Sie sind auf Seite 1von 9

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. SYARAHAN PIDATO DEBAT PANTUN SAJAK CERAMAH FORUM

Disediakan oleh mhd amin omar ppg ambilan jun 2011

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Syarahan - Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


- Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. - Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. - Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan - Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran


Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Pantun - Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. - Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. - Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat. - Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat - Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. - Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. - Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. Antara cirri-ciri pantun ialah :i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan ii)Bahasa bebas dari pantang larang iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan. iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Sajak

- Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair. - Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. - Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. - Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. - Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Ceramah - Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. - Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. - Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. - antara jenis-jenis ceramah ialah :i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Forum - satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. - teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. - tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. - soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Debat - pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. - terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masingmasing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu. - huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. - pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. - sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

AKTIVITI PENILAIAN BAHASA


Pidato - huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsipprinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. - interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. - pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. - membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. .

Das könnte Ihnen auch gefallen