Sie sind auf Seite 1von 1

Definisi Budi Bahasa

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budi bahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku, perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Menurut buku Tesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pula mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket,adab sopan santun,pekerti,akhlak yang beradat dan berbahasa.

Das könnte Ihnen auch gefallen