Sie sind auf Seite 1von 2

Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan 1.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa : (a) Meningkatkan kecekapan pengurusan stok Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. (b) Mengadakan promosi jualan besar Melalui promosi, lebih banyak pelanggan dapat menarik untuk mengunjungi kedai saya dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Di samping itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. (c ) Meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat. (d) Mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejas dan mereka enggan berniaga dengan saya.

34

2. Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan : (a) Mengurangkan kos operasi Melalaui kaedah ini,saya dapat meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya juga boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya. (b) Melancarkan promosi jualan Promosi jualan boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri ,Tahun Baru Cina, , dan Hari Gawai. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah. Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. (c)Meningkat kualiti stok Dengan cara ini,keyakinan pelanggan terhadap perniagan saya dapat dijamin dengan adanya kualiti barang yang baik. Saya perlu memilih stok yang akan dijual dengan memastikan kualiti stok yang sedia ada sentiasa baik. Hal ini boleh meningkatkan reputasi perniagaan saya. (d) Membuat kajian terhadap perniagaan saya dari masa ke masa Saya boleh membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya.Selain itu,saya juga boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Sepang , Kinta , Sabah dan Johor Bharu.Perniagaan saya juga boleh diperluaskan dengan membuka cawangan di luar Negara,contohnya Hong Kong dan Jepun.

35

Das könnte Ihnen auch gefallen