Sie sind auf Seite 1von 14

Pengenalan kepada Pendidikan Jasmani Definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang

menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, social dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe 2005) Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistic dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan Jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat social yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkahan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan displin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranana secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Malalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psimotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psimotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psimotor. Oleh yang demikian, Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang member penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang kea rah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emsoi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Matlamat dan Objektif Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut: 1. Memahami apa yang hendak dilakukan 2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah 3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani 4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat 5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat 6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah jagaan mereka

Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya member ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pemdidikan Jasmani iaitu: Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahamu objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri 6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insane yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1998) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepentingan Pendidikan Jasmani Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani. c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar. d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah. e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat. f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.

Pengenalan pergerakan asas Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanakkanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai dengan : 1. Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang/masa/kuasa) 2. Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul 3. Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan Kemahiran kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran pergerakan asas dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. Pengenalan pergerakan lokomotor Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu :

1. Ruang Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras - tinggi, sederhana, rendah b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d) ekstensi - mengecil, membesar

2. Masa Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawallambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

3. Beban Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4. Aliran Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. Bentuk pergerakan lokomotor 1. Berjalan-pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. 2. Berlari-kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat(mendarat dengan dua kaki)-pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat terpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki 4. Hop(melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap(melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat-ketika berlari pergerkan buku tali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai

7. Melompat ketingting-melompat menggunakan sebeelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Pengenalan pergerakan bukan lokomotor Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang. Bentuk pergerakan bukan lokomotor 1. Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari-jari tangan, jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi jenis ini terdapat dip aha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. 2. Merengang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180. 3. Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar penyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

4. Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 5. Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. 6. Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 7. Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap. 8. Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan. 9. Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras rendah. Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan. Rebah yang tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

10. Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyai imbangan, mempunyai dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Pengenalan manipulasi alatan Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Pada tahun 1988, Thomas & Lee menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. Memberi tenaga kepada objek(melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul) 2. Menguasai objek(menangkap dan menyambut) 3. Mengawal objek( menggelecek dan memantul bola) Matlamat Amali pergerakan asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester satu nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara individu, diharapkan para peserta mendapat pengetahuan yang maksimum di samping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan harian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan

seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Objektif 1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan 2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan 3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan 4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan 5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar Pengenalan kecergasan fizikal Di Malaysia, perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-senaman dan kecergasan, 2000-kehidupan keluarga yang sihat, 2001-kesihatan mental dan 2002-promosi persekitaran sihat.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada: -ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan -ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan 1. Komposisi badan Kadar relative otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. 2. Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. 3. Daya tahan kardiovaskular Keupayaan system kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensity kerja yang ringan atau sederhana. 4. Kekuatan otot Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya(kerja). 5. Daya tahan otot Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensity kerja yang ringan atau sederhana. Kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor 1. Ketangkasan Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.

2. Kuasa Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan. 3. Imbangan Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun(statik). 4. Masa reaksi Masa yang diambil oleh seseorng untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. 5. Kelajuan Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi. 6. Koordinasi Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

Das könnte Ihnen auch gefallen