruangan ini lah yang paling banyak digunakan.

Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-


kanak usia 5 hingga 6 tahun dari segi perkembangan fizikal,
perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi dan
perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak
tertumpu kepada murid dan pembelajaran murid adalah melalui
permainan, ‘Learn through play’ Sudut-sudut untuk perkembangan
murid adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut lukisan, sudut
bacaan, sudut main peranan atau ‘role play’ dan lain-lain sudut
yang difikirkan sesuai oleh guru bergantung kepasa saiz bilik darjah
dan kepadatan murid seperti sudut bercerita, sudut permainan
boneka, sudut matematik, sudut sains, sudut keluarga dan
sebagainya.

Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara


berkelompok dan bukan bentuk barisan. Ini adalah kerana murid
pra-sekolah banyak melakukan aktiviti berkumpulan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja begini akan
memudahkan mereka berinteraksi dan berbincang sesama sendiri.
Meja dan kerusi pula adalah bersesuaian dengan umur murid di
antara 5 hingga 6 tahu.

14
Terdapat juga sudut bacaan atau ‘Book and Reading Centre’ dalam
bilik darjah pra-sekolah. Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi
bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap bagi memudahkan
murid-murid mendapat pencahayaan ketika membaca.

15
4.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI/PROSES P&P DI PRASEKOLAH

4.1 Perlaksanaan Aktiviti secara berkumpulan

16
Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah juga amat penting dalam memastikan perancangan
program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang
dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan
objektif pengalaman yang sesuai. Pelbagai gaya dan kaedah
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam
merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi
pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam
bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu
proses yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan
dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.

Sebagai guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh


merangka pelbagai aktiviti untuk membangkitkan minat kanak-
kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya
meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu
sebagai seorang guru yang mengendalikan kelas. perlulah fokus
dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu

17
jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai guru juga
seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan
sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi, aktiviti
kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek
yang boleh.

Misalnya, apabila berada dalam kumpulan, aktiviti bercerita


dijalankan dan sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan
secara lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh
menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak- kanak
melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan, membunyikan
bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada
tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa
seronok dan tidak mudah bosan.

Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk,


saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di
makan juga boleh dijalankan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat
membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi dan berkongsi
ideal bersama-sama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-
bahan yang diberikan mengikut pemahaman dan imaginasi mereka
sendiri dan melakukannya mengikut kreativiti dan kemampuan
mereka. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi
antara mereka.

18
5.0 Laporan tentang keberkesanan susun atur yang dipilih

Persekitaran yang selesa, menarik, dan kemas dapat membantu


meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Saiz
kelas, pusat-pusat pembelajaran,susun atur perabot, keadaan lantai,
perhiasan di dalam kelas yang menarik dan jumlah pengcahayaan yang
secukupnya amat penting untuk kanak-kanak melakukan aktiviti seharian
di pusat prasekolah.

Dengan susun atur yang dipilih, kanak-kanak dapat bergerak secara


bebas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak
dapat memilih pusat-pusat pembelajaran yang di minati dan sesuai untuk
mereka melakukan aktiviti. Selain itu juga, kanak-kanak dapat melakukan
aktiviti perbualan pagi, bercerita, lakonan, nyanyian dan pelbagai aktiviti
yang melibat keseluruhan kanak-kanak di prasekolah di tempat yang
disediakan. Tempat yang disediakan amat bersesuaian dengan kanak-
kanak kerana berhampiran dengan meja guru dan memudahkan guru dan
kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain
itu, tempat yang disediakan juga bedekatan dengan papan putih bagi
memudahkan kanak-kanak melihat dan melakar sesuatu gambar
ataupaun keadaan apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Pusat teknologi juga
berdekatan untuk memudahkan kanak-kanak melihat dan mendengar
lagu, melihat gambar yang dipasang diradio, television, dan komputer.

Susun atur meja dan kerusi kanak-kanak pula adalah untuk memudahkan
mereka berkerja atau melakukan aktiviti secara berkumpulan dan individu.
Mereka dapat berinteraksi sesama mereka dengan mudah dan selesa.
Guru juga mudah melihat kesemua murid apabila melakukan aktiviti.

19
6.0 Refleksi

Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah


berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengetahui
tentang PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH dengan lebih
terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai
subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu
dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui
cara dan kriteria yang sebenar yang perlu ada untuk menubuhkan pusat
prasekolah. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap kriteria penubuhan
prasekolah dan perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-
kanak semakin jelas difahami.

Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan


pengetahuan mengenai PENUBUHAN DAN PENGURUSAN
PRASEKOLAH untuk kegunaan dan pengetahuan saya. Selain
mendalami tentang pengurusan dan penubuhan prasekolah, kerja kursus
ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai
seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi
sekarang. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang
bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan
inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam
mengenai prasekolah. Ini amat penting untuk persediaan untuk
menempuh peperiksaan pada akhir semesta nanti.

20
Rujukan

Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006).Panduan


Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004).
Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd

www.scribd.com/.../kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiran-belajar

www.scribd.com/.../Gaya-Pembelajaran

Sukatan Pelajaran; KDPM Pengajian Prasekolah, (2002). Modul pendidikan prasekolah

21
BORANG REKOD KOLABORASI

NAMA : NORHANIZA BINTI ABDULLAH HALIM

NO MATRIK : IPGM : MEI 09-00081

KUMPULAN : KDPM/KDC/PRA 4-AMBILAN MEI 2009

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN PRASEKOLAH

TARIKH PERKARA CATATAN TANDA


YANG TANGAN
DIBINCANGKAN
8 September 2010 Menerima soalan Tugasan perlu
tugasan dan taklimat dihantar pada
daripada pensyarah minggu pertama
mata pelajaran – Pn. kuliah di buka
Hjh Siti Zainab Abu
Bakar

22 Oktober 2010 Membaca dan Mula membuat


memahami kehendak penyenaraian
soalan tugasan subtopik

23 Oktober 2010 Mencari maklumat -Cetakan internet


dari internet,
pperpustakaan IPGM -Catatan bibliografi
dan buku-buku
rujukan yang
berkaitan

25 Oktober 2010 Berkumpul dengan - catatan


kawan-kawan untuk
bertukar-tukar isi dan - soalan
pendapat

21 November 2010 Menghantar tugasan Diterima dan


lengkap kepada direkodkan
pensyrah pembimbing

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. HJH. SITI ZAINAB ABU BAKAR

22
23

Das könnte Ihnen auch gefallen