Sie sind auf Seite 1von 7

Mendidik Anak, Perlu Teknik Yang Betul

Hari ibu telah berlalu, apakah yang anda lakukan dan berikan untuk ibu pada hari tersebut? Tentulah berbagai hadiah dan penghargaan yang tidak ternilai. Terfikirkah anda bila anda anak anda seusia anda sekarang dan anda seusia ibu anda. Adakah anda pasti akan mendapat penghargaan sebagaimana yang anda berikan kepada ibu anda? Sering kita tonton di kaca TV dan baca didada akhbar berbagai kelakuan yang tidak sepetutnya dilakukan seorang anak kepada ibu-bapanya telah terjadi. Anak sanggup menghalau ibu-bapa, mengherdik malahan membunuh ibu-bapanya. Kenapa keadaan sedemikian berlaku? Adakah kerana anak sememangnya di lahirkan untuk jadi begitu atau ibu-bapa silap mendidik anak dengan baik sehingga anak menjadi anak derhaka? Apakah didikan yang kita berikan kepada anak kita hanya mengikut cara bagaimana ibu kita mendidik kita. Zaman berubah, Teknik pendidikan juga berubah. Oleh yang demikian saya mencadangkan agar anda mempelajari teknik-teknik yang betul untuk mendidik anak agar anak anda mendengar kata dan menjadi anak soleh. Alangkah sejuknya perut ibu bila anak meningkat dewasa dalam keadaan didikan yang sempurna. Menjadi anak yang taat kepada kedua orang tua, rukun dan damai sesama adik beradik dan taat kepada Tuhan.

Anak Derhaka

Keras hati anak Deras memecut kereta Di belakang ibu kecungapan Kereta anak sayup menghilang Syawal tidak bermakna Kolam derita bernanah kembali....

Buang ibu di Aidilfitri


Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya. Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah. Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya. Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini. Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam. Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya. Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini, katanya ketika ditemui. Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai. Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya, katanya. Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa. Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya. Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah, katanya. Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak. Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba. Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah, katanya. Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini. Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka. Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan. Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak, katanya.

Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai seperti lelaki dan orang yang dayus (Hadits riwayat An-Nasaie, Al-Bazzar, al-Hakim ; Sohih menurut Albani, rujuk Ghayatul Maram , no 278, hlm 137 )

Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu alaihi wasallam lalu berkata: Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar? Nabi Shallallahu alaihi wasallam menjawab: Mensyirikkan Allah. Dia (orang Arab itu) berkata lagi: Kemudian apa?, Baginda Shallallahu alaihi wasallam menjawab: Kemudian menderhaka kedua ibu bapa (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Dunia ibarat roda Hari ini kita buat Esok lusa kita dapat Jika mahu diderhakai Derhakailah ibu bapa sendiri Hormat dan sayangilah Sesungguhnya yang demikian amatlah dicintai Allah swt

Kes memukul bapa oleh remaja 19 tahun


Share

Pukulan anak derhaka Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my 2010/06/02 AMPANG: Hanya kerana tidak mahu memperlahankan bunyi televisyen, seorang bapa cedera di kepala dan badan selepas dibelasah menggunakan topi keledar oleh anak lelakinya.

Difahamkan, kejadian berlaku Sabtu lalu kira-kira jam 9 malam ketika dua beranak terbabit berada di ruang tamu di rumah mereka di Pandan Indah di sini. Ketika itu, mangsa yang berusia 40-an menonton televisyen dengan bunyi yang dipasang agak kuat menyebabkan anaknya menegur perbuatannya. Menurut sumber, anak mangsa yang berusia 19 tahun terbabit meninggikan suara meminta bapanya memperlahankan bunyi televisyen itu. Mangsa yang tidak berpuas hati menegur sikap anaknya yang dianggap biadab. Tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran. Dalam pertengkaran itu, anak lelakinya tiba-tiba naik marah lalu memukul kepala dan badan mangsa menggunakan topi keledar berkali-kali. Pergaduhan dua beranak itu hanya berakhir selepas anak mangsa keluar dari rumah. Mangsa yang cedera di kepala dan badan pergi ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan polis. Susulan laporan itu, polis menahan anak lelaki mangsa dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya menahan anak lelaki terbabit sebaik laporan kejadian itu dibuat bapanya dan remaja terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati remaja terbabit dengan sikap bapanya yang gemar memasang bunyi televisyen dengan kuat apabila menontonnya, katanya. NOTAKAKI: ibu bapa kena pandailah bertimbang rasa... kekadang salah tak boleh letak 100% pada anak.. http://hpacer88.blogspot.com/2010/05/tuduh-ibu-sial.html

July 31, 2008 Posted Under: Tips Kahwin, Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan, Tips dan Renungan Read More July 31, 2008 Posted Under: Tips Kahwin, Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan, Tips dan Renungan Read More

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif . itu salah Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Das könnte Ihnen auch gefallen