Sie sind auf Seite 1von 9

KERTAS KONSEP

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2007

1. Rasional:

Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-


kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan
kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk
dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin
dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran
fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,


secara tida lansung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing – masing. Misalnya dengan
menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan
tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan
emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan
terdesak serta mencabar

2. Latar Belakang :

Selaras dengan rasional diatas. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning akan


menganjurkan Perkhemahan Badan Uniform 2007 dengan hasrat memberi
peluang kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar
dengan cita – cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta
seimbang dari segi jasmani, emosi , Rohani dan Intelek.

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
membina dan memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk
generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan
jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah
bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat:
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan elajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi dan intelek serta berpotens untuk memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan


perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, memunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran
matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi
kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya
saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai
nilai – nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4. Objektif:

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.

4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin
4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak
dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing
– masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan
4.7 Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun
beragama dan kehidupan bermoral

5. Tema:

6. Konsep Pelaksanaan:
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui
aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah
dirangka dengan menggabungkan unsure-unsur berikut:-
6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
6.2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.
6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
6.4 Pengukuhan disiplin kendiri
6.5 Pengukuhan didiplin berpasukan
6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
6.8 Penyemaian cirri – cirri kepimpinan berwibawa.
6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integrative dan
harmonis
7.0 Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekriasi dan reka cipta.

7. Aktiviti
8. Ketetapan dan pelaksanaan:-
8.1 Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2007
8.2 Hari : Jumaat – Ahad
8.3 Tempat : Padang Sekolah,
SK Bukit Kemuning, Jalan Anggerik Aranda
31/8 , 40460 Kota Kemuning, Shah Alam
8.4 Majlis Perasmian Penutup
a) Tarikh : 24 Jun 2007
b) Hari : Ahad
c) Masa : Mulai 12.00 Tengahari
d) Tetamu Kehormat : Puan Hjh Sulha Bt Hitam
Guru Besar,
SK Bukit Kemuning, Shah Alam

9. Maklumat Penyertaan:-
Setiap badan uniform akan diwakili oleh :
Pelajar : 15 orang pelajar
Guru Pengiring: 6 orang

Jumlah keseluruhan peserta : 15 X 4 = 60 orang peserta


Guru Pengiring : 6 X 4 = 24 orang Guru
Jumlah keseluruhan 84 orang

10. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2007


Penaung : En Azlee B Mizan
YDP PIBG SK Bukit Kemuning
Pengerusi : Puan Hajah Sulha Bt Hitam
Guru Besar, SK Bukit Kemuning
Naib Pengerusi : En Mohd Hamdan B Rahim
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : En Cheliyen a/l Subramaniam
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : En Mohd Faudzan B Karim
GPK Ko- Kurikulum
Setiausaha : En Jamaludin Bin Musa
S/U Kokurikulum
Bendahari : Pn Mazlina Bt Su

Ahli Jawatankuasa : En Aminuddin


Ketua Bahagian Peralatan

Pn Ruslinawati Bt Ibrahim
Ketua Bahagian Pendaftaran

En Mohd Faudzan B Karim


Ketua Bahagian Pengurusan Tempat/ Aktiviti

Pn Rozita Bt Awi@Setapa
Ketua Bahagian Makanan/Minuman

Pn Norbaiti Bt Abdullah
Ketua Bahagian Keselamatan
11. Anggaran Perbelanjaan:

12. Peraturan tetap perkhemahan:


a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran

bertulis dari ibu bapa atau penjaga


b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan

semasa menyertai perkhemahan.


c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah
ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan
perkhemahan tidak akan dilayan.
d) Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan
perkhemahan, kecuali dengan kelulusan Pengerusi atau Setiausaha
J/watankuasa Pelaksana di atas sokongan kem komanden atau jurulatih
bertugas.
e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang
boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang
f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau
barang – barang lain yang berharga , termasuklah peralatan
elektronik
g) Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan – kawasan
larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai
bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
h) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa
melaksanakan aktiviti – aktiviti di sepanjang perkhemahan.
i) Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang
masa.

13. Harapan:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga, sokongan dan bentuan ehsan dari semua pihak akan secara
lansung turut menyumbang kepada kejayaan itu.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

……………………………… ……………………………………………
JAMALUDIN BIN MUSA
S/U KO-KURIKULUM

DISAHKAN OLEH
…………………………

IKRAR PERKHEMAHAN

KAMI
PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH
KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING TAHUN 2007

DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR


BAHAWAKAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH –
SUNGGUH

BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN


DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT

BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK


MEMPERKAYA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN
LAGI PERPDUAN DIANTARA KAMI

BAHAWA KAMI AKAN MENGHARHGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALA


PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI

BAHAWA KAMI AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN


DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA BERSAMA – SAMA MENJAYAKAN


PERKHEMAHAN INI

BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI


DAN KAMILAH
PENDUKUNG CITA – CITA BANGSA DAN NEGARA

Das könnte Ihnen auch gefallen