You are on page 1of 19

ALAM BELAJAR

Alam belajar atau alam pembelajaran bukan hanya satu proses penambahan ilmu di mana pembelajaran baru akan dihimpunkan ke atas pengetahuan sedia ada, bahkan ia adalah satu proses yang aktif dan dinamik di mana perkaitan seringkali berubah-berubah dan struktur juga sentiasa dibentuk semula ~ Cross ~

1 ~ Konsep Alam Belajar

Alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepatkan perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah-laku.

Konsep alam belajar lebih bersifat individu. Keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Keperluan tersebut adalah unik dan perlu

dikenalpasti.Perbezaan antara kanak-kanak adalah nyata dan perbezaan inilah yang mempengaruhi pengajaran guru. Aras peningkatan kebolehan kanakkanak, cara pembelajaran, minat dan latar belakang keluarga mereka adalah antara faktor yang membantu untuk membentuk pesekitaran pembelajaran.

Dalam membincangkan konsep alam belajar ini, ianya tidak dapat lari dari tiga aspek yang penting dalam pembentukan murid yang menyeluruh iaitu aspek psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

1. 1 Aspek Psikososial

Pertama dari aspek psikososial. Dalam perkara ini, ia

berkait rapat dengan

perasaan murid-murid sewaktu di sekolah dan seterusnya berhubungan dengan keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah. Mengikut kebiasaannya, pembelajaran biasanya akan menjadi lebih berkesan jikalau mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh guru-guru dan rakan-rakan sekelas.

Dalam aspek psikososial ini, ianya melibatkan kepada empat elemen penting iaitu nada suara, budi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif.

Nada suara guru yang berkesan biasanya akan diketahui dengan nada suara ke atas pembelajaran murid-murid mereka. Suara mereka biasanya tegas tetapi bukan nyaring. Apabila mereka mengubah suara mereka menjadi perlahan atau bisikan, murid-murid akan menjadi sunyi unuk memberi perhatian yang rapi agar dapat mendengar maklumat yang disampaikan.

Guru perlu menjadi contoh pada muridnya maka budi bahasa perlu diamalkan selalu dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Maka digalakkan daripada menggunakan sindiran dan sebagainya. Dengan itu, wujud sifat hormatmenghormati antara guru dan murid-murid dan sekolah merupakan tempat yang utama untuk mengamalkan tingkah-laku yang baik ini.

Tingkah-laku pula biasanya akan mempengaruhi persekitaran psikososial biik darjah. Murid biasanyaa akan meniru segala perbuatan guru untuk dijadikan sebagai contoh pengamalan harian. Apabila mereka mendapati bilik darjah adalah selamat dan selesa, adalah lebih mudah untuk mereka menerima pengajaran yang disampaikan.

Suasana yang kondusif amat mempengaruhi suasana alam belajar. Suasana susunan fizikal kelas biasanya akan mewujudkan suasana belajar yang menyegarkan dan stabil. Fizikal dalaman bilik darjah pasti akan mengganggu pembelajaran sekiranya fizikal kelas agak bermasalah dari segi kemudahan yang ada.

1. 2 Aspek Fizikal

Susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikososial murid-murid malah mencerminkan gaya pengajaran guru. Bagi menjalankan pengajaran, beberapa teknik fizikal perlu diubah untuk menjayakan dan

mencapai objektif pembelajaran. Antara cara penyusunan bilik darjah adalah seperti berikut :

i.

Gaya Auditorium

Gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru.

ii.

Gaya Bersemuka

Murid-murid duduk menghadap satu sama lain.

iii.

Gaya Off-set

Tiga atau empat orang murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka.

iv.

Gaya Seminar

Kumpulan murid-murid yang terdiri darpada 10 atau lebih akan duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk U.

v.

Gaya Kluster

Empat hingga lapan orang murid akan duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.

Di samping itu, ada beberapa perkara lain yang perlu dikaitkan dengan fizikal juga. Ini termasuklah pokok-pokok, gambar-gambar, papan kenyataan yang dipenuhi dengan berbagai bahan, poster-poster, kata-kata hikmah dan sudut bacaan.

Ahli-ahli teoris berpendapat bahawa persekitaran kelas tersebut boleh dianggap sebagai guru yang kedua . Ini kerana ruang di dalam bilik darjah digunakan dengan sepenuhnya secara maksimum untuk membolehkan perjalanan pelbagai aktiviti di dalam kelas akan berlaku. Ini akan mendorong kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif di dalam bilik darjah dan seterusnya mengurangkan tingkahlaku bermasalah dalam kalangan murid-murid.

1. 3 Komuniti Pembelajaran

Konsep komuniti pembelajaran ialah persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan

tingkahlaku. Komuniti pembelajaran juga melibatkan unsur kerjasama, bantumembantu, perkongsian alat dan idea dan juga persaingan yang sihat.

Dalam komuniti pembelajaran,

terdapat beberapa ciri suasana pembelajaran

yang menunjukkan bahawa persekitaran tersebut dapat memberi kesan positif dalam pembinaan diri kanak-kanak. Dengan kata lain dalam konteks pendidikan, komuniti pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

i. ii.

Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif. Penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya mereka.

iii. iv.

Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial. Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.

Secara ringkasnya, bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran akan berpegang kepada prinsip-prinsip yang berikut :

Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh, diperkongsikan bersama.

Pembelajaran menitikberatkan pemahaman. Oleh itu amat mustahak untuk guru memadankan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada murid.

Kolaborasi antara murid-murid dengan guru mereka bagi memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian bagi masalah-masalah disiplin yang wujud.

Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan sesuatu atas matlamat peribadi dan bukannya apa yang akan saya dapat .

Perbezaan antara individi tidak dilihat sebagai satu masalah bahkan dialualukan bagi memaksimumkan sumbangan setiap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

2. Pengalaman Belajar Kanak-kanak

Pengalaman belajar kanak-kanak lebih mudah disebut sebagai pengalaman secara langsung. Pengalaman langsung juga boleh diimplimentasi secara meluas merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza. Antaranya termasuk pendidikan luar, kerja lapangan, amali, projek pembelajaran berasaskan kumpulan,lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Pengalaman langsung boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu :

Belajar dengan sendiri. Ia juga dikenali sebagai belajar melalui cara semulajadi dan mengambil bahagian secara langsung dalam peristiwaperistiwa sebenar. ( Pendidikan Informal )

Belajar

melalui

pengajaran

guru.

Dalam

hal

ini,

guru

bertanggungjawab untuk mengurus dan memudahcara pengalaman langsung berhubung dengan peristiwa-peristiwa tertentu. Maka guru perlu membuat perancangan rapi hasil penilaian kendiri keatas sesi pengajaran.

3. Peranan

Dan

Kepentingan

Bermain

Dalam

Proses

Pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran, main merupakan satu aspek yang penting. Untuk tujuan perbincangan seterusnya, kita akan kaji main dari segi konsep, kepentingan bermain, kategori dan jenis-jenis main dan ciri-ciri main.

3.1 Konsep main

Tanggapan main pada kanak-kanak ialah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama , mereka belajar menerusi main. Main untuk orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main Sebagai profession seperti main bola sepak, badminton dan golf.

Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan sosial dan kognektif.

3.2 Kategori dan jenis main

Dalam tajuk ini, main terbahagi kepada dua iaitu main sosial dan main kognitif.

Main Sosial

Main sosial mengikut Mildred Perten (1932 ). Beliau mengkategorikan main sosial kepada 6 peringkat pembentukan sosial kanak-kanak seperti berikut :

Pelakuan tidak menentu ( unoccupied behavior ).

Kanak-kanak bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bemain.

Main sendirian ( solitary play ).

Kanak-kanak bermain sendirian tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya.

Main pemerhatian ( on looker play )

Kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Main selari ( parallel play )

Kanak-kanak bermain sendirian dan merupakan alat-alat yang sama dengan kawan-kawannya.

Main asosiatif / gabungan ( associative play )

Kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan berkongsi peralatan permainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti bermain.

Main koperatif ( cooperative play )

10

Kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

Main Kognitif

Menurut Sara Smilansky ( 1968 ) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan itu sendiri.

Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.

Kategori main mengikut Smilansky ialah :

Main berfungsi ( functional play )

Kanak-kanak menggunakan tubuh mereka untuk berlari, melompat atau memanipulasi objek agar dapat belajar mengenai dunia sekeliling.

Main konstraktif ( consructive play )

Kanak-kanak menggunakan objek-objek untuk mencipta struktur atau bentuk. Misalnya bermain dengan blok, lego dan sebagainya.

11

Main dramatik ( dramatic play )

Kanak-kanak main peranan, misalnya menjadi orang dewasa ( doktor, jururawat, guru ) atau haiwan ( harimau, kucing ).

Main fantasi

Kanak-kanak mencipta aktiviti baru yang berada di luar dunia ini berdasarkan imajinasi dan daya kreativiti mereka.

Main yang berperaturan ( game with rules )

Kanak-kanak ini bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

3.3 Ciri-ciri main

Antara ciri-ciri main ialah :

Bermotivasi secara intrisik

Permainan ini tidak bergantung pada ganjaran luaran atau pun pada orang lain. Kanak-kanak biasanya melibatkan diri dalam satu-satu jenis main kerana keseronokan.

Berfokus kepada fungsi

12

Permainan ini menitikberatkan pada unsur kegunaan aktiviti main.

Berubah-ubah merentasi situasi dan jenis kanak-kanak yang terlibat.

Satu -satu aktiviti boleh dimainkan dengan menggunakan pelbagai cara bergantung kepada kreativiti kanak-kanak.

Tidak bermatlamat

Agak sukar bagi kanak-kanak menerangkan apakah tujuan mereka melibatkan diri dalam satu-satu jenis main.

Mempunyai kesinambungan

Kanak-kanak biasanya khusyuk bermain sehingga lupa diri.

Berlaku di tempat yang selamat dan kondusif

Mewujudkan perasaan selesa, seronok, selamat dan sebagainya.

13

Pilih

satu

permainan

tradisional

dan

bincangkan

kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Bentangkan hasil perbincangan.

CONGKAK

Permainan tradisional yang dipilih ailah congkak. Permainan ini dimainkan oleh semua lapisan masyarakat sebagai permainan dalaman dan sebagaim pertandingan. Asas permianan ini melibatkan pengiraan dan pergerakan tangan berupaya menggalakkan perkembangan intelek, sosiaemosi dan fizikal kanak-kanak.

Dalam permainan congkak, mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan untuk mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Kanak-kanak yang gemar nermain congkak dengan sendirinya mereka dapat menguasai kemahiran matematik iaitu penambahan dan pengurangan.

14

Kajian telah menunjukkan hubungan yang posotif antara main dan pembelajatan kanak-kanak. ( Kumar & Hurizka, 1998 ), Liebergman, 1977., Kreativiti dan Pemikiran dirergent ( Dansky 1980, Holmas & Geiger , 2002 ) jelas menunjukkan bahawa proses bermain yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Jeane, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya.

Seterusnya permainan ini yang melibatkan dua orang bermain akan meningkatkan kemahiran berbahasa, meneroka persekitaran, mempelajari perkara yang baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.

Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain congkak adalah pencetus kepada pembentukan, perkembangan serta kemahirn sosial dan emosi kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing.

Kajian ( Rubia & Home 1986 : Creorey, Jarvis & Berk, 1998 ) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepadakanak-kanak untu menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberi pendapat mereka sendiri. Selainitu, main congkak dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkat kemahiran sosial, mempunyai setiviti, nilai dan keperluan orang lain. Belajar mengawal emosi dan belajar mengawal diri sendiri.

15

Permainan congkak juga melibatkan aktiviti fizikal seperti jari digunakan untuk menggerakkan buah. Oleh itu, kanak-kanak berasa seronok dan lebih selamat kerana permainan ini tidak memerlukan pergerakan yang kasar dan bermain ditempat yang selamat.

Rujukan : 1. Murid Dan Alam Belajar, Choong Lean Keow PhD, 2008 2. http//www.mnsu.edu/emuseum/cultural/Applied/zwelihle/ pictures.html 3. http://www.ceo.uga.edu/resorurces/student.html

16

Refleksi

Dalam pembentangan yang telah dibuat oleh kumpulan saya, ianya berkaitan dengan bab Alam Belajar. Tajuk ini telah dibahagikan kepada tiga topik utama iaitu Konsep Alam Belajar, Pengalaman Belajar Kanak-kanak dan peranan dan Kepentingan Bermain Dalam Proses Pembelajaran.

Bila merumuskan dalam bab ini ini, saya dapati bahawa dalam setiap pembentangan oleh kumpulan saya, saya dapati penglibatan secara langsung oleh guru dalam perkara ini amat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan.

Sebagai seorang guru, kita perlu menggalakkan penyertaan yang aktif dari semua murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, kita sebagai guru perlu berusaha untuk mendekati setiap hari anak murid dengan mengetahuinlatarbelakangmurid, masalah, kekurangan dan kelebihan murid agar memudahkan guru mengenalpasti murid yang lebih memerlukan bantuan.

17

Guru juga berperanan sebagai fasalitator bagi memudahcarakan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu bersedia dengan berbagai kaedah pengajaran bagi mewujudkan persekitaran yang positif semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Disamping itu, guru terlebih dahulu perlu menunjukkan minat terhadap perkara yang akan diajarnya agar murid juga akan lebih berminat.

Guru juga dicadangkan dan digalakkan supaya menggunakan permainan sebagai salah satu kaedah pengajaran. Ia adalah sebagai satu cara untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru dapat menggunakan permainan agar merangsang perkara-perkara positif di dalam diri murid.

Guru perlu memberikan fokus pada keseluruhan perkembangan diri murid-murid dari segi perkembangan mental, emosi, sosial dan fizikal. Guru juga sepatutnya tidak terikat dengan gaya pengajaran lama dan guru juga mestilah sentiasa kreatif sewaktu pengajaran kepada murid-murid.

Akhir sekali, guru mestilah sentiasa memotivasikan murid agar terus belajar, bukan sahaja secara langsung di dalam kelas malahan di dalam segala tindakan seharian mereka.

Disediakan oleh, Azhar Bin Rethian @ Saad

18

19