Sie sind auf Seite 1von 14

1.

0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

1.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan

khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan

kehidupan serta menyedari potensi diri

sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat

merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khasini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanakkanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri.

Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanakkanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan

mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

1.4 KONSEP DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.

Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. 1.5 HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Sebelum Pendidikan Khas

1995, yang

pendidikan diletakkan

khas di

dikendalikan Bahagian

oleh

Unit

bawah

Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,

berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara. Visi Pendidikan Khas pula ialah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

1.6 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

Rajah 1.0 Murid berkeperluan khas belajar melalui pelbagai kaedah

2.0

MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Seluruh dunia, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Pengetahuan mengenai telinga anda adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah

pendengaran yang kita hadapi

Sebarang

gangguan

di

mana-mana

bahagian

akan

menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. Mekanisme pendengaran berfungsi apabila gelombang bunyi memasuki salur telinga dan menggerakkan gegendang telinga yang seterusnya menyebabkan getaran pada membrane timpanik dan tulang-tulang osikel (incus, stapes dan maleus).

2.1

CIRI-CIRI

Kebiasaan

seseorang

yang

mengalami

masalah

pendengaran ini mempunyai beberapa ciri yang telah dapat dikenalpasti. Ciri yang jelas ialah mereka akan meminta

percakapan diulang berkali-kali. Mereka juga akan bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa.

Selain itu mereka yang mempunyai masalah pendengaran sering tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan. Mereka juga sukar memahami perbualan di tempat bising dan terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari. Ciri lain pula ialah mereka sukar memahami perbualan telefon. Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual juga merupakan cirri bagi seseorang yang mempunyai masalah pendengaran ini.

Sesetengah dari mereka ini selalu terdedah kepada bunyi yang sangat kuat. Selain itu ada ciri lain yang lebih jelas contohnya seseorang itu pernah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher dan ini menyebabkan saraf-saraf pendengaran rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Terdapat juga ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran selain dari kekerapan pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll).

2.2

TAHAP KECACATAN.

Terdapat lima tahap kecacatan yang boleh diklasifikasikan iaitu tahap Normal, Ringan, Sederhana, Teruk dan Sangat Teruk. Berikut ialah rajah untuk mengira tahap masalah pendengaran seseorang setelah ujian saringan dijalankan.

NORMAL RINGAN SEDERHANA TERUK SANGAT TERUK

- Mengesan bunyi pada intensiti lebih daripada 25dB - Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga 40dB - Mula mengesan antara 41dB hingga 70dB - Mengesan pada intensiti 71dB hingga 90dB - Mengesan pada intensiti 90dB ke atas

2.3

PUNCA KECACATAN

Punca kecacatan terbahagi kepada tiga iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

Sebelum Kelahiran - Melalui baka dari generasi sebelumnya - Akibat pengambilan dadah atau alkohol - Berpunca dari Toksemia - Akibat dari jangkitan penyakit - Berpunca juga dari faktor yang belum atau tidak diketahui.

Semasa Kelahiran - Lahir dari kandungan yang tidak cukup bulan - Kelahiran yg terlalu lama - Penyakit hemolosis - Berpunca dari Anoxia - Akibat sawan

Selepas Kelahiran - Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus - Kecederaan telinga - Pengambilan ubat berlebihan ototoksik (streptomycin) - Demam campak, beguk - Jaundis - Berat badan kurang dari 1500g - Jangkitan kuman telinga tengah

2.4 PENCEGAHAN

- Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras) - Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut) - Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan minyak - Berjumpa pegawai perubatan (ENT) keluar nanah atau sakit - Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor - mengandung - Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat - Elakkan memukul di bahagian kepala

2.5 JENIS MASALAH PENDENGARAN

Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu. Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran.

Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah

Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf

pendengaran. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran

sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah

pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran

2.6 MENGESAN KECACATAN

2.6.1 SECARA OBJEKTIF

- Saringan Pendengaran - Ujian rambang : y mengetahui keupayaan pendengaran

dengan peralatan audiologi 2.6.2 SECARA SUBJEKTIF

 Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry PTA)  Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi  Ujian pertuturan  Keupayaan  Pemerhatian  Kurang memberi pemerhatian tahap kepekakan  Tidak memahami arahan  Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan  Seringkali bertanya pada rakan-rakan  Selalu berkhayal  Lemah dalam akademik (Bahasa)  Cara percakapan yang janggal  Sering memandang ke arah penutur. memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas

3.0 PROSEDUR PENILAIAN

 Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latar belakang klien  Menjalankan pemeriksaan telinga luar  Menjalankan ujian telinga tengah  Menjalankan ujian-ujian pendengaran  Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran

4.0 PENGELOLAAN BILIK DARJAH

 Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya  Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas  Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain  Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran  Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat  Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat  Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata  Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami  Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar  Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca  Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat  Galakan murid-murid bertanya

 Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami  Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar  Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam  Tuliskan maknanya  Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan  Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran  Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan  Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar 5.0 Cadangan Dan Penambahbaikan Kanak-kanak yang kurang upaya dalam pendengaran masih tidak terlambat untuk mendidik dan membimbing mereka. Sungguhpun dari segi lahiriah atau luaran mereka kelihatan segar atau cergas dan tiada kecacatan fizikal, tetapi dari segi dalaman mereka menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi, membaca dan memahami sesuatu. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diatasi oleh pihak ibubapa dan guru-guru pada peringkat awal sudah pasti masa depan mereka tidak secerah kanak-kanak normal dan gelap.

Jika mereka dilatih dengan sistematik oleh guru-guru yang mempunyai latihan khusus dalam masalah pendengaran, suatu hari nanti mereka boleh maju dan boleh bekerja di jabatan-jabatan tertentu. Bagi pendapat saya, ibubapa seharusnya menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dengan keadaan diri anak-anak. Berkaitan dengan masalah pendengaran, mereka harus mengesan masalah pendengaran anak-anak mereka sejak dari awal lagi sekiranya mereka merasakan anak mereka mempunyai masalah kurang pendengaran untuk menggelakkan masalah ini ke peringkat yang lebih teruk.

Kanak-kanak

bermasalah

pendengaran

perlu

didedahkan

dengan

kemudahan peralatan mengajar yang mencukupi dan pelbagai kaedah serta teknik mengajar untuk mempercepatkan lagi memahami konsep pengajaran yang diajar oleh guru. Selain itu, ibubapa dan guru hendaklah sentiasa mengambil berat, memberikan semangat, dorongan dan motivasi dari masa ke semasa untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran supaya mereka merasakan diri mereka di sayangi dan tidak tersisih.

Sentiasa melibatkan mereka dengan pelbagai pendedahan seperti mengadakan pertandingan sukan, pertandingan melukis dan mewarna, tarian, kreativiti dan sebagainya. Mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti zoo, muzium dan sebagainya untuk membuka minda mereka ke skop yang lebih luas dengan melihat dunia persekitaran serta untuk memotivasikan diri mereka supaya tidak mudah tersisih dari masyarakat.

Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur perlu menghantar lebih ramai guru yang mendapat latihan yang cukup dalam kaedah mengajar kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Salah satu kaedah yang disarankan ialah penggunaan bahasa isyarat. Pada masa kini masih ada guru-guru yang tidak terlatih dalam bidang tersebut mengajar di sekolah pendidikan khas. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru-guru berkenaan.

Das könnte Ihnen auch gefallen