Sie sind auf Seite 1von 14

BPMN1013 Pengantar Pengurusan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


KEPENTINGAN PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIA DALAM MENINGKATKAN
PRESTASI KERJA DALAM ORGANISASI.
1.0PENGENALAN
Berdasarkan Ab. Aziz YusoII (2006), sumber manusia` ialah aset terpenting organisasi sama
ada organisasi perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek produktiviti, kualiti, kepuasan
pelanggan,keuntungan dan ;abty` ataupun organisasi awam yang mementingkan kualiti
perkhidmatan, keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaan pelanggan. Bagi sesebuah
organisasi perniagaan, sumber manusia yang dimilikinya bermula pada peringkat pekerja biasa,
penyelia, pengurus pertengahan sehingga ke peringkat pengurusan atasan. Ringkasnya, sumber
manusia` bagi sesebuah organisasi atau institusi itu merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam menyumbang kepakaran, kemahiran atau tenaga kerja bagi mencapai visi, misi
dan objektiI sesebuah institusi itu.

Pengurusan sumber manusia` merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh
organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam
organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi . Berdasarkan Byars & Rue (2006),
pengurusan sumber manusia` atau pada satu ketika dahulu dikenali sebagai pengurusan
personelia` atau pentadbiran personelia`, merupakan suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua
organisasi besar atau kecil sama ada organisasi berorientasikan perniagaan atau perkhidmatan.
Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber manusia merupakan
suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu
BPMN1013 Pengantar Pengurusan

individu yang menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektiI
organisasi. Rumusnya, pengurusan sumber manusia` merujuk pada pendekatan yang diambil
oleh sesebuah organisasi dalam merancang, mengurus dan mengawal elemen penting dalam
sesebuah organisasi iaitu individu dalam mencapai objektiI organisasi tersebut.

Pengurusan sumber manusia sebagai suatu sistem yang komprehensiI dan bersepadu bagi
mengurus tenaga kerja secara eIektiI dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi . Secara
lebih spesiIik lagi, ianya melibatkan usaha-usaha pemilihan, pengambilan, pengekalan,
pemberhentian, pembangunan, dan penggunaan sumber manusia dengan cara yang betul dalam
sesebuah organisasi (Ivancevich et a., 1997).

Maka dengan itu, sesebuah organisasi memerlukan perancangan keperluan tenaga manusia yang
membabitkan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Tanpa perancangan
yang baik dan teratur, sesebuah organisasi berkemungkinan besar akan mengalami kesulitan
untuk mendapat sumber manusia jika berlaku kekosongan jawatan, apatah lagi untuk mengambil
pekerja yang benar-benar layak dan sesuai dalam jangka waktu yang singkat. Mereka yang
terlibat dalam perancangan sumber manusia bukan saja merangka kategori dan jumlah jawatan
yang perlu diwujudkan, malah perlu memikirkan kriteria pekerja yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan tersebut. Dalam hal ini, kajian yang menyeluruh mengenai spesiIikasi pekerja
seperti umur, jantina, kelayakan akademik, pengalaman kerja, kebolehan seperti bersukan,
kepimpinan atau sebagainya, perlu dipertimbangkan dalam proses perancangan tersebut.

BPMN1013 Pengantar Pengurusan

Selanjutnya, apabila perancangan tentang keperluan sumber manusia telah dilakukan dan
spesiIikasi pekerja telah ditetapkan, pihak pengurusan perlu merangkakan program perekrutan,
pemilihan, latihan, dan pembangunan kerjaya kepada pekerja. Penilaian prestasi terhadap kerja
mereka juga perlu dirancang dan dilaksanakan agar kualiti dan produktiviti kerja mereka dapat di
tingkatkan dari masa ke semasa. Semua langkah-langkah yang dinyatakan adalah merupakan
gambaran bagi proses pengurusan sumber manusia.

.0EPERLUAN PROGRAM LATIHAN EPADA PEER1A

Apabila perancangan tentang keperluan sumber manusia telah dilakukan dan spesiIikasi pekerja
telah ditetapkan, pihak pengurusan perlu merangkakan program perekrutan, pemilihan, latihan,
dan pembangunan kerjaya kepada pekerja. Penilaian prestasi terhadap kerja mereka juga perlu
dirancang dan dilaksanakan agar kualiti dan produktiviti kerja mereka dapat di tingkatkan dari
masa ke semasa. Semua langkah-langkah yang dinyatakan adalah merupakan gambaran bagi
proses pengurusan sumber manusia.

Perancangan latihan ialah satu proses merekabentuk pembelajaran yang diperlukan oleh tenaga
kerja untuk meningkatkan prestasi kerja. Latihan merupakan proses memberi dan menambah
pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia. Bagi pekerja yang baru dipilih untuk
sesuatu jawatan atau mereka yang baru dinaikan pangkat, latihan adalah penting kerana inilah
peluang bagi mereka untuk mempelajari kemahiran baru sebelum memulakan tugas sepenuhnya.
Latihan yang berkesan dapat mempengaruhi atau merubah gelagat pekerja menjadi lebih
produktiI dan selanjutnya dapat memberi sumbangan kearah pencapaian matlamat organisasi.

BPMN1013 Pengantar Pengurusan

Terdapat berbagai jenis latihan yang ditawarkan oleh organisasi dalam usaha untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja masing-masing. adua 1 menunjukkan antara
jenis latihan yang biasanya diberikan oleh organisasi di Amerika Syarikat.

Jenis-Jenis Latihan

Syarikat yang
Menawarkan ()

Kemahiran/Pembangunan Pengurusan
Kemahiran Penyeliaan
Kemahiran Teknikal dan Kemas Kini Pengetahuan
Kemahiran Komunikasi
Perhubungan/Perkhidmatan Pelanggan
Pembangunan EksekutiI
Metode dan Prosedur Baru
Kemahiran Menjual
Kemahiran Perkeranian/Setiausaha
Pertumbuhan Personal
Kemahiran Asas Komputer
Perhubungan Pekerja
Pencegahan Penyakit
Pendidikan Pelanggan
Pendidikan Asas Rawatan

74.3
73.4
72.7
66.8
63.8
56.8
56.5
54.1
54.1
52.9
51.9
48.2
44.9
38.9
35.7
18.0
adua 1.Sumber : Certo. (1997). Modern management, 285.

Begitu juga dengan Malaysia pelbagai usaha yang dibuat untuk memastikan pekerja di Malaysia
dipelbagai sektor awam mahupun sektor swasta mempunyai pekerja yang cekap dan kompeten.
Oleh itu, pengurusan sumber manusia sentiasa memikirkan pelbagai modul latihan dari masa ke
semasa.


BPMN1013 Pengantar Pengurusan

Sebagai contoh dalam sebuah jabatan dalam bidang perkhidmatan kerajaan, salah satu Iungsi
sumber manusia jabatan ialahmelahirkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dalam pelbagai
bidang termasuk ICT selaras dengan keperluan E-Government dan kompeten serta berintegrasi
melalui perancangan dan pengurusan sumber manusia secara cekap dan adil berintegrasi.(
KEMAS Malaysia 2010). Oleh itu pelbagai perancangan latihan yang dirancang untuk
pegawainya setiap tahun.

Certo (1997) menggariskan empat langkah penting dalam melatih individu, iaitu menentukan

keperluan-keperluan latihan, merangka program latihan, mengurus program latihan, dan menilai

program latihan.


1. Menentukan keperluan-keperluan kursus

1.1 Pihak pengurusan perlu mengkaji keperluan latihan yang diperlukan oleh pekerja,
samada pekerja itu baru mendapat jawatan ataupun mendapat kenaikan pangkat.
Selain daripada itu kemahiran yang diperlukan dapat juga ditentukan dengan cara
memperoleh maklum balas langsung daripada pekerja. Pekerja biasanya boleh
memaklumkan dengan jelas dan tepat jenis-jenis latihan yang mereka perlu supaya
dapat menghasilkan kerja dengan lebih baik.

1.2 Metode lain yang boleh digunakan ialah dengan mengkaji perancangan strategi
jangka masa panjang organisasi tersebut. Sebagai langkah persediaan untuk
memastikan kemajuan organisasi itu seiring dengan perancangan organisasi.
Sebagai persediaan organisasi itu perlu melatih pekerja supaya

BPMN1013 Pengantar Pengurusan



1.3 Kebolehan Iasilitator ataupun jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk
menjaya program latihan kepada pekerja oleh itu Bernnett (1994) berpendapat
bahawa Iasilitator adalah mereka yang membimbing pelatih untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, aktiviti, proses dan operasi mengikut langkah-langkah yang
sepatut dilakukan. Apa yang penting disini adalah keberkesanan latihan juga dilihat
sebagai dipengaruhi oleh kecekapan seseorang Iasilitator. Lantaran, Bennett turut
menggariskan tahap kompetensi yang perlu dipunyai oleh seorang Iasilitator :-

Berupaya mendorong pelatih untuk terus berminat belajar.
Berkebolehan berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan kaedah yang
bermakna dan sesuai.
Mempunyai tahap pengetahuan tinggi dalam bidang berkaitan.
Berkebolehan menghubung kaitkan latihan dan pengalaman
Praktikal yang dialami oleh pelatih beseta beberapa contoh berkaitan.
BerIikiran jelas dan terbuka
Berkeupayaan bekerja melebihi had masa dan berperancangan tersusun
Berkemampuan mengawal suasana pembersihan pelatih.





BPMN1013 Pengantar Pengurusan

1. Merangka program latihan.


1.1 Langkah ini memerlukan pihak pengurusan merangka modul latihan yang
bersesuaian. Contoh program yang dirangka berdasarkan pandangan sesorang yang
memandang tinggi kepada peningkatan dalam menjadikan sebuah Negara yang maju
dengan menjadikan Negara yang telah maju sebagai contoh dan pandangan ini
dijadikan sebagai dasar kerajaan. Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja
yang baik dan positiI mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, dan
mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur seperti
Jepun dan Korea Selatan yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang
ke arah kemajuan negara Malaysia.

1.2 Contoh latihan; Dasar Pandang Ke Timur (DPT) telah diumumkan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8
Februari 1982. DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi negara-negara Timur
yang telah membangun dengan pesat seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Dasar
ini menekankan tentang pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja,
perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya
pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan
merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja. Strategi dasar ini
adalah ditujukan kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan
nilai-nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara
bagaimana untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan
BPMN1013 Pengantar Pengurusan

pengetahuan dan kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat Malaysia yang


tekun, rajin, berdisiplin dan bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik.
DPT telah dilaksanakan melalui program-program penghantaran pegawai-pegawai
awam dan swasta serta pelajar-pelajar ke negara Jepun dan Korea Selatan untuk
mengikuti latihan sama ada dalam bentuk akademik di institusi-institusi pengajian
tinggi (IPT) atau 'on-job training di syarikat-syarikat dan institusi awam di dua
negara berkenaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Dasar Pandang
Ke Timur, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah dipertanggungjawabkan
untuk mengatur, menyusun dan menjalankan program-program selaras dengan
matlamat DPT.
1.3 Program-Program Di Bawah DPT
2.3.1 Program Ijazah Pertama / Diploma
a. Program penajaan yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM/SPMV.
b. Pelajar perlu mengikuti program persediaan dalam negeri di pusat persediaan
yang ditetapkan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej Teknikal di
Jepun atau Korea Selatan.
c. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan, Sains dan
Teknologi, Sains Sosial dan Pergigian dan Farmasi.
d. Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa di mana pelajar yang tamat akan
dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh
yang ditentukan mengikut peringkat pengajian.


BPMN1013 Pengantar Pengurusan

2.3.2 Program Ijazah Lanjutan



a. Program-program penajaan yang ditawarkan bagi pengajian ijazah lanjutan
adalah seperti berikut:-

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) - terbuka kepada pegawai-
pegawai kerajaan yang layak.
Biasiswa Monbukagakusho - terbuka kepada rakyat Malaysia yang
layak.
b. Pegawai-pegawai yang layak akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana
atau Ph.D di universiti-universiti di Jepun.
2.3.3 Program Perkongsian Ekonomi - Economic Partnership Training Programme
(EPP)
Economic Partnership Training Program merupakan salah satu projek di
bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun (JMEPA) yang
telah ditandatangani bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Jepun pada bulan Disember 2005.
Melalui EPP, 1000 pelatih akan dihantar ke Jepun dalam tempoh 10
tahun di bawah pembiayaan bersama di antara Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Jepun.
Program-program latihan di bawah EPP meliputi pelbagai bidang
mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pembangunan
sumber manusia serta ICT sahaja. Secara prinsipnya, program ini akan
mengambilkira keperluan semua kementerian dan agensi-agensi
BPMN1013 Pengantar Pengurusan

kerajaan, di mana JPA akan menjadi agensi pusat yang akan menyelaras
pelaksanaan program-program latihan di bawah EPP.
2.3.4 Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai - Pegawai EksekutiI
- Executive Development Programme (EDP)
Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan
proIessional dan kumpulan sokongan.
Program ini berlangsung dalam tempoh 19 hari.
Latihan diadakan di Central OIIicial Training Institute (COTI), Korea.
2.3.5 Seminar Pengurusan EksekutiI Di Jepun (EMS)
Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan
proIesional.
Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
2.3.6 Program Latihan Teknikal Dan Perindustrian (In-Plant)
Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
Program latihan secara on-job training` yang menjurus kepada bidang-
bidang teknikal.
Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
2.3.7 Program Latihan Pegawai Muda (Young Leaders Programme)
Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun untuk pegawai
kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan ProIesional yang berumur
tidak lebih dari 35 tahun.
BPMN1013 Pengantar Pengurusan

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Pembangunan Sumber


Manusia (uman Resource), Ekonomi dan Pelaburan (Economc and
In;estment), Teknologi Maklumat (InIormation Technology), Pendidikan
(Education) dan Pembangunan Masyarakat (Communty De;eopment).
Program ini berlangsung dalam tempoh 18 hari di Jepun.

2.4 Satu lagi jabatan yang terlibat langsung yang merangka latihan dan memberi
pengiktiraIan kepada pekerja untuk mendapat kemahiran yang lebih baik dalam
bidang pekerjaannya. Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian
Sumber Manusia Malaysia. Jabatan Pembangunan Kemahiran, membangunkan
sumber manusia yang mahir dan berkualiti melalui pembangunan Standard
Kemahiran Pekerjaan untuk melahirkan pekerja mahir untuk menampung industri
Negara melalui pertauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah. Ini
bermakna pihak pengurusan sesuatu organisasi boleh menggunakan Jabatan
Pembangunan Kemahiran sebagai satu kaedah merangka program latihan untuk
pekerja mereka disamping mendapat pengiiktiran setelah tamat latihan.







BPMN1013 Pengantar Pengurusan

2. Mengurus program latihan


Setelah program dirancang dan di letakan pada masa yang tertentu, maka pihak
pengurusan perlu untuk melaksanakan program latihan tersebut seperti yang dirancang.
Mahupun organisasi telah bekerjasama dengana gensi lain ataupun menghadiri Kursus-
kursus atau latihan yang dibuat oleh pihak-pihak yang menjalankan bidang ini.
Setiap kos yang di belanjakan adalah pelaburan bagi sesebuah organisasi tersebut. Bagi
organisasi yang mengutamakan keuntungan, tentulah kepakaran pekerja amat
diperlukan untuk mengandakan lagi keuntungan manakala bagi organisasi awam yang
mengutamakan perkhidmatan dan berhadapan dengan kehendak rakyat, keperluan latihan
yang amat tinggi. Maka, setiap organisasi awam akan merancang dan melaksanakan
latihan kepada kakitangannya mengikut keperluan dan kehendak organinasi sepanjang
tahun mengikut perancangan.

3. Teknik-teknik penigkatan Kemahiran
Menurut (Certo, 1997) pelbagai teknik terbahagi kepada 2 iaitu latihan dalam kerja on-
the-fob-tranng) dan bilik kuliah cassroom). Dua teknik ini memainkaan peranan
penting untuk menyampaikan teknik-teknik kemahiran. Latihan dalam kerja on-the-fob-
tranng) dilatih di dalam persekitaran kerja yang mana kemahiran itu akan dilatih secara
langsung. Manakala bilik kuliah cassroom) pula mengajar dan melalukan permainan
yang melibatkan pembelajaran dengan permainan pengurusan dan sebagainya.


BPMN1013 Pengantar Pengurusan

4. Penilaian program latihan


Penilaian program latihan perlu untuk menilai sesuatu program latihan yang di adakan
oleh sesebuah organisasi itu telah mencapai tahap yang dikendaki atau tidak. Proses
penilaian ini melibat kan beberapa perkara tentang program latihan. Sesuatu program
yang dilaksanakan adakah bersesuaian dengan kehendak pekerja dan juga menilai adakah
pekerja itu mencapai harap yang diharapkan selepas menghadiri sesuatu program latihan.

.0ESIMPULAN
Pengurusan sumber manusia adalah sangat penting pada semua organisasi yang beroperasi
kerana salah satu kompenan didalam organisasi ialah tenaga kerja manusia yang mana
pengurusan sumber manusia merupakan pada sesuatu organisasi yang menentukan
pengambilan pekerja yang berdasarkan pelbagai cirri manakala kepentingan member latihan
kepada pekerja adalah penentu kejayaan organisasi tersebut. Jatuh bangun sesebuah
organisasi merupakan tanggungjawab kepada pekerja tersebut.

Oleh sebab itulah, latihan kepada pekerja merupakan suatu perkara penting untuk
meningkatkan prestasi para pekerja. Apabila pekerja menghadiri latihan yang disediakan oleh
pihak organisasi maka pekerja itu akan lebih eIektiI dan kompeten kepada organisasi
tersebut.




BPMN1013 Pengantar Pengurusan











RUJUKAN.

Ab. Aziz YusoI. 2006. Pengurusan sumber manusa. Konsep, su dan
peaksanaan. Ed ke-3. Petaling Jaya: Pearson

Bennett R, (1994) The eIIective trainer checklist. Grover handbook oI traning and development
(2
nd
Ed) England: Grover Plublishing C.ltd

Byars, L.I. & Rue, L.W. 2006. uman resource management. Ed. 8. New
York: McGraw Hill Irwin.

Certo, S.C. (1997). Modern management (2nd ed.). New Jersey: Prentice
Hall.

Ivancevich, J.M. et a. (1997). Management Quaty and compett;eness (2nd
ed.). USA: Irwin.

Laman Web KEMAS Malaysia
Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. www.jpa.gov.my
Modul BPMN1013 Pengantar Pengurusan

Das könnte Ihnen auch gefallen