Sie sind auf Seite 1von 4

Nama pelatih: Pn.

Rodhiah bt Ibrahim (PPG) ambilan Jun 2011 BM 4 Banding beza prinsip pembelajaran Ewell dan Gagne

Persamaan

Ewell

Gagne

Penglibatan aktif ~ merupakan keadaan di mana pelajar melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam pengajaran guru. ~ contoh aktiviti pembelajaran aktif : 1. Pembelajaran secara kelas atau on-line. 2. Pembelajaran koperatif seperti think-pair-share. 3. Latihan bertulis untu pelajar meninjau dan membuat review bahan pembelajaran. ~ Eksperimen

Melaksanakan pelakuan ~ pelajar dikehendakki untuk melatih kemahiran/tingkah laku baru. ~ pelaksanaan pelakuan memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai pengetahuan yang betul. ~ contoh: guru guna latihan bertulis, soalan-soalan/ujian untuk aplikasi kemahiran yang telah dipelajari

Refleksi ~diperlukan untuk mencapai pembelajaran mendalam bagi kegunaan dalam situasi lain. ~ merupakan proses memikirkan/merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap

Menilai prestasi ~ pembelajaran akan diakhiri dengan memberikan ujian / pentaksiran akhir untuk menilai penguasaan, pengetahuan dan kemahiran yang diajar. ~ dijalankan tanpa bimbingan tambahan.

diri. ~ contoh: pelajar membuat refleksi terhadap topik yang diberikan oleh guru berkongsi idea/pengalaman

~ dianggap sebagai peringkat penilaian sumatif / ujian pos

Suasana yang menyeronokkan ~ maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar ada dalam persekitaran yang menyeronokkan iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi. ~ kebanyakan pembelajaran jenis ini bercorak kumpulan dan secara lisan. ~ persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas,dan penggunaan ganjaran.

Menarik perhatian ~ guru menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar ke arah topik pengajaran. ~ terdapat pelbagai cara seperti teka-teki, humor, dan gambar ~ contoh: guru memulaan pengajaran dengan program multimedia, kesan bunyi atau muzi menarik, fakta dan soalan rangsangan.

Maklum balas berterusan ~ maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian sesuatu tindaan serta respon mereka. ~ maklum balas biasa diberian sejurus pelajar melaksanakan sesuatu tugas. ~ maklum balas dalam proses pembelajaran berperanan bukan sematamata pemprosesan maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar. ~ maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau insentif perlu untuk sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran aan berkekalan.

Memberikan maklum balas ~ amat berguna untuk pelajar sebagai kepastian. ~ maklum balas mesti spesifik dan sertamerta tentang pembelajaran. ~ latihan dalam pembelajaran dapat mengesan efahaman pelajar tentang pembelajaran. ~ bimbingan dalam bentuk soalan dan jawapan merupakan maklum balas formatif ~ guru akan mencadangkan tindakan pemulihan dan susulan bagi menambahbaik kelemahan.

Perbezaan

Ewell

Gagne

Pembelajaran Informal ~ pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah atau semasa sesuatu pengajaran ~ contoh: satu sudut pembelajaran, guru mewujudkan kawasan untuk pelajar bermain pelbagai permainan tradisional.

Memberikan bimbingan pembelajaran ~ bimbingan guru perlu diperlukan semasa penyampaian kandungan untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang. ~ antara strategi yang boleh dilaukan ialah penggunaan contoh, kes kajian, perwakilan, analogi dan sebagainya. ~ dalam proses ini guru menggalakkan pelajar untuk membuat perbandingan serta carta aliran untuk menggambarkan kandungan.

Pengalaman langsung ~ merujuk kepada learning-by-doing iaitu pelajar akan mempelajari sesuatu apabila mereka melakukannya. ~ dapat membantu pelajar membentuk pemahaman dan mencipta, mengubah atau memurnikan sesuatu idea. ~ memberikan fokus kepada pembelajaran individu- focus terhadap proses aktif antara guru dengan murid. ~ contoh: pelajar dibawa ke zoo,pembelajara melalui pemerhatian dan interaksi dengan persekitaran zoo berlaku berbanding membaca buku mengenai zoo.

Mengemukakan kandungan ~ guru mengemukakan kandungan baharu kepada pelajar. ~ kandungan perlu dikelompok dan diorganisasi secara sistematik dan bermakna sebelum diterang dan didemonstrasi. ~ guru perlu menggunakan pelbagai cara seperti merangkumkan teks, audio, grafik, jadual, rajah dan video.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa prinsip pembelajaran Ewell dan Gagne ada persamaan dan perbezaannya. Namun begitu, kedua-dua prinsip pembelajaran ini boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menggunakan prinsip pembelajaran yang bersesuaian bagi menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memnuhi keperluan ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen