Sie sind auf Seite 1von 4

PERJUMPAAN GURU GURU TAHUN ENAM. HARI TARIKH MASA TEMPAT : Jumaat : 08.07.2011 : 11.15 12.

2.00 Tengah hari : Bilik Gerakan

UCAPAN GURU BESAR. 1. DIALOG B - SMAT B - Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris S - Sains A - Matematik T -Terancang 2. PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR Ikut jadual peribadi guru.Ini bermakna ada 4 orang guru di dalam dewan. Semua guru mesti main peranan mengambil kertas peperiksaan , mengutip kertas peperiksaan dan membuat pemantauan agar peperiksaan berjalan dengan lancar. Pemeriksaan Kertas Matematik kertas 2 akan disemak oleh Guru Besar Bahasa Inggeris kertas 2 serah pada Guru Besar. Setiausaha peperiksaan akan menjaga soalan.Guru guru tidak dibenarkan melihat soalan terlebih dahulu. Hari Sabtu dan Ahad waktu untuk menyemak kertas.Markah perlu ada pada hari Isnin.Pada hari Selasa 19.07.2011 serah semua markah kepada penyelaras. Pada tahun hadapan meja meja yang akan digunakan oleh calon calon UPSR mestilah sesuai , tidak goyang dan tidak rosak.Ini bertujuan untuk keselesaan dan menaikkan semangat calon peperiksaan.

3. KEWANGAN Sumbangan PIBG RM1000 untuk persediaan UPSR RM800 untuk membeli kertas dan RM200 sebagai ganjaran kepada murid yang lulus dalam UPSR ( kelas Amanah ) dan murid yang berpotensi untuk mendapat 5A . Duit Tahun 6 berjumlah RM 2055 Tiap tiap kelas akan diperuntukkan sebanyak RM300.Wang ini akan digunakan untuk meningkatkan prestasi murid murid.

4. BACAAN YASIN Setiap pagi Jumaat guru guru lelaki perlu ada sama dalam majlis bacaan Yasin. Guru guru yang free waktu pertama dan guru guru perempuan juga dijemput hadir. Murid murid moral bersama dengan Puan Nor Hazliza.

Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR.

PERJUMPAAN GURU GURU TAHUN ENAM. HARI TARIKH MASA TEMPAT : Jumaat : 01.07.2011 : 11.15 12.00 Tengah hari : Bilik Gerakan

UCAPAN GURU BESAR. 1. MASALAH DALAM KELAS Keluarkan murid murid yang mengganggu kelas mengganggu kawan yang ingin belajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. LEMBARAN KERJA TIADA HAD Guru guru boleh menyediakan lembaran lembaran kerja kepada murid murid tanpa batasan. Guna kembali atau ulang latihan itu semula untuk meningkatkan kefahaman murid murid dan membantu mereka mengesan kesilapan. Kertas soalan percubaan ulang kembali selepas seminggu peperiksaan berlalu. Galakkan murid buat latihan berulang kali pada kertas soalan yang sama.

3. SKIM GANJARAN RM100 untuk murid yang berjaya memperoleh 5A Murid kelas hujung (Amanah ) akan menerima RM20 bagi yang lulus semua mata pelajaran. Setiap mata pelajaran bernilai RM5.

4. DATA Setiap guru perlu mengetahui data murid murid kelasnya.Mengetahui murid murid yang lemah , sederhana dan berpencapaian tinggi. Kenal pasti kelemahan setiap orang murid dalam mata pelajaran yang di ajar.Topik mana yang mereka lemah dan buat sesuatu untuk murid tersebut agar mereka boleh menguasai sesuatu kemahiran. 5. KELAS TAMBAHAN Selepas peperiksaan percubaan, murid murid akan diasingkan mengikut mata pelajaran yang lemah ketika mengikuti kelas tambahan. Hari Rabu tiada kokurikulum untuk murid murid tahun enam.Akan digantikan dengan kelas tambahan. Selepas bulan puasa akan wujudkan prep malam.

DISEDIAKAN OLEH, .. (ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

DISAHKAN OLEH, ( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR

Das könnte Ihnen auch gefallen