Sie sind auf Seite 1von 6

Subur tumbuhnya pokok kelapa

Buahnya banyak bertali-tali


Turutlah kata ibu dan bapa
Takbur jangan sekali kali

Pantun melayu yang begitu indah itu menyimpulkan seseorang anak yang
berfokus kepada kepada individu yang berumur 13 tahun hingga 25 tahun yang
diklasifikasikan sebagai remaja haruslah mentaati azimat ibu bapa yang akan
menjadi panduan dan pedoman hidup bagi remaja itu menghadapi cabaran
dunia.Semakin hari,anak-anak remaja kini sudah mula mengendahkan kata-kata
ibu bapa mereka malah mula melawan kedua- dua insan termulia ini.Remaja kini
yang seharusnya menjadi generasi wiraswata negara telah rosak akhlaknya
kerana sebahagian remaja kita sudah terjerumus dalam kancah gejala
sosial.Remaja di negara kita semakin berani terlibat dalam jenayah dadah ,gejala
seks bebas,mencuri dan merompak.Isu –isu ini semakin menjadi-jadi dalam
kehidupan seharian kita. Kemelut ini telah meniti dari bibir ke bibir dan menjadi
topik perbualan hangat yang rancak diperbincangkan sama ada di kedai mamak
atau di dewan parlimen .Masalah remaja di Negara kita sedang bermahrajalela
bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Pernahkah terlintas dalam benak
fikiran anda tentang punca –punca yang menyebabkan remaja yang sepatutnya
dipandang tinggi tetapi dipandang enteng pada masa kini.Hidup seseorang remaja
boleh digambarkan melalui peristiwa kapal ‘titanic’ yang sangat agung dan dibina
oleh jurutera berkemhiran tinggi yang menjanjikan kapal itu tidak akan goyah
tetapi pada saat akhir disebabkan berlaku kesilapan teknikal yang remeh
menyebabkan kapal gergasi itu terus tenggelam ke dasar laut atlantik.Begitu juga
dengan kehidupan remaja,yang akan terpesong jika remaja itu tidak dibelai dan
didik.

Salah satu punca yang mewujudkan gejala sosial dalam kalangan remaja
dikatakan berpunca dari rumah iaitu melalui kepincangan institusi keluarga.Hal ini
disebabkan ibu bapa tidak mencurahkan kasih saying yang secukupnya kepada
anak-anka.Ibu bapa pada era moden ini gagal melaksanakan tugas serta
kewajipan bersama anak-anak.Mereka kurang meluangkan masa yang bekualiti
bersama anak- anak mereka.Kuantiti masa yang diperuntukkan untuk anak-anak
semakin menurun dari hari ke hari akibat kesibukan mereka dengan tugas
seharian,karier atau perniagaan.Tambahan lagi ada juga kalangan ibu bapa yang
besikap materialistik dan mementingkan kebendaan.Ibu bapa sebegini boleh
dikatakan hidup berkiblatkan wang dan bertuhankan material sehingga mereka
mengadaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.Ibu bapa kini yang terlalu sibuk
mengejar wang sudah lupa untuk mentarbiahkan didikan agama untuk remaja
supaya jiwanya tidak mudah goyah dan terpengaruh ke gejala sosial
sebegini.Tidak dinafikan bahawa kesibukan ibu bapa berkaitan dengan gaya hidup
kini yang bekos tinggi dan kadar inflasi yang semakin meningkat di Negara
kita.Conthonya untuk menghantar seorang anak untuj menjadi doctor,ibu bapa
tersebut memerlukan RM 300000.Masakan mereka boleh mencapai wawasan
anak sendiri menjadi doctor .Jadi hal ini lah yang tergamak mengalpakan tugas
melentur buluh di rumah dan akibatnya anak-anak menjadi penagih dan pengedar
dadah,gangster dan penjenayah.

Tambahan lagi,sistem pendidikan negara kita tidak seimbang.Sekolah-


sekolah pada tahun 2010 lebih menumpukan kepada perperiksaan dan
pencapaian akademik semata-mata.Proses pembelajaran melalu keperibadian
mulia semakin terancam .Khidmat kaunseling yang sepatutnya sangat berkesan
tetapi tidak mencapai tahap membanggakan kerana kaunseling yang diberikan
tidak berterusan bagi menjejak jejak langkah pelajar bermasalah
tersebut.Tambahan lagi,akitiviti kokurikulum sepatutnya mengisi masa lapang
remaja tetapi aktiviti –aktiviti tidak begitu berkesan kerana kurang galakan
daripada guru-guru dan ini menyebabkan penglibataban pelajar dalam aktiviti
kokurikulum terjejas.Bidang sukan kian menjadi muram yang berfungsi untuk
menarik perhatian pelajar yang agresif untuk menunjukkan aksi dan kekuatan
mereka pada jalan yang betul iaitu sukan tetapi usaha ini menjadi bagai mencurah
air ke daun keladi.Di samping itu ada juga segilintir guru yang perlu menjadi suri
teladan tetapi menunjukkan sikap yang buruk seperti merokok.Justeru institusi
sekolah serta system pendidikan negara juga memainkan peranan yang signifikan
untuk melahirkan pelajar yang baik atau buruk.

Punca seterusnya yang menyumbang kepada kemelut gejala sosial ini ialah
kelemahan diri sendiri remaja iaitu remaja kini sangat mementingkan hedonisme
dan tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih tua yang banyak mempunyai
pengalaman hidup yang penuh dengan cabaran.Pada peringkat umur yang
dikatakan sebgagai setahun umur jagung dan setampuk darah pinang adalah
peringkat umur di mana remaja belum capai tahap matangnya atau kebolehan
berfikir dan menylesesaikan sesuatu dengan matang.Emosi remaja kini terlalu
sensitif dan mereka mudah untuk naik berang walaupun halnya remeh.Menurut
Dr.Fadzilah Kamsah,anak-anak pada umur remaja lebih gemar mengikut
nasihat,dorongan,galakkan negative dan berunsurkan keseronokan daripada
rakan –rakan yang serasi.Remaja lebih mempercayai dan mengutamakan
kebebasan yang sebenar –benar merosakkan keperibadian seseorang
remaja.Ironinya hidup remaha yang sebegini akan menjadi bagai layang layang
terputus tali.Oleh itu,kelemahan diri remaja itu sendiri juga menyumbang kepada
masalah gejala sosial.

Selain itu,selepas waktu persekolahan para pelajar akan berhubung dengan


maysarakat secara langsung ataupun tidak.Dalam semua komuniti kita dapat
melihat pelajar bermasalah yang ponteng dan berkeliaran ketika waktu
sekolah.Masyarakat hari ini memang tidak prihatin terhadap persekitaran
mereka.Mereka lebih suka menjiwai peribahasa ‘enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing yang menggambarkan sikap mementingkan diri yang kian
menebal .Misalnya,jika ada pelajar yang menghisap rokok atau menghuni kafe
siber dengan pakaian yang berstatus pelajar,mayarakat sekitar akan tidak
mengendahkannnya dan terus melakukan kerja sendiri.’’Apalah yang hendak
dipedulikan,bukanya darah daging aku’’,begitulah mereka bermonolog
dalaman.Jarang dapat kita perhatikan komuniti setempat yang menunjukkan
minat dan kesungguhan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dalam hal
ini.Masyarakat rata-rata tidak menghargai usaha kerajaan yang mebelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk mendirikan sekolah di kawasan mereka bagi mendidik
anak bangsa.Mereka nampaknya tiada wawasan yang selaras dan sejajar dengan
wawasan negara bagi melahirkan modal insan yang berminda kelas
pertama.Masalah remaja yang seharusnya diselesaikan ketika kecil tetapi berubah
menjadi masalah yang sangat besar.Pelajar sebegini akhirnya menjadi sampah
masyarakat sebelum bergelar penjenyah yang meringkuk dalam penjara.

Punca seterusnya yang mendorong remaja kini lebih cenderung dalam


mengambil tindakan yang boleh dikatatakan sebagai tidak waras adalah
disebabkan oleh dunia media yang berkhusus kepada televisyen dan internet
.Televisyen terutamanya menjadi media yang mengimport pelbagai unsur –unsur
barat yang mempengaruhi minda remaja yang berumur setahun jagung.Unsur –
unsur barat yang tidak sehala dengan semangat kehidupan masyarakat timur
.Namun pengaruh-pengaruh ini mempunyai tarikan tersendiri bagi golongan
muda yang mendahagakan kelainan,keseronakan ,maksimum malah
keterlanjuran.Program-program televisyen terutamanya tayangan gambar
program reliti seperti ‘american Top Models’,WWE dan sebagainya berupaya
meningkatkan keterujaan yang mampu mengetepikan agama dan budaya.Gejala
keruntuhan akhlak boleh dibuktikan melalui cara berpakaian anak- anak
remaja,cara pengaulan dan cara pertuturan yang terlalu bebas sehingga
melupakan adat kita sendiri.Hakikat ini telah melupakan pepatah biar mati anak
tapi jangan mati adat.Tambahan lagi,pengaruh media massa yang negatif ini
membentuk suatu pengaruh neokonolisme atau penjajahan berbentuk minda
kepada remaja kini.Hampir semua saluran media menjadi wahana untuk kuasa-
kuasa besar mengeksport idealogi dan pemikiran mereka dalam tayangan harian
di negara kita yang kadang kala meracuni pemikiran generasi kini dan mendorong
mereka melakukan gejala –gejala negative seperti penagihan dadah,pil khayal dan
alcohol.Setiap kekangan yang dilalui oleh umat manusia pasti ada hikmah dan
jalan penylesaian sendiri dan begitu juga dengan masalah remaja kini yang
menjadi isu sensasi hangat.

Salah satu vaksin yang dapat mengubati penyakit kronik yang berjangkit
kepada ialah peranan ibu bapa harus ditingkatkan.Ibu bapa boleh diibaratkan
sebagai konkrit yang sangat kukuh bagi menjamin bangunan yang tinggi itu tidak
goyah,begitu juga dengan anak.Ibu bapa harus memainkan peranan yang
signifikan dalam membentuk sahsiah yang tepuji.Dr.Fadzilah Kamsah pernah
berkata ‘’Anak –anak umpama perisian computer yang boleh diprogram tetapi
harus diberi perhatian dari semasa ke semasa supaya tidak dijangkiti virus-virus
luar seperti penagihan dadah dan lain-lain.Ibu bapa seharusnya meningkatkan
komitment sebagai ibu bapa dengan mencurahkan kasih sayang seteguh tembok
china dan seindah taj mahal yang gah tersergam indah.Ironinya, anak –anak tidak
akan mengalami kemarau kasih sayang.Ibu bapa seharusnya meluangkan sedikit
masa yang berkualiti supaya dapat berkongsi masalah bersama
mereka.Tambahan lagi,remaja akan lebih senang meluahkan perasaan mereka
jika ibu bapa menjadi sebagai rakan.Di samping itu,ibu bapa juga perlu mengawasi
dan memantau gerak-geri anak agar mereka tidak terlibat dalam gejala sosial
sekali gus dapat membina keluarga yang harmoni.Jelaslah ibu bapa memainkan
peranan yang penting bagi membantu remaja mereka.

Kerajaan merupakan jentera pentadbiran yang mengerakkan rakyatnya


menjadi dinamik,progresif dan berminda kelas pertama tetapi impian kerajaan
bakal menjadi impian yang tidak dapat direalisasikan akibat segelintir remaja yang
bermasalah dan menjejaskan integriti sesebuah negara.Hakikat ini sejajar
peribahasa melayu yang berbunyi “nila setitik rosak susu sebelanga’’.Kerajaan
tidak boleh melepaskan masalah ini bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing,malah kerajaan harus menjalankan sesebuah kempen yang
mewajibkan semua remaja terlibat dan kempen sebegini harus diadakan secara
berterusan.Bukan sahaja itu,Program Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) harus
diwajibkan kepada semua remaja supaya negara dapat membina remaja yang
kental,tabah dan dihindari oleh anasir-anasir yang jahat seperti pelakuan
negatif .Sebuah badan khas harus diwujudkan supaya badan khas dapapt
memantau keberkesaan sesuatu program.Tambahan lagi,undang-undang yang
sedia ada harus dilaksanakan supaya dapat menimbulkan kesedaran kepada
segelintir remaja yang liar dan buas.Mengikut ahli falsafah pada tamadun awal
iaitu,Han Fei Tzu melalui falsafahnya iaitu legalisme yang bercorak kolektif dan
tegas menekankan bawaha tindakan undang-undang yang tegas dapat mengawal
tindakan manusia yang liar dan rasa belas kasihan tidak boleh wujud terhadap
penyalah undang-undang.Jelaslah kerajaan dapat mengatasi masalah yang
semangnya tudak begitu kritikal ini dengan kepakaran

Modus operandi seterusnya ialah melalui institusi pendidikan yang tidak begitu
memainkan peranannya sebagai pusat untuk membentuk generasi wirawasta
yang berproaktif.Peraturan sekolah harus diperketat dan hukuman yang setimpal
harus diberi kepada pelajar yang takbur undang –undang sekolah.Bagi
memastikan semua peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar dan tahap disiplin di
sesebuah sekolah pada tahap minima ,seseorang pengetua sekolah perlulah turun
padang menjadi ‘role model kepada guru –guru dalam melaksanakan peraturan
sekolah terhadap warga sekolahnya.Dengan ini,pelajar itu akan mula berasa risau
jika peraturan sekolah diingkari.Tambahan lagi,sistem e-disiplin perlu diamalkan
untuk mengawal dan mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
kondusif.Selain itu,pengawas sekolah juga harus memainkan peranan dengan
menasihati untuk mematuhi peraturan sekolah.Bagi pelajar yang berisiko
tinggi,perkhidmatan kaunseling harus diberikan supaya pelajar tersebut dapat
berubah menjadi baik.

Media massa juga harus memainkan peranannya dalam mengatasi kebejatan


masalah sosial ini terhadap remaja.Media massa harus menyalurkan informasi-
informasi yang berguna.Program –program yang ditayangkan perlu member
didikan daripda hiburan semata-mata.Sebuah unit khas juga boleh ditubuhkan
untuk mengawal dan menapis laman-laman web di internet yang boleh meracuni
pemikiran remaja yang masih mentah.Media massa seharusnya membantu
kerajaan dalam mempromosikan sesuatu kempen itu berjaya sampai ke peringkat
akar umbi dan menghapuskan masalah ini.
Secara tuntasnya,gejala sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi pelbagai
pihak tampil untuk melaksanakan peranan masing-masing,Sebagai
permulaan,kerajaan harus merombak kembali Dasar Belia Nasional atau suatu
pelan jangka panjang untuk membebaskan generasi akan datang daripada
kecelaruan dan kehancuran.Semua pihak yang terdiri daripada anak watan
Malaysia harus berganding bahu dalam aspek disiplin,pendidikan dan apa –apa
berkaitan dengan remaja supaya dapat melahirkan generasi yang holistik,yang
cemerlang dari segi akdemik,fizikal.emosi dan spiritual yang dapat
mengoncangkan dunia ini dengan kejayaan positif dan meletakkan nama negara
di persada dunia.Akhirnya,semuanya dapat menjadi reality dengan hanya satu
isitilah ‘kerjasama’ yang tidak berbelah bahagi dalam mengatasi kemelut ini.

(1707 patah perkataan)

Das könnte Ihnen auch gefallen