Sie sind auf Seite 1von 5

Bil

Pernyataan Setuju Tak pasti 6 Tak setuju 1 -

Jumlah

1. 2. 3. 4.

Saya gembira menjalankan aktiviti. Aktiviti adalah sukar untuk dibuat. Kebanyakan aktiviti sangat menarik. Saya suka belajar sains melalui aktiviti yang dijalankan. Saya minat terhadap sains. Kini, saya tahu apa itu kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains membantu saya memahami sains. Kemahiran proses sains sukar dipelajari . Kemahiran proses sains hanya penting semasa menjalankan eksperimen. Kemahiran proses sains juga digunakan dalam aktiviti harian. Guru memberi bantuan sepanjang aktiviti. Saya kurang faham arahan yang diberikan oleh guru. Saya kurang yakin dengan penerangan guru. Guru sangat sabar dengan kami. Kebanyakan soalan yang ditanya mampu dijawab oleh guru. Guru mempunyai keyakinan yang tinggi.

10 3 10 10

10 10 10 10

5. 6.

10 7

10 10

7.

10

8. 9.

1 3

5 5

4 2

10 10

10.

10

11. 12.

9 2

1 6

10 10

13.

10

14. 15.

6 4

3 5

1 1

10 10

16.

10

17.

Aktiviti yang disediakan adalah menarik. Arahan aktiviti mudah difahami. Kumpulan kami dapat menjalankan aktiviti tanpa bantuan guru. Banyak fakta sains yang telah saya pelajari.

10

18. 19.

10 1

10 10

20.

10

Analisi Soal Borang Selidik Setelah kami berempat mengadakan kaji selidik yang telah dikehendaki oleh pensyarah yang telibat, maka telah telah mengambil seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 5 dan 6. Apabila kami mengadakan kaji selidik ini, ramai yang begitu meminati apa yang telah kami lakukan iaitu mengadakan kelas berkenaan dengan kemahiran proses sains. Berbalik kepada soalan kaji selidik ini, seramai 10 orang pelajar berasa gembira menjalankan aktiviti yang telah kami jalankan. Hal ini disebabkan kami menjalankan aktiviti iaitu seperti melihat kecerahan mentol dan keapungan telur di dalam air yang mungkin menyebabkan mereka begitu berminat terhadap aktiviti ini. Kedua, seramai tiga orang bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan adalah sukar dibuat, enam orang pelajar tidak pasti dan seorang tidak setuju dengan kesukaran aktiviti ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid-murid tidak biasa lagi dengan aktiviti yang telah kami jalankan dan pada pandangan mereka hal ini begitu sukar buat mereka. Ketiga, seramai sepuluh orang murid bersetuju bahawa kebanyakan aktiviti adalah menarik. Perkara ini mungkin disebabkan mereka begitu teruja dengan setiap aktiviti yang kami lakukan dan mereka ini juga mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk mengetahui aktiviti apa yang akan dijalankan. Keempat, seramai sepuluh orang murid suka belajar sains melalui aktiviti yang dijalankan. Perkara ini terjadi kerana mereka mungkin belajar teori di dalam kelas tetapi mereka tertanya-tanya bagaimanakah aktiviti tersebut dijalankan. Maka, dengan jalankan aktiviti ini akan menyebabkan murid-murid tersebut tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan. Kelima, seramai sepuluh orang juga minat terhadap sains kerana pada mereka semua yang di sekitar mereka adalah sains dan sains begitu penting dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, enam orang murid selapas menjalankan aktiviti ini tahu apa itu kemahiran sains manakala tiga orang lagi tidak pasti. Hal ini terjadi kerana sebelum kami memulakan aktiviti, kami telah menerangkan serba sedikit tentang kemahiran sains dan pada mereka yang tidak pasti itu, mereka berkemungkinan tidak meberikan perhatian tentang apa yang kami katakan. Ketujuh, seramai tujuh orang murid mengatakan dengan melakukan kemahiran sains tersebut mereka lebih memahami sains dan tiga orang lagi masih tidak pasti. Hal ini disebabkan kami mengaitkan tajuk aktiviti kami dengan tajuk yang

mereka pelajari sekarang dan ini memudahkan mereka untuk memahami apa yang telah mereka pelajari sebelum ini. Kelapan, hanya seorang sahaja yang bersetuju mengatakan bahawa kemahiran proses sains adalah sukar dijalankan, lima orang lagi tidak pasti dan empat orang tidak bersetuju. Kami sebagai fasilitator telah mengadakan aktiviti ini mengikut tahap yang paling rendah supaya murid-murid faham apa itu kamahiran sains dan dapat mempraktikkannya di dalam mata pelajaran sains yang diajar oleh guru mereka. Kesembilan, seramai tiga orang bersetuju bahawa kemahiran proses sains hanya penting semasa menjalankan eksperimen, lima orang tidak pasti dan empat orang tidak bersetuju. Perkara ini disebabkan mereka berpendapat bahawa kemahiran proses sains adalah sesuatu yang baru bagi mereka sedangkan apabila mereka mengadakan eksperimen atau aktiviti, sememangnya mereka akan menggunakan kemahiran proses sains ini. Seterusnya, kesepuluh, seramai enam orang bersetuju bahawa kemahiran proses sains juga turut digunakan di dalam kehiduan seharian, seorang tidak pasti. Seperti yang kita tahu, sebaik sahaja kita membuka mata dan sebelum kita menutup mata, sains adalah perkara yang paling rapat dengan kita kerana boleh dikatakan semua yang berhampiran dengan kita semuanya adalah berkaitan dengan sains. Sains tidak boleh lari daripada kehidupan seseorang itu. Selain itu, seramai sembilan responden telah bersetuju bahawa guru memberi bantuan sepanjang aktiviti dan hanya seorang tidak pasti. Sepanjang aktiviti itu berlangsung, kami sebagai fasilitator memberikan bantuan sekiranya para pelajar memerlukan bantuan daripada kami. Kedua belas, hanya dua orang sahaja responden yang mengakui bahawa mereka kurang faham arahan yang telah diberikan oleh guru, enam orang tidak pasti dan dua orang tidak setuju. Apabila mereka tidak faham arahan yang telah diberikan oleh guru, mereka tidak memberikan sepenuh perhatian dan maklumat tersebut tidak sampai kepada mereka dan menyebabkan mereka tidak faham arahan yang diberikan. Ketiga belas, tiga orang responden kurang yakin dengan arahan yang telah diberikan oleh guru, dua orang tidak pasti dan lima orang tidak setuju. Untuk perkara ini, kami akui mungkin cara penyampaian kami berbeza daripada guru mereka kerana kami ini adalah guru pelatih tetapi kami cuba untuk jadi yang terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan proses sains ini. Keempat belas, seramai enam responden bersetuju bahawa guru amat sabar dengan mereka, tiga orang tidak pasti dan seorang tidak setuju. Hal ini disebabkan mungkin cara kami melayan mereka dengan penuh sabar

sekali walaupun apa yang kami ajar itu tidak masuk dalam pemikiran mereka. Kelima belas, seramai empat orang responden berpendapat bahawa kebanyakkan soalan dapat dijawab oleh guru, lima orang tidak pasti dan seorang tidak setuju. Sebelum kami mengadakan aktiviti kami telah melakukan persediaan awal agar semuanya berjalan lancar. Seterusnya, keenam belas, seramai lapan orang responden berkeyakinan bahawa bahawa guru mempunyai keyakinan yang tinggi, dua orang tidak pasti. Hal ini disebabkan kerana kami telah melakukan persediaan awal dan kami datang dengan penuh keyakinan pada hari itu untuk berkongsi ilmu bersama pelajar. Ketujuh belas, sembilan responden bersetuju mengatakan bahawa aktiviti yang diadakan adalah menarik dan seorang tidak pasti. Kelima-lima aktiviti yang kami jalankan ini adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran murid dan begitu menarik minat murid. Kelapan belas, sepuluh responden sepakat mengatakan arahan aktiviti mudah difahami. Kesemua aktiviti ini adalah mudah dan dapat dengan mudahnya difahami oleh pelajar semua dan tidak berbelit-belit. Kesembilan belas, hanya seorang responden mengatakan bahawa mereka akan berjaya mengadakan aktiviti tanpa pengawasan guru tetapi mereka harus tahu di setiap aktiviti tersebut adalah menggunakan bahan dari makmal dan setiap barang dari makmal adalah merbahaya. Jadi kami sentiasa mengawasi mereka setiap masa sepanjang aktiviti itu berlangsung. Kedua puluh dan yang terakhir, seramai lapan orang responden berpendapat bahawa banyak fakta sains yang telah dipelajari. Kesemua aktiviti yang kami jalankan adalah bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar bagi mereka dan mereka sangat tertarik dengan aktiviti yang dijalankan.

Das könnte Ihnen auch gefallen