Sie sind auf Seite 1von 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI 2010 Tempat : Bilik Mesyuarat Masa : 1.

30 Tengahari Hari : Khamis Tarikh : 07.01.2010 Kehadiran : 1) En Mohd Syariff b. Yeon (GPK Kurikulum) 2) En Mohamed Faisal Bin Abdullah (Ketua Panitia Sains) 3) En. Afrijasri Bin Jasni (Setiausaha) 4) En Mohammad Dzuhur Bin Hashim (AJK) 5) En. Abdul Manaf Bin Abdullah (AJK) 6) Pn Siti Mastura bt Mohammad (AJK) 7) Cik Marhaini bt Mustafa (AJK) Agenda Mesyuarat 1) Ucapan Pengerusi Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Mata pelajaran Sains kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali yang pertama. Juga berharap para guru semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Tindakan : En Afrijasri Bin Jasni (Setiausaha) 2) Aluan Penasihat Aluan penasihat disampaikan oleh En Syariff bin Yeon, dalam ucapan beliau menegaskan kepada guru-guru agar sentiasa memberi penekanan kepada proses P&P di dalam bilik darjah dan hendaklah sentiasa bersedia kerana pelawat-pelawat sering kali datang ke sekolah untuk membuat pemantauan. En Syariff juga mengingatkan guru-guru dalam membuat kerja kena cerdik dan guru bukannya robot. Tindakan : En Mohd Syariff b. Yeon (Penasihat) 3) Membentang dan mengesahkan minit mesyurat yang lalu Minit mesyuarat yang dibentang oleh Pn Siti Mastura bt Mohammad telah mendapat cadangan pengesahan oleh Cik Marhaini bt Mustapa dan disokong oleh En Afrijasri Bin Jasni. Tindakan : Guru-guru Sains

4) Perkara-perkara Berbangkit - Tiada 5) Perancangan Panitia Tahun 2010 Encik Afrijasri mengedarkan perancangan aktiviti panitia sains tahun 2010. dalam perancangan yang diedarkan itu terdapat carta organisasi panitia matematik Sk Nami tahun 2010, Rancangan / aktiviti panitia sains tahun 2010 antaranya latihan topikal dan berfokus, kelas tambahan, bengkel teknik menjawab soalan, program pemulihan dan pengayaan, bulan sains, pembelian & penyediaan bahan bantu mengajar dan ceramah motivasi, Analisa keputusan UPSR tahun 1998 hingga 2009, Instrumen pemantuan sektor pengurusan akademik penyeliaan pengajaran dan pembelajaran PEKA Sains Tindakan : Guru-guru Sains 6) Rancangan Mengajar Tahunan dan Huraian Sukatan Pengerusi memberitahu bahawa rancangan mengajar tahunan dan huraian sukatan boleh didapati melalui internet ataupun boleh dapatkannya daripada En Mohamed Faisal. Setiap guru mesti mempunyai rancangan mengajar dan huraian sukatan yang lengkap supaya senang untuk penyemakan. Tindakan : Guru-guru Sains 7) Peruntukan Kewangan Peruntukkan kewangan bagi tahun ini belum diperolehi lagi dan kepada guru-guru yang berhajat untuk membelanjakan duit itu bagi tujuan P&P hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu itu pun jika ada lebihan kerana duit tersebut akan dipindahkan ke LBT. Tindakan : Pentadbir Sekolah & Guru-guru Sains 8) Strategi Peningkatan Akademik i) Head Count- kena lengkapkan, hendaklah dibuat seawal mungkin. Markah peperiksaan akhir tahun 2009 sebagai TOV. Ujian akan bermula pada bulan Febuari. ii) Kontrak Latihan- Ikut keupayaan kelas sendiri, Borang sedang dibuat untuk kemudahan guru-guru dan akan diedarkan sedikit masa lagi, Minimum 120 latihan setiap bulan kalau lebih lagi baik.

Das könnte Ihnen auch gefallen