You are on page 1of 5

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah yang dipetik daripada AlQuranul Karim yang bertajuk Kisah Nabi Musa dengan Firaun . Wahai kawan-kawan mari dengar cerita Kisah Nabi Musa dengan firaun yang zalim Pahit getir Musa..melawan sang raja Nabi Allah tetap dalam pembelaan.

1. Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintahkan oleh Raja Firaun yang sangat zalim. Pada zaman tersebut, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun mempercayai ramalan ahli nujum yang kononnya, akan lahir seorang kanak-kanak lelaki yang bakal menghancurkan kerajaannya. Kisah ini dijelaskan dalam al-Quran. __________________________________________________________________ Maksudnya: Mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Surah al-Qasas ayat 4. Daripada peristiwa tersebut, kita sebagai manusia janganlah membeza-bezakan antara anak lelaki dan perempuan. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Baji bukan sebarang baji, Baji besi Puan Dahlia, Bayi bukan sebarang bayi, Bakal menjadi Rasul yang mulia.

2. Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Ibu Nabi Musa bernama Yukabad manakala ayahnya, Imran daripada keturunan Nabi Yaakob. Dalam keadaan bersembunyi, Nabi Musa dilahirkan. Alangkah terkejutnya Yukabad, melihat bayi yang dilahirkannya seorang lelaki. Ketika usia Nabi Musa mencecah 3 bulan, Allah mengilhamkan Yukabad untuk menghanyutkan Nabi Musa di sungai Nil setelah dimasukkan ke dalam sebuah peti besi demi keselamatan Nabi Musa dengan iringan doa,

Ya Allah, aku serahkan keselamatan anakku ini di bawah perlindungan-Mu Akhirnya, peti besi itu dijumpai tersangkut di celah sepohon pokok oleh dayang-dayang Asiah, isteri Firaun. Lalu mereka membuka peti besi tersebut. Tatkala Asiah melihat bayi kecil yang sangat comel itu, timbul rasa kasih dalam hatinya. Lalu anak itu diambil dan digendongnya. Bayi kecil itu diberi nama Musa yang bermaksud pohon dan air. Begitulah kawan-kawan kasih seorang ibu kepada anaknya, walau apa saja rintangan, kita jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah demi keselamatan anak yang dikasihi.

3. Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Membesarlah Nabi Musa alaihissalam di dalam istana Raja Firaun sebagai seorang anak yang dimanja dan ditimang umpama menatang minyak yang penuh. Allah SWT kurniakan padanya kesempurnaan fizikal dan rohani sebagai perisai bagi meneruskan hidup dalam keluarga musuh agama. Bahang persengketaan mereka bermula dengan suatu peristiwa pergaduhan dua lelaki dari kaum Raja Firaun dan Nabi Musa. Kemunculan Nabi Musa sebagai pelerai pergaduhan mengundang padah. Satu hayunan tumbukan Nabi Musa menyebabkan Fatun jatuh ke tanah, tidak bernyawa. Apabila kisah ini terbongkar, Raja Firaun sangat murka dan lalu bertitah, Tutup semua pintu laluan Musa dan hadapkan kepada Beta

4. Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Silat pangkah, jari dipaku, Silap langkah, diri diburu. Bermulalah episod baru dalam kehidupan Nabi Musa daripada anak kesayangan yang ditatang, kepada penjenayah yang diburu. Nabi Musa terpaksa mejadi pelarian, keluar dari Negara Mesir sambil berdoa seperti yang termaktub dalam surah al-Qasas ayat 21, Allah SWT berfirman, ____________________________________________________________________ Maksudnya: Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada orang-orang yang Zalim Dalam kesempatan bercakap secara langsung dengan Allah di Bukit Tursina, Allah memerintahkan Nabi Musa berdakwah kepada Raja Firaun yang semakin sesat dan mengakui dirinya sebagai Tuhan. Dengan bertemankan Harun, seorang sahabat yang petah berkata-kata dan pembakar semangat, maka berdialoglah Nabi Musa dengan Firaun tanpa gentar. - Bertanyalah Raja Firaun kepada Nabi Musa, Siapakah Tuahn sekalian alam?

Nabi Musa menjawab, Tuhan langit dan bumi dan segala Tuhan yang ada di dalamnya. Mendengar jawapan Nabi Musa, bertitahlah Firaun kepada pembesarnya, Sesungguhnya, rasul yang diutuskan kepada kamu seorang yang gila. Bagai mencurah air ke daun keladi. Mujadalah nabi Musa dengan Firaun langsung tidak mendatangkan kesedaran seperti yang diharapkan, malah Firaun menjadi semakin takbur lalu bertitah, Tunjukkan bukti, bukti kebenaran kata-katamu.

Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai lalu menjelma seekor ular yang besar menghala ke arah Raja Firaun hingga terpaksa melarikan diri daripada singgahsana. Di dalam Surah Assyuaara ayat 32, Allah berfirman: _____________________________________________________________________________________ Maksudnya: Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular. Setelah takutnya reda, Raja Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan bukti yang lain. Nabi Musa menyeluk sakunya, apabila dikeluarkan, bercahayalah tanggannya hingga menyilau pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap tidak berpuas hati, dengan berketuakan Haman yang merupakan ahli sihirnya yang terbaik, satu pertandingan sihir dianjurkan di negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk menewaskan mukjizat Nabi Musa. Masing-masing membawa peralatan seperti tongkat dan tali. Hari yang dinantikan pun tiba. Pertandingan dimulakan oleh ahli sihir Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan tali mereka kelantai lalu menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai. Nabi Musa mula cemas. Allah mententeramkan hatinya dengan berfirman: Jatuhilah tongkatmu, Wahai Musa Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ualar-ular kecil tersebut. Melihat mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut. Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah diberi kepada para Nabi dan Rasul sahaja. Jangan disamakan mukjizat para nabi dengan ahli silat mata atau sihir yang ditunjukkan kepada kita pada zaman sekarang ini.

5.

Hadirin hadirat yang dikasihi, Berjam-jam merebus keladi, Terlalu mengantuk mata terpejam Kezaliman Firaun makin menjadi-jadi Rakyat diperintah dengan kejam. Raja Firaun makin menindas kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel kerana mereka menerima dakwah Nabi Musa. Mereka mendesak Nabi Musa memohon pada Tuhan. Lalu berdoalah Nabi Musa, katanya: Ya Allah, Engkau telah memberi Firaun dan kaumnya kemewahan hidup dan harta kekayaan tetapi mereka menyesatkan manusia dari jalan yang Kau redhai. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta- harta mereka dan kuncikanlah hati mereka. Mereka tidak akan menerima dan kembali ke jalan benar sebelum seksaan-Mu . Apabila doa Nabi Musa diperkenankan, maka turunlah bala dari langit. Kerajaan Firaun dilanda krisis kewangan dan makanan. Setelah itu, berlaku pula banjir besar memusnahkan harta benda mereka. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga . Belum pun tenang, suasana menular pula wabak penyakit, kutu-kutu dan katak-katak mengganggu kententeraman dan kenikmatan hidup mereka. Tanpa segan silu lagi, mereka berjumpa Nabi Musa untuk memohon pertolongan. Apabila Nabi Musa memohon pertolongan Allah, keadaan pulih seperti sedia kala. Tetapi kesedaran mereka tidak lama akhirnya mereka kembali kufur kepada Allah.

6.

Hadirin hadirat yang dikasihi, Penderitaan yang dialami oleh kaum bani Israel semakin teruk. Mereka memohon agar Nabi Musa bawa mereka keluar dari bumi Mesir. Atas persetujuan Nabi Musa, bertolaklah mereka ke Baitulmaqdis di Palestin. Mereka berjalan beramai-ramai takut dikesan oleh tentera Raja Firaun. Menjelang fajar menyinsing, sampailah mereka dipersisiran laut merah. Bersuaralah Sahabat Nabi Musa, Yusha bin Nun, dibelakang musuh yang mengejar, di depan laut terbentang .. Bagaimana harus kita melepasinya? . Nabi Musa menjawab: Jangan khuatir, Allah akan membantu kita member jalan keluar dari cengkaman mereka . Dalam saat genting, tatkala Raja Firaun dan bala tentera semakin hamper, Allah berfirman: Wahai Musa, pukullah tongkatmu.. Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah mereka dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu selamat untuk mereka. Dengan angkuhnya, raja Firaun

dan bala tenteranya menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika berada ditengah-tengah, Allah kembalikan laut seperti sediakala, lalu lemaslah mereka diperut laut. Maka, berakhirnya riwayat raja yang kononya abadi, hidup tidak akan mati- mati lagi. Di dalam surah Al-Mukmin, ayat 39, Allah berfirman:

Maksudnya, barang siapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan standing dengan kejahatannya. Daripada kisah tadi, dapat saya petik 5 pengajaran: 1. Kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi. 2. Hanya Allah tempat memohon pertolongan. 3. Kehidupan manusia, di bawah urusan tadbir Allah. 4. Iman adalah penyelamat manusia 5. Kesabaran itu kunci setiap perjuangan hidup Sebelum mengundur diri, dengarkanlah alunan saya, Iman laksana mutiara Berkilau, bersinar di dalam jiwa Yang menyakini hanya Allah Tuhan yang Esa lagi berkuasa. Wabillahitaufiq, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakath.