Sie sind auf Seite 1von 10

GOLONGAN KATA NAMA

MOHD SAIFUL BAHARI BIN KAMARUZAMAN


DEFINISI
 Kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang
boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan
lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat,
benda atau konsep.
 Dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-
ciri semantik perkataannya :
a) kata nama khas
b) kata nama am
c) kata ganti nama
KATA NAMA KHAS
 Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar.

Terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas


hidup dan kata nama khas tak hidup.

 Kata nama khas hidup


a) hidup = manusia dan bukan manusia
b) tak hidup
KATA NAMA KHAS HIDUP
a) Manusia
Nina Ahmad Tun Abdul Razak
Rudi hamid P.Ramlee

b) Bukan manusia
Tompok Vanda Diana (sejenis orkid)
Sang Belang Ananas comosus (nanas hijau)

c) Kata nama khas tak hidup


Kuala LumpurKastam Diraja Malaysia
Proton Saga Planet Marikh
KATA NAMA AM
 Perkataan yang merujuk benda atau perkara yang
umum sifatnya.

 Dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama


am konkrit dan kata nama am abstak.
a) Kata nama am konkrit
> Jenis kata nama yang membawa maksud
kebendaan.
tangan pekerja
rumah pelabuhan
kambing jambatan

b) Kata nama am abstrak


> Jenis kata nama yang membawa maksud konsep
mujarad atau bukan kebendaan.
mimpi kedamaian
roh idaman
KATA GANTI NAMA
 Dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu
kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.

 Kata ganti nama diri terbahagi kepada kata ganti


nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

 Kata ganti nama tunjuk pula terbahagi kepada dua


iaitu kata ganti nama tunjuk tempat dan kata nama
tunjuk umum.
KATA GANTI NAMA TUNJUK
 Kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu
tempat, benda atau perkara.

 Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda


disebut kata ganti nama tunjuk umum.
# Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum
a) ini (menunjuk pada yang dekat)
b) itu (menunjuk pada yang jauh)

 Kata ganti nama tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk


pada arah dekat), situ (arah agak jauh) dan sana(arah jauh).
KATA GANTI NAMA DIRI
 Menjadi pengganti kepada sesuatu benda, perkara, atau manusia.

 Terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :


a) Kata ganti nama diri tanya
b) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah kata nama yang berfungsi
Menanyakan hal benda, perkara, atau manusia.
Siapa : merujuk orang
Apa : merujuk benda atau perkara
Mana : merujuk benda dan orang
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG
 Jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terbahagi
kepada tiga kategori :

a) Kata ganti nama diri orang pertama


# saya, aku, beta, patik, kami, kita

b) Kata ganti nama orang kedua


# saudara, kamu, awak, engkau, anda

c) Kata ganti nama orang ketiga


# ia, dia, beliau, mereka, -nya

Das könnte Ihnen auch gefallen