Sie sind auf Seite 1von 2

Bincangkan sistem pembesar di negara Asia Selatan sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan : Sebelum kedatangan Barat, raja merupakan pemerintah tertinggi dan baginda dibantu oleh para pembesar. Pembesar-pembesar kanan di India menjadi penasihat kepada raja dan amat berkuasa kerana dapat mempengaruhi tindakan baginda. Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam, institusi pemerintahan di India sedikit sebanyak berbeza dengan zaman sebelumnya. Isi : Mantri-Prasad (Golongan tua) Pembesar-pembesar kanan menjadi penasihat raja. Golongan ini terdiri daripada gologan tua atau dikenali sebagai Mantri-Prasad. Berdasarkan Arthasastra, pada tahap awal, Mantri-Prasad dilantik berdasarkan merit,namun lama-kelamaan jawatan ini menjadi hak pewarisan. Mantri-Prasad mengendalikan urusan pemerintahan kerajaan. Ketua mereka digelar Mantrin atau Mahamantrin. Apabila golongan ini terlalu berkuasa, maka baginda hanya bertindak sebagai ketua secara teori. Purohita (Petugas istana) Purohita atau petugas istana adalah mereka yang sangat berpengaruh selain Mantri-Prasad. Ini disebabkan kedudukan mereka sentiasa berhampiran dan rapat dengan baginda. Hal ini menyebabkan mereka mampu mempengaruhi tindakan baginda. Pembesar-pembesar lain 1. Sannidhatar / Pembesar Perbendaharaan 2. Pradvivaka / Hakim 3. Masapatalika/ Pemegang Rekod 4. Sandhivigrahika/ Ketua Peperangan 5. Samahartar/ Ketua Pemungut Cukai Pembesar Daerah Dilantik terus oleh maharaja. Terdiri daripada keluarga diraja dan jawatan ini adalah hak perwarisan. Kesimpulan :

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam, golongan pembesar kanan terdiri daripada kalangan ulama dan tentera. Di bahagian wilayah pula, sejak zaman pemerintahan Akhbar, seorang Mansabdar dilantik terus dari pusat ataupun daripada kalangan pembesar tempatan.Hal ini telah sedikit menyumbang kepada kejayaan pemerintahan kerajaan Moghul di India selama beberapa abad.

Das könnte Ihnen auch gefallen