You are on page 1of 5

1.

AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 telah digubal untuk memastikan industri pertanian negara terpelihara dari ancaman perosak berbahaya yang dibawa masuk melalui perdagangan antarabangsa. Melalui Akta ini, kawalan kawalan kemasukan

tumbuhan dan bahan tumbuhan dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pengeluaran permit import, pemeriksaan bahan pertanian di-pintu-pintu masuk dan permintasan perosak berbahaya bagi konsainan yang diimport.

1.1 Skim Persijilan Perakuan Fitosanitasi Malaysia (Malaysia Phytosanitary Certificatian Assurance Scheme-MPCA)

Pengeksportan komoditi pertanian ke luar negara terutama tumbuhan dan bahan-bahan tanaman memerlukan pengesahan dari negara pengeksport. Untuk tujuan ini sijil fitosanitasi adalah satu keperluan yang mengesahkan produk yang dieksport bebas daripada prosak dan tanah. Dengan pertambahan jumlah eksport negara, Skim MPCA diperkenalkan.Skim ini diwujudkan oleh Jabatan Pertanian khusus nya Bahagian Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan untuk mengeluarkan Sijil Fitosanitasi tanpa pemeriksaan dengan mengiktiraf bahan dan produk pertanian bermula dari lading. Ia dilaksanakan bermula pada 25 April 2005.Sijil ini dikeluarkan setelah pemohon memenuhi criteria yang ditetapkan dan lulus dalam pengauditan yang dibuat. Tempoh sahlaku adalah untuk satu tahun.

Skim MPCA ini

melibatkan kerja

kerja pemprosesan permohonan,

pemeriksaan rekod ladang, premis pembungkusan (packing house ) dan ladang, verifikasi amalan ladang termasuk pengurusan perosak, analisa risiko perosak dan kelulusan oleh Jawatankuasa, seterusnya pendaftaran dan perakuan. Aktiviti

pengauditan yang dijalankan oleh pegawai

pegawai audit yang dilantik berdasarkan

sistem Pengurusan Risiko Perosak (ISPM No. 14 ).

Objektif Skim MPCA : y Untuk memperluaskan laluan pasaran ke destinasi baru di samping mengekalkan pasaran sedia ada. y Untuk mengatasi masalah masalah fitosanitasi dan kualiti yang menjadi

penghalang kepada perdagangan. y Untuk memastikan pengeluaran bunga hiasan dan buah yang berkualiti melalui Amalan Pengurusan Ladang Baik ( GMP ), teknik-teknik kawalan perosak dengan lebih baik yang dikawalselia oleh Jabatan Pertanian melalui program-program diagnostik, pengawasan dan pemantauan. y Untuk memainkan peranan utama dan memberi nafas baru(revitalization) kepada industri bunga-bungaan dan buah-buahan melalui khidmat sokongan bersepadu dari semua agensi yang terlibat. y Untuk mematuhi syarat-syarat baru dikenakan oleh Negara pengimport seiring dengan Perjanjian SPS dari semasa ke semasa.

Skim ini bertujuan menjamin konsainan-konsainan yang dieksport benarbenar menepati piawaian antarabangsa. Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk mengeksport hasil-hasil dan produk-produk pertanian dengan cepat (fast-track) dan menjimatkan kos kerana pemeriksaaan komoditi tidak dikenakan caj untuk mendapatkan Sijil Fitosanitasi serta tidak terikat dengan jadual pemeriksaan komoditi oleh Pegawai Pemeriksa Jabatan sebelum dieksport. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bimbingan oleh pegawai yang dilantik dan

menjalankan pengauditan sebelum Sijil Skim MPCA dikeluarkan. Pemeriksaan ke atas pengeksport yang telah diluluskan di bawah Skim MPCA juga dibuat mengikut keperluan dari masa ke semasa. Jabatan Pertanian sebagai NPPO bertanggungjawab sepenuhnyake atas pelaksanaan Skim ini termasuk penguatkusaan ke atas Perakuan Fitosanitasi, Sijil Fitosanitasi, Kaedah Fitosanitasi dan Peraturan Fitosanitasi.

1.2 Pengeluaran Permit Import Unit Kuarantin Tumbuhan Negeri Kedah bertanggungjawab

mengeluarkan Permit Import(IP) bagi komoditi pertanian terpilih seperti crate dan pallet kayu getah serta bahan pembungkus seperti bakul buluh dan guni jut. Manakala buahbuahan pula, mangga ,jambu madu dan kelapa muda. Arahan daripada pihak atasan telah dikeluarkan mengenai sekatan ke atas kemasukan jambu madu daripada Thailand yang telah dikenalpasti terdapat lalat buah bactrocera coriecta, mulai bulan Oktober 2010.Walaubagaimanapun bagi syarikat yg telah memohon permit sebelum arahan

dikeluarkan,di benarkan menggunakan permit tersebut sehingga 31 Disember 2010. Perlaksanaan syarat baru bagi pengimportan komoditi-komoditi pertanian terpilih dari Thailand di semua pintu-pintu masuk Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Mei 2010.Di larang masuk kecuali dengan Permit Import (IP) dari Jabatan Pertanian Malaysia yg terdiri daripada ubi keledek, ubi keladi, ubi kentang, ubi kemili ,ubi sengkuang, kacang tanah, serai, kunyit, halia, lengkuas, cili padi dan daun limau purut. Jumlah Permit Import(IP) yang dikeluarkan pada tahun 2010 oleh Unit Kuarantin Tumbuhan Telok Chengai, Kedah adalah sebanyak 5,070 Permit Import(IP) dengan kutipan hasil bernilai RM 76,050.00

1.3 Perakuan CITES Dan Kawalan Eksport 1.3.1 Pengeluaran Lesen Eksport Jabatan Pertanian adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Lesen Eksport bagi pihak Kastam ( Larangan Mengenai Eksport 1998 item 8, Jadual

Kedua ). Aktiviti ini mempunyai impak bagi mengawal pergerakan janaplasma yang bernilai. Bahan bahan tanaman yang banyak dieksport terdiri dari tanaman penutup

bumi seperti Calopogonium caeruleum., Pueraria javanica., Calopogonium mucunoides ke Sabah dan Sarawak. Kod Kastam AHTN dan HS bagi Pengeksportan TumbuhTumbuhan telah dikemaskini di samping penambahan 182 nama saintifik tumbuhtumbuhan ke dalam sistem e-permit.

1.3.2 Programe Perkhidmatan CITES Aktiviti CITES ADALAH tertakluk dibawah peruntukan Konvensyen CITES yang beribu pejabat di Geneva. Jabatan Pertanian telah dilantik secara rasminya sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan Bagi Spesis Flora (Management Authority) kecuali kayu dan produk (MTIB) bagi melaksanakan pengeluaran Permit/Sijil CITES perundangan CITES. dan

1.4

Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Eksport Dan Re-eksport Jabatan Pertanian telah dikenalpasti di bawah IPPC sebagai NPPO

bagi Malaysia. Justeru itu, Jabatan Pertanian bertanggungjawab

untuk memastikan

keperluan, kehendak dan prosedur pengeluaran sijil fitosanitasi adalah mengikut keperluan negara pengimport yang berkehendakkan produk yang dieksport adalah bebas dari perosak. Perakuan ketiadaan perosak ini dibuat melalui pengesahan pada dokumen Sijil Fitosanitasi Eksport atau Re-eksport. Sijil ini diperlukan oleh negara

pengimport dan dikeluarkan mengikut syarat kuarantin negara tersebut. Unit Perakuan Fitosanitasi memainkan peranan utama dalam merancang, melaksana, mematau dan menguatkuasa Perkhidmatan Fitosanitasi ( Kesihatan Tumbuhan ) di Malaysia di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Pada tahun 2010 sebanyak 4,487 Sijil Fitosanitasi telah dikeluarkan dengan kutipan hasil kerajaan sebanyak RM 89,740.00 untuk konsainan eksport (99%) dan re-eksport (1%).

1.5

Pengesanan Perosak Sepanjang

Perosak Kuarantin tahun 2010,bancian dijalankan untuk mengesan

perosak-perosak kurantin dan tindakan sewajqarnya telah dijalankan. Perosak yang dikesan adalah seperti berikut: y Kumbang Khapra-Trogoderma granarium (storage pest) Kumbang Khapra merupakan perosak berbahaya yang telah diwartakan dibawah Seksyen 2 Akta Kurantin Tumbuhan 1976 pada tahun 1983. Pemeriksaan telah dilaksanakan di semua premis yang mempunyai risiko di serang

Kumbang Khapra.Pemantauan telah dijalankan di 38 premis kilang padi/beras di Daerah Kubang Pasu dan Kota Star,dan keputusan nya tiada Kumbang Khapra ditemui.

Rumpai

Cyperus papyrus / japonica, Thalia dealbata,

Pennisetum setaceum dan Rottboellia cochinchinensis Pengesanan dan pemantauan dijalankan ke atas 10 buah

premis / nurseri di Daerah Langkawi dan Kota Star.Terdapat rumpai kuarantin jenis Cyperus papyrus / japonica dan Thalia dealbata di Daerah Langkawi dan Kota Star. Tindakan kawalan seperti memberi penerangan tentang perosak kuarantin dan notis amaran telah di keluarkan keatas premis yang terlibat.