Sie sind auf Seite 1von 9

Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia Visi & Misi Visi : Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang Misi: Membangun

Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Matlamat: Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Carta Organisasi Organization Chart Carta Organization

Menteri & Timbalan Menteri Menteri Pelajaran

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I

Timbalan Menteri Pelajaran II

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Pengurusan Tertinggi Bahagian Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan dan Bahagian Bahagian BA BAD BAS BBT Bahagian Akaun Bahagian Audit Dalam Bahagian Audit Sekolah Bahagian Buku Teks

BDHA Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa BKEW Bahagian Kewangan BKP BKK BM BP Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Kokurikulum & Kesenian Bahagian Matrikulasi Bahagian Pembangunan

BPPK Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi BPK BPG BPI Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Bahagian Pendidikan Islam

BPKha Bahagian Pendidikan Khas s BPSwa Bahagian Pendidikan Swasta sta BPTV Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional BPM Bahagian Pengurusan Maklumat

BPSBP Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah SK Kecemerlangan BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BPSM Bahagian Pengurusan Sumber Manusia BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian

BPPA Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset BPsK Bahagian Psikologi dan Kaunseling BS BT BTP IAB Bahagian Sukan Bahagian Tajaan Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Institut Aminuddin Baki

IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia JNJK LP Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Lembaga Peperiksaan

MBKM Majlis Buku Kebangsaan Malaysia UKK Unit Komunikasi Korporat Badan Berkanun DBP Dewan Bahasa dan Pustaka ITN Institut Terjemahan Negara M Malaysia MP Majlis Peperiksaan Malaysia M Jabatan Pelajaran Negeri JPNJO Jabatan Pelajaran Johor H JPNKE Jabatan Pelajaran Kedah D JPNKE Jabatan Pelajaran Kelantan L JPNLA Jabatan Pelajaran Labuan B jpnme Jabatan Pelajaran Melaka l

Jabatan Pelajaran Negeri JPNPE Jabatan Pelajaran Negeri Perlis L JPNPP JPNS Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

JPNPA Jabatan Pelajaran Pahang H JPNPE Jabatan Pelajaran Perak R JPNSA Jabatan Pelajaran Sabah B JPNSA Jabatan Pelajaran Sarawak R JPNSE Jabatan Pelajaran Selangor L JPNTE Jabatan Pelajaran Terengganu R JPNKL Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

JPNPU Pejabat Pelajaran WP Putrajaya T

Piagam Pelanggan PRESTASI PIAGAM PELANGGAN Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia Jan - Dis 2010 PIAGAM PELANGGAN Kami, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut:

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN Pembangunan Menguruskan perolehan kerja KPM dengan amanah, adil dan cekap: 1. Mengeluarkan surat setuju terima kepada petender yang berjaya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup tender; 2. Mengemukakan dokumen kontrak kepada kontraktor dan jabatan pengguna dalam tempoh satu bulan daripada tarikh ditandatangani; 3. Mengembalikan Cagaran Keselamatan setelah syarat-syarat kontrak disempurnakan sebulan kuatkuasanya tamat; dan 4. Mempamerkan nombor kelompok selepas sebulan daripada tarikh invois diterima bagi bekalan peralatan. Kewangan 1. Memastikan agihan waran peruntukan Belanja Mengurus kepada Program/ Aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja; 2. Menerima dan menimbangkan Permohonan Pakej yang lengkap dalam tempoh 10 hari bekerja; dan 3. Memastikan pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dikreditkan ke dalam akaun sekolah/ Pejabat Pelajaran Negeri (PPD) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima. Pengurusan Aset Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh 2 minggu bagi pelantikan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Pegawai Aset; Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori; Lembaga Pemeriksa Pelupusan; Jawatankuasa Penyiasat; dan Pegawai Pemverifikasi Stok.

Pengurusan Sumber Manusia Memproses urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi laluan hakiki, cemerlang dan time-based serta Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi laluan hakiki dan time-based untuk dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima. Tajaan Pendidikan

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan lengkap diterima. Pembayaran Bil dan Invois Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).

Pengurusan Aduan 1. Mengemukakan maklumbalas kepada isu-isu yang berkaitan KPM melalui media dalam tempoh tiga (3) hari selepas siaran; 2. Menghantar surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima; dan 3. Memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.

DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1. Menghasilkan perancangan dasar dan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian pendidikan, dan analisis data pendidikan bagi memenuhi keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan: 2. Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam (6) bulan; 3. Menghasilkan laporan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan dua (2) kali setahun; dan 4. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih sebanyak dua (2) kali setahun. 5. Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan 6. Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. Lembaga Peperiksaan Mengurus PeperiksaanAwam berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan KPM dan mengumumkan keputusan yang sah dalam tempoh empat (4)

bulan selepas peperiksaan serta mengeluarkan sijil dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan. Pembangunan Kurikulum Memastikan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Teknologi Pendidikan Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.

Pengurusan Buku Teks Memastikan pembekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sampai ke sekolah sebelum sesi tahun baru persekolahan bermula.

OPERASI PENDIDIKAN 1. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh maksimum: 2. 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bagi sekolah harian, teknik, sukan, seni dan khas; 3. Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan; dan 4. Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan PMR diumumkan. 5. Memastikan penempatan dan pertukaran guru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh lapor diri; 6. Mengurus pengecualian wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; 7. Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;dan 8. Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas 30 hari memorandum persefahaman ditandatangani. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

1. Memastikan tidak kurang 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan setiap tahun; 2. Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dikeluarkan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) memenuhi 80% kehendak pelanggan berdasarkan instrumen penilaian dari aspek kualiti diri; pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran; kebolehan mengurus kokurikulum; dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah; 3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan dilaksanakan; 4. Memastikan tidak kurang 80% pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam tempoh satu tahun mendapat latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah di Institut Aminuddin Baki (IAB); 5. Mengemukakan Laporan Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Y.B. Menteri Pelajaran dalam bulan Oktober setiap tahun; 6. Memastikan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh lapor diri; 7. Memaklumkan calon yang berjaya dan tidak berjaya mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; 8. Mengurus pengambilan calon guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan. Senarai Menteri Pelajaran Senarai Menteri Pelajaran Senarai Ketua Setiausaha Senarai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Das könnte Ihnen auch gefallen