Sie sind auf Seite 1von 3

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan

saiz. Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi

itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan

Tajuk Bahan: Kenali Kami (Padankan) Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut. Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk. Tambahan dan pandangan: -Meletakkan tajuk pada bahan

Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Tajuk Bahan: Siapa Saya? Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan. Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca. Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.

REFLEKSI Pada April 2008 yang lalu, pelajar PISMP PJ2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa

berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan saya untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Das könnte Ihnen auch gefallen