Sie sind auf Seite 1von 3

PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan rnengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan

kefahaman tentang konsep pergerakan.

PERGERAKAN KREATIF Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang

menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik,

pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor

termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk

menghasilkan sesuatu yang baru.

Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik.

Aspek pergerakan kreatif a) lokomotor

pergerakan

lokomotor

ialah

pergerakan

yang

menyebabkan

keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

contoh pergerakan lokomotor i) berjalan ii) melompat iii) merangkak

b) bukan lokomotor

pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

contoh pergerakan bukan lokomotor i) berlari setempat ii) melompat setempat iii) imbangan bangau

c) manipulasi alatan

manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan

kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.

contoh manipulasi alatan i) melantun bola ambil berjalan ii) memusingkan gelung dengan tangan iii) skipping sambil berjalan

Das könnte Ihnen auch gefallen