Sie sind auf Seite 1von 7

Pengenalan Kursus Aplikasi Matematik (MTE 3114) ini meliputi matematik dalam kehidupan seharian, kod klasik, cipher

dan kriptografi, penggunaan model matematik dalam biologi dan ekologi dan beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus. Pada semester ini, kami guru pelatih PISMP semester 8 diminta melaksanakan aktiviti pratikal dalam tugasan kerja kursus projek.

Pratikal 1 (i) Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

Matematik merupakan ilmu dasar yang sangat diperlukan untuk landasan bagi teknologi dan pengetahuan moden. Di samping itu, Matematik memberikan ketrampilan yang tinggi pada seseorang dalam hal daya abstaksi, analisis permasalahan dan penalaran logika. Dengan demikian Matematik berfungsi untuk membantu mengkaji alam sekitar sehingga dapat dikembangkan menjadi teknologi untuk kesejahteraan umat manusia. Contohnya, masalah- masalah yang timbul dalam sektor pertanian, industri, ekonomi dan kesehatan juga dapat dipecahkan dengan pendekatanpendekatan matematik.

Peranan Matematika dalam Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi

Perkembangan ilmu abad ke-20 menjadikan manusia sebagai insan istimewa dilihat dari kemajuan berimajinasi. Konsep terbaru filsapat abad ke-20 di dasarkan atas dasar fungsi berfikir, merasa, cipta talen dan kreativiti. Ilmu merupakan pengetahuan yang didapatkan melalui kaedah saintifik (Gambar 1). Untuk melakukan kegiatan ilmiah secara baik perlu sarana berfikir, yang membolehkan dilakukannya penelaahan ilmiah secara teratur dan cermat. Sarana ilmiah pada dasarnya merupakan alat membantu kegiatan ilmiah dalam pelbagai langkah yang harus ditempuh. Tujuan mempelajari sarana ilmiah adalah untuk membolehkan kita melakukan penelaahan ilmiah secara baik, sedangkan tujuan mempelajari ilmu bertujuan untuk mendapatkan pengehahuan yang membolehkan anda boleh menyelesaikan masalah sehari-hari.

Peranan Matematik dalam Komputer Dewasa ini, komputer digunakan di hampir semua bidang kehidupan manusia, seperti bidang pendidikan, perniagaan, permainan pentadbiran dan sebagainya. Penggunaan komputer berkait rapat dengan pemograman komputer. Pada dasarnya, komputer hanya merupakan mesin yang tidak biasa. Pengguna harus memberikan beberapa siri arahan kepada komputer supaya mematikan enjin 'pintar' ini dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk boleh melakukannya, kita harus mempunyai ilmu tentang komputer. Ilmu komputer, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Computer Science (CS). Ilmu komputer merangkumi pelbagai topik yang berkaitan dengan komputer, mulai dari analisa abstrak algoritma sampai subjek yang lebih konkrit seperti bahasa pengaturcaraan, perisian , termasuk peranti keras.

Sebagai suatu disiplin ilmu, Ilmu Komputer lebih menekankan pada pemograman komputer, dan kejuruteraan perisian (software), sementara teknik komputer lebih cenderung berkaitan dengan hal-hal seperti perangkat keras komputer (hardware). Namun demikian, kedua-dua istilah tersebut sering disalah-ertikan oleh banyak orang. Ilmu Komputer mempelajari apa yang boleh dilakukan oleh beberapa program, dan apa yang tidak (komputabilitas dan intelegensia buatan), bagaimana program itu perlu menilai suatu hasil (algoritma), bagaimana program harus menyimpan dan mengambil bit tertentu dari suatu informasi (struktur data), dan bagaimana program dan pengguna berkomunikasi (antara muka pengguna dan bahasa pengaturcaraan. Ilmu komputer berakar dari elektronika, matematika dan linguistik. Dalam perkembangan komputer, matematik juga mempunyai banyak peranan dalam perkembangaanya. Kita tidak sangsi bahawa sumbangan Matematik terhadap perkembangan Ilmu dan Teknologi sangat besar sekali. Contohnya Boolean Aljabar untuk komputer berdigital moden, splines digunakan untuk mengubah bentuk 3 dimensi, Fuzzy untuk peralatan elektronik, kaedah berangka untuk bidang teknik, rantai markov untuk bidang kewangan dan ekonomi adalah beberapa contoh penggunaan matematik dalam bidang ilmu dan teknologi. Perkembangan matematik ini telah banyak melahir dan mencetus idea-idea ke arah pelaksanaan peralatan moden seperti komputer dan sistem komunikasi. Walaupun peradaban manusia berubah dengan pesat tetapi bidang matematik terus relevan dan menyokong kepada perubahan ini. Sumbangan matematik terhadap perkembangan Ilmu Komputer adalah sangat besar. Istilah-istilah seperti Statistika, Kebarangkalian, Teori Maklumat, Teori Graf, Aljabar Boolean, Matematik Diskret, Algoritma, dan Kalkulus yang ternyata sangat diperlukan dalam perkembangan Ilmu Komputer Kebarangkalian juga digunakan dalam bidang ilmu konputer. Kebarangkalian suatu kejadian adalah nombor yang menunjukkan kemungkinan berlakunya suatu kejadian. Nilainya di antara 0 dan 1. Kejadian

yang mempunyai nilai kebarangkalian 1 adalah kejadian yang pasti terjadi, dan tentu tidak akan mengejutkan sama sekali. Misalnya matahari yang masih terbit di timur sampai sekarang. Sedangkan suatu kejadian yang mempunyai nilai kebarangkalian 0 adalah kejadian yang mustahil atau tidak mungkin berlaku. Misalnya seorang manusia melahirkan seekor kambing. Selain itu, Algoritma juga adalah suatu prosedur yang tepat untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan bantuan komputer serta menggunakan suatu bahasa pemograman tertentu seperti bahasa Pascal, Visual Basic, Java, dan masih banyak lagi bahasa yang lain. Dengan algoritma, kita dapat mengatasi masalah dari yang sederhana sampai yang kompleks sekalipun. Namun, seorang pengguna harus mampu membuat suatu program dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh komputer. Sebelum disajikan dalam bentuk bahasa pemograman, sebaiknya kita membuat diagram alir (Flow Chart) dan Pseudocode. Hal ini dimaksudkan agar dapat memudahkan kerja atau mempermudah dalam membuat program. Selain itu, algoritma dapat mengatasi masalah logik dan masalah matematik dengan cara berturut-turut, tetapi kadang-kadang algoritma tidak selalu berturut-turut, hal ini dikenal dengan proses percabangan. Pada dasarnya, komputer adalah mesin digital, ertinya komputer hanya boleh mengenal keadaan ada arus elektrik (biasanya dilambangkan dengan 1) dan tidak ada arus elektrik (biasanya dilambangkan dengan 0). Dengan kata lain, kita perlu menggunakan kata laluan 0 dan 1 untuk melakukan pemograman komputer. Bahasa pemrogaman yang menggunakan kata laluan 0 dan 1 ini disebut bahasa mesin. Kerana bahasa mesin sangat susah, maka muncul idea untuk melambangkan untaian kata laluan 0 dan 1 dengan singkatan kata yang lebih mudah difahami manusia biasa disebut dengan mnemonic code. Bahasa pemprogaman yang menggunakan singkatan kata ini disebut bahasa assembly. Program algoritma harus lengkap, nyata, dan jelas. Walaupun tugas algoritma tidak menghasilkan penyelesaian, tetapi proses harus berakhir hal ini disebut dengan semi algorithm (prosedur akan berjalan terus atau biasa disebut dengan perulangan). Intinya kita tidak boleh menambah masalah, akan tetapi kita harus mampu menyelesaikan masalah untuk mendapat hasil

yang tepat. Kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi limit, turunan, integral, dan deret tak terhingga Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang sains dan teknik dan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks yang mana aljabar tidak cukup untuk menyelesaikannnya. Kalkulus digunakan di setiap cabang sains fizikal, sains komputer, statistik, teknik, ekonomi, perniagaan, perubatan, dan di bidangbidang lain. Komputer membaca data dalam bentuk bilang biner sementara cara mencari bilangan biner dipelajari dalam ilmu kalkulus. Di bidang pengkomputeran, statistika diterapkan dalam pengenalan pola maupun kecerdasan buatan. John Von Neumann merupakan tokoh yang berpengaruh terhadap perkembangan ilmu komputer dan pengkomputeran moden. Beliaulah memperkenalkan konsep sebuah sistem yang menerima Arahan-Arahan dan menyimpannya dalam sebuah memori. Konsep ini telah menjadi asas senibina komputer hingga hari ini. Beliau juga salah seorang saintis yang sangat berpengaruh dalam pembuatan bom atom di Los Alamos pada Perang Dunia II lalu. Kepiawaian Von Neumann terletak pada bidang teori game yang melahirkan konsep bimbit automata, teknologi bom atom, dan pengkomputeran moden yang melahirkan komputer. Kegeniusannya dalam matematik telah terlihat semenjak kecil dengan mampu melakukan pembahagian bilangan lapan digit (angka) di dalam kepalanya. Sebenarnya masih banyak lagi peranan matematika dalam ilmu komputer yang belum di jelaskan di atas antara lain Statistika, Teori Maklumat, Teori Graf, Aljabar Boolean, Matematik Diskret, dan masih banyak lagi Kesimpulannya, matematik memainkan peranan yang penting dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan bantuan komputer serta menggunakan suatu bahasa pemprogaman.

(ii)

Meneroka matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

Dalam bidang muzik, operasi Matematik dapat dilihat dalam not-not yang dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan ini mewakili frekuensi yang berbeza. Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Ada yang bernada tinggi dan juga ada yang bernada rendah, pemuzik yang menghasilkan not-not untuk membentuk sebuah lagu yang boleh membuai perasaan pendengar adalah seorang pemuzik yang mempunyai pengetahuan yang baik dalam kedua-dua bidang ini kerana mereka pandai mengaitkan antara Matematik dan Muzik. Matematik juga dapat dikaitkan dengan bidang seni. Bentuk-bentuk yang dihasilkan dalam bidang seni boleh dilihat daripada bentuk-bentuk geometri yang dipelajari dalam Matematik. Jesteru, bidang Mateamtik kini mempunyai peranan yang begitu besar kepada masayarakat dunia kerana saling berkait antara satu perkara dengan satu perkara yang lain.

Das könnte Ihnen auch gefallen