Sie sind auf Seite 1von 6

http://ninth-generation.blogspot.

com
http://www.youtube.com/user/tvGEN09
BPJbJ 11 PJbBMB MUdM
Demi Masa,
Sesungguhnya manusia
berada dalam kerugian,
melainkan mereka yang
beriman dan beramal
soleh. Dan mereka yang
berpesan-pesan dengan
kebenaran dan mereka
yang berpesan-pesan dengan
kesabaran
DARI MEJA EDITORIAL
Sidang Editorial

Ketua Editor
Ahmad Faiz Zaib

TIMBALAN K.E.
Wahdaty Najihah

UNIT BAHAN
Muhammad Zaharuddin
Nurul Aisyah
Ahmad Kamil
Muizzuddin
Afifi Syamil



UNIT BERITA
Ahmad Naufal
Wan Nadzirah

Unit Foto
Aimatnuddin

UNIT JURUEDIT
Ammar Hamzah
Wan NorIzzah
Alhamdullilah , syukur ke hidrat Allah s.w.t
kerana terhasil jua Al- Jauhar edisi ke 11/20
yang menjadi lidah rasmi bagi Gen 09 . Pepatah
arab ada mengatakan siapa yang tidak
memotong masa , maka masa akan memotong
mereka .Masyarakat Melayu pula masyhur
dengan masa itu emas . Tambahan lagi ,
dalam Al-Quran sendiri terdapat satu surah
yang bernama Al-Asr yang bermaksud masa .
Jesteru , dalam edisi pada kali ini , kami ingin
menekankan tentang konsep kepentingan masa
kepada sahabat-sahabat Gen 09 sekalian di
samping terdapat juga info-info menarik yang
lain . Tidak lupa juga diucapkan selamat maju
jaya bagi calon-calon Gen 09 yang bertanding
untuk pilihanraya PERUBATAN pada tahun
ini. Pemimpin adalah untuk memimpin dan
dipimpin .Diharap dengan terhasilnya Al
Jauhar ini dapat memberi input-input yang
bermanfaat kepada kita semua untuk dijadikan
pedoman dan pegangan dalam kehidupan
seharian. Pihak kami juga amat mengalu-
alukan sebarang cadangan , komen , dan idea-
idea untuk memantapkan lagi Al-Jauhar . Pihak
editor mengucapkan selamat menempuh
peperiksaan yang akan datang dan supaya kita
dapat meningkatkan lagi momentum untuk
menempuh tahun pengajian yang mencabar ini .

ARTIKEL
nda bangun lewat. Rakan anda
pun sama tapi dia dapat mandi
dulu. Boleh tahan lamanya. Perut
pun memulas. Tak dapatlah mele-
lap sekejap. Berdenyut-denyut juga pe-
rut dari hujung ke hujung. Kembang
kempis menahan kandungan. Tiba-tiba
nak dijadikan cerita meletuslah letupan
yang amat dahsyat lagi tidak disangka-
sangka pagi-pagi buta itu. Dah namanya
letupan, segala yang tertahan melahar
tanpa henti. Berakhirlah harapan menu-
naikan hajat dengan aman. Kalaulah...

******
Tentu pembaca menyambung dengan
...bangun awal... .Demikian meru-
pakan perihal masa dan kita. Masa ini
boleh jadi bersifat mutlak, maksudnya
satu tahun 365 hari, satu hari 24 jam,
satu jam 60 minit, 1 minit 60 saat. 1 saat
kalau mengikut unit SI ( Systeme Inter-
nationale ) sama dengan satu putaran
atom yang wujud di dalam sebuah
muzium di Perancis. Sesiapa yang ke
Perancis carilah saat tersebut. Ada juga
femto second atau 1/31 juta saat yang
ditemukan oleh saintis jati Mesir,
Ahmad Zuwail namanya. Menang Nobel
Kimia pun beliau dengan penemuannya.
Tidak dapat pula dipastikan apa signifi-
kan penemuannya itu kepada rakan-
rakan senegaranya.
Namun masa turut memberi konotasi re-
latif kerana jisim-jisim di bumi bergerak
seiringan dengan gaya dan cara mereka
sendiri. Seperti langit , matahari dan juga
bulan. Firman Allah Taala dalam Surah
Yasin ayat 38-39 :

Dalam al-Quran kalau bercerita soal masa
hatta mat rempit pun boleh memetik
surah al-Asr. Waktu asar, fajar, dhuha
dijadikan sumpah oleh Allah Taala tanda
kekuasaannya mengatur dunia malah
menguasai masa. Di sinilah lemahnya kita
berbanding Dia kerana kita sering kalah
dengan masa sedang Dia men-
cipta,mengatur malah memerintah masa.
Subhanallah. Sebab itu ketika saintis
mengkaji bagaimana pantas sekali Nabi
disra dan dimikrajkan dalam satu malam
malah sempat melewati langit ketujuh
( bukan rumah Chaar ) walhal menempuh
halangan jarak dan graviti. Bagaimana
dengan pengangkutan yang Nabi tung-
gangi? Kok dahsat, maaf..sungguh
dahsyat teknologi ciptaan Allah! Di situ
timbul misteri , masa ini milik siapa?
Bagi kita yang beriman, tentulah kita ka-
takan Allah. Soal bagaimana, ya
terserah..kajilah pabila ada masa.
ARTIKEL
Kalian sedar atau tidak kalau bebicara
soal masa, bukan soal apa yang kita buat
betul atau salah. Tapi soal yang lebih
kritikal ialah tepat atau tidak masanya
kita lakukan sesuatu itu. Seperti kahwin,
kalau tak kena masanya kan pening.
Walaupun perkara baik. Seperti juga kes
qadha hajat tadi, kalau memanjang me-
lepas susah, tapi kalau tepat masanya,
selesa, aman malah merehatkan. Justeru
terbuktilah betapa masa ini memberi erti
yang mutlak dan relatif buat kita.
Bagaimana ingin mengurus masa? Jan-
gan panik. Ingat kita bukan Tuhan . Itu
yang pertama. Tapi kita ini khalifah atas
muka bumi ini. Duta keamanan utusan
Allah untuk mengatur bumi. Buat kerja
Tuhan dengan kadar makhluk.
Demikianlah akhlak dalam Islam. Bersi-
fat Khaliq ( pencipta bukan AJKT) den-
gan kadar makhluk. Dalam muwasafat
muslim sifat menepati masa ini antara
yang terpenting. Jangan main-main!
Sebab masa ini kan relatif, kalau terting-
gal, yang tertinggalnya kita bukan masa.
Nak mengejar, kena juga pakai masa.
Justeru gunakan masa seMAX 24/7.
Belum habis lagi...Sebenarnya penulis cuba
menulis dari perspektif pembaca. Kita ber-
kongsi masalah yang sama dan inginkan
matlamat yang sama. Kita ingin menjaga
masa seperti kita menjaga diri kita.Tapi kita
senantiasa dibelenggu dengan expectation.
Sama atau tidak MATLAMAT dengan ex-
pectation ? Tentu tidak sebab MATLAMAT
ini dibuat dengan anticipatation, dengan
jangkaan, mengira kebarangkalian ( binomial
graf, statistik dan projection ) berbanding
expectation yang hanya bersifat mengharap.
Ada kata-kata anonymous, the main cause of
death is expectation. Maksud yang tersirat di
sini kita kalau terlalu mengharap sesuatu
dengan cepat lagi gopoh, maka cepat jugalah
masa berlalu untuk kita. Cepat masa berlalu
cepat juga penuaan, pengoksidaan dan akhir-
nya kematian.
Tapi dengan anticipation, kita dapat menik-
mati masa dengan meneliti pelbagai pilihan,
menimbang tara dan akhirnya dapat menaa-
kul masa depan kalau tidak tepat 100 % pun
99%. Itulah dia mengawal masa yakni men-
gawal hidup. Kita berhati-hati melangkah
hatta kita mati pun tepat masanya. Kalau
gopoh, tergelincir, kan naya. Begitulah
ibaratnya.
Mesej mudahnya begini apabila kita meran-
cang masa ingat frasa ini
Aim for the star for if you miss the star at
least you reach the cloud.
BIcara pemimpin
Assalamualaikum w.b.t.
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah
s.w.t. kerana masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar
iaitu nikmat iman dan Islam.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian,
Nikmat masa adalah suatu nikmat yang sangat berharga dan
tiada tolok bandingnya. Disebut oleh golongan hukama
Melayu bahawa masa itu seperti emas, manakala
golongan cina menggambarkan masa itu seperti duit. Tidak
ketinggalan juga, pepatah arab yang masyhur
Masa itu seperti pedang , jika kamu tidak memotongnya, nescaya ia kan
memotong kamu
Longgokan kata-kata hikmah sebegini tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk
menitik beratkan kepada kita mengenai kepentingan mengurus masa dan san-
gatlah rugi sekiranya masa kita dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Segan rasanya apabila melihat individu-individu terdahulu memanfaatkan
masanya, sehinggakan mereka mampu untuk berjaya pada usia yang muda.
Imam As-Syafii telah menghafal dan memahami Al-Quran ketika berusia 7
tahun, dan menghafal kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik ketika 10 ta-
hun. Sheikh Ahmad Deedat, mula mengkaji dan memahami kitab Bible ketika
berusia 16 tahun. Sultan Mehmed II (Al-Fateh) berjaya menawan kota Kon-
stantinopel ketika berusia 21 tahun. Kejayaan mereka tidak akan lahir se-
kiranya mereka bermalas-malasan dan tidak menggunakan masa sepenuhnya
untuk perkara-perkara kebaikan.
Bila difikirkan kembali, sungguh banyak ruang masa yang telah dibazirkan
dengan perkara-perkara seperti melayari internet, menonton filem, bermain
permainan video, melepak, tidur dan sebagainya. Tidak dinafikan perkara
tersebut sangat berguna sekiranya dilakukan kena dengan waktu dan tempoh-
nya. Namun hakikatnya, kita selalu cuai sehingga berlebih-lebihan dalam
perkara tersebut.
Saya percaya bahawa setiap daripada kita memiliki potensi yang tinggi untuk
menyumbang kepada mata rantai perjuangan Islam. Persoalannya, adakah kita
telah menggunakan potensi tersebut semaksimum yang mungkin?
Akhir kata, saya menyeru kepada setiap ahli batch sekalian untuk memanfaat-
kan nikmat masa yang kita ada. Ini kerana, masa adalah makhluk Allah. Seba-
gaimana kita bertanggungjawab terhadap tubuh badan kita, maka begitu ju-
galah tanggungjawab kita dengan masa.
Wallahualam
Khas pilihanraya
Sabiha Zakaria

Perasaan menjadi calon AJKT 12/13

Terasa satu cabaran yang sangat besar di mana perlu membuat persediaan
secara mental & fizikal utk menghadapi pilihan raya di samping melaksana-
kan tugas-tugas yang sedia ada. Sejujurnya saya memang menjangkakan
perkara ( pencalonan ) ini kerana sedar atau tidak kitalah terutamanya
G e n 0 9 s e n d i r i y a n g a k a n me me g a n g a ma n a h
m e n e r a j u i P E R U B A T A N d i m a s a h a d a p a n .

Slogan / moto
Ummah robbani, penggerak misi, pencetus transformasi

Manifesto bagi pilihanraya 2012/2013

1. Memantapkan agenda pembentukan jati diri, sahsiah & nilai-nilai in-
saniah ke arah melahirkan Doktor Muslim profesional yang sebenar.
2. Memantapkan pengurusan Ekonomi sebagai sumber janakuasa
PERUBATAN
3. Meningkatkan penglibatan ahli dalam PERUBATAN secara menyeluruh
bagi memastikan PERUBATAN dapat terus berkhidmat sebagai medium
kebajikan yang efektif.

Pendapat tentang PERUBATAN sekarang
Pada pemerhatian saya PERUBATAN telah berusaha sebaik mungkin men-
jalankan peranannya sebagai medium kebajikan dan agen penyatu pelajar
sains kesihatan di Mesir. Sebagai ahli yang pernah terlibat dari dalam saya
dapat lihat gerak kerja mereka yang semakin mantap dari masa ke semasa.

Siapa berpeluang besar menang utk memenangi pilihan raya kali ini?
Pres : Wan Ahmad Hafizi
Timb. Pres : Aisyah Zahirah Sukeri
AJKT lain : Farhana Bakri (ASU) & Nur Hanisah Nispu (AZU)



Ingin tahu hasil temu ramah calon siswa?
Nantikan di blog rasmi gen09!
ARTIKEL
Sebab apa begini? Sebab dengan kita
meletak jangkaan tanpa pedoman
( untuk pertama kali ) boleh jadi sam-
pai 100 % perkara tersebut tidak men-
jadi kenyataan . Cuba kita lihat
sekarang. Adakah kita memikirkan
kedudukan kita sekarang ketika kita
ditanya perihal cita-cita kita dahulu
sewaktu tadika? Bukankah jawapan
kita mengarut-ngarut, nak jadi artis,
hero, pelakon, ustaz. Alih-alih jadi
doktor. Sesungguhnya keputusan atau
perancangan yang kena pada masanya
itulah yang menjadikan kita pada
waktu ini.
Begitulah masa ini perlu diteliti dan
dihayati, jangan mudah-mudah meletak
nilai tanpa kita sedari kita mengecilkan
hati masa ini lantas merajuklah dia
meninggalkan kita. Sedang kita nanti
terkapai-kapai mencari masa yang hi-
lang. Yang akan datang takkan sama.
Maknanya perlu tepat tindakan pada
masanya. Agar artikel ini tidak meleret,
penulis membuat carta alir input, pro-
ses dan output untuk tatapan pembaca.
p/s- Ingat, mana yang gopoh( seperti
cepat-cepat nak habis kelas untuk sam-
bung episode Running Man ) dan
membuatkan kita gopoh ( seperti ban-
gun lambat, studi last minute ) itulah
yang akan menghancurkan kita ber-
banding yang cermat seperti studi dari
awal tahun walaupun lupa semuanya
ketika hampir periksa sebab semuanya
mengikut rancangan yang disusun atur
teliti. Sesungguhnya sifat cermat mem-
buat kita menggunakan masa seMAX
24/7.

Carta ini terpakai tidak kira untuk perancan-
gan masa jangka masa pendek mahu pun pan-
jang.

Sekian. Hafiz Naz
Penulis merupakan pelajar Tahun 3 Universiti
Kaherah . Gemar mengkritik tapi tidak suka
dikritik. Kritiklah artikel ini depan-depan be-
liau kalau berani.
Khas pilihanraya
Poster by AFIFI SYAMIL
Khas pilihanraya
Untuk sesi kali ini pasukan wartawan Al-Jauhar telah ditugaskan untuk berjumpa den-
gan calon-calon ahli jawatankuasa tertinggi PERUBATAN bagi tujuan menemu ramah.

Izzati Farhanah
perasaan menjadi calon AJKT Perubatan sesi 2012/2013

Perasaan terpilih sbg calon bercampur-baur, antara sedih, takut dan merasakan diri ini
sangat2 tidak layak. Pada mulanya, tak terfikir pun untuk masuk pencalonan. Tapi,
alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan semua, saya beranikan diri juga untuk
turun padang dan bertanding bersama calon2 yang hebat belaka. Kalau bukan saya
siapa lagi? InsyaALLAH saya cuba yang terbaik untuk pikul amanah ini.

slogan/motto

Keunggulan Jati Diri Penjana Reformasi

manifesto/ agenda yg hendak dibawa dlm perubatan kali ini

-merealisasikan agenda kebajikan agar Perubatan dekat di hati
- membaik pulih sistem biro ekonomi yang sedia ada agar lebih mesra ahli

pendapat anda tentang perubatan sekarang

Alhamdulillah kalau kita sekarang Perubatan sudah bertambah maju dengan bil ahli yg
semakin brtambah. Banyak pembaik pulihan yg sudah dilakukan untuk kepentingan
ahli. Namun, pada pendapat sy apa yg membawa perubatan ke tahap sekarang ini
adalah ahli ahli perubatan itu sendiri. Kalau tiada ahli yang sanggup bekerja, pasti pe-
rubatan tidak berada di tahap ini. Saya sangat2 berharap agar kita dapat menyayangi
perubatan seperti diri kita sendiri. Benda yang kita sayang mesti kita akan sanggup
berkorban untuknya. Marilah sama2 memajukan Perubatan untuk kemaslahatan ummah
dan agama kita... PERUBATAN DEKAT DI HATI.

siapakah yang berpeluang besar untuk menang?

Presiden: Wan Mohd Hafizi
Naib presiden : Aisyah Zahirah
Sabiha Zakaria
Faiz Zaib

Das könnte Ihnen auch gefallen