Sie sind auf Seite 1von 4

AKU MILIKMU

Hoi,buta ke ha?jalan tu pakai apa?pakai mata ke atau kepala lutut kau ha? Marah Alia kepada lelaki di hadapannya itu.Herm ..muka boleh tahan gak hansome tapi kesian buta rupanya,kalau tidak masakan dia tak Nampak aku kat sini sampai boleh terlanggar .Habis benjol dahi aku .Dah tu tak minta maaf pula tu.Ish geramnye aku Hello cik kak bukan saya yang terlanggar awak tapi awak yang terlanggar saya tahu tak Balas jejaka tampan yang ala-ala korea gitu.Sekali tengok bolehlah .Dua kali tengok herm hampeh.Harap je kacak tapi perangai huh..menyakitkan hati . Baik cik cermin mukla tu dulu sebelum nak mengata orang.Agaknye cik perlu tambahkan power cermin mata dulu seelum cik boleh berjalan kat tempat yang ada orang ramai sindir lelaki itu.Cakap macam mulut tu ada insuran .Sekali aku bagi penampar,biul dia sebulan . Hei orang gila kau ingat aku tak cermin ke muka aku ni.aku ni dah puas menatap muka aku kat cermin lainlah kalau rumah kau tak ada cermin boleh aku tolong sedekahkan . Nampak gayanye sampai kesudah ceritalah diorang ni takkan habis bergaduh. Malas nak melayan orang yang tak betul macam awak ni.Saya ada hal nak dibuat daripada terus bertekak dengan awak . Jawab lelaki ala-ala korea itu tadi sambil berlalu pergi dari situ. Siaplah kau kalau kita jumpa lagi tak guna punya laki .Habis berterabur barang aku. Alia hanya mengomel sendiri sambil memerhatikan langkah lelaki itu tadi yang semakin hilang ditelan oleh kesibukkan manusia * * *

Alia hanya memerhatikan laptopnya mengharapkan ada e-mail yang akan menghilangkan kebosanan yang semakin menguasai dirinya .Huh.Alia hanya mampu mengeluh sendiri.Kalaulah kak Liana ada pasti hidupnya takkan sebosan ini.Kak Liana atau mesra dipanggil Kak Ina merupakan seorang gadis yang manis dan simple orangnya.Tak banyak cakap macam aku ni.Kalau boleh bercakap masa tidur pastinya akau akan bercakap tanpa henti.Cuma belum dapat peluang itu je.He..he.Aku suka cara Kak Ina mengambil berat akan diriku.Yelah aku ni anak yatim piatu jadi hanya kak Ina lah yang menjadi tempat aku mendapatkan kasih sayang yang selama ini aku cari.Kak ina cantik orangnya ,pandai bergaya .Cuma aku je yang masih ketinggalan dalam berfesyen .Tapi aku tak kisah sangat semua itu .Cukup aku berasa yakin dengan diri aku itu sudah memandai.Bilalah kak Ina nak balik rumah ni .Hari dah petang .Perut pun terasa lapar.Tak pe kita tunggu je sampai kat ina balik mesti dia akan bawak makanan balik karang.Hu..hu..hu.Kebosanan yang yang menghantui,membuatkan kelopak mata Alia terasa begitu berat sekali.Dia terlena di atas lantai hanya beralaskan lengannya sahaja.Alia hanyut dalam tidurnya .Tidurnya

dibuai mimpi indah.Di dalam mimpinya ada seorang jejaka tampan sedang menghulurkan tangan kepadanya .Dia tidak tahu apa ertinya mimpinya itu.Tapi yang pasti dia merasa sangat bahagia.Namun dia tak dapat melihat dengan jelas wajah jejaka yang membuat dia bagai di alam khayalan .Tiba tiba tubuhnya terasa seakan ditolak oleh suatu kuasa yang dia sendiri tidak mampu untuk menahannya sehinggalah ada suatu suara yang kedengaran sayup memangil namanya. Alia,alia panggil satu suara yang dirasakan begitu hampir di cuping telinganya . Hei ,minah tak baik tidur magrib-magrib.Kang kena samput hantu meroyan aku tak tau, sambung suara itu tadi sehingga memaksa Alia yang sedang tidur nyenyak di buai mimpi terjaga dari lenanya .Dengan malas Alia memaksa tubuhnya duduk bersandar walaupu n ketika itu dia merasakan suduh kehabisan tenaga . Oh,kak Ina rupanya ingat nenek kebayan mana tadi.Tetiba masuk tak bagi salam ush..sebaik tak ada sakit jantung berlubang kalau tak dah lama aku jadi arwah.Bisik hati kecil Alia . Banyaklah kau punya salam .Salam maut adalah..Dengan pintunye yang tak terkunci.Ni sebaik akak yang masuk kalau perogol bersiri tadi macam mana ?Sapa yang nak jawab? Ish ka kina ni tak penat ke?Baru balik kerja nak membebel pulak dia .Ush..sabar jelah. Akak ni bukan apa ,takut jadi apa-apa kat Alia kang.Nanti akak jugak yang susah Terang Kak Ina dengan penuh prihatin.Sesungguhnya hanya dia seorang sahaja yang sayang akan dirinya yang hanya sebatang kara di dunia ini. ok.Akak menang .Sorry ok.Promise Lia tak buat lagi.Lupa pula,yang akak balik lambat ni kenapa selalunya petang dah terpajak kat rumah .Tapi hari ni Lia pula yang balik dulu.Pergi datelah tu Hu3.sekarang aku kenakan dia .Ha ..sape suruh kacau tidur Lia tadi.ha..sekarang jawab. His ..mana ada jawab kak ina selamba.Muka ka kina ni macam tak boleh percaya je. Malas nak layan kau.Akak masuk bilik ,tidur lagi bagus. Kak ina terus sahaja berlalu pergi dari situ sebaik sahaja menghabiskan ayat terakhirnya .Inilah saatnya untuk aku menyambung kembali tidur ku yang terbantut sebentar tadi.He3.boleh mimpi jejaka kacak aku tadi.Gatal .Hati Alia berbunga riang .Seakan ada lagu cinta yang sedang rancak berbunyi dalam hatinya .Mana tau impiannya untuk bersama putera raja akan dimakbulkan.Amin

* *

* *

Jam loceng yang berbunyi meminggitkan telinga .Sesekali matanya mengerling kearah jam loceng itu.Rasa malas seakan menguasai dirinya.Hu..ngantuknya..Tulah tengok lagi perlawanan boal sepak malam tadi.Penat mata berjaga sampai lewat malam tapi pasukan yang disokongnya kalah.Apa nasib malang aku ni.Ngomel si jejaka di dalam hati.Malas pula nak pergi kerja hari ini .Hai mentang-

mentanglah anak tuan punya syarikat.Biasalah orang kaya tak biasa hidup susah.Penat sikitnya malas nak ke tempat kerja.Empunya nama Putera Haikal Afiq Iskandar sememangnya dilahirkan bertuah sekali.Ibarat dilahirkan di gedung emas.Hidupnya dari kecil sampailah usianya menginjak 23 tahun tak pernah sekali pun hidup susah.Baju di basuh ,makan di hidangkan .Duit ,bukan menjadi satu masalah kepadanya anak orang berada sepertinya.Tuk,tuk,tuk.Kedengaran pintu biliknya diketuk.Seketika kemudiaan kedengaran suara pembantu rumahnya,Mak Limah. Afiq,sarapan mak Limah dah siapkan kat atas meja .Mak Limah nak ke belakang rumah nak siram bunga.Kalau ada apa-apa panggil Mak Limah kat belakang ok. Kata Mak Limah .pembantu rumahnya yang dia sudah anggap macam ibunya sendiri. Baik Mak Limah sekejap lagi Afiq turun ya, Balas Afiq malas.Ish,ngantuknya mata aku ni.Bisiknya dalam hati.Menyesal aku tengok bola semalam .Nak pergi pejabat ,dah lewat.Ah..cuti jelah.Dia bingkas turun dari katilnya lantas mencapai tuala yang tergantung berhampiran dengan bilik mandi.Apa nak buat kat rumah?mesti bosan .baik aku pergi jalan-jalan. * * *

Uh...masa cuti ni lah aku nak berjoging.He,he,he..,berat badan pun dah naik berkilo-kilo.Baik jaga badan taklah nanti badan jadi macam tong dram,bulatje.Alia hanya melayan kata hatinya yang tidak berapa betul tu .Baju yang dipakainya habis basah disebabkan oleh peluh yang merembis keluar daripada tubuhnya .Hampir dua pusingan tasik itu Alia pusingCuti-cuti macam ni Alia memang rajin bersenam .Tambah-tambah lagi bila kat ina menegur akan susuk tubuhnya yang tampak sedikit berisi .Mana taknya asyik makan sahaja .Mulutnya tidak dapat menolak apabila ka kina mempelawanya untuk makan .Lebihlebih lagi apabila makan yang dihidangkan itu sedap-sedap belaka. Sedang sayik berlali anak tanpa memandang hadapan akibatbya dia telah terlanggar seorang lelaki yang kebetulan sedang memegang secawan air kopi .Habis kotor baju yang dipakai oleh lelaki itu.Alia hanya terkaku .Dia tidak menyangka kelalaiannya yang sekejap telah menyusahkan orang lain .Lantas hanya satu perkataan yang terpacul daripada bibir mongelnya . Maaf encik saya betul-betul tak perasan encik tadi.Sorry sesangat . Kata Alia spontan .Alia hanya menundukkan wajah tanda rasa bersalahnya .Dia tidak berani untuk menatap wajah lelaki yang telah menjadi mangsa kelalaiannya.Teruknya perasaan ni.Apalah malang nasib aku hari ni.Bisik hati kecil Alia

Taka pa,Balas lelaki itu tadi.Tiada kata makian yang diterimanya.Alia berasa hairan bin pelik.Ish..biar betul mamak ni.Tak marah langsung.Sebaik Alia mengangkat wajahnya .Alia terpaku seketika.Mamat ni macam pernah dilihat tetapi di mana ya.Alia cuba mengingati wajah lelaki ini.Sambil mengecilkan matanya dia berkata.
Kita pernah bertemu ke? Tanya Alia perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh lelaki itu.Tubuhnya dirapatkan sedikit ke tubuh Alia.Alia melangkah setapak ke belakang cuba menjarakan

sedikit tubuhnya daripada lelaki itu agar orang tidak memandang mereka dengan pandangan yang menjengkelkan .Hati nya berdebar.Apalah lelaki ini nak kat aku.Ish.. seram sejuk aku dibuatnya.Saat itu Alia dapat merasakan hela nafas lelaki yang semakin hampir merapati tubuhya itu.Nafasnya ditarik dalam-dalam lantas dia beranikan diri untuk bersuara Emm Encik nak wat pe nie?Tanya Alia .Ada getar di suaranya. Saya pun rasa kita pernah bertemu..Tapi saya lupa di mana. Balas si jejeka .Gayanya seakan cuba untuk mengingati wajah gadis di hadapannya.Otaknya legat memikirkan di mana mereka pernah berjumpa.Lantas bibirnya berbicara Oh..awak rupannya .Gadis yang bermata empat yang langgar saya tempoh hari.Tak sangka hari ni pun awak yang langgar saya lagi.Pelik betul.. Alia hanya membisukan diri.Alia akui kejadian hari ini memang dia patut dipersalahkan namun untuk meletakkan kesalahan pada tempoh hari di atas bahunya adalah tidak wajar sama sekali. Saya rasa awak ni memang dah tak betul.Agaknya mak awak tak pernah nak ajar awak cara berjalan dengan betul kot.Tu pasallah awak jalan tak pandang orang asyik nak melanggar orang je !Sambung Lelaki itu selamba .Nampak sangat tak ada ati perut.Ush..aku taulah aku tak ada mak bapak tak payahlah nak cakap macam tu . Sorry.Memang ini semua salah saya.Jalan tak pakai mata , Jawab Alia perlahan.Tanpa pemitan Alia lantas pergi dari situ.Afiq hanya terkedu.Dia sangkakan wanita itu akan membalas kata-katanya seperti tempoh hari.Dia perasan mata wanita itu kemerahan .Hatinya diburu rasa bersalah .Aku ni pun tak baik cakap macam itu kat dia .Kutuk mak dia pula tu.

Das könnte Ihnen auch gefallen